Forex Trading Di Malaysia

Pasaran Forex atau nama panjangnya, Foreign Exchange Market adalah pasaran global untuk berdagang matawang.

Pembeli dan penjual pasaran matawang majoritinya terdiri daripada bank-bank antarabangsa.

Pasaran forex adalah pasaran yang sangat sibuk. Sebanyak US$4 trillion didagangkan setiap hari.

Fakta Penting Forex Di Malaysia

  1. Sangat popular di kalangan penduduk Malaysia. Forex trading telah menjadi sumber pendapatan tambahan untuk membantu mengurangkan beban hutang dan kos kehidupan.
  2. Ada yang sudah menjadi full-time trader. Ini biasanya berlaku apabila trader sudah menguasai platform (broker, teknologi) dan sistem (teknik, money management, emosi).
  3. Baru-baru ini (2014-2015), ramai individu mulai membuat kelas forex dan mengambil gelaran sifu forex. Ramai yang scam tetapi ada beberapa guru forex yang tulen dan mengajar kaedah trade forex yang betul.
  4. Apakah forex halal atau haram dalam agama Islam? Soalan ini masih lagi menjadi bahan perdebatan di kalangan trader beragama Islam di Malaysia.
  5. Forex trading adalah “grey area” dari segi perundangan Malaysia. Setakat ini, belum ada kes penduduk Malaysia yang disaman atau ditahan oleh pihak berkuasa kerana trade forex. Namun begitu, Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mengesyorkan sesiapa untuk trade forex dengan syarikat yang tidak berdaftar dengan BNM.
Be Sociable, Share!