✅ ForexMalaysia.My - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia
HYCM Malaysia

HYCM Forex Malaysia - HYCM Broker Malaysia Review

Sebagai satu broker tertubuh dan boleh dipercayai dengan reputasi melebihi 40 tahun dalam pasaran kewangan, HYCM menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang menyeluruh dengan pengalaman dagangan kelas pertama.

HYCM, iaitu Henyep Capital Market, merupakan sebahagian daripada Kumpulah Henyep, satu syarikat kewangan sejagat yang beroperasi dalam pasaran Asia, Eropah dan Amerika Utara. Syarikat tersebut menyertai Persatuan Pertukaran Emas dan Perak Hong Kong pada 1977 dan membina bahagiannya termasuk Sekuriti Henyep dan Komoditi Henyep. 

HYCM Malaysia dikawal selia oleh pelbagai badan pengawalseliaan seperti FCA dari UK, CySEC dari Siprus, CIMA dari Kepulauan Cayman, dan DSFA dari Dubai. HYCM juga beroperasi dengan pematuhan secara langsung  terhadap  MiFID. Pengalaman melebihi 40 tahun dalam bisnes dan juga pelbagai anugerah terkenal syarikat tersebut menyuarakan reputasi HYCM. Dengan pejabat cawangan di 5 pusat kewangan peneraju dalam dunia ini, HYCM telah menyediakan perkhidmatan untuk klien yang berasal dari 140 lebih negara, dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan yang meluas dalam Forex, stok, index, komoditi dan mata wang kripto.

HYCM Malaysia menawarkan jenis akaun Forex mudah yang membenarkan semua strategi dagangan dengan perlindungan baki negatif. Spread di HYCM adalah tetap dan terapung tanpa komisen, bermula daripada 0.2 pip dengan deposit minimum sebanyak 100 USD dan leverage setinggi 1:500, dan boleh diakses melalui platform dagangan MetaTrader 4 dan MetaTrader 5.

Pedagang-pedagang HYCM boleh menikmati perkhidmatan pelanggan sedia ada selama 24 jam dan 5 hari untuk keperluan dagangan mereka, dan boleh mencari jawapan kepada soalan mereka melalui Soalan Lazim Ditanya, sembang langsung laman web, serta platform sembang sosial seperti Viber, Skype, Whatsapp, Telegram dan Facebook Messenger. Tambahan pula, bahan pembelajaran percuma dalam bentuk artikel pendidikan dan pelbagai alat pendidikan seperti kursus video serta sesi pengajaran tentang pelbagai tajuk, seminar atas laman web, kelas dalam talian, seminar, dan acara langsung lain adalah sedia ada di HYCM Malaysia untuk pemula yang baru bermula dagangan.
Laman web: www.HYCM.com
Peraturan: CySEC, FCA, DSFA, CIMA
Negara: UK
Tahun Penubuhan: 1977
Sokongan di Malaysia: Yes
Bank tempatan di Malaysia: No
HYCM Rating: 4 / 5
Rating: 4 / 5

Jenis Akaun HYCM Malaysia

HYCM Malaysia menawarkan jenis akaun dagangan mudah yang boleh menyesuaikan semua gaya dagangan pemula dan juga pedagang profesional. Semua aktiviti dagangan dilaksanakan dengan serta-merta secepat 12 milisaat secara purata dan sedia ada dalam lima mata wang asas, iaitu EUR, USD, GBP, RUB dan AED

Pedagang-pedagang yang lebih suka dagangan yang lebih selamat dengan spread tetap mungkin berminat membuka satu akaun Tetap HYCM. Hanya dengan membuat deposit minimum 100 USD, pedagang-pedagang akan dapat berdagang dalam spread tetap daripada 1.8 pip, leverage setinggi 1:500 dan jumlah dagangan minimum sebanyak 0.01 lot. Selain itu, tiada komisen dikenakan untuk akaun jenis tersebut.

Pedagang-pedagang berpengalaman boleh membuka satu akaun Klasik HYCM dengan membuat deposit minimum sebanyak 100 USD. Mereka boleh berdagang dengan spread terapung serendah 1.2 pip, leverage setinggi 1:500 dan jumlah dagangan minimum sebanyak 0.01 lot dengan perlindungan baki negatif.

Akaun yang terakhir ialah akaun Mentah HYCM yang menawarkan spread mentah serendah 0.2 pip yang senang dibuka dengan membuat deposit minimum 200 USD. Bagi jenis akaun ini, pedagang-pedagang dikenakan komisen $4 untuk setiap pusingan dagangan dengan leverage setinggi 1:500 dan dijamin oleh perlindungan baki negatif.  
FIXED
Minimum Deposit: $100
Leverage: 1:500
Minimum trade size: 0.01
Spread Type: Fixed from 1.8 pips
Commission: No
Account Currency: EUR, USD, GBP, RUB, AED

CLASSIC
Minimum Deposit: $5
Leverage: 1:500
Minimum trade size: 0.01
Spread Type: Floating from 1.2 pips
Commission: No
Account Currency: EUR, USD, GBP, RUB, AED

RAW
Minimum Deposit: $200
Leverage: 1:500
Minimum trade size: 0.01
Spread Type: Floating from 0.2 pips
Commission: $4 / lot
Account Currency: EUR, USD, GBP, RUB, AED

HYCM juga menawarkan akaun Islamic Forex dengan perkhidmatan bebas swap untuk pedagang-pedagang Muslim, selain daripada akaun VIP untuk pedagang-pedagang profesional yang lebih suka berdagang dalam jumlah besar.

Satu lagi ciri istimewa HYCM ialah pedagang dibenarkan membuka satu akaun gabungan, di mana dua pemegang akaun akan bekerjasama memiliki satu akaun tunggal dan mungkin mengambil giliran untuk menggunakan akaun tersebut. Satu akaun tunggal akan diaktifkan apabila pemegang akaun memulakan dan memberikan kebenaran kepada proses tersebut.

Pedagang-pedagang yang belum yakin tentang kemahiran dagangan mereka selalu boleh bermula dengan satu akaun Demo dan menggunakan wang maya setinggi 50,000 dalam mata wang EUR atau USD. Akaun tersebut kekal aktif untuk kira-kira 14 hari dengan menggunakan platform dagangan MetaTrader 4.

Deposit dan pengeluaran HYCM Malaysia

Deposit
HYCM Malaysia menawarkan deposit dan pengeluaran serta-merta melalui pelbagai cara tanpa yuran tambahan.

Deposit dan pengeluaran serta-merta adalah sedia ada dengan minimum 20 USD atau nilai yang bersamaan dengannya, dan setinggi 1 jam masa antara permulaan dan pelaksanaan dengan menggunakan cara pembayaran yang berikut:

Kad kredit (VISA/MasterCard)
E-dompet (WebMoney, Skrill, Neteller)

Sila ingat bahawa yuran pemprosesan 1% tambahan akan dikenakan untuk pengeluaran melebihi 5,000 USD melalui Skrill dan Neteller.

Deposit dan pengeluaran melalui pindahan kawat bank boleh dibuat dengan jumlah minimum 250 USD untuk deposit dan 300 USD untuk pengeluaran. Masa antara permulaan dan pelaksanaan yang diperlukan ialah 1 sehingga 5 hari bekerja. Walaupun HYCM tidak mengenakan sebarang yuran untuk pelanggannya, yuran tambahan yang mungkin dikenakan oleh bank akan dikurangkan secara automatik daripada jumlah yang diterima oleh pedagang-pedagang.

HYCM Malaysia juga menerima cara bayaran menggunakan China Union Pay dan kad maya. Pedagang-pedagang akan dikehendaki untuk membuktikan bahawa mereka ialah pemilik sebenar kad tersebut dengan memberikan nombor kad dan tarikh luput.
pengeluaran

Spread HYCM Malaysia

spreads
Spread di HYCM ditawarkan pada pelbagai jumlah berdasarkan jenis akaun. Spread tetap dari 1.8 pip diguna pakai di Akaun Tetap HYCM dan spread terapung dari 1.2 pip di Akaun Klasik HYCM, tanpa apa-apa komisen. Sebaliknya, Akaun Mentah HYCM menawarkan spread mentah serendah 0.2 pip dengan komisen $4 untuk setiap pusingan dagangan.

Jaminan dan keselamatan dana HYCM Malaysia

Jaminan
Pengalaman selama empat puluh tahun telah memberikan HYCM satu reputasi kukuh dari segi ketelusan dan amalan dagangan yang adil.

HYCM dilesenkan oleh pelbagai badan pengawalseliaan peneraju dalam pelbagai bidang kuasa:

FCA dari UK di bawah nama Pasaran Modal Henyep Berhad (Henyep Capital Markets (UK) Limited.),
CySEC dari Cyprus untuk HYCM (Europe) Ltd.,
CIMA dari Cayman Island untuk HYCM Ltd, dan
DFSA dari Dubai di bawah nama Pasaran Modal Henyep Berhad (Henyep Capital Markets (DIFC) Limited).

Selari dengan lesen ini, HYCM dikehendaki untuk mengekalkan pengasingan wang klien daripada dana operasi syarikat tersebut. Selain itu, mereka perlu mengikut rangka kerja perakaunan dan pengurusan risiko yang ketat daripada pengawal selia, dan juga mengemukakan laporan kewangan mereka secara berkala untuk memaparkan kecekapan modal mereka.

Di HYCM, audit tahunan dilaksanakan oleh rangkaian perakaunan antarabangsa yang kelima terbesar, Moore Stephens dan BDO Ltd.

Kelebihan Berdagang dengan HYCM Malaysia

Broker bereputasi dan boleh dipercayai dengan pengalaman melebihi 40 tahun
Deposit dan pengeluaran serta-merta yang percuma
Lima jenis mata wang asas dengan perlindungan baki negatif
Spread tetap dan terapung serendah 0.2 pip
Dikawal selia oleh FCA, CySEC, CIMA, DFSA, dan juga dilesenkan oleh MiFID
Hak keistimewaaan khas, termasuk program akaun VIP
Semua strategi dagangan dibenarkan
Leverage terapung setinggi 1:500
Akaun dagangan mudah boleh diakses melalui platform dagangan MT4 dan MT5
Sokongan pelanggan pelbagai bahasa sedia ada untuk 24 jam dan 5 hari
Carilah broker Forex lain di Malaysia
FBS Malaysia
XM Malaysia
HFM Malaysia
Tickmill Malaysia
RoboForex Malaysia