đŸ”„đŸŽ #1 Bonus Tanpa Deposit $50 - XM
✅ ForexMalaysia.My - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia

Akaun ECN - Broker forex ECN terbaik

Akaun ECN Forex
ECN bermaksud “Rangkaian Komunikasi Elektronik”, iaitu satu sistem elektronik yang menghubungkan semua peserta Pasaran Forex bersama dan menyediakan mereka dengan harga mata wang sedia ada dalam pasaran yang terbaik. Rangkaian tersebut menyediakan bank-bank, pembekal liquiditi, broker dan pedagang-pedagang dengan akses terus ke pasaran supaya mereka boleh memilih harga-harga yang sesuai dengan tujuan dagangan mereka melalui cara terbaik mungkin.

Dengan mempunyai akses terus yang mendalam ke pasaran tanpa gangguan orang tengah akan menghasilkan spread yang lebih rendah dan lebih kos efektif. Penggunaan sistem ini hanya boleh berlaku melalui saluran yang betul, jadi ini bererti hanya broker ECN boleh memberikan anda akses dagangan Forex melalui rangkaian ECN. Oleh itu, pilihlah seorang broker ECN, buka satu akaun ECN, dan nikmati semua faedah yang ditawarkan oleh sistem ini.

Anda boleh mencari broker Forex ECN terbaik yang menawarkan akaun dagangan ECN kepada anda seperti di bawah:
FXTM Malaysia
FXTM Malaysia
Deposit minimum akaun ECN: $500
Leverage atas akaun ECN: 1:3000
Pasaran atas akaun ECN: Forex, Logam, CFD
Spread ECN: Serendah 0.1 Pip
Komisen ECN: $4 \ Lot

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, Webmoney, PerfectMoney, PerfectMoney, FasaPay, Skrill, Neteller, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Peraturan: CySEC, FCA, IFSC
Negara: Cyprus

FBS Malaysia
FBS Malaysia
Deposit minimum akaun ECN: $1000
Leverage atas akaun ECN: 1:500
Pasaran atas akaun ECN: Forex
Spread ECN: Serendah 0 Pip
Komisen ECN: $6 \ Lot

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, Webmoney, PerfectMoney, FasaPay, Skrill, Neteller, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Peraturan: CySEC, IFSC
Negara: Cyprus

RoboForex Malaysia
RoboForex Malaysia
Deposit minimum akaun ECN: $10
Leverage atas akaun ECN: 1:500
Pasaran atas akaun ECN: Forex, Logam, CFD, Mata wang kripto
Spread ECN: Serendah 0 Pip
Komisen ECN: $20 \ Lot

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, Webmoney, FasaPay, Skrill, Neteller, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Peraturan: CySEC, IFSC, FCA
Negara: Cyprus

Alpari Malaysia
Alpari Malaysia
Deposit Minimum: $1
Jenis Akaun: Nano, Standard, ECN, ECN Pro
Leverage: 1:3000
Spread: Terapung dan Tetap
Platform: MT4/5, WebTrader, Mobile

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, Webmoney, FasaPay, Skrill, Neteller, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Peraturan: FSA, IBC
Negara: Cyprus

Bagaimanakah Broker Forex ECN beroperasi dan apakah yang boleh dijangka daripada Akaun ECN:

Broker Forex ECN tidak menetapkan harga tawaran/permintaan dan hanya memperkenalkan harga semasa sedia ada yang telah didapatkan daripada pembekal liquiditi. Dengan kata lain, mereka cuma menyediakan jalan dan rangkaian untuk pedagang-pedagang yang boleh kemudian mempunyai akses ke harga yang ditawarkan oleh pelbagai peserta Pasaran FX termasuk bank-bank utama, broker dan pedagang-pedagang lain.
Broker Forex ECN mempunyai spread yang sangat rendah dan kadangkala sifar. Disebabkan itu, mereka mengenakan komisen kecil untuk setiap dagangan atas rangkaian ECN.

Apabila anda berdagang dalam satu akaun ECN, anda akan dapat melihat sistem broker dalam masa sebenar tanpa sebarang kelewatan. Ini adalah sangat berguna apabila berita dilepaskan kerana anda boleh melaksanakan kedudukan dagangan anda dengan hampir serta-merta. Memandangkan broker ECN menawarkan spread terapung, akaun ECN telah menjadi terkenal di antara mereka yang berdagang dengan strategi scalping dan memerlukan pelaksanaan dagangan yang sangat cepat bersama dengan spread terendah.

Kelebihan Akaun Forex ECN

Akaun Forex ECN semakin disukai oleh pedagang-pedagang berpengalaman kerana ia menawarkan kepelbagaian kelebihan yang lebih luas.

Terdapat beberapa manfaat yang anda memperoleh dengan membuka satu akaun Forex ECN:

1.Ketanpanamaan

Manfaat pertama membuka satu akaun Forex ECN ialah privasinya, dengan cara ini, tiada orang akan mengesyaki aktiviti-aktiviti dagangan anda dan anda akan kekal tanpa nama. Ini juga memastikan semua orang disediakan dengan syarat-syarat pasaran yang sama selain daripada harga. Broker ECN anda hanya menyediakan akses ke rangkaian atau boleh dikatakan memudahkan proses tersebut, tetapi anda tidak akan menerima sebarang gangguan daripada mereka memandangkan aktiviti-aktiviti dagangan anda adalah peribadi dan tidak dapat dijejaki.

2. Dagangan Masa Sebenar

Pedagang-pedagang akaun ECN tidak akan mengalami apa-apa kelambatan di antara dagangan dan akan mempunyai akses masa sebenar ke transaksi berterusan dalam pasaran tersebut. Ini adalah kerana anda terus dihubungkan ke pasaran, dan transaksi anda akan disahkan dengan serta-merta tanpa keperluan mengalami gangguan dalam setiap dagangan. Ini akan menjimatkan masa anda dan memberikan anda ketenteraman minda.

3. Akses terus ke Pasaran

Dengan membuka satu akaun Forex ECN, anda akan mempunyai akses terus ke sumber liquiditi antarabangsa yang mengandungi institusi kewangan berdaya saing, dikawal selia dan berkelayakan. Semua broker yang telah bekerjasama dengan sistem ECN tersebut mempunyai akses ke suapan berita dan dagangan yang sama. Oleh itu, anda akan mendapatkan harga pasaran yang paling telus daripada pembekal liquiditi berlainan.

4. Tiada Percanggahan Kepentingan

Broker ECN tidak berdagang menentang pelanggan mereka, oleh itu, mereka tidak keberatan jika pedagang-pedagang mereka mempunyai akses ke harga yang lebih baik. Sebenarnya, mereka memastikan pelanggan mereka menikmati harga yang paling sesuai dalam pasaran. Oleh hal yang demikian, bisnes semakin berkembang jika pelanggan semakin gembira, jadi, tidak terdapat apa sebab untuk manipulasi harga dalam apa jua keadaan. Di samping itu, dalam sistem sebegini, pedagang-pedagang pun tidak mempunyai sebarang kelebihan antara satu sama lain, dan setiap orang diberikan peluang sama rata.

5.Tiada Sebut Harga Semula dan No Dealing Desk (NDD)

Broker ECN tidak akan mengusik harga anda; anda tentu akan mendapatkan harga yang sama dengan harga masuk pasaran. Memandangkan ia satu No Dealing Desk, anda akan mempunyai akses terus ke pasaran antara bank.

6. Spread Sempit dan Lebih Rendah

Broker ECN tidak mempunyai kawalan atas harga yang sedia ada dalam pasaran Forex.; oleh itu, mereka tidak boleh memanipulasikan spread atau mengubah harga tersebut. Kelebihan ini memberikan anda kelebihan untuk membuat review tentang turun naik harga pasaran dalam masa sebenar dan memilih harga yang diingini.

7. Pelaksanaan Pesanan Cepat

Anda berurusan terus dengan pembekal liquiditi tanpa halangan, dan memandangkan ini ialah satu sistem automatik, pengisian pesanan dijalankan dengan cepat, dan anda tidak akan mengalami apa-apa kelewatan.

Akaun Forex ECN lwn Standard

Selepas mengetahui serba sedikit tentang akaun ECN, anda mungkin tertanya-tanya mana yang sesuai untuk anda; akaun Forex ECN atau Standard.

Mari selusuri kedua akaun:

1. Akaun Standard Forex

Akaun standard adalah akaun yang lebih ringkas, menggunakan cara konvensional dagangan Forex. Operasi dagangan Forex anda dijalankan melalui broker Forex, perantaraan diantara anda dan pembekal kecairan. Atau, dalam beberapa kes, broker (penggerak pasaran) akan mengambil bahagian bertentangan dengan posisi dagangan anda.

Spread dalam akaun standard adalah lebih lebar—selalunya dalam 1 ke 1.5 pip—berbanding akaun ECN kerana broker membuat keuntungan dengan menambah tokokan minima kepada spread ini. Walau begitu, spread ini lebih stabil berbanding akaun ECN kerana spread yang tidak stabil disebabkan oleh pergerakan harga pantas sudahpun termasuk dalam spread broker.

Yang paling penting, broker Forex kebiasaannya tidak mengenakan apa-apa komisyen dalam akaun standard mereka, dan platform dagangan ditawarkan selalunya lebih ringkas dan mesra pengguna.

Atas sebab ini, jika anda masih pemula dalam pasaran Forex, akaun Forex Micro atau Standard adalah pilihan yang lebih baik supaya anda boleh berdagang dengan lebih selamat.

2. Akaun Forex ECN

Sebaliknya, akaun Forex ECN account menawarkan pengalaman berdagang yang lebih kompleks dengan platform dagangannya yang lebih canggih dan kemudahubahan yang lebih tinggi kerana anda akan mengakses pasaran antara bank dengan langsung. Ini bermakna anda akan menghadapi pergerakan harga pantas yang mungkin menjejaskan pengiraan anda dalam henti-rugi dan titik pulang modal.

Pesanan dagangan anda akan dilaksanakan segera menggunakan harga pasaran dengan spread lebih sempit dalam akaun ECN, namun ini juga bermakna anda tidak boleh terleka seketika dari pasaran. Jika anda seorang scalper, akaun ECN umumnya lebih bermanfaat dari akaun standard.

Pun begitu, dalam akaun ECN, broker anda akan mengenakan amaun komisyen tertentu untuk setiap transaksi, jadi anda mungkin mahu mempertimbangkan ini juga.

Disebabkan kompleksiti dan tahap risiko yang lebih tinggi, Akaun Forex ECN adalah lebih baik untuk pedagang berpengalaman dengan tahap kemahiran berdagang yang lebih lanjut.

Jadi, adakah anda berminat untuk menggunakan rangkaian ECN?

Anda patut ambil perhatian atas semua pro dan kontra dalam memilih akaun Standard atau ECN sebelum membuat keputusan muktamad anda. Pada dasarnya, keputusan seperti ini sepenuhnya bergantung kepada kemahiran dan objektif dagangan anda.
Cari broker-broker dalam kategori lain: