Forex Trading di Malaysia ~ Forex di Malaysia
English
Bahasa Malaysia

Akaun ECN - Broker forex ECN terbaik

Akaun ECN Forex
ECN bermaksud “Rangkaian Komunikasi Elektronik”, iaitu satu sistem elektronik yang menghubungkan semua peserta Pasaran Forex bersama dan menyediakan mereka dengan harga mata wang sedia ada dalam pasaran yang terbaik. Rangkaian tersebut menyediakan bank-bank, pembekal liquiditi, broker dan pedagang-pedagang dengan akses terus ke pasaran supaya mereka boleh memilih harga-harga yang sesuai dengan tujuan dagangan mereka melalui cara terbaik mungkin.

Dengan mempunyai akses terus yang mendalam ke pasaran tanpa gangguan orang tengah akan menghasilkan spread yang lebih rendah dan lebih kos efektif. Penggunaan sistem ini hanya boleh berlaku melalui saluran yang betul, jadi ini bererti hanya broker ECN boleh memberikan anda akses dagangan Forex melalui rangkaian ECN. Oleh itu, pilihlah seorang broker ECN, buka satu akaun ECN, dan nikmati semua faedah yang ditawarkan oleh sistem ini.

Anda boleh mencari broker Forex ECN terbaik yang menawarkan akaun dagangan ECN kepada anda seperti di bawah:
FXTM Malaysia
FXTM Malaysia
Deposit minimum akaun ECN: $500
Leverage atas akaun ECN: 1:1000
Pasaran atas akaun ECN: Forex, Logam, CFD
Spread ECN: Serendah 0.1 Pip
Komisen ECN: $4 \ Lot

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, Webmoney, PerfectMoney, PerfectMoney, FasaPay, Skrill, Neteller, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Peraturan: CySEC, FCA, IFSC
Negara: Cyprus

FBS Malaysia
FBS Malaysia
Deposit minimum akaun ECN: $1000
Leverage atas akaun ECN: 1:500
Pasaran atas akaun ECN: Forex
Spread ECN: Serendah 0 Pip
Komisen ECN: $6 \ Lot

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, Webmoney, PerfectMoney, FasaPay, Skrill, Neteller, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Peraturan: CySEC, IFSC
Negara: Russia

Bagaimanakah Broker Forex ECN beroperasi dan apakah yang boleh dijangka daripada Akaun ECN:

Broker Forex ECN tidak menetapkan harga tawaran/permintaan dan hanya memperkenalkan harga semasa sedia ada yang telah didapatkan daripada pembekal liquiditi. Dengan kata lain, mereka cuma menyediakan jalan dan rangkaian untuk pedagang-pedagang yang boleh kemudian mempunyai akses ke harga yang ditawarkan oleh pelbagai peserta Pasaran FX termasuk bank-bank utama, broker dan pedagang-pedagang lain.
Broker Forex ECN mempunyai spread yang sangat rendah dan kadangkala sifar. Disebabkan itu, mereka mengenakan komisen kecil untuk setiap dagangan atas rangkaian ECN.

Apabila anda berdagang dalam satu akaun ECN, anda akan dapat melihat sistem broker dalam masa sebenar tanpa sebarang kelewatan. Ini adalah sangat berguna apabila berita dilepaskan kerana anda boleh melaksanakan kedudukan dagangan anda dengan hampir serta-merta. Memandangkan broker ECN menawarkan spread terapung, akaun ECN telah menjadi terkenal di antara mereka yang berdagang dengan strategi scalping dan memerlukan pelaksanaan dagangan yang sangat cepat bersama dengan spread terendah.

Kelebihan Akaun Forex ECN

Akaun Forex ECN semakin disukai oleh pedagang-pedagang berpengalaman kerana ia menawarkan kepelbagaian kelebihan yang lebih luas.

Terdapat beberapa manfaat yang anda memperoleh dengan membuka satu akaun Forex ECN:

1.Ketanpanamaan

Manfaat pertama membuka satu akaun Forex ECN ialah privasinya, dengan cara ini, tiada orang akan mengesyaki aktiviti-aktiviti dagangan anda dan anda akan kekal tanpa nama. Ini juga memastikan semua orang disediakan dengan syarat-syarat pasaran yang sama selain daripada harga. Broker ECN anda hanya menyediakan akses ke rangkaian atau boleh dikatakan memudahkan proses tersebut, tetapi anda tidak akan menerima sebarang gangguan daripada mereka memandangkan aktiviti-aktiviti dagangan anda adalah peribadi dan tidak dapat dijejaki.

2. Dagangan Masa Sebenar

Pedagang-pedagang akaun ECN tidak akan mengalami apa-apa kelambatan di antara dagangan dan akan mempunyai akses masa sebenar ke transaksi berterusan dalam pasaran tersebut. Ini adalah kerana anda terus dihubungkan ke pasaran, dan transaksi anda akan disahkan dengan serta-merta tanpa keperluan mengalami gangguan dalam setiap dagangan. Ini akan menjimatkan masa anda dan memberikan anda ketenteraman minda.

3. Akses terus ke Pasaran

Dengan membuka satu akaun Forex ECN, anda akan mempunyai akses terus ke sumber liquiditi antarabangsa yang mengandungi institusi kewangan berdaya saing, dikawal selia dan berkelayakan. Semua broker yang telah bekerjasama dengan sistem ECN tersebut mempunyai akses ke suapan berita dan dagangan yang sama. Oleh itu, anda akan mendapatkan harga pasaran yang paling telus daripada pembekal liquiditi berlainan.

4. Tiada Percanggahan Kepentingan

Broker ECN tidak berdagang menentang pelanggan mereka, oleh itu, mereka tidak keberatan jika pedagang-pedagang mereka mempunyai akses ke harga yang lebih baik. Sebenarnya, mereka memastikan pelanggan mereka menikmati harga yang paling sesuai dalam pasaran. Oleh hal yang demikian, bisnes semakin berkembang jika pelanggan semakin gembira, jadi, tidak terdapat apa sebab untuk manipulasi harga dalam apa jua keadaan. Di samping itu, dalam sistem sebegini, pedagang-pedagang pun tidak mempunyai sebarang kelebihan antara satu sama lain, dan setiap orang diberikan peluang sama rata.

5.Tiada Sebut Harga Semula dan No Dealing Desk (NDD)

Broker ECN tidak akan mengusik harga anda; anda tentu akan mendapatkan harga yang sama dengan harga masuk pasaran. Memandangkan ia satu No Dealing Desk, anda akan mempunyai akses terus ke pasaran antara bank.

6. Spread Sempit dan Lebih Rendah

Broker ECN tidak mempunyai kawalan atas harga yang sedia ada dalam pasaran Forex.; oleh itu, mereka tidak boleh memanipulasikan spread atau mengubah harga tersebut. Kelebihan ini memberikan anda kelebihan untuk membuat review tentang turun naik harga pasaran dalam masa sebenar dan memilih harga yang diingini.

7. Pelaksanaan Pesanan Cepat

Anda berurusan terus dengan pembekal liquiditi tanpa halangan, dan memandangkan ini ialah satu sistem automatik, pengisian pesanan dijalankan dengan cepat, dan anda tidak akan mengalami apa-apa kelewatan.