✅ ForexMalaysia.My - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia

Adakah dagangan Forex susah untuk Pemula?

Seperti bentuk dagangan yang lain dalam pasaran kewangan, dagangan Forex mungkin kelihatan rumit, abstrak dan menakutkan untuk pedagang yang baru bermula. Namun demikian, aktiviti asas yang terbabit - dagangan satu mata wang nasional untuk satu mata wang lain - adalah agak mudah.
Dagangan Forex pernah menjadi kawasan eksklusif untuk operator pasaran besar, tetapi ia kini boleh diakses oleh orang umum dan terdapat banyak sumber yang sedia ada untuk membantu pedagang pemula mencapai kejayaan. Dengan itu, pedagang-pedagang sama tersebut akan ingin mempertimbangkan maklumat tentang pasaran seperti yang berikut sebelum mereka bermula.

KENAPA FOREX?


Terdapat beberapa sebab kenapa Forex boleh menjadi pasaran yang menarik, bahkan untuk pemula yang kurang berpengalaman. Pasaran Forex mudah diakses, dan hanya memerlukan deposit dana yang kecil untuk penglibatan pedagang-pedagang. Selain itu, pasaran tersebut dibuka untuk 24 jam sehari dan 5 hari seminggu (ia ditutup untuk tempoh yang singkat pada hujung minggu). Ini bermaksud bahawa pedagang-pedagang boleh menglibatkan diri dalam pasaran tersebut pada bila-bila masa, biarpun pasaran berpusat lain telah tutup.

Pedagang-pedagang Forex juga hanya membayar yuran dagangan mudah yang ditentukan oleh spread antara mata wang bidaan dan harga permintaan, pedagang-pedagang boleh menentukan henti-rugi terlebih dahulu dan berdagang pada harga exit sebelum masuk setiap dagangan, dan ini bermaksud mereka mempunyai kawalan sepenuhnya atas tahap risiko yang mereka ingin mengambil.

RISIKO



Dagangan Forex menglibatkan sesetengah risiko, dan pedagang-pedagang sepatutnya menyedari perkara ini sebelum masuk ke dalam pasaran.
Kebanyakan dagangan Forex di seluruh dunia masih dilaksanakan antara bank-bank utama dan institusi kewangan. Entiti tersebut biasanya mengandungi lebih banyak maklumat, leverage dan sumber teknologi daripada pedagang-pedagang individu. Akibatnya, pedagang-pedagang dalam pasaran forex runcit selalu mendapati mereka berada di bawah pengaruh pergerakan pasaran di mana mereka mungkin kurang atau tidak berupaya untuk mengawal.
Selain itu, dalam sesetengah keadaan turun naik harga, pedagang-pedagang juga mungkin terdedah kepada “risiko pelaksanaan” yang berlaku semasa pesanan pasaran tidak dapat diisikan dengan harga sama dengan tepatnya seperti yang diminta.

BAGAIMANA ANDA BERMULA


Walaupun pasaran Forex  boleh menjadi rumit dan mungkin memerlukan beberapa kajian untuk pedagang-pedagang membiasakan diri dengannya dan berdagang dengan berjaya, penglibatan diri dalam dagangan Forex adalah agak mudah.

Pedagang-pedagang bercita-cita tinggi yang baru dalam pasaran tersebut akan perlu:

Mencipta satu akaun dagangan dengan seorang broker forex
Memasang satu platform dagangan di atas komputer rumah atau peranti mobil dengan menggunakan perisian dagangan broker tersebut.
Dan membuat deposit sekurang-kurangnya $5 dalam akaun dagangan mereka sebelum memulakan dagangan.

Apabila mereka sudah menubuhkan akaun mereka, pedagang-pedagang akan mempunyai akses kepada pergerakan harga langsung, membuat pesanan dan menubuhkan strategi-strategi dagangan. Mata wang didagangkan dalam bentuk pasangan, jadi setiap kali seorang pedagang membeli satu mata wang, mereka sedang menjual satu mata wang lain. Banyak pasangan mata wang adalah sedia ada untuk dagangan, menglibatkan beberapa mata wang utama dan juga sebilangan mata wang yang kurang terkenal atau kecil.

AKAUN DEMO


Sebelum melonjak masuk ke dalam pasaran forex, adalah lebih bagus untuk pedagang-pedagang untuk menerokai melalui akaun dagangan demo. Banyak broker menawarkan perkhidmatan ini supaya pedagang-pedagang boleh membiasakan diri dengan dagangan dan persekitaran pasaran forex. 

Akaun demo akan membenarkan pedagang-pedagang untuk menjejaki situasi pasaran sebenar dan mensimulasikan strategi-strategi dagangan supaya mereka boleh mengamalkan dagangan tanpa keperluan merisikokan sebarang jumlah wang. Apabila mereka berasa yakin bahawa mereka sudah sedia bermula, mereka boleh terus dengan akaun dagangan sebenar secara langsung.

MEMBACA BERITA


Banyak pedagang yang berpengalaman menggunakan analisis teknikal harga, tetapi kebanyakan mereka biasa dengan faktor-faktor asas yang mempengaruhi mata wang semasa mereka sedang berdagang. Ia ialah idea yang bagus untuk mengetahui negara-negara dan polisi-polisi nasional yang mengawal mata wang yang anda bercadang untuk berdasgang. Ini mungkin juga termasuk mengetahui calendar pelepasan data penting, seperti keputusan kadar faedah, dan dagangan nasional serta maklumat baki bayaran.   

MARGIN


Kebanyakan bisnes broker akan menawarkan akses margin kepada pedagang-pedagang untuk leverage dagangan mereka di bawah jaminan deposit dalam satu akaun margin. Margin berfungsi sebagai cagaran pinjaman untuk membantu menggandakan jumlah dana yang diletakkan dalam suatu dagangan dan juga berpotensi untuk menggandakan keuntungan.

Walaubagaimanapun, margin juga boleh menggandakan kerugian jika dagangan tertentu gagal. Memandangkan keadaan ini, ia biasanya lebih bijak jika pedagang-pedagang bermula dagangan dengan jumlah leverage yang kecil dan hanya menambahkannya selepas mereka telah memperoleh keyakinan dalam kejayaan strategi-strategi dagangan mereka.

NISBAH RISIKO-GANJARAN


Satu cara praktikal yang digunakan oleh pedagang-pedagang untuk mengurangkan risiko mereka adalah untuk berdagang dengan “nisbah risiko-ganjaran” dalam fikiran. Ini bermaksud apabila mereka membuat pesanan membeli atau menjual, mereka akan menetapkan satu henti-rugi yang membenarkan jumlah risiko yang ditentukan dan had (atau had keuntungan) pada satu jumlah keuntungan yang diberikan, iaitu gandaan jumlah risiko mereka.

Biasanya, nisbah mungkin berada antara 1-ke-1 sehingga 1-ke-5 (atau lebih), dan ini bergantung kepada toleransi risiko pedagang. Untuk pemula, apa yang mungkin menentang gerak hati ialah pepatah lama “biarkan keuntungan anda berjalan.” Ini bermaksud mereka akan ingin memastikan bahawa mereka boleh mengaut keuntungan yang mencukupi daripada sebarang dagangan yang diberikan untuk memastikan bahawa keseluruhan aktiviti dagangan mereka selepas ditolak apa-apa komisen - yuran atau kos cukai adalah menguntungkan.

Namun demikian, perkara yang selalu berlaku dalam dagangan forex ialah pedagang-pedagang mendapat “stopped out,” dan ini bermaksud henti rugi mereka telah dicetuskan dan pedagang-pedagang mereka mengeluarkan duit semasa kerugian sebelum mereka berpeluang untuk mengaut keuntungan. Inilah beberapa sebab kenapa pedagang-pedagang mungkin mahu mempelajari persekitaran pasaran yang mereka berdagang dengan teliti dan merumuskan satu strategi dagangan yang mendatangkan kebaikan sebelum melaburkan wang dalam satu dagangan.

GAYA DAGANGAN


Pedagang-pedagang mungkin menggunakan pelbagai gaya, dan ini terpulang kepada apa yang paling selesa untuk mereka. Secara amnya, ini mungkin menjejaskan jumlah masa dan intensiti aktiviti yang mereka mendedikasikan kepada dagangan sepanjang minggu tersebut.

“Pedagang-pedagang harian” akan memerhati tempoh masa pendek - minit atau jam untuk menyelesaikan dagangan mereka.
“Pedagang-pedagang swing” boleh berdagang dengan kecenderungan pasaran dalam tempoh sehari sehingga seminggu.
“Pedagang-pedagang posisi” boleh berdagang sepanjang tempoh masa seminggu sehingga sebulan atau lebih.

Pedagang-pedagang swing dan posisi mungkin perlu kurang meluangkan masa kepada pergerakan tempoh pendek dalam pasaran, lalu membolehkan mereka meluangkan lebih banyak masa untuk aktiviti-aktiviti lain. Namun demikian, mereka mungkin perlu mengambil lebih banyak risiko dengan mengambil kira turun naik harga melalui masa tertentu dan menggunakan leverage rendah, ini bermaksud keuntungan mereka boleh lebih rendah jika dibandingkan.   

AUTOMASI



Pasaran forex sangat sesuai untuk dagangan automatik, satu lagi sebab ia telah menarik peserta yang semakin bertambah. Platform dagangan di banyak bisnes broker membenarkan dagangan yang akan dilaksanakan secara automatik apabila harga atau syarat-syarat pasaran tertentu berlaku. 

Dengan cara ini, dagangan boleh dibiarkan tanpa pengawasan apabila pemegang akaun dagangan sedang sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain. Berurusan dengan dagangan automatik memerlukan pedagang-pedagang untuk melaburkan masa untuk belajar tentang ciri-ciri platform dagangan dan strategi-strategi yang mereka ingin menggunakan.

RUMUSAN


Forex merupakan pasaran yang bergerak pantas dan boleh diakses dengan potensi untuk ganjaran selain daripada kerugian di sebalik pelaburan awal, bahkan untuk pedagang pemula. Dagangan Forex adalah tidak lebih sukar daripada dagangan di pasaran lain, tetapi pasaran forex memaparkan syarat-syarat, kelakuan dan risiko sendiri tertentu yang perlu disedari sebelum mereka bermula.