Forex Trading di Malaysia ~ Forex di Malaysia
English
Bahasa Malaysia

Broker Forex di Malaysia

broker Forex di Malaysia, sah dan boleh dipercayai
Ia tidak sukar untuk mencari seorang broker Forex yang membolehkan anda rasa selamat dan selesa dari segi mental, anda hanya perlu mengambil kira faktor-faktor penting tentang seorang broker Forex yang boleh dipercayai. Pada dasarnya, seorang broker Forex yang sah adalah beretika dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelanggannya, termasuk sokongan berkualiti, deposit serta pengeluaran cepat, dan yang paling penting, syarat-syarat dagangan yang boleh dipercayai dan dijamin dengan sejarah yang kukuh. Dengan cara ini, anda boleh mempunyai ketenangan fikiran dan menumpukan perhatian terhadap kerjaya dagangan anda sahaja. 

Di sini, kita telah memperkenalakan broker Forex di Malaysia yang paling berjaya dengan kehadiran bertahun-tahun dalam industri forex yang juga dikawal selia dengan baik oleh badan-badan pengawalseliaan kewangan antarabangsa seperti CySEC, FCA, ASIC, dan IFSC. Broker forex tersebut telah mencapai kadar kepuasan yang paling bagus antara pedagang-pedagang di seluruh dunia.

Memilih seorang broker forex yang selamat merupakan keutamaan #1 anda untuk dagangan yang berjaya. Untuk belajar lebih banyak tentang setiap broker forex yang boleh dipercayai seperti yang disenaraikan di bawah, anda cuma perlu pergi ke halaman “review” broker dan menyemak produk dagangan, jenis akaun, spread mereka dan sebagainya.

Senarai broker Forex sah dan boleh dipercayai di Malaysia

FXTM Malaysia
ForexTime Malaysia
Deposit Minimum: $5
Jenis Akaun: Cent, Standar, ECN, Spread Nol, Pro
Leverage: 1:1000
Spread: Terapung
Platform: MT4/5, WebTrader, Mobile

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, Webmoney, PerfectMoney, FasaPay, Skrill, Neteller, Bitcoin

Peraturan: CySEC, IFSC, FCA
Negara: Cyprus

XM Malaysia
XM Malaysia
Deposit Minimum: $1
Jenis Akaun: Mikro, Standard, Zero
Leverage: 1:888
Spread: Terapung
Platform: MT4/5, WebTrader, Mobile

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, Webmoney, PerfectMoney, FasaPay, Skrill, Neteller, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Peraturan: CySEC, IFSC, ASIC, FCA
Negara: Cyprus

FBSl Malaysia
FBS Malaysia
Deposit Minimum: $1
Jenis Akaun: Mikro, Cent, Standar, ECN, Spread Nol
Leverage: 1:3000
Spread: Terapung dan Tetap
Platform: MT4/5, WebTrader, Mobile

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, Webmoney, PerfectMoney, FasaPay, Skrill, Neteller, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Peraturan: CySEC, IFSC
Negara: Russia

AETOS Malaysia
Aetos Malaysia
Deposit Minimum: $50
Jenis Akaun: General, Premium
Leverage: 1:400
Spread: Terapung
Platform: MT4/5, WebTrader, Mobile

Deposit dan pengeluaran:
Bank Wire, Credit Cards, Skrill, Neteller

Peraturan: ASIC, FCA
Negara: Australia

HotForex Malaysia
HotForex Malaysia
Deposit Minimum: $5
Jenis Akaun: Mikro, Premium, Zero, Fixed, VIP
Leverage: 1:1000
Spread: Terapung dan Tetap
Platform: MT4/5, WebTrader, Mobile

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, Webmoney, FasaPay, Skrill, Neteller, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Peraturan: CySEC, FCA, FSC, FSB
Negara: Cyprus

RoboForex Malaysia
RoboForex Malaysia
Deposit Minimum: $10
Jenis Akaun: Cent (Mikro), Standard, ECN, Prime
Leverage: 1:1000
Spread: Terapung dan Tetap
Platform: MT4/5, R Trader, WebTrader, Mobile

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, Webmoney, FasaPay, Skrill, Neteller, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Peraturan: CySEC, IFSC
Negara: Cyprus

Tickmill Malaysia
Tickmill Malaysia
Deposit Minimum: $100
Jenis Akaun: Standard, Pro, VIP
Leverage: 1:500
Spread: Terapung
Platform: MT4, WebTrader, Mobile

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, FasaPay, Skrill, Neteller, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Peraturan: FSA, CySEC, FCA
Negara: Cyprus

 

Bagaimana memilih broker Forex yang boleh dipercayai?

Broker Forex berkhidmat sebagai seorang orang tengah antara anda dan pasaran Forex, oleh itu, anda perlu sangat berhati-hati dalam membuat keputusan anda. Terdapat ramai Broker Forex dalam pasaran dan jumlah ini telah meningkat lebih tinggi berbanding dengan zaman dahulu disebabkan keadaan Forex yang semakin bertumbuh. Semasa memilih broker Forex di Malaysia, kebolehpercayaan dan amanah broker sepatutnya diutamakan dalam senarai semak anda. Seorang Broker Forex yang dipercayai seharusnya layak dalam beberapa perspektif seperti yang tersenarai di bawah:
Adakah Broker Forex anda dikawal selia sepenuhnya?
 
Peraturan merupakan salah satu faktor-faktor penting yang sepatutnya dipertimbangkan sebelum perkara-perkara lain. Anda tidak boleh mengamanahkan dana anda kepada sebarang Broker Forex dalam pasaran secara rambang, oleh itu, semasa anda sedang memilih seorang broker Forex, anda harus memeriksa mereka dari segi keselamatan, jaminan dan kebolehpercayaan dengan hanya menyiasat pihak berkuasa penyeliaan - badan pentadbiran yang mengawal selia broker Forex demi kepentingan awam - yang menyelia aktiviti-aktiviti kewangan mereka secara keseluruhan. Broker Forex yang dikawal selia dikehendaki stabil dari segi kewangan, menyediakan akaun-akaun berasingan untuk pelanggan, mengamalkan kaedah bisnes yang beretika dan adil, serta menyediakan harga berpatutan dan pelaksanaan pesanan yang berkualiti.

Ia adalah lebih baik untuk memastikan bahawa Broker Forex yang dipilih mempunyai ibu pejabat di negara di mana wujudnya badan pengawalseliaan yang menguatkuasakan undang-undang dan peraturan, contohnya CySEC di Cyrpus, FCA di UK, ASIC di Australia, IFSC di Belize dan pihak berkuasa berkaitan yang lain. Bekerjasama dengan Broker Forex yang tidak dikawal selia dan tidak bertanggungjawab kepada mana-mana pihak berkuasa boleh menyebabkan anda menghadapi risiko kewangan. Broker Forex yang tidak dikawal selia tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk memproses transaksi anda, memberikan anda carta-carta yang diperlukan atau data yang betul, ataupun menyokong anda dengan apa cara sekalipun. Tambahan pula, jika anda memilih untuk bekerjasama dengan broker yang tidak sah, anda berbuat demikian atas risiko sendiri, dan tidak dapat menebus kerugian anda atau membuat aduan rasmi kepada pihak-pihak berkuasa kerana mereka bukan ahli skim pampasan dana atau sebarang organisasi yang seumpama itu.
Sokongan Pelanggan daripada Broker Forex
 
Kualiti Sokongan Pelanggan yang diberikan oleh Broker Forex memberi banyak maklumat tentang mereka. Perkhidmatan yang dikehendaki daripada Broker Forex perlu sedia ada setiap masa (24 jam, 5 hari) memandangkan sifat berterusan pasaran FX. Anda sepatutnya boleh mengakses sokongan pelanggan melalui pelbagai cara termasuk emel, sembang langsung dan panggilan telefon semata-matanya untuk membuat anda rasa selesa. Staf sokongan perlu bermaklumat dan berkelakuan baik untuk menjawab semua soalan anda dan membimbing anda dalam cara yang sebaik mungkin supaya anda akan tahu jika anda boleh mempercayai mereka apabila masalah benar-benar terjadi. Anda boleh mengulas tentang masa tindak balas dan usaha mereka secara keseluruhan hanya melalui sembang langsung, memerhati cara mereka mendekati soalan-soalan anda mengenai spread, leverage, peraturan-peraturan atau sebarang butiran-butiran lain yang anda ingin bertanya. Mereka sepatutnya berpihatin dan sabar untuk mendengar kebimbangan anda dan menyalurkan sokongan mereka untuk menangani keperluan anda. Sebaliknya, anda perlu menuju ke Broker Forex lain di mana bahagian sokongan mereka perlu membantu anda dengan pengetahuan yang ada dengan sebaik-baiknya.

Seorang Broker Forex yang aktif di dalam kawasan anda yang menawarkan sokongan dalam bahasa tempatan anda adalah sangat berguna, terutamanya jika anda tidak fasih dalam Bahasa Inggeris. Ini juga bermaksud anda akan mendapat sokongan yang terbaik untuk menangani masalah anda dengan lebih cepat.
Pelbagai Akaun Dagangan dan Syarat-syarat
 
Broker Forex yang menawarkan syarat-syarat dagangan berlainan dan akaun-akaun dagangan seperti Standard, Micro, ECN dan Demo (untuk latihan) tidak mengehadkan anda kepada beberapa pilihan, dan dengan itu, anda boleh memilih jenis akaun yang sesuai dengan keperluan dagangan anda. Oleh itu, anda boleh memilih akaun dagangan berdasarkan jumlah dagangan, spread, komisen atau sebarang peralatan lain yang membuat anda rasa selesa. Pedagang-pedagang baru dan penyimpan rendah biasanya memilih Akaun Forex Mikro yang sedia ada dengan dagangan bersaiz kecil. Pihak yang tidak mampu untuk membuat pelaburan tambahan boleh memilih akaun Standard yang sering digunakan oleh pedagang-pedagang yang berkemahiran. Untuk akaun-akaun Mikro dan Standard, pedagang-pedagang hanya dikehendaki membayar yuran spread tetap atau terapung dan ini terpulang kepada Broker Forex. Broker Forex ECN menyediakan pelanggan dengan pembelian terbaik dan menjual pada harga yang didapati terus daripada pasaran antara bank. Akaun-akaun ECN mendatangkan spread rendah dan terapung; bagaimanapun, komisen akan dikenakan untuk setiap transaksi.
Spread, Komisen, Leverage, dan Pelaksanaan Pesanan
 
Pedagang-pedagang Forex dikehendaki membayar satu spread - perbezaan antara harga tawaran dan harga permintaan - kepada Broker Forex mereka. Spread tersebut ditawarkan dalam bentuk tetap atau terapung dan boleh dipilih berdasarkan keperluan dagangan anda. Spread tetap, seperti yang dicadangkan oleh namanya, kekal sama tanpa mengira saiz dagangan anda. Spread terapung biasanya ditawarkan serendah 1 pip, tetapi ia boleh berubah mengikut pergerakan pasaran. Oleh itu, anda perlu mempertimbangkan jenis spread yang sesuai dengan strategi-strategi dagangan anda dan membuat pilihan yang sewajarnya. Broker Forex menjana keuntungan dengan mengenakan caj spread untuk transaksi-transaksi klien. Terdapat beberapa Broker yang mengenakan caj pada spread yang lebih tinggi supaya boleh menjana lebih banyak wang manakala Broker lain menawarkan yuran perkhidmatan yang lebih rendah supaya boleh menarik lebih ramai pelanggan. Broker Dealing Desk (Market Makers) menetapkan harga spread bagi setiap pasangan matawang dalam linkungan 2-3 pip. Pedagang-pedagang mencari Broker Forex dengan spread yang paling rendah supaya boleh menjimatkan wang persendirian.    

Forex dikenali dengan leverage tingginya, dan terdapat Broker Forex yang menawarkan leverage dalam linkungan 1:50, 1:100 atau setinggi 1:3000. Pedagang-pedagang yang agresif biasanya menggunakan leverage pada tahap maksimum dan mengambil risiko yang lebih tinggi; Sebaliknya, pedagang-pedagang yang lebih berhati-hati mungkin akan mendekati leverage dengan lebih berwaspada supaya boleh menjamin keselamatan diri sendiri.

Isu penting yang lain ialah kepantasan dan kualiti pelaksanaan pesanan, terutamanya untuk scalper, pengguna EA dan pihak-pihak yang lebih kerap berdagang. Tambahan pula, Scalper lebih berminat dengan Broker Forex ECN kerana mereka menyediakan scalper dengan keadaan yang lebih baik and lebih mesra (spread rendah, tiada sebut harga semula dan pelaksaan pesanan yang sangat cepat).
Platform Dagangan yang Ditawarkan
 
Platform yang ditawarkan boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti komputer meja, sistem berasaskan web atau berasakan aplikasi mobil. Pedagang-pedagang boleh memilih platform yang bersesuaian berdasarkan keperluan dagangan mereka. Platform dagangan yang paling biasa digunakan dalam Forex ialah MetaTrader 4. Anda sepatutnya boleh bergantung kepada platform dagangan anda supaya tidak melambat atau berhempas sepenuhnya semasa anda berdagang, terutamanya apabila berlakunya kejadian penting atau apabila lonjakan ekonomi sejagat keluar dalam berita. Platform dagangan yang boleh dipercayai memastikan anda tidak ketinggalan peluang untuk berdagang akibat kesilapan yang tidak terduga. Suatu platform dagangan mesti senang untuk digunakan supaya anda boleh berdagang atau menyiapkan pesanan dalam beberapa saat sahaja tanpa mengalami sebarang kepayahan. Anda juga sepatutnya mencari ciri-ciri seperti dagangan satu klik, pengurusan menamatkan kerugian, menetapkan batasan atau mengendalikan pelbagai jenis pesanan dalam platform dagangan yang stabil dan boleh dipercayai.
Cara-cara Deposit dan Withdrawal Broker Forex
 
Setiap Broker Forex menawarkan cara-cara deposit dan withdrawal yang agak berlainan kepada pelanggan-pelanggannya. Dalam kes ideal, anda memerlukan broker yang mempunyai system bayaran yang senang digunakan, cepat dan terjamin. Kini, pedagang-pedagang boleh membiayai akaun-akaun mereka melalui Bank Wire atau Kad-kad Kredit (Visa, Mastercard dan sebagainya) dengan ramai Broker Forex. Broker Forex juga boleh menerima sistem bayaran atas talian termasuk WebMoney, Skrill, Neteller, FastPay, Bitcoin dan PerfectMoney disebabkan kepantasan, kemudahan akses dan populariti mereka. Masa pembiayaan di transaksi Bank Wire biasanya mengambil masa beberapa hari bisnes, manakala sistem bayaran atas talian, deposit dan withdrawal boleh diproses dengan sangat cepat (Membuat deposit dengan serta-merta dan membuat withdrawal dalam masa beberapa jam atau satu hari bekerja).  

Tambahan pula, broker Forex yang aktif di rantau-rantau tertentu seperti di Malaysia mungkin menawarkan pembiayaan melalui bank-bank tempatan Malaysia terus daripada kabinet klien. Dengan cara ini, pedagang-pedagang Malaysia boleh membiayai akaun Forex mereka dengan lebih cepat dan lebih senang melalui akaun bank tempatan (dalam Ringgit) dan juga mengeluarkan dana mereka ke akaun bank Malaysia.