✅ ForexMalaysia.My - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia | Forex Trading di Malaysia
English
Bahasa Malaysia
Alpari Malaysia

Alpari Forex Malaysia - Alpari Broker Malaysia Review

Alpari Berhad (Alpari) ialah sebahagian daripada syarikat kewangan sejagat yang dipanggil Alpari Group. Sejak penubuhannya pada 1998, broker Forex terkenal di dunia telah menyediakan perkhidmatan kepada lebih daripada dua juta pelanggan dari 150 negara dan memperoleh pusing ganti dagangan yang melebihi USD1 1.3 trilion. Alpari didaftarkan oleh IBC dan dikawal selia oleh FSA dari St. Vincent and the Grenadines. Selain itu, syarikat tersebut telah mencapai reputasi tingginya dengan memenangi beberapa anugerah dalam industri Forex seperti Anugerah FX Empire dan Anugerah Finance Magnates.

Dagangan Forex di Alpari Malaysia ditawarkan dalam pelbagai perkhidmatan dengan spread serendah 0 pip, leverage setinggi 1:1000, dan pelaksanaan pesanan serta-merta. Dengan deposit minimum USD/EUR/GLD (Emas) 1, pedagang-pedagang boleh membuka satu akaun langsung dan mendapatkan akses kepadanya melalui dua platform dagangan yang paling lazim digunakan, iaitu MetaTrader 4 dan MetaTrader 5.

Alpari Malaysia menawarkan pelbagai akaun dagangan daripada akaun Nano dan Standard ke ECN dan juga akaun PRO.ECN untuk pedagang-pedagang daripada tahap dan strategi dagangan berlainan. Dengan pelbagai alatan dagangan yang meluas termasuk 46 pasangan mata wang (Forex), 2 logam, dan 18 CFD, dagangan di Alpari boleh dilaksanakan dengan mudah tanpa komisen.

Di Alpari Malaysia, pelanggan juga memperoleh manfaat daripada pelbagai cara deposit / pengeluaran seperti kad kredit (VISA, MasterCard, China Union Pay), bank tempatan Malaysia (MYR) dan e-Dompet (WebMoney, Skrill, Neteller, BitPay dan sebagainya).

Beberapa program pelaburan juga sedia ada di Alpari. Akaun yang kini menjadi trend ialah Akaun Salin Dagangan, iaitu satu program pelaburan yang ditawarkan oleh broker Alpari. Tambahan pula, Alpari mempunyai program Isyarat Dagangan, di mana pedagang pemula boleh menyalin dagangan daripada pembekal isyarat dalam sistem platform MetaTrader.

Semua pelanggan Alpari mempunyai akses ke perkhidmatan kelas pertama dan sokongan pelanggan yang sedia ada dari Isnin ke Jumaat, 5 pagi sehingga 7 malam (Waktu Min Greenwich) melalui sembang langsung, emel, media sosial (Facebook, Twitter dan Instagram), dan juga platform mesej termasuk Skype (panggilan sahaja), Viber, Telegram dan Facebook Messenger. Selain itu, pelanggan akan dapat menjana lebih banyak keuntungan daripada pelbagai bonus dan promosi dari Alpari seperti Pulangan Tunai Alpari dan Pertandingan Alpari.
Laman web: www.Alpari.com
Peraturan: IBC, FSA
Negara: Russia
Tahun Penubuhan: 1998
Sokongan di Malaysia: Yes
Bank tempatan di Malaysia: Yes
Alpari Rating: 4.3 / 5
Rating: 4.3 / 5

Jenis Akaun Alpari Malaysia

Di Alpari Malaysia, akaun dagangan diklasifikasikan berdasarkan platform dagangan yang dipilih oleh pedagang-pedagang.
Nano (Cent)
Minimum Deposit: $1
Leverage: 1:500
Minimum trade size: 0.01
Spread Type: Fixed from 2 pips
Commission: No
Account Currency: USD cents, EUR cents

Standard
Minimum Deposit: $100
Leverage: 1:1000
Minimum trade size: 0.01
Spread Type: Floating from 0.3 pips
Commission: No
Account Currency: USD, EUR, GLD

ECN
Minimum Deposit: $300
Leverage: 1:1000
Minimum trade size: 0.01
Spread Type: Floating from 0.1 pips
Commission: No
Account Currency: USD, EUR, GLD

ECN Pro
Minimum Deposit: $500
Leverage: 1:1000
Minimum trade size: 0.01
Spread Type: Floating from 0 pips
Commission: $16 / lot
Account Currency: USD, EUR, GLD

1. MetaTrader 4

Pedagang-pedagang yang ingin melibatkan diri dalam dagangan Forex dengan menggunakan platform MetaTrader 4 bebas untuk memilih daripada akaun-akaun dagangan berikut: 

a. Akaun Nano

Akaun Dagangan Nano Alpari disebut dalam sen, dan ini adalah sesuai untuk pedagang baru yang baru sahaja bermula dagangan atau pedagang-pedagang berpengalaman yang ingin mencuba strategi-strategi mereka.
Dengan membuat deposit minimum sebanyak USD 0 dalam USC (Sen USD) atau EUC (Sen EUR), pedagang-pedagang akan dapat memperoleh manfaat daripada spread serendah 0.2 pip tanpa komisen, leverage setinggi 1:500, serta 25 pesanan maksimum dengan jumlah pesanan maksimum sebanyak 10 lots bagi setiap pesanan. Semua pesanan dalam akaun ini dilaksanakan dengan serta-merta.     

Dalam Akaun Nano, pedagang-pedagang boleh berdagang dalam banyak alatan dagangan seperti 33 pasangan mata wang dan 2 logam. Semua strategi dagangan juga dibenarkan, termasuk scalping dan hedging.

b. Akaun Standard MT4

Akaun Standard MT4 Alpari merupakan akaun klasik untuk kedua-dua orang baru dan pedagang-pedagang berpengalaman yang tahu tentang dagangan Forex dan ingin memperoleh pengalaman Forex terbaik.

Akaun Standard MT4 Alpari ditawarkan dengan spread serendah 0.2 pip tanpa komisen dan leverage yang boleh dilaraskan sehingga 1:1000. Dengan menggunakan akaun tersebut, pedagang-pedagang berpengalaman boleh mempunyai setinggi 500 pesanan dengan jumlah pesanan maksimum sebanyak 50 lot untuk setiap pesanan, selain daripada pelaksanaan pesanan serta-merta yang sedia ada dalam 33 pasangan mata wang dan 2 logam.
Pedagang-pedagang akan dapat memperoleh manfaat daripada akaun ini dengan menggunakan semua strategi dagangan dengan membuat deposit minimum sebanyak USD/EUR/GLD (Emas) 20.

c. Akaun MT4 ECN

Akaun MT4 ECN Alpari adalah sesuai untuk pedagang-pedagang profesional yang lebih menggemari dagangan automatik dalam persekitaran ECN. Apa yang membuat akaun ECN MT4 Alpari istimewa ialah fakta bahawa ia ditawarkan tanpa komisen memandangkan yuran telah dibayar melalui spread tersebut. Oleh itu, pedagang-pedagang boleh mengira dagangan mereka dengan lebih mudah.

Dengan membuat deposit minimum serendah USD/EUR/GLD 300, pedagang-pedagang akan dapat mengalami aktiviti-aktiviti dagangan ECN dengan menggunakan semua strategi dagangan dalam 46 pasangan mata wang, 2 logam dan 18 CFD. Spread ditawarkan serendah 0.2 pip tanpa komisen, dan leverage boleh digunakan setinggi 1:1000.

Dalam Akaun MT4 ECN Alpari, jumlah pesanan maksimum ialah 500 kedudukan dengan 100 lot untuk setiap pesanan. Semua pesanan juga dilaksanakan dengan serta-merta.

d. Akaun PRO.ECN

Alpari menawarkan tahap pengalaman dagangan ECN yang lebih tinggi dalam Akaun MT4 PRO.ECN, di mana pedagang-pedagang profesional dapat memperoleh lebih banyak akses ke liquiditi antara bank dan berdagang dengan pelaksanaan pasaran.

Akaun MT4 PRO.ECN Alpari dimulakan dengan membuat deposit minimum serendah USD/EUR/GLD 500 untuk mengalami aktiviti-aktiviti dagangan berdasarkan ECN dalam 46 pasangan mata wang, 2 logam dan 18 alatan dagangan CFD dengan menggunakan semua strategi dagangan.

Spread juga ditawarkan serendah 0.2 pip dengan komisen $16 untuk setiap $1 juta yang didagangkan. Akaun ini juga menawarkan leverage fleksibel setinggi 1:1000, dan pedagang-pedagang boleh menikmati jumlah pesanan terbuka yang tidak terhad dengan 100 lot untuk setiap pesanan.

2. MetaTrader 5

Alpari menawarkan dua jenis akaun dengan menggunakan platform dagagan yang paling terkenal di dunia, iaitu MetaTrader 5. MT5 membenarkan pedagang-pedagang untuk berdagang dalam pelbagai alatan dagangan dengan menggunakan fungsi serta analisis yang lebih maju dan telah ditambah baik.

Alpari menawarkan dua jenis akaun dagangan MT5: Akaun MT5 Standard dan MT5 ECN.

a. Akaun Standard MT5


Spesiikasi Akaun MT5 Standard Alpari adalah serupa dengan versi MT4, kecuali ia hanya boleh diakses melalui platform dagangan MT5: spread minimum 0.2 pip tanpa komisen dan leverage fleksibel setinggi 1:1000, dan juga deposit minimum sebanyak USD/EUR/GLD (Emas) 100. Jumlah pesanan maksumum ialah 500 setinggi 50 lot untuk setiap pesanan. Semua pesanan dilaksanakan dengan serta-merta, dan sedia ada dalam 33 pasangan mata wang serta 2 logam.

b. Akaun ECN MT5

Spread dalam Akaun MT5 ECN adalah serendah 0.2 pip. Dalam akaun ini, pedagang-pedagang perlu membayar komisen $16 untuk setiap $1 juta yang didagangkan supaya boleh menikmati kedudukan terbuka yang tidak terhad setinggi 100 lot untuk setiap kedudukan.

Akaun MT5 ECN Alpari menawarkan leverage fleksibel dengan kadar maksimum 1:1000 yang boleh diakses dengan membuat deposit minimum USD/EUR/GLD 500. Selepas itu, pedagang-pedagang akan dapat berdagang dalam 46 pasangan mata wang, 2 logam dan 18 alatan dagangan CFD dengan pelaksanaan pasaran serta-merta dalam persekitaran dagangan ECN automatik.  

Deposit dan pengeluaran Alpari Malaysia

Deposit
Alpari Malaysia menawarkan pelbagai cara deposit dan pengeluaran termasuk kad kredit, e-dompet dan pemindahan wire bank, dengan komisen yang dikenakan bergantung kepada sistem bayaran atau bank-bank.

Deposit serta-merta adalah sedia ada melalui perkhidmatan e-dompet berikut:

FasaPay à USD, IDR. Komisen: 0.5 %.
Perbankan Atas Talian à Bank tempatan Malaysia. Komisen: 3%.
Neteller à USD, EUR, INR, BRL. Komisen: 2.5% - 4%.
WebMoney à USD, EUR. Komisen: 0% + 0.8%.
Skrill à USD, EUR. Komisen: 2.4% + 0.29 EUR (Kad), 1.4% + 0.29 EUR (Dompet Skrill), 5.5% + 0.29 EUR (Skrill Amerika Latin).
BitPay/Ethereum/Litecoin/Zcash à BTC/ETH/LTC/ZEC. Komisen: 0% + setiap komisen rangkaian.

Deposit melalui kad kredit mengenakan komisen 2.5% untuk VISA dan MasterCard, manakala pemindahan wire bank hanya mengenakan komisen bank anda. Semua ini sedia ada dalam USD dan EUR. 

Deposit dan pengeluaran melalui China Union Pay ditawarkan dalam CNY dengan komisen sifar. Semua dana akan dipindahkan ke dalam akaun bank pedagang-pedagang dalam masa beberapa jam selepas permintaan tersebut dihantar.


Pengeluaran dana di Alpari ditawarkan melalui pelbagai sistem pembayaran seperti berikut:

MasterCard à USD, EUR. Komisen: 1.2% + EUR 2.90.
FasaPay à USD, IDR. Komisen: 0.5 %.
Online Banking à Malaysian local bank. Komisen: 2%.
Bank Wire Transfer à USD, EUR. Komisen: 0.1% untuk Ameriabank.
Skrill à USD, EUR. Komisen: 2.5%.
TC Wallet à USD, EUR. Komisen: 0%.
Neteller à USD, EUR. Komisen: 0%
WebMoney à USD, EUR. Komisen: 0.8% (maksimum USD/EUR 50).
pengeluaran

Spread Alpari Malaysia

spreads
Alpari Malaysia menawarkan spread terapung serendah 0 pip dan ini bergantung kepada jenis akaun, pasangan forex dan platform dagangan pedagang-pedagang. Spread sebenar dalam akaun langsung ditawarkan pada kadar minimum 0.2 pip untuk semua jenis akaun dagangan.

Pedagang-pedagang yang menggunakan akaun standard (MT4 Standard dan Nano) serta MT4 ECN tidak dikenakan komisen, manakala pemegang akaun MT5 ECN dan PRO.ECN perlu membayar komisen $16 untuk setiap $1 juta yang didagangkan.

Jaminan dan keselamatan dana Alpari Malaysia

Jaminan
Sebagai ahli syarikat pelaburan sejagat, Alpari Group dilesenkan oleh IBC dan dikawal selia oleh FSA dari St. Vincent and Grenadines. Ini bermaksud Alpari perlu mematuhi piawaian antarabangsa perlindungan pelanggan dengan menyimpan dana pelanggannya dalam akaun bank berasingan, dan ini dipisahkan sepenuhnya daripada dana operasi atau pelaburan syarikat tersebut.

Tambahan pula, Alpari telah menjadi ahli berdaftar Kategori A untuk Suruhanjaya Kewangan sejak 2013. Suruhanjaya Kewangan ialah satu organisasi antarabangsa yang terlibat dalam penyelesaian pertikaian dalam industry perkhidmatan kewangan. Sebagai ahli Kategori A, Alpari boleh menyediakan perlindungan setinggi USD 20,000 untuk setiap aduan jika diperlukan.

Kelebihan Berdagang dengan Alpari Malaysia

Dilesenkan oleh IBC dan dikawal selia oleh FSA
Pelaksanaan pesanan serta-merta
Akaun dagangan berasaskan platform MT4 and MT5 daripada Klasik kepada ECN
Cara pengeluaran & deposit mudah (disokong oleh bank Malaysia)
Spread terapung ketat serendah 0 pip dengan komisen rendah sehingga komisen sifar
Menawarkan pelbagai program pelaburan
Leverage fleksibel setinggi 1:1000
Pelbagai pertandingan bonus & dagangan
Deposit minimum serendah USD 0 untuk Akaun Nano
Perkhidmatan sokongan pelanggan Malaysia 24 jam/5 hari
Carilah broker Forex lain di Malaysia
FBS Malaysia
XM Malaysia
HotForex Malaysia
Tickmill Malaysia
RoboForex Malaysia