✅ ForexMalaysia.My - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia

Apa itu Broker Forex?

Seorang broker Forex, juga dikenali sebagai seorang broker Forex runcit atau broker dagangan mata wang, dalam dagangan komersial  dan kewangan moden bermaksud seorang orang pertengahan yang membeli dan menjual satu aset atau pelbagai aset tertentu untuk komisen. Oleh itu, seorang broker boleh dianggap sebagai seorang jurujual aset kewangan.

Peranan broker biasanya dimainkan dalam equity, komoditi, derivative dan juga insurans serta pasaran hartanah sejak permulaan era moden ini. Kebanyakan broker beroperasi melalui telefon sehingga permulaan zaman internet. Pelanggan boleh menelefon tentang pesanan dagangan mereka, dan broker akan membeli dan menjual aset bagi pihak akaun pelanggan mereka untuk komisen berdasarkan peratusan.

Dengan kedatangan internet, banyak broker telah membenarkan pelanggan mereka untuk mendapatkan akses ke akaun dan berdagang melalui platform elektronik serta aplikasi komputer. Pada zaman dahulu, broker dianggap sebagai seorang ahli individu bagi satu profesion, dan selalu bekerja di satu agensi istimewa yang dikenali sebagai seorang brokerage. Kini, istilah “broker” selalu digunakan sebagai trengkas untuk seorang brokerage.

FOREX RUNCIT

Konsep penting untuk pedagang-pedagang individu moden ialah forex runcit. Mengikut tradisi, pertukaran asing telah didagangkan atas pasaran antara bank daripada pelanggan yang lebih besar seperti pengimport, pengeksport, bank-bank dan syarikat multinasional yang perlu berdagang mata wang untuk tujuan komersial dan melindungi nilainya daripada risiko mata wang antarabangsa.

Forex runcit ialah forex yang didagangkan melalui peniaga, selalunya oleh pelabur-pelabur lebih kecil atau individu. Syarikat tersebut juga dikenali dengan istilah “agregator runcit.”Dagangan forex runcit mula menjadi popular pada akhir 1990-an dengan kemunculan dagangan kewangan berdasarkan internet. Pada masa itu, broker forex runcit dan peniaga telah menjalankan bisnes untuk membenarkan pedagang-pedagang yang lebih kecil untuk memasuki pasaran yang terhad kepada bisnes dan institusi kewangan berskala besar sebelum ini.

Broker forex runcit biasanya membenarkan pedagang-pedagang untuk menubuhkan satu akaun dengan jumlah aset yang terhad dan membenarkan mereka untuk berdagang dalam talian melalui platform dagangan berdasarkan internet. Kebanyakan dagangan dilaksanakan melalui pasaran mata wang spot, walaupun sesetengah broker berniaga dengan produk derivatif seperti niaga hadapan dan pilihan. Dagangan Forex telah menjadi popular dalam kalangan pedagang-pedagang individu kerana broker telah menawarkan peluang untuk berdagang dengan akaun leverage kepada mereka. Semua ini membenarkan pedagang-pedagang untuk meminjam modal dengan efektif untuk menjalankan dagangan, dan menggandakan wang pokok yang digunakan oleh mereka untuk berdagang dalam jumlah besar, iaitu setinggi 50 kali modal permulaan mereka.

BROKER DAN PENIAGA

Kebanyakan brokerage forex runcit memainkan peranan selaku peniaga, dan selalu mengambil sebelah lain satu dagangan demi menyediakan liquiditi untuk pedagang-pedagang. Broker menjanakan pendapatan dengan aktiviti ini dengan mengenakan yuran kecil melalui satu spread tawaran-permintaan. Sebelum kemunculan brokerage forex runcit, dagangan individu berjumlah kurang daripada US$1 juta adalah tidak digalakkan untuk memasuki pasaran tersebut dengan spread tawaran-permintaan yang tinggi.

Lebih kurang pada tahun 2000, broker runcit telah bermula menawarkan akaun-akaun dalam talian kepada pelabur-pelabur persendirian dengan mendapatkan harga langsung daripada bank-bank utama dan sistem Perkhidmatan Pembrokeran Elektronik (EBS). Brokerage dapat menyediakan perkhidmatan runcit dengan menggabungkan banyak dagangan kecil bersama dan menjalankan rundingan dalam pasaran antara peniaga yang dikuasai oleh bank-bank. Oleh sebab jumlah dagangan adalah sangat besar, peserta-peserta dalam pasaran antara peniaga sanggup untuk menyediakan liquiditi untuk harga-harga yang boleh diakses oleh broker runcit. Spread tawaran-permintaan biasanya lebih tinggi untuk pelanggan runcit berbanding dengan spread dalam pasaran antara peniaga, tetapi mereka didapati menjadi terhad apabila jumlah dagangan meningkat. 

MEJA PERDAGANGAN

Lazimnya, pedagang-pedagang forex runcit boleh mengakses pasaran tersebut melalui seorang broker. Namun demikian, broker forex selalu menawarkan dua modaliti dagangan.

Yang pertama - dagangan “meja perdagangan”, di mana broker bertindak sebagai peniaga dan mengambil kedudukan bertentangan selaku seorang pedagang. Secara puratanya, pedagang-pedagang mungkin membayar spread yang lebih besar dalam dagangan sebegini, dan pesanan boleh diisikan berdasarkan pertimbangan peribadi oleh broker tersebut.

Perkhidmatan jenis lain ialah dagangan “tanpa meja perdagangan”. Pedagang-pedagang diberikan akses terus kepada pasaran antara peniaga, tetapi mereka mungkin dikenakan yuran untuk perkhidmatan ini. Mereka juga mungkin terdedah kepada pembolehubah spread yang lebih luas sekali-sekala, terpulang kepada keadaan pasaran. 

PERKHIDMATAN LAIN YANG DITAWARKAN OLEH BROKER

Selain membantu pelanggan untuk membeli dan menjual aset, broker selalu menawarkan perkhidmatan tambahan lain yang berkaitan. Perkhidmatan ini termasuk perkara di bawah:
perkhidmatan maklumat dan suapan berita serta kajian
carta harga aset
program dagangan pelatih dan nasihat
dan akaun-akaun yang diuruskan secara professional (akaun-akaun Copy Trade Forex)

Sesetengah perkhidmatan ini mungkin ditawarkan secara percuma dan perkhidmatan lain mungkin menglibatkan bayaran yuran tertentu.

RUMUSAN

Broker Forex menawarkan perkhidmatan yang penting untuk pasaran, terutamanya untuk pedagang-pedagang Forex runcit. Sejak mereka memulakan operasi dalam pasaran runcit, broker telah membantu membuka banyak peluang yang sebelum ini belum wujud untuk pedagang-pedagang individu.

Dengan sambungan interney dan satu komputer atau telefon bimbit, pedagang-pedagang kini boleh membuka satu akaun Forex dan berdagang dalam satu pasaran yang sebelum ini hanya boleh diakses oleh bank-bank, syarikat besar dan institusi kewangan, serta individu yang sangat kaya. Broker juga menawarkan perkhidmatan yang bernilai untuk membantu pedagang-pedagang memahami pergerakan harga dan berpotensi menjana keuntungan.