✅ ForexMalaysia.My - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia

Broker Forex Malaysia

Ia tidak sukar untuk mencari seorang broker Forex yang membolehkan anda rasa selamat dan selesa dari segi mental, anda hanya perlu mengambil kira faktor-faktor penting tentang seorang broker Forex yang boleh dipercayai. Pada dasarnya, seorang broker Forex yang sah adalah beretika dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelanggannya, termasuk sokongan berkualiti, deposit serta pengeluaran cepat, dan yang paling penting, syarat-syarat dagangan yang boleh dipercayai dan dijamin dengan sejarah yang kukuh. Dengan cara ini, anda boleh mempunyai ketenangan fikiran dan menumpukan perhatian terhadap kerjaya dagangan anda sahaja. 

Di sini, kita telah memperkenalakan broker Forex di Malaysia yang paling berjaya dengan kehadiran bertahun-tahun dalam industri forex yang juga dikawal selia dengan baik oleh badan-badan pengawalseliaan kewangan antarabangsa seperti CySEC, FCA, ASIC, dan IFSC. Broker forex tersebut telah mencapai kadar kepuasan yang paling bagus antara pedagang-pedagang di seluruh dunia.

Memilih seorang broker forex yang selamat merupakan keutamaan #1 anda untuk dagangan yang berjaya. Untuk belajar lebih banyak tentang setiap broker forex yang boleh dipercayai seperti yang disenaraikan di bawah, anda cuma perlu pergi ke halaman
review broker dan menyemak produk dagangan, jenis akaun, spread mereka dan sebagainya.
broker Forex Malaysia

Senarai broker Forex sah dan boleh dipercayai di Malaysia 2024

XM Malaysia
XM Malaysia
Deposit Minimum: $1
Jenis Akaun: Mikro, Standard, Ultra Low
Leverage: 1:1000
Spread: Terapung
Platform: MT4/5, WebTrader, Mobile

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, Webmoney, PerfectMoney, FasaPay, Skrill, Neteller, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Peraturan: CySEC, IFSC, ASIC, FCA
Negara: Cyprus
Kaunter Sokongan Malaysia: Ya (E-mel, Chat live, Telefon)

FP Markets Malaysia
FPMarkets Malaysia
MinimDeposit Minimum: $100
Jenis Akaun: Standard, Raw
Leverage: 1:500
Spread: Floating
Platform: MT4/5, WebTrader, Mobile, Iress

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, Paypal, Skrill, Neteller, Bitcoin, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Regulations: ASIC, CySEC
Negara: Australia
Kaunter Sokongan Malaysia: Ya (E-mel, Chat live, Telefon)

OctaFx Malaysia
OctaFx Malaysia
Deposit Minimum: $5
Jenis Akaun: Mikro, Pro, ECN
Leverage: 1:500
Spread: Terapung dan Tetap
Platform: MT4/5, WebTrader, Mobile, cTrader

Deposit dan pengeluaran: Kad Kredit, Skrill, Neteller, Bitcoin, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Peraturan: CySEC, IBC
Negara: Cyprus
Kaunter Sokongan Malaysia: Ya (E-mel, Chat live, Telefon)

FBS Malaysia
FBS Malaysia
Deposit Minimum: $1
Jenis Akaun: Mikro, Cent, Standar, ECN, Spread Nol
Leverage: 1:3000
Spread: Terapung dan Tetap
Platform: MT4/5, WebTrader, Mobile

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, Webmoney, PerfectMoney, FasaPay, Skrill, Neteller, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Peraturan: CySEC, IFSC, FSCA, ASIC
Negara: Cyprus
Kaunter Sokongan Malaysia: Ya (E-mel, Chat live, Telefon)

RoboForex Malaysia
RoboForex Malaysia
Deposit Minimum: $10
Jenis Akaun: Cent (Mikro), Standard, ECN, Prime
Leverage: 1:3000
Spread: Terapung dan Tetap
Platform: MT4/5, R Trader, WebTrader, Mobile

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, Webmoney, FasaPay, Skrill, Neteller, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Peraturan: FSC
Negara: Cyprus
Kaunter Sokongan Malaysia: Ya (E-mel, Chat live, Telefon)

Tickmill Malaysia
Tickmill Malaysia
Deposit Minimum: $100
Jenis Akaun: Standard, Pro, VIP
Leverage: 1:500
Spread: Terapung
Platform: MT4, WebTrader, Mobile

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, FasaPay, Skrill, Neteller, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Peraturan: FSA, CySEC, FCA
Negara: Cyprus
Kaunter Sokongan Malaysia: Ya (E-mel, Chat live, Telefon)

JustMarkets Malaysia
JustMarkets Malaysia
Deposit Minimum: $5
Jenis Akaun: Cent, Standard, Pro, Raw
Leverage: 1:3000
Spread: Terapung
Platform: MT4/5, WebTrader, Mobile

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, PerfectMoney, FasaPay, Skrill, Neteller, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Peraturan: CySEC, FSA, VFSC
Negara: Cyprus
Kaunter Sokongan Malaysia: Ya (E-mel, Chat live, Telefon)

HFM Malaysia
HFM Malaysia
Deposit Minimum: $5
Jenis Akaun: Mikro, Premium, Zero, Fixed, VIP
Leverage: 1:3000
Spread: Terapung dan Tetap
Platform: MT4/5, WebTrader, Mobile

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, Webmoney, FasaPay, Skrill, Neteller, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Peraturan: CySEC, FCA, FSC, FSB
Negara: Cyprus
Kaunter Sokongan Malaysia: Ya (E-mel, Chat live, Telefon)

M4Markets Malaysia
M4Markets Malaysia
Deposit Minimum: $5
Jenis Akaun: Standard, Raw Spread, and Premium
Leverage: Up to 1:3000
Spread: Terapung
Platform: MT4/5, WebTrader, Mobile

Deposit dan pengeluaran: Kad Kredit, Skrill, Neteller, PerfectMoney, Vload, FasaPay, Sticpay, Bitcoin, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Peraturan: FSA
Negara: Seychelles
Kaunter Sokongan Malaysia: Ya

Alpari Malaysia
Alpari Malaysia
Deposit Minimum: $1
Jenis Akaun: Nano, Standard, ECN, ECN Pro
Leverage: 1:3000
Spread: Terapung dan Tetap
Platform: MT4/5, WebTrader, Mobile

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, Webmoney, FasaPay, Skrill, Neteller, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Peraturan: FSA, IBC
Negara: Cyprus
Kaunter Sokongan Malaysia: Ya (E-mel, Chat live)

HYCM Malaysia
HYCM Malaysia
Deposit Minimum: $100
Jenis Akaun: Fixed, Classic, Raw
Leverage: 1:500
Spread: Terapung dan Tetap
Platform: MT4, WebTrader, Mobile

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, FasaPay, Skrill, Neteller, Webmoney

Peraturan: CySEC, FCA, DFSA, CIMA
Negara: UK
Kaunter Sokongan Malaysia: Tiada (Hanya Bahasa Inggeris)

FXTM Malaysia
ForexTime Malaysia
Deposit Minimum: $5
Jenis Akaun: Cent, Standar, ECN, Spread Nol, Pro
Leverage: 1:3000
Spread: Terapung
Platform: MT4/5, WebTrader, Mobile

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, Webmoney, PerfectMoney, FasaPay, Skrill, Neteller, Bitcoin

Peraturan: CySEC, IFSC, FCA
Negara: Cyprus
Kaunter Sokongan Malaysia: Ya (E-mel, Chat live, Telefon)

IronFx Malaysia
Ironfx Malaysia
Deposit Minimum: $100
Jenis Akaun: Micro, Standard, ECN, Zero-Spread, VIP
Leverage: 1:3000
Spread: Terapung dan Tetap
Platform: MT4, WebTrader, Mobile

Deposit dan pengeluaran: Bank-bank Tempatan di Malaysia, Kad Kredit, Webmoney, PerfectMoney, FasaPay, Skrill, Neteller, Bitcoin

Peraturan: CySEC, FCA, ASIC
Negara: Cyprus
Kaunter Sokongan Malaysia: Ya (E-mel, Chat live, Telefon)

LiteForex Malaysia
LiteForex Malaysia
Deposit Minimum: $10
Jenis Akaun: Cent, Classic, ECN
Leverage: 1:500
Spread: Terapung
Platform: MT4/5, WebTrader, Mobile

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, Webmoney, PerfectMoney, Skrill, Neteller, Bitcoin, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Peraturan: IBC
Negara: Marshall Island
Kaunter Sokongan Malaysia: Ya (E-mel, Chat live)

Orbex Malaysia
Orbex Malaysia
Deposit Minimum: $200
Jenis Akaun: Classic Fixed, Standard, Premium, VIP
Leverage: 1:500
Spread: Terapung dan Tetap
Platform: MT4, WebTrader, Mobile

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, Webmoney, FasaPay, Skrill, Neteller

Peraturan: CySEC, FSC, FCA
Negara: Cyprus
Kaunter Sokongan Malaysia: Ya (E-mel, Chat live)

BDSwiss Malaysia
BDSwiss Malaysia
Deposit Minimum: $100
Jenis Akaun: Classic, VIP, RAW
Leverage: 1:500
Spread: Terapung
Platform: MT4/5, WebTrader, Mobile

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, Skrill, Neteller, Bitcoin, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Peraturan: FSC, FSA
Negara: Mauritius
Kaunter Sokongan Malaysia: Ya (E-mel, Chat live, Telefon)

AETOS Malaysia
Aetos Malaysia
Deposit Minimum: $50
Jenis Akaun: General, Premium
Leverage: 1:400
Spread: Terapung
Platform: MT4/5, WebTrader, Mobile

Deposit dan pengeluaran:
Bank Wire, Credit Cards, Skrill, Neteller

Peraturan: ASIC, FCA
Negara: Australia
Kaunter Sokongan Malaysia: Tiada (Hanya Bahasa Inggeris)

Oinvest Malaysia
Oinvest Malaysia
Deposit Minimum: $250
Jenis Akaun: Silver, Gold, Platinum
Leverage: 1:400
Spread: Floating
Platform: MT4, WebTrader, Mobile

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, Skrill, Neteller, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Peraturan: FSA
Negara: Seychelles
Kaunter Sokongan Malaysia: Tiada (Hanya Bahasa Inggeris)

👌 Pilih broker Forex anda dalam berbagai kategori:
1
Anda tidak cukup wang untuk mencapai matlamat dagangan anda? Ini penyelesaiannya: buka Akaun Mikro yang meminimumkan risiko anda untuk berdagang dalam lot mikro dengan deposit lebih kecil. Dapatkan pertumbuhan terbaik wang anda dengan broker Mikro Forex terunggul dan kaut kelebihannya.
2
Baru selesai latihan demo? Ambil masa anda untuk mengenali pasaran Forex dunia nyata dengan akaun Sen. Ia membantu anda berlatih dagangan dan keterujaan sebenar pasaran FX tanpa mendedahkan diri anda dengan risiko terlalu tinggi persekitaran dagangan. Ya betul, dagang dalam Sen!
3
Kos adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan dalam perniagaan. Pun begitu, anda boleh urus dan meminimumkan kos dengan berdagang dengan broker Forex dengan spread rendah. Elak dari terus dikenakan caj keterlaluan dan maksimumkan keuntungan anda dengan broker Forex yang menawarkan spread paling rendah dalam pasaran!
4
Ucap selamat tinggal kepada kegelinciran dan pelaksanaan pesanan rendah! Akses ke pasaran gergasi Forex dalam masa nyata melalui Broker Forex ECN. Alami spread yang lebih sempit, persekitaran berkelajuan ultra ECN, pelaksanaan dagangan segera, dan tidak lagi kehilangan wang dari kegelinciran milisaat yang menjengkelkan.
5
Bolehkah berdagang tanpa spread langsung? Sudah tentu, memang boleh! Broker Forex spread sifar yang menawarkan perbezaan SIFAR diantara harga BIDA dan TANYA boleh didapati dan bersedia memberikan khidmat kepada anda. Dagang Forex tanpa sebarang spread untuk menghapuskan kos tidak perlu dan menjengkelkan.
6
Adakah terdapat cara meminimumkan risiko dan buatkan hasil dagangan Forex anda lebih boleh dijangka? Ya, anda boleh cuba perkhidmatan broker Forex spread tetap. Harga yang lebih telus, dan keadaan dagangan yang kurang berisiko, dan perkiraan lebih tepat dalam spread, yang akan kekal sama dibawah sebarang keadaan pasaran.
7
Have you started trading only recently? No worries! Stand on the shoulders of the Forex giants, and generate profits with copy trading. Follow and copy trading strategies from professional traders brought to you by prominent Forex brokers.
8
Leverage adalah pisau bermata dua; ia berkemungkinan boleh menggandakan keuntungan anda atau menambah lagu kerugian anda bergantung kepada situasi. Disamping itu, ia hanya patut digunakan sebagai alat tambahan dengan broker Forex yang boleh dipercayai.
9
Dalam dunia kewangan, dagangan Bitcoin sekarang dianggap sebagai trend terbaru! Ia telah memberikan cabaran baru untuk pedagang zaman moden. Cari Broker Forex Bitcoin yang boleh menawarkan anda perkhidmatan kelas satu dan yang boleh membimbing anda untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran ini.
10
Siapa kata dagangan saham mahal? Cari perkhidmatan berkos rendah dan berdeposit rendah dalam dagangan saham dan CFD melalui broker Forex dengan dagangan saham terkemuka. Dagang dengan mudah menggunakan beraneka saham antarabangsa.
11
Mencari pelaburan yang tidak lapuk dan berharga? Dagangan emas adalah jawapannya. Emas dianggap mata wang tidak ternilai dengan nilainya yang semakin meningkat. Sambar peluang keemasan dengan melabur dalam Emas melalui broker Forex dengan dagangan emas terbaik.
12
Minyak mentah – sebagai aset cecair yang terhad dan berharga – mempunyai fungsi penting dalam ekonomi dunia. Ia sudah terbukti bahawa aset menguntungkan ini boleh mempelbagaikan portfolio dagangan and ajika didagangkan dengan betul dengan broker Forex dagangan minyak yang boleh dipercayai.
13
Takut dengan risiko tinggi dagangan Forex? Cuba dagangan logam. Banyak pedagang memilih logam kerana ia boleh dikira paling selamat dan harganya lebih stabil daripada instrumen dagangan lain. Mula sekarang dengan memilih broker Forex dagangan logam terbaik.
14
Adakah dagangan anda memakan diri disebabkan sambungan internet teruk? Perkhidmatan dagangan berautomasi VPS akan membantu anda! Tetapkan strategi anda dan biarkan ia terhasil dari latar walaupun komputer anda ditutup. Cari broker Forex dengan VPS paling selamat dan moden disini.
15
Bolehkah berdagang tanpa sebarang bunga faedah atau swap? Sudah tentu! Guna akaun Islamik. Namun ingat bahawa sesetengah broker menawarkan keadaan dagangan yang tidak menguntungkan. Inilah sebabnya anda patut memilih dengan berhati-hati dari senarai broker Forex Islamik yang boleh dipercayai untuk berdagang bebas swap!
16
Sebagai sebuah platform dagangan popular, MetaTrader 5 atau MT5 terbukti alatan yang unggul untuk dagangan Forex, saham, future, dan CFD. Platform ini membolehkan dagangan berbilang aset dengan analisis harga komprehensif, pelbagai model pelaksanaan, dan banyak lagi kelebihan lain.
17
MT4 telah bertahun merangkul platform dagangan paling popular, yang mampu meningkatkan pengalaman dagangan anda dalam pasaran Forex. Sebagai alat yang paling berkuasa dan mudah untuk analisis teknikal dan dagangan, anda boleh mengakses berbagai alatan pencartaan dan analisis, Expert Advisor, isyarat dagangan, amaran berita, dan ciri-ciri berguna lain.
18
Labur dalam pasaran Forex melalui Akaun PAMM – Sebuah jalan pintas untuk pedagang baru uang ingin melabur dalam pasaran Forex tanpa perlu belajar semua perincian rumit dagangan. Cari pengurus profesional untuk berdagang dalam akaun Forex anda.

Bagaimana memilih broker Forex yang boleh dipercayai?

Broker Forex berkhidmat sebagai seorang orang tengah antara anda dan pasaran Forex, oleh itu, anda perlu sangat berhati-hati dalam membuat keputusan anda. Terdapat ramai Broker Forex dalam pasaran dan jumlah ini telah meningkat lebih tinggi berbanding dengan zaman dahulu disebabkan keadaan Forex yang semakin bertumbuh. Semasa memilih broker Forex di Malaysia, kebolehpercayaan dan amanah broker sepatutnya diutamakan dalam senarai semak anda. Seorang Broker Forex yang dipercayai seharusnya layak dalam beberapa perspektif seperti yang tersenarai di bawah:
broker forex yang boleh dipercayai di malaysia
Adakah Broker Forex anda dikawal selia sepenuhnya?
Peraturan merupakan salah satu faktor-faktor penting yang sepatutnya dipertimbangkan sebelum perkara-perkara lain. Anda tidak boleh mengamanahkan dana anda kepada sebarang Broker Forex dalam pasaran secara rambang, oleh itu, semasa anda sedang memilih seorang broker Forex, anda harus memeriksa mereka dari segi keselamatan, jaminan dan kebolehpercayaan dengan hanya menyiasat pihak berkuasa penyeliaan - badan pentadbiran yang mengawal selia broker Forex demi kepentingan awam - yang menyelia aktiviti-aktiviti kewangan mereka secara keseluruhan. Broker Forex yang dikawal selia dikehendaki stabil dari segi kewangan, menyediakan akaun-akaun berasingan untuk pelanggan, mengamalkan kaedah bisnes yang beretika dan adil, serta menyediakan harga berpatutan dan pelaksanaan pesanan yang berkualiti.

Ia adalah lebih baik untuk memastikan bahawa Broker Forex yang dipilih mempunyai ibu pejabat di negara di mana wujudnya badan pengawalseliaan yang menguatkuasakan undang-undang dan peraturan, contohnya CySEC di Cyrpus, FCA di UK, ASIC di Australia, IFSC di Belize dan pihak berkuasa berkaitan yang lain. Bekerjasama dengan Broker Forex yang tidak dikawal selia dan tidak bertanggungjawab kepada mana-mana pihak berkuasa boleh menyebabkan anda menghadapi risiko kewangan. Broker Forex yang tidak dikawal selia tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk memproses transaksi anda, memberikan anda carta-carta yang diperlukan atau data yang betul, ataupun menyokong anda dengan apa cara sekalipun. Tambahan pula, jika anda memilih untuk bekerjasama dengan broker yang tidak sah, anda berbuat demikian atas risiko sendiri, dan tidak dapat menebus kerugian anda atau membuat aduan rasmi kepada pihak-pihak berkuasa kerana mereka bukan ahli skim pampasan dana atau sebarang organisasi yang seumpama itu.

Ketahui lebih lanjut tentang kawal selian Forex & broker Forex yang dikawal selia.
Sokongan Pelanggan daripada Broker Forex
Kualiti Sokongan Pelanggan yang diberikan oleh Broker Forex memberi banyak maklumat tentang mereka. Perkhidmatan yang dikehendaki daripada Broker Forex perlu sedia ada setiap masa (24 jam, 5 hari) memandangkan sifat berterusan pasaran FX. Anda sepatutnya boleh mengakses sokongan pelanggan melalui pelbagai cara termasuk emel, sembang langsung dan panggilan telefon semata-matanya untuk membuat anda rasa selesa. Staf sokongan perlu bermaklumat dan berkelakuan baik untuk menjawab semua soalan anda dan membimbing anda dalam cara yang sebaik mungkin supaya anda akan tahu jika anda boleh mempercayai mereka apabila masalah benar-benar terjadi. Anda boleh mengulas tentang masa tindak balas dan usaha mereka secara keseluruhan hanya melalui sembang langsung, memerhati cara mereka mendekati soalan-soalan anda mengenai spread, leverage, peraturan-peraturan atau sebarang butiran-butiran lain yang anda ingin bertanya. Mereka sepatutnya berpihatin dan sabar untuk mendengar kebimbangan anda dan menyalurkan sokongan mereka untuk menangani keperluan anda. Sebaliknya, anda perlu menuju ke Broker Forex lain di mana bahagian sokongan mereka perlu membantu anda dengan pengetahuan yang ada dengan sebaik-baiknya.

Seorang Broker Forex yang aktif di dalam kawasan anda yang menawarkan sokongan dalam bahasa tempatan anda adalah sangat berguna, terutamanya jika anda tidak fasih dalam Bahasa Inggeris. Ini juga bermaksud anda akan mendapat sokongan yang terbaik untuk menangani masalah anda dengan lebih cepat.
Pelbagai Akaun Dagangan dan Syarat-syarat
Broker Forex yang menawarkan syarat-syarat dagangan berlainan dan akaun-akaun dagangan seperti Standard, Micro, ECN dan Demo (untuk latihan) tidak mengehadkan anda kepada beberapa pilihan, dan dengan itu, anda boleh memilih jenis akaun yang sesuai dengan keperluan dagangan anda. Oleh itu, anda boleh memilih akaun dagangan berdasarkan jumlah dagangan, spread, komisen atau sebarang peralatan lain yang membuat anda rasa selesa. Pedagang-pedagang baru dan penyimpan rendah biasanya memilih Akaun Forex Mikro yang sedia ada dengan dagangan bersaiz kecil. Pihak yang tidak mampu untuk membuat pelaburan tambahan boleh memilih akaun Standard yang sering digunakan oleh pedagang-pedagang yang berkemahiran. Untuk akaun-akaun Mikro dan Standard, pedagang-pedagang hanya dikehendaki membayar yuran spread tetap atau terapung dan ini terpulang kepada Broker Forex. Broker Forex ECN menyediakan pelanggan dengan pembelian terbaik dan menjual pada harga yang didapati terus daripada pasaran antara bank. Akaun-akaun ECN mendatangkan spread rendah dan terapung; bagaimanapun, komisen akan dikenakan untuk setiap transaksi.
Spread, Komisen, Leverage, dan Pelaksanaan Pesanan
Pedagang-pedagang Forex dikehendaki membayar satu spread - perbezaan antara harga tawaran dan harga permintaan - kepada Broker Forex mereka. Spread tersebut ditawarkan dalam bentuk tetap atau terapung dan boleh dipilih berdasarkan keperluan dagangan anda. Spread tetap, seperti yang dicadangkan oleh namanya, kekal sama tanpa mengira saiz dagangan anda. Spread terapung biasanya ditawarkan serendah 1 pip, tetapi ia boleh berubah mengikut pergerakan pasaran. Oleh itu, anda perlu mempertimbangkan jenis spread yang sesuai dengan strategi-strategi dagangan anda dan membuat pilihan yang sewajarnya. Broker Forex menjana keuntungan dengan mengenakan caj spread untuk transaksi-transaksi klien. Terdapat beberapa Broker yang mengenakan caj pada spread yang lebih tinggi supaya boleh menjana lebih banyak wang manakala Broker lain menawarkan yuran perkhidmatan yang lebih rendah supaya boleh menarik lebih ramai pelanggan. Broker Dealing Desk (Market Makers) menetapkan harga spread bagi setiap pasangan matawang dalam linkungan 2-3 pip. Pedagang-pedagang mencari Broker Forex dengan spread yang paling rendah supaya boleh menjimatkan wang persendirian.    

Forex dikenali dengan leverage tingginya, dan terdapat Broker Forex yang menawarkan leverage dalam linkungan 1:50, 1:100 atau setinggi 1:3000. Pedagang-pedagang yang agresif biasanya menggunakan leverage pada tahap maksimum dan mengambil risiko yang lebih tinggi; Sebaliknya, pedagang-pedagang yang lebih berhati-hati mungkin akan mendekati leverage dengan lebih berwaspada supaya boleh menjamin keselamatan diri sendiri.

Isu penting yang lain ialah kepantasan dan kualiti pelaksanaan pesanan, terutamanya untuk scalper, pengguna EA dan pihak-pihak yang lebih kerap berdagang. Tambahan pula, Scalper lebih berminat dengan Broker Forex ECN kerana mereka menyediakan scalper dengan keadaan yang lebih baik and lebih mesra (spread rendah, tiada sebut harga semula dan pelaksaan pesanan yang sangat cepat).
Platform Dagangan yang Ditawarkan
Platform yang ditawarkan boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti komputer meja, sistem berasaskan web atau berasakan aplikasi mobil. Pedagang-pedagang boleh memilih platform yang bersesuaian berdasarkan keperluan dagangan mereka. Platform dagangan yang paling biasa digunakan dalam Forex ialah MetaTrader 4. Anda sepatutnya boleh bergantung kepada platform dagangan anda supaya tidak melambat atau berhempas sepenuhnya semasa anda berdagang, terutamanya apabila berlakunya kejadian penting atau apabila lonjakan ekonomi sejagat keluar dalam berita. Platform dagangan yang boleh dipercayai memastikan anda tidak ketinggalan peluang untuk berdagang akibat kesilapan yang tidak terduga. Suatu platform dagangan mesti senang untuk digunakan supaya anda boleh berdagang atau menyiapkan pesanan dalam beberapa saat sahaja tanpa mengalami sebarang kepayahan. Anda juga sepatutnya mencari ciri-ciri seperti dagangan satu klik, pengurusan menamatkan kerugian, menetapkan batasan atau mengendalikan pelbagai jenis pesanan dalam platform dagangan yang stabil dan boleh dipercayai.
Cara-cara Deposit dan Withdrawal Broker Forex
Setiap Broker Forex menawarkan cara-cara deposit dan withdrawal yang agak berlainan kepada pelanggan-pelanggannya. Dalam kes ideal, anda memerlukan broker yang mempunyai system bayaran yang senang digunakan, cepat dan terjamin. Kini, pedagang-pedagang boleh membiayai akaun-akaun mereka melalui Bank Wire atau Kad-kad Kredit (Visa, Mastercard dan sebagainya) dengan ramai Broker Forex. Broker Forex juga boleh menerima sistem bayaran atas talian termasuk WebMoney, Skrill, Neteller, FastPay, Bitcoin dan PerfectMoney disebabkan kepantasan, kemudahan akses dan populariti mereka. Masa pembiayaan di transaksi Bank Wire biasanya mengambil masa beberapa hari bisnes, manakala sistem bayaran atas talian, deposit dan withdrawal boleh diproses dengan sangat cepat (Membuat deposit dengan serta-merta dan membuat withdrawal dalam masa beberapa jam atau satu hari bekerja).  

Tambahan pula, broker Forex yang aktif di rantau-rantau tertentu seperti di Malaysia mungkin menawarkan pembiayaan melalui bank-bank tempatan Malaysia terus daripada kabinet klien. Dengan cara ini, pedagang-pedagang Malaysia boleh membiayai akaun Forex mereka dengan lebih cepat dan lebih senang melalui akaun bank tempatan (dalam Ringgit) dan juga mengeluarkan dana mereka ke akaun bank Malaysia.

Pergi ke "Deposit dan Withdrawal Forex di Malaysia" untuk ketahui tentang semua cara bayaran yang ditawarkan oleh broker Forex di Malaysia.

Broker Forex berlesen & terkawal selia di Malaysia

Sekiranya anda masih baru dalam bisnes pertukaran asing, adalah pentingnya untuk berhati-hati dalam setiap keputusan yang anda laksanakan, terutamanya dalam memilih broker Forex yang sesuai untuk rancangan dan matlamat dagangan anda.

Berbeza dengan stok, dagangan dalam pasaran pertukaran asing tidak mempunyai tempat atau pusat tertentu yang boleh diselia dan ditubuhkan. Ini adalah sebab Forex merupakan destinasi pilihan artis penipuan antarabangsa yang ingin menipu klien mereka yang mudah tertipu.

Oleh itu, sebelum membuat keputusan dan berdaftar atas laman web broker, sentiasa pastikan broker Forex anda dikawal selia dengan betul-betul untuk pengalaman dagangan yang selamat dan terjamin.
Broker Forex berlesen & terkawal selia di Malaysia
👌 Kawal Seliaan dan Perlesenan Broker Forex
Pengawalseliaan pertukaran asing ialah satu set peraturan kewangan yang mentadbir semua perbadanan dan syarikat selain daripada pedagang-pedagang yang beroperasi dalam pasaran mata wang. Pengawalseliaan ditetapkan untuk memastikan semua pihak yang terlibat dalam pasaran sejagat dan nyahpusat ini berfungsi dengan adil dan dengan beretika.

Sebagai pasaran kewangan terbesar dengan pusing ganti harian melebihi $5 trilion, Forex berfungsi pada skop antarabangsa tanpa pusat tertentu. Ini adalah kerana pasaran Forex tidak seperti pertukaran stok, dan pelbagai peserta dari tahap kewangan berlainan beroperasi, termasuk bank, syarikat komersial, broker Forex dan juga pedagang-pedagang korporat serta runcit.

Oleh itu, satu organisasi kerajaan atau institut bebas yang istimewa ditubuhkan untuk menyelia dan mengawal aktiviti-aktiviti pasaran dalam satu set rangka kerja. Institut istimewa ini dikenali sebagai pengawal selia Forex atau badan pengawalseliaan Forex. Pengawal selia ini bertanggungjawab dalam mengawal semua peserta Forex untuk memastikan mereka mematuhi peraturan dan menjalankan amalan perniagaan yang adil. 

Broker Forex yang Dikawal Selia di Malaysia

🛡️ 1. FCA

Lembaga Kelakuan Kewangan (FCA) dari UK ialah salah satu badan pengawalseliaan yang paling terkenal dalam perniagaan Forex. Walaupun FCA menguatkuasakan peraturan dan polisi yang ketat, ia masih dianggap agak terbuka dan mesra kepada pengendali Forex luar negara.

Tambahan pula, FCA merupakan satu institute awam yang bebas dan menjamin satu program dana yang setinggi GBP 50,000 sebagai insurans untuk pedagang dan pelabur dalam kes pertikaian kewangan.

Matlamat utama FCA adalah untuk melindungi pengguna, mengawasi dan memperkuatkan integriti sistem kewangan UK, serta memastikan persaingan berkesan antara pengguna dalam perniagaan Forex.
FCA Regulation
XM Malaysia
XM Malaysia
XM FCA License #: 705428
Other Regulations: CySEC, IFSC, ASIC

Headquartered: Cyprus

FXTM Malaysia
ForexTime Malaysia
FXTM FCA License #: 777911
Other Regulations: IFSC, FCA

Headquartered: Cyprus

Tickmill Malaysia
Tickmill Malaysia
Tickmill FCA License #: 717270
Other Regulations: CySEC, FSA

Headquartered: Cyprus

HYCM Malaysia
HYCM Malaysia
HYCM FCA License #: 186171
Other Regulations: CySEC, CIMA

Headquartered: Cyprus

HFM Malaysia
HotForex Malaysia
HFM FCA License #: 600473
Other Regulations: CySEC, FSA

Headquartered: Cyprus

Aetos Malaysia
Aetos Malaysia
AETOS FCA License #: 592778
Other Regulations: ASIC

Headquartered: Australia

🛡️ 2. CySEC

Sebagai destinasi dunia yang paling terkenal untuk perniagaan broker Forex, Siprus mempunyai satu agensi pengawalseliaan yang dipanggil Pesuruhjaya Sekuriti dan Pertukaran Siprus (CySEC) yang beroperasi di bawah pengawalseliaan MiFID Eropah.

MiFID atau Pasaran dalam Arahan Instrumen Kewangan telah dikuatkuasakan untuk menyediakan perkhidmatan masuk percuma kepada ahli-ahlinya dalam negara-negara Kesatuan Eropah. Broker yang telah mendapatkan lesen daripada satu ahli agensi pengawalseliaan MiFID akan dapat menjalankan perniagaan mereka dalam negara-negara keahlian lain MiFID.

CySEC ialah satu agensi pengawalseliaan yang dihormati dan menarik banyak broker Forex dan syarikat asing kerana ia mempunyai peraturan yang lebih ringan dan keperluan modal yang minimum. Banyak syarikat kewangan memilih untuk mendapatkan lesen dan menyertai bidang kuasa CySEC untuk beroperasi dalam pasaran Eropah.

Perlindungan modal yang ditawarkan oleh CySEC ialah maksimum USD 100,000 dalam zon Kesatuan Eropah.    
CySEC Regulation
XM Malaysia
XM Malaysia
XM CySEC License #: 120/10
Other Regulations: FCA, IFSC, ASIC

Headquartered: Cyprus

FXTM Malaysia
ForexTime Malaysia
FXTM CySEC License #: 185/12
Other Regulations: IFSC, FCA

Headquartered: Cyprus

FBS Malaysia
FBS Malaysia
FBS CySEC License #: 331/17
Other Regulations: IFSC

Headquartered: Russia

Tickmill Malaysia
Tickmill Malaysia
Tickmill CySEC License #: 278/15
Other Regulations: FCA, FSA

Headquartered: Cyprus

HFM Malaysia
HotForex Malaysia
HFM CySEC License #: 183/12
Other Regulations: FCA, FSA

Headquartered: Cyprus

HYCM Malaysia
HYCM Malaysia
HYCM CySEC License #: 259/14
Other Regulations: FCA, DFSA

Headquartered: Cyprus

🛡️ 4. IFSC

Belize ialah sebuah negara yang terletak di Amerika Tengah yang menegakkan undang-undang privasi yang ketat dan struktur cukai sifar untuk pendapatan luar negara, menjadikan negara tersebut salah satu tempat paling selamat dan paling terjamin untuk pelaburan. Ini ialah sebab Pesuruhjaya Perkhidmatan Kewangan Antarabangsa Belize (IFSC) terkenal antara syarikat-syarikat broker Forex.

IFSC bertanggungjawab untuk menyelia syarikat dan individu yang beroperasi dalam sector kewangan Belize dan memastikan mereka menjalankan perniagaan berdasarkan peraturan dan garis panduan kerajaan Belize.
IFSC Regulation
XM Malaysia
XM Malaysia
XM IFSC License #: IFSC/60/354/TS/19
Other Regulations: CySEC, IFSC, ASIC

Headquartered: Cyprus

RoboForex Malaysia
RoboForex Malaysia
RoboForex IFSC License #: IFSC/60/271/TS
Other Regulations: CySEC, FSA

Headquartered: Cyprus

FBS Malaysia
FBS Malaysia
FBS IFSC License #: IFSC/60/230/TS/18
Other Regulations: CySEC

Headquartered: Russia

🛡️ 3. ASIC

Pesuruhjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC) ialah agensi kerajaan bebas Australia yang menyelia dan mengawal selia pasaran kewangan Australia. Mereka memberikan lesen serta mengawal semua pihak yang terlibat dalam pasaran kewangan Australia, dan memastikan mereka mematuhi kewajipan undang-undang mereka untuk operasi pasaran adil dan telus.
ASIC Regulation
FBS Malaysia
FBS Malaysia
FBS ASIC License #: 426359
Other Regulations: IFSC, CySEC

Headquartered: Russia

XM Malaysia
XM Malaysia
XM ASIC License #: 443670
Other Regulations: CySEC, IFSC, FCA

Headquartered: Cyprus

Aetos Malaysia
Aetos Malaysia
AETOS ASIC License #: 313016
Other Regulations: FCA

Headquartered: Australia

Bagaimanakah Broker Forex Dikawal Selia di Malaysia?

Sebagai seorang pedagang baru, anda perlu faham sepenuhnya bagaimana broker Forex dikawal selia. Dengan cara ini, anda akan lebih dilengkapi dengan ilmu yang mencukupi sebelum bekerja dengan broker forex tertentu.

Tambahan pula, broker Forex yang ingin beroperasi dalam negara tertentu mesti berdaftar dengan institute pengawalseliaan negara masing-masing. Oleh sebab setiap pengawal selia mempunyai peraturan dan keperluan khusus yang berlainan, prinsip asas untuk pengawalseliaan itu boleh diringkaskan seperti di bawah:

1. Lesen Sah

Sebelum berdaftar atas laman web broker, anda perlu memastikan bahawa broker Forex anda beroperasi di bawah lesen aktif dan sah yang didapati daripada agensi pengawalseliaan dalam bidang kuasa berkaitan.  Broker Forex yang dikawal selia akan memaparkan nama agensi mereka atas laman web mereka dan didaftarkan dalam senarai aktif agensi tersebut

2. Akaun Berasingan

Broker Forex anda yang telah dikawal selia perlu menyimpan dana pelanggannya dalam akaun bank berasingan, terpisah sepenuhnya daripada dana operasi syarikat tersebut. Oleh itu, sekiranya sesuatu yang malang terjadi, pemiutang broker tersebut tidak akan dapat mendapatkan akses ke akaun kewangan anda dan menggunakan wang anda untuk melangsaikan hutang broker tersebut.     

3. Kajian Semula dan Audit Biasa

Semua broker Forex yang dikawal selia terikat kepada pemeriksaan dan audit berkala untuk memastikan bahawa mereka telah mematuhi pengawalseliaan tersebut. Kekerapan audit tersebut bergantung kepada badan pengawalseliaan.

4. Keperluan Modal yang Cukup

Untuk beroperasi sebagai satu broker Forex yang dikawal selia secara aktif, syarikat broker perlu mempunyai jumlah modal yang mencukupi berdasarkan keperluan pengawal selia tersebut. Contohnya, IFSC memerlukan ahli-ahlinya untuk memiliki modal operasi minimum sebanyak USD 100,000, manakala keperluan untuk ahli-ahli FCA ialah jumlah minimum sebanyak GBP 1 milion. 

5. Pendedahan Risiko

Periksa laman web broker terpilih anda dan tentukan jika mereka memaparkan amaran awal tentang risiko tinggi yang terlibat dalam perniagaan Forex. Seorang broker Forex yang dikawal selia perlu memaparkan pendedahan risiko untuk memberikan amaran kepada pelanggan masa depan mereka bahawa dagangan dalam pasaran Forex menglibatkan tahap risiko tertentu.

Kepentingan dan Kelebihan Broker Forex yang Dikawal Selia

Pasaran Forex ialah perniagaan yang paling menarik perhatian dalam dunia kewangan yang menawarkan jumlah pendapatan yang besar dan hampir sebesar dengan risiko yang terlibat. Apabila anda memilih seorang broker Forex, ini bermaksud anda sedang memilih seorang rakan kongsi perniagaan yang anda perlu mempercayai dengan maklumat peribadi anda dan juga modal serta pelaburan anda.

Memilih seorang broker Forex yang dihormati ramai dan dikawal selia oleh satu atau lebih agensi pengawalseliaan bukan sahaja akan menyediakan pengalaman dagangan yang lebih selamat dan lebih terjamin tetapi juga mendatangkan manfaat berikut kepada anda:

1. Perlindungan Dagangan

Pasaran pertukaran asing adalah sangat terdedah kepada penipuan kewangan. Broker yang tidak dikawal selia selalunya penipu yang mencuri wang pedagang-pedagang dan membiarkan mereka dalam hutang besar.
Berdagang dengan broker Forex yang dikawal selia tentu akan melindungi aset anda terhadap jenis penipuan kewangan ini. Broker yang dikawal selia selalu dipantau oleh agensi pengawalseliaan, dan jika anda pernah mengalami keadaan yang menyukarkan, anda boleh membuat aduan anda kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi.

2. Insurans dan Pampasan

Walaupun broker anda yang dikawal selia rupa-rupanya tidak stabil dan menjadi bankrap, mereka masih diwajibkan untuk menyediakan pampasan yang sewajarnya kepada pelanggan mereka. Jumlah pampasan bergantung kepada agensi pengawalseliaan mereka.

3. Jaminan dan Ketelusan  Dana

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, broker Forex yang dikawal selia mesti menyimpan wang pelanggan mereka dalam akaun bank berlainan yang diasingkan daripada dana syarikat tersebut, dan secara tambahan, mereka perlu dikaji semula dan diaudit secara berkala.
Oleh itu, anda boleh yakin bahawa pelaburan anda tidak akan dicampurkan dengan modal broker, dan broker anda boleh sentiasa memproseskan permintaan pengeluaran anda. Selain itu, anda akan lebih yakin dalam operasi dagangan anda dan tahu bahawa aktiviti broker anda akan sentiasa diperiksa oleh pengawal selia, oleh itu, tiada manipulasi dagangan boleh berlaku.

Ia adalah paling bagus untuk mengesahkan sama ada broker Forex anda dikawal selia sebelum berdaftar dan membuka satu akaun langsung. Anda boleh bermula dengan mencari nama pengawal selia atas laman web broker atau bertanya dengan sokongan pelanggan sekiranya anda tidak dapat mencari seorang. Kemudian, anda boleh menyemak semula dengan senarai pengawal selia atas laman web mereka untuk memastikan bahawa lesen tersebut masih sah dan aktif.

Kesimpulannya, kami ingin mengesyorkan anda untuk bekerja dengan broker Forex yang dikawal selia sahaja kerana pengawalseliaan Forex menyelia dan mengehadkan syarikat broker, jadi mereka tidak akan menipu pelanggan mereka di mana jua mereka berada.