πŸ”₯🎁 #1 Bonus Tanpa Deposit $50 - XM
βœ… ForexMalaysia.My - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia

Kalendar Ekonomi Forex

Kalendar Ekonomi Forex
Sebagai seorang pedagang Forex, Kalendar Ekonomi ialah salah satu kawan terbaik anda. Anda Cuma perlu menggunakan masa seminit atau kurang daripada satu hari dengannya, tetapi seminit itu - setiap hari - adalah penting jika anda ingin menjadi seorang pedagang yang menjana keuntungan secara konsisten.

Satu kalendar ekonomi menunjukkan kejadian berita atau pelepasan data yang dijadualkan dan berkaitan dengan ekonomi dan pasaran kewangan. Semua ini termasuk Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), nombor Non-Farm Payroll (NFP Forex), serta keputusan kadar bunga.

Terdapat banyak pelepasan data ekonomi sebegini setiap minggu, dan kadang kala setiap hari. Kejadian tersebut adalah disenaraikan atas Kalendar Ekonomi bersamaan dengan masa pelepasan yang dijadualkan. Kejadian yang mungkin mempunyai impak pasaran ditandakan dengan titik warna Jingga (impak sederhana), dan titik warna Merah (impak tinggi) yang menyatakan satu pelepasan berita/data yang mempunyai kesan ketara dan berkemungkinan besar untuk menggerakkan pasaran tersebut dalam cara yang ketara.

Anda boleh menyemak kalendar ekonomi Forex seperti di bawah untuk kegunaan harian anda. Anda juga boleh belajar tentang kejadian ekonomi utama dalam pasaran Forex untuk membantu anda membuat keputusan dagangan yang lebih baik.

Kejadian ekonomi utama dalam Kalendar Forex

Demi berdagang Forex melalui analisis asas, anda perlu menyemak prestasi ekonomi seluruh dunia berdasarkan data makroekonomi mereka (seperti KDNK, pekerjaan, data penggunaan, inflasi…), dan memerhati negara di mana anda berdagang mata wang mereka dengan paling banyak. Pada setiap hari bisnes, anda boleh melihat kalendar ekonomi Forex seperti di atas untuk berita ekonomi terkini yang mungkin mempunyai impak atas mata wang sedunia.

Sekarang, marilah kita melihat beberapa kejadian ekonomi terpenting yang menyebabkan pergerakan harga Forex.

👉 Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) - Gross Domestic Product (GDP)

Laporan KDNK merupakan antara salah satu petunjuk ekonomi yang paling penting. Ia ialah ukuran terbesar keadaan keseluruhan ekonomi tersebut. Nombor KDNK dilepaskan pada 8:30am Waktu Piawai Timur pada hari terakhir setiap suku tahun dan ia mencerminkan aktiviti suku tahun yang lepas. KDNK ialah jumlah nilai kewangan semua barang dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh seluruh ekonomi semasa suku tahun sedang diukur; walaubagaimanapun, ini tidak termasuk aktiviti antarabangsa. Kadar pertumbuhan KDNK ialah nombor penting untuk diperhatikan. 

👉 Baki Dagangan

Keseimbangan dagangan ialah ukuran perbezaan antara import dan eksport barangan dan perkhidmatan ketara. Tahap keseimbangan dagangan dan perubahan dalam eksport berbanding dengan import sebuah negara diikuti secara meluas dan ialah satu petunjuk penting tentang kekuatan ekonomi keseluruhan sesebuah negara. Ia adalah lebih baik untuk mempunyai lebih banyak eksport daripada import kerana eksport membantu pertumbuhan ekonomi sebuah negara dan mencerminkan prestasi keseluruhan sektor pengilangan.

👉 Indeks Harga Pengguna (IHP) - Consumer Price Index (CPI)

Laporan IHP merupakan ukuran inflasi yang digunakan dengan paling meluas. Laporan tersebut dilepaskan pada 8:30 pagi Waktu Piawai Timur sekitar hari ke-15 setiap bulan dan ia mencerminkan data bulan yang lepas. IHP mengukur perubahan dalam kos satu pakej barangan dan perkhidmatan pengguna dari bulan ke bulan.

👉 Indeks Harga Pengeluar (IHPR) - The Producer Price Index (PPI)

Selain IHP, IHPR merupakan salah satu daripada dua ukuran inflasi yang paling penting. Laporan ini dilepaskan pada 8:30 pagi Waktu Piawai Timur semasa minggu kedua penuh setiap bulan dan ia mencerminkan data bulan yang lepas. Indeks Harga Pengeluar mengukur harga barangan pada tahap borongan. Jadi, untuk membezakan dengan IHP, IHPR mengukur berapa banyak yang diterima oleh pengeluar untuk barangan manakala IHP mengukur kos yang dibiayai oleh pengguna untuk barangan.

👉 Petunjuk Pekerjaan

Pengumuman pekerjaan yang paling penting berlaku pada hari Jumaat pertama setiap bulan pada 8:30 pagi Waktu Piawai Timur. Pengumuman ini termasuk kadar pengangguran; iaitu peratusan tenaga kerja yang menganggur, jumlah pekerjaan baru yang diwujudkan, jam bekerja setiap minggu secara purata serta pendapatan setiap jam secara purata. Laporan ini selalu menyebabkan pergerakan pasaran yang ketara. Anda akan selalu mendengar pedagang-pedagang dan juruanalisis bercakap tentang
β€œNFP” yang bermaksud laporan Pekerjaan Bukan Ladang, dan ia mungkin ialah laporan bulanan yang mempunyai kuasa tertinggi untuk menggerakkan pasaran.

👉 Pesanan Barangan Tahan Lasak

Laporan pesanan barangan tahan lasak memberikan ukuran perbelanjaan orang untuk pembelian jangka masa panjang, dan ini ditakrifkan sebagai produk yang dijangka bertahan melebihi tiga tahun. Laporan tersebut dilepaskan pada 8:30 pagi Waktu Piawai Timur sekitar hari ke-26 setiap bulan dan dipercayai memberikan sedikit pemahaman tentang masa hadapan industri pengilangan.

👉 Indeks Jualan Runcit

Indeks Jualan Runcit mengukur barangan yang dijual dalam industri runcit, daripada rantaian besar kepada kedai tempatan yang lebih kecil, ia mendapatkan pensampelan satu set kedai runcit seluruh negara. Indeks Jualan Runcit dilepaskan pada 8:30 pagi sekitar hari ke-12 setiap bulan; ia mencerminkan data bulan yang lepas. Laporan ini selalu disemak denga nagak ketara selepas nombor akhir dikeluarkan.

👉 Data Perumahan

Data perumahan termasuk jumlah rumah baru yang satu negara mulai membina pada bulan itu selain daripada jualan rumah yang sedia ada. Aktiviti pembinaan rumah kediaman merupakan satu sebab utama rangsangan ekonomi sesebuah negara dan oleh itu, ia diikuti secara meluas oleh peserta Forex. Jualan rumah sedia ada juga merupakan satu ukuran baik untuk kekuatan ekonomi sebuah negara; jualan rumah sedia ada yang rendah dan pemulaan rumah baru yang rendah biasanya menandakan ekonomi yang lembap atau lemah.

👉 Kadar Bunga

Kadar bunga ialah pemandu utama pasaran Forex; semua petunjuk ekonomi yang disebut di atas dipantau secara ketat oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan supaya dapat menganggar prestasi ekonomi secara keseluruhan. Pihak Persekutuan boleh menggunakan alatan tersebut mengikut keinginan mereka demi merendahkan, meningkatkan atau membiarkan kadar bunga tanpa perubahan, dan ini bergantung pada bukti yang telah dikumpulkan tentang prestasi ekonomi tersebut. Oleh itu, sementara kadar bunga ialah pemandu utama tindakan harga Forex, semua petunjuk ekonomi yang dinyatakan di atas juga sangat penting.