✅ ForexMalaysia.My - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia | Forex Trading di Malaysia
English
Bahasa Malaysia

Forex Malaysia - Forex Trading di Malaysia

Forex Malaysia | Forex Trading di Malaysia
Selamat datang ke laman utama trading Forex dan broker Forex di Malaysia! Di ForexMalaysia.my, anda boleh mencari senarai, review dan penarafan kebanyakan broker Forex yang paling boleh dipercayai yang menawarkan perkhidmatan dagangan mereka kepada pedagang-pedagang Malaysia. Semua broker Forex yang disenaraikan di sini adalah dikawal selia sepenuhnya oleh badan-badan pengawalseliaan kewangan, dan telah memperoleh tahap kepuasan yang tinggi dan reputasi yang baik antara pedagang-pedagang di seluruh dunia. Terdapat sesetengah broker di Malaysia yang juga menawarkan sokongan tempatan dalam Bahasa Melayu dan deposit/pengeluaran melalui bank-bank tempatan Malaysia untuk dagangan Forex dalam talian yang lebih cepat dan lebih mudah di Malaysia!

Tambahan pula, di ForexMalaysia.my, anda boleh mencari Bonus Forex Tanpa Deposit, pertandingan dagangan dan tawaran istimewa yang terkini daripada broker Forex untuk pedagang-pedagang Malaysia serta mempunyai akses ke rencana Forex berkualiti, carta langsung dan sebagainya!

ForexMalaysia.my sebenarnya ialah tempat #1 anda untuk segala-galanya tentang dagangan Forex dan broker Forex di Malaysia!
FXTM Malaysia
Ditubuhkan pada tahun 2011, Dikawal Selia oleh CySEC, FCA dan IFSC
Akaun Dagangan Mikro, Cent, Standard, ECN & ECN Pro
Deposit minimum $5, leverage tinggi sebanyak 1:1000, FXTM-Invest
Platform Dagangan MetaTrader 4 dan 5, WebTrader, Mobile dan Sosial
4.8 / 5
FBS Malaysia
Ditubuhkan pada tahun 2009, Dikawal Selia oleh CySEC dan IFSC
Akaun Dagangan Mikro, Cent, Standard & ECN
Deposit minimum $1, leverage tinggi sebanyak 1:3000, CopyTrade FBS
Platform Dagangan MetaTrader 4 dan 5, WebTrader, Mobile
4.5 / 5
XM Malaysia
Ditubuhkan pada tahun 2009, Dikawal Selia oleh CySEC, FCA, ASIC dan IFSC
Akaun Dagangan Mikro, Standard, Zero Spread
Deposit minimum $5, leverage setinggi 1:888
Platform Dagangan MetaTrader 4 dan 5, WebTrader dan Mobile
4.6 / 5
HYCM Malaysia
Ditubuhkan pada tahun 2009, Dikawal Selia oleh CySEC, FCA, ASIC dan IFSC
Akaun Dagangan Mikro, Standard, Zero Spread
Deposit minimum $5, leverage setinggi 1:888
Platform Dagangan MetaTrader 4 dan 5, WebTrader dan Mobile
4 / 5
Tickmill Malaysia
Ditubuhkan pada tahun 2014, Dikawal Selia oleh FSA, CySEC dan FCA
Akaun Dagangan Standard, Pro, Fixed, VIP
Deposit minimum $100, leverage tinggi sebanyak 1:500
Platform Dagangan MetaTrader 4, WebTrader, Mobile
4.5 / 5
Aetos Malaysia
Ditubuhkan pada tahun 2007, Dikawal Selia oleh ASIC dan FCA
Akaun Dagangan General dan Premium
Deposit minimum $50, leverage setinggi 1:400
Platform Dagangan MetaTrader 4 dan 5, WebTrader, Mobile
4.6 / 5
HotForex Malaysia
Ditubuhkan pada tahun 2010, Dikawal Selia oleh CySEC, FCA dan FSC
Akaun Dagangan Mikro, Premium, Fixed, Zero Spread, VIP
Deposit minimum $5, leverage tinggi sebanyak 1:3000, HFCopy
Platform Dagangan MetaTrader 4 dan 5, WebTrader, Mobile dan Sosial
4.5 / 5
Carilah Broker Trading Forex kegemaran anda di Malaysia:
Bagaimanakah Bermula Dagangan Forex dari Rumah dan Memperoleh Pendapatan Dalam Talian di Malaysia!
Siapa cakap kita tidak boleh menjana wang dengan mudah sekali? Sekiranya anda sedang mencari pelaburan moden yang mudah dan juga menjana keuntungan, anda sepatutnya mempertimbangkan dagangan dalam pasaran pertukaran asing.

Forex atau dagangan mata wang ialah membeli dan menjual mata wang pada masa yang sama. Pada dasarnya, anda menjual wang anda sendiri untuk membeli mata wang berlainan, dan dalam proses tersebut, menjana keuntungan daripada pasaran Forex.

Pasaran Forex mengekalkan jumlah peserta yang tertinggi disebabkan potensi yang tidak pernah terjadi untuk penjanaan keuntungan dan juga liquiditi tinggi. Forex adalah percuma, nyahpusat, dan boleh diakses 24 jam dan 7 hari melalui pelbagai broker forex; selain itu, ia menawarkan leverage yang lebih tinggi dan kos yang lebih munasabah berbanding dengan pasaran lain. Pasaran Forex membenarkan anda untuk berdagang dengan mudah tanpa mengira lokasi dan masa anda.
Minimum Required Capital to Start Trading Forex
Sekiranya anda baru hendak bermula dagangan, anda boleh bermula dengan akaun-akaun Mikro atau Cent, dan jika anda pernah menjalankan perdagangan, anda boleh bertambah baik dengan akaun Standard.

Akaun Mikro Forex adalah paling sesuai untuk pemula yang tidak perlu banyak wang permulaan. Akaun-akaun ini membenarkan anda untuk memulakan dagangan dengan jumlah serendah USD 5 dengan menggunakan lot mikro atau 10 unit mata wang asas. Selain itu, terdapat broker yang menawarkan Akaun Cent Forex dengan deposit serendah $1!

Sebaliknya, jika anda mempunyai lebih banyak modal, anda mungkin ingin memilih akaun Standard di mana USD 500 secara purata diperlukan. Dengan cara ini, anda boleh berdagang dengan jumlah yang lebih besar dan meningkatkan peluang anda untuk menjana lebih banyak keuntungan.

Tambahan pula, broker Forex sering menawarkan bonus seperti Bonus Tanpa Deposit yang memberikan anda peluang untuk memperoleh wang percuma. Anda juga boleh menggunakan leverage tinggi yang ditawarkan oleh mereka untuk meningkatkan kemampuan dagangan anda.
Memilih broker dagangan Forex Anda
Untuk berdagang dalam pasaran Forex, anda akan memerlukan seorang broker Forex yang dipercayai di Malaysia untuk menyambung anda ke pasaran Forex gergasi. Dengan mendaftarkan anda atas laman web broker, anda akan dapat menggunakan platform dagangan mereka dan mendapatkan akses ke pasaran.

Ia adalah sangat penting untuk memilih broker Forex terbaik yang sesuai untuk matlamat, keupayaan dan kemampuan dagangan untuk risiko.

Ambil kira faktor-faktor berikut:

1. Dilesenkan, Berdaftar dan Dikawal Selia

Pastikan broker Forex anda dikawal selia oleh badan pengawalseliaan berkenaan (contohnya, FCA di UK atau CySEC di Siprus). Banyak syarikat yang tidak bertanggungjawab mendakwa bahawa mereka ialah broker Forex yang sah tetapi pada hakikatnya, mereka ialah penipu. Inilah sebab broker anda sepatutnya diberikan kuasa secara sah. Bacakan lebih lanjut tentang broker Forex dikawal selia dan dilesenkan.

2. Keselamatan dan Perlindungan Terjamin

Broker bertanggungjawab untuk keselamatan dana dan keuntungan anda, jadi mereka sepatutnya dapat menjamin 100% keselamatan dan keterjaminan akaun anda. Mereka sepatutnya menyimpan dana anda dalam akaun bank berasingan yang dipisahkan daripada dana mereka sendiri, dan memastikan semua maklumat dan transaksi akaun anda disulitkan dengan selamat.

3. Perkhidmatan Kualiti Kos Rendah

Pilihlah seorang broker yang boleh menawarkan dagangan kos rendah dari segi spread, komisen, leverage yang lebih luas, kelajuan pelaksanaan yang lebih tinggi, dan cara deposit / pengeluaran yang lebih mudah. Ini adalah sangat penting, terutamanya jika anda memiliki jumlah modal yang terhad.

Anda juga boleh bermula dengan akaun demo broker untuk mencuba perkhidmatan mereka, atau anda boleh membuka satu akaun live Forex melalui laman web broker. Selepas akaun anda diluluskan, anda boleh membuat deposit pertama anda dan bermula dagangan dengan segera.
Strategi dalam Dagangan Forex
Analisis teknikal dan asas boleh membantu anda untuk mendapat kawalan strategi yang lebih baik.

Analisis teknikal ialah pembelajaran gerakan harga untuk mata wang. Ia membenarkan anda untuk belajar gerakan harga mata wang pada masa lalu untuk memahami coraknya. Dalam analisis teknikal, pedagang-pedagang selalu menggunakan carta untuk mencari corak yang sama dalam gerakan harga masa lalu, dan mempercayai corak tersebut akan berulang dengan cara yang sama pada masa hadapan.

Secara alternative, analisis asas berfungsi dalam skop dengan lebih besar dan lebih luas di mana pedagang-pedagang mempelajari aspek ekonomi, politik dan sosial untuk negara-negara yang berpengaruh. Pedagang-pedagang yang menggunakan cara ini mempercayai bahawa gerakan harga boleh melencong untuk sementara waktu, tetapi akhirnya akan kembali ke nilai sebenarnya. 
Berapa banyak wang yang anda boleh menjana daripada dagangan Forex?
Pendapatan tahunan anda dalam dagangan Forex berhubung kait terus dengan strategi dagangan, keupayaan dan kemampuan anda untuk risiko.

Faktor-faktor yang disenaraikan di bawah boleh membantu anda untuk mengira dan meramal berapa banyak wang anda boleh memperoleh setiap tahun.

1. Kualiti dan Kekerapan Dagangan

Kebanyakan pedagang percaya bahawa mereka perlu berdagang sekerap yang mungkin untuk memperoleh lebih banyak pendapatan. Anda boleh menjana lebih banyak wang apabila anda berdagang dengan lebih kerap, bahkan mensasarkan keuntungan yang paling rendah sebanyak mungkin. Ini juga biasanya dikenali sebagai teknik scalping.

Anda juga boleh berdagang dengan kekerapan yang lebih rendah dan sebaliknya memerhati gerakan pasaran dengan lebih lanjut dan menumpukan perhatian pada kualiti dagangan anda. Anda mungkin memperoleh wang dengan kekerapan yang lebih rendah tetapi biasanya dengan jumlah yang lebih besar.

2. Jumlah Modal atau Saiz Akaun

Semakin banyak wang yang anda melabur dalam akaun anda, semakin banyak keuntungan yang anda boleh memperoleh. Tidak kira apa strategi yang anda menggunakan, modal rendah bermaksud pulangan rendah dan juga sebaliknya.

Katalah anda mendapat keuntungan bulanan 15% secara purata. Jadi, dengan modal USD 1,000, anda boleh memperoleh pulangan bulanan sebanyak USD 150. Jika anda melabur lebih banyak modal, misalnya USD 100,000, pulangan bulanan anda juga akan lebih tinggi (USD 15,000 sebulan untuk kes tersebut).

3. Jumlah Saiz Dagangan

Dalam dagangan Forex, jumlah saiz dagangan anda juga menjejaskan berapa banyak wang yang anda boleh dapatkan. Namun demikian, saiz dagangan yang lebih besar boleh menghasilkan risiko yang lebih tinggi. Jika diuruskan dengan kurang baik, kebarangkalian dagangan anda akan menghasilkan kerugian adalah tinggi.

4. Pulangan Dagangan dengan Penambahan Faedah

Anda boleh sentiasa memperoleh lebih banyak wang dengan menambahkan pulangan anda ke modal anda. Dengan cara ini, wang yang anda menggunakan sebagai modal dalam akaun anda akan bertambah, lalu menghasilkan pulangan yang lebih tinggi.

Katalah anda memiliki $10,000 dalam akaun anda dengan pulangan bulanan 15% secara purata. Anda memilih untuk menyimpan semua keuntungan anda dalam akaun anda, dan ini akan mendatangkan pulangan $1,500 secara purata pada bulan pertama , $1,725 pada bulan kedua, $1,980 pada bulan ketiga dan sebagainya.
Forex Trading di Malaysia
Alpari Malaysia
FXTM Malaysia
XM Malaysia
HotForex Malaysia
Tickmill Malaysia