✅ Forex Malaysia - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia - Forex Trading di Malaysia

Apa itu Forex? Pengenalan kepada Pasaran Forex

Pasaran Forex adalah penyelesaian inovatif dalam pelaburan moden. Sebagai pasaran gergasi yang sangat laris dengan pusing ganti harian sebanyak trilion dolar, pasaran Forex adalah sebuah utopia pelaburan yang menguntungkan.

Walaupun semuanya kedengaran sempurna dari segi teori, sesetengah pelabur gagal dan menjadi muflis dalam Pasaran Forex kerana mereka “memperjudikan” modal mereka.

Sebab mengapa ini terjadi adalah kerana mereka mempertaruhkan wang mereka tanpa pengetahuan dan pendidikan berdagang yang cukup. Mereka beranggapan bahawa mereka boleh bertaruh dalam usaha menuju kejayaan dengan mengklik beberapa butang. Jadi lebih banyak mereka bergantung kepada nasib baik, lebih banyak wang akan kehilangan.

Jika anda salah satu dari golongan ini, anda perlu berhenti sekarang juga, dan jangan membunuh diri dengan memasuki Pasaran Forex tanpa pengetahuan yang cukup.

Berehat seketika dan teruskan membaca artikel ini kerana ia akan membantu anda memahami dagangan Forex lebih baik dengan membekalkan anda dengan ilmu mendalam tentang Pasaran Forex dan segala yang berkaitan dengannya.
Apa itu Forex? Pengenalan kepada Pasaran Forex

Apa itu Forex?

Forex bermaksud Pertukaran Antarabangsa. Ia adalah pasaran kewangan terbesar yang menentukan harga dan kadar pertukaran untuk setiap mata wang di dunia. Dalam pasaran ini, pengguna membeli dan menjual mata wang sebagai aset, dengan cara menukarkannya dengan satu sama lain.

Pasaran Pertukaran Antarabangsa, tidak seperti pasaran kewangan lain, tidak mempunyai lokasi untuk semua transaksi kewangan. Ini adalah kerana pasaran Forex tidak ditakrif sebagai sebuah tempat atau banggunan. Sebaliknya, ia adalah aliran beberapa rangkaian yang terbina dari semua pesertanya, yang dinamakan pembekal kecairan seperti bank dan institusi kewangan, dan juga broker dan pedagang runcitan.
Apa itu Forex
Kebanyakan transaksi kewangan dari Pasaran Forex dilakukan menggunakan sistem pasaran atas kaunter (OTC), yang bermaksud pembeli dan penjual akan membuat transaksi secara terus dalam pasaran tanpa sebarang kawal selian dari pembekal pertukaran atau kecairan.
Rangkaian Pasaran Forex
Tambahan pula, memandangkan pasaran Forex adalah sebuah sistem yang melibatkan beberapa pihak dari seluruh pelusuk negara, ianya adalah pasaran yang jarang tidur. Dari Amerika Syarikat dan Eropah ke Asia, anda boleh menjumpai mana-mana pasaran yang beroperasi pada tiap masa hari bekerja asalkan matahari masih di langit.
pasaran forex 24 jam
Kini anda memahami lebih mendalam tentang Pasaran Forex, bolehkah anda bayangkan betapa besarnya pasaran ini dan jumlah potensi keuntungan yang boleh ditawarkan oleh rangkaian mega ini?

Pasaran Forex pada masa ini dikira sebagai pasaran kewangan terbesar di dunia, dengan pusing ganti harian lebih dari 5 trilion USD. Lebih-lebih lagi, dengan limpahan peserta yang menjadikan pasaran keduanya berkecairan dan bermudah-ubah tinggi. Inilah sebabnya mengapa anda perlu fahami sepenuhnya faktor dan situasi yang menggerakkan pasaran. Dengan cara ini, anda akan tahu cara untuk memformulasi strategi terbaik dan membuat keputusan terbaik dalam dagangan harian anda.

Apa Yang Menggerakkan Pasaran Forex?

Saban tahun, tidak terkira banyaknya pedagang baru yang angkat kaki dan berputus asa dalam ekspedisi mereka dalam pasaran Forex atas banyak sebab-sebab seperti, kekurangan dalam kemajuan, amaun modal yang tidak mencukupi, dan berhadapan dengan penipu.

Meskipun malangnya insiden ini, ia boleh dielakkan dengan mudah dengan menimba pemahaman asas bagaimana pasaran Forex bergerak dan apakah faktor yang menyumbang kepada hala-tujunya.

Realitinya, terlalu banyak situasi dan faktor yang mempengaruhi pergerakan pasaran Forex, namun anda boleh bermula dengan aspek-aspek berikut:

1. Permintaan dan Penawaran

Apabila berbicara tentang dagangan dan perniagaan, prinsip asas ekonomi, cth. permintaan dan penawaran memainkan peranan pangsi. Perbandingan dari penawaran dan permintaan akan sentiasa menentukan nilai sesebuah aset.

Apabila permintaan adalah lebih besar daripada bekalan tersedia, nilai aset akan bertambah.
permintaan dan penawaran forex
Sebaliknya, apabila bekalan tersedia melebihi permintaan dalam pasaran, nilai aset akan berkurang.
penawaran dan permintaan forex
Mari andaikan, dalam situasi biasa, harga ubat tertentu sekitar 3 USD. Pun begitu, apabila tiba-tiba terdapat epidemik, ubat ini akan menjadi keperluan segera. Semua orang mahukannya, dan sesetengahnya akan membeli ubat ini secara pukal kerana bimbang akan kehabisan bekalan. Oleh itu, disebabkan permintaan ubat itu sangat tinggi, bilangannya dalam pasaran menjadi terhad, lalu menaikkan harga melebihi 6 USD.

Apabila epidemik berakhir, sesetengah orang mungkin masih memerlukan ubat ini, namun permintaan keseluruhan akan berkurang kerana mereka tidak lagi bersungguh untuk membelinya lagi. Namun begitu, kedai-kedai mungkin masih mempunyai banyak baki bekalan berikutan epidemik. Dalam situasi ini, harga ubat mungkin akan jatuh ke sekitar 2.8 USD.

Perkara yang sama berlaku dalam dagangan mata wang. Apabila permintaan untuk satu mata wang meningkat, harga untuk mata wang itu akan turut meningkat berikutan tanggapan nilainya. Namun jika penawaran mata wang adalah lebih tinggi daripada permintaan, harga mata wang akan jatuh.
harga penawaran permintaan forex
2. Tanggapan Nilai

Ia mungkin lebih mudah untuk menghisab penawaran dan permintaan untuk aset lain. Namun dengan pasaran kewangan, anda tidak boleh menentukan bilangan mata wang tersedia di pasaran. Walaupun banyak aspek yang menetukan penawaran dan permintaan mata wang, tanggapan nilai mata wang adalah elemen yang paling kritikal.

Seperti yang anda tahu, dalam pasaran Forex mata wang disebut secara berpasangan. Ini bermakna nilai satu mata wang akan sentiasa ditentukan berdasarkan mata wang lain. Buat masa ini, mata wang USD adalah yang paling popular dan digunakan sebagai ukuran perbandingan kerana dominasinya dalam pasaran antarabangsa.
pasangan mata wang forex
Harga mata wang berubah apabila nilai relatif pasaran mata wang tersebut berubah juga.

Sebagai contoh, dalam pasaran tertentu, nilai 10 epal adalah bersamaan dengan 1 pisang. Jadi jika anda membayar dengan satu pisang, anda akan mendapat 10 epal sebagai ganti.
contoh 1
Tidak semena-mena, Universiti John Hopkins menerbitkan penyelidikan perubatan yang menyatakan bahawa epal mengandungi elemen penting yang boleh menguatkan sistem imunisasi anda.

Hasilnya, semua orang akan berbicara tentang kebaikan epal, dan ingin membelinya lebih banyak.
contoh 2
Dalam situasi ini, kita boleh andaikan bahawa nilai tanggapan epal telah meningkat, jadi jika anda membayar dengan 1 pisang, anda tidak boleh lagi mendapat 10 epal. Mungkin anda hanya akan mendapat 5 atau 6 epal.
contoh 3
Perkara yang sama berlaku dengan pasangan mata wang. Jika nilai relatif mata wang tertentu adalah positif dalam pasaran, ia akan meningkatkan harga mata wang itu. Pada masa yang sama, jika nilai tanggapan adalah negative untuk mata wang, mengakibatkan harga mata wang jatuh.

3. Pengumuman dan Peristiwa Ekonomi

Jadi, bagaimana anda menentukan nilai tanggapan untuk pasangan mata wang tertentu? Dengan sering memerhatikan sebarang maklumat dan berita berkenaan mata wang tertentu.

Pengumuman dan berita ekonomi sesebuah negara, seperti Keluaran Dalam Negeri Kasar KDNK (GDP), kadar guna tenaga, jualan runcit, dan indeks harga pengguna akan menentukan harga mata wangnya.

Apabila ekonomi dalam keadaan baik, ia akan meningkatkan nilai tanggapan mata wangnya. Hasilnya, permintaan mata wang tersebut akan meningkat, dan harganya turut meningkat.

Semak Kalendar Forex untuk berita ekonomi dunia semasa, peristiwa kewangan, penyata kerajaan dan laporan yang memberi kesan kepada pasaran Forex.

4. Dasar Bank Pusat dan Kadar Faedah

Selain daripada pengumuman dan peristiwa ekonomi, Bank Pusat juga memainkan peranan penting dalam menentukan pergerakan pasaran Forex. Bergantung kepada bagaimana peristiwa/pengumuman mempengaruhi ekonomi negara. Bank Pusat akan menyemak dan menukar dasar mereka bagi mencapai titiki keseimbangan.

Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan oleh Bank Pusat, dan ini boleh memberikan kesan berbeza kepada nilai mata wang. Meskipun, perkara utama selalunya berkaitan dengan menyelaras kadar faedah bergantung kepada situasi ekonomi negara itu, serta membuat campur tangan apabila harga mata wang naik/jatuh yang boleh menjejaskan ekonomi negara.

5. Sentimen Pedagang

Sesetengah orang mungkin menganggapnya remeh, namun sentimen pedagang juga boleh mempengaruhi harga mata wang.

Mari andaikan sekumpulan pedagang menjual mata wang yang sama pada masa yang sama dalam amaun yang besar lalu menampakkan ketaraan dikalangan pedagang lain. Ini akan menghasilkan tindak balas rantai, menyebabkan lebih ramai pedagang menjual mata wang yang sama walaupun tiada apapun yang sebenarnya berlaku.
jual forex
Situasi seperti ini hanya akan berlangsung dalam tempoh singkat kerana faktor-faktor yang dinyatakan diatas akan menimbal semula kesannya. Pun begitu, dalam masa yang pendek itu, harga mata wang akan jatuh, yang memberikan kesan kepada pedagang lain dan ekonomi negara.

Peserta Pasaran Forex

Pasaran Pertukaran Antarabangsa adalah tidak berpusat. Ia adalah aliran rangkaian tercipta dari berbagai pemain yang menjalankan peranan unik mereka dalam pasaran.

Untuk hidup dan berjaya dalam perniagaan Forex, pertamanya, anda perlu ketahui pemain-pemain berbeza yang akan anda hadapi dalam pasaran. Jika anda fahami peranan dan motif mereka, anda akan mempunyai perspektif yang lebih baik berikutan tindakan dan perilaku mereka dalam pasaran. Ini membolehkan anda menjangka langkah mereka yang seterusnya lalu membolehkan anda memformulasi strategi dan membuat keputusan dagangan dengan lebih baik.

Siapakah Peserta Forex?

Pada tahap lebih tinggi, terdapat pasaran antara bank dimana pemain utama berkomunikasi dan menjalankan transaksi kewangan mereka. Pemain ini menentukan nilai sesebuah mata wang. Jadi, apa sahaja jalan tindakan yang mereka ambil akan memberikan impak kepada pasaran.
Peserta Pasaran Forex
Pada tahap lebih rendah, terdapat pasaran Runcitan, didominasi oleh pemain individu seperti pelabur, pelancong, dan pedagang runcit. Amaun yang didagangkan oleh mereka mungkin memberikan kesan kecil berbanding dengan pasaran antara bank; pun begitu, tanggapan nilai oleh peruncit-peruncit ini akan memberikan kesan kepada hala tuju mata wang, disebabkan oleh bilangan mereka yang makin meningkat.
pedagang pasaran Forex
Terdapat banyak peserta berbeza yang terlibat dalam pasaran gergasi Forex, namun pemain utama yang mempengaruhi pergerakan mata wang di pasaran adalah seperti berikut:

🟢 1. Bank Pusat

Bank Pusat didefinisikan sebagai institusi kewangan yang bertanggung jawab dalam penghasilan dan pengagihan mata wang dan kredit dalam sesebuah negara. Kadangkala, tugas ini dipanjangkan lagi kepada beberapa negara, namun tugas utama mereka adalah mengurus mata wang negara dan menyenggara ekonomi.

Bank Pusat kebiasaannya bersifat tidak kompetitif. Sesetengah bank pusat dimiliki negara tertentu, sementara yang lainnya mendakwa tidak bersandar dengan badan politik. Bank Pusat perlu mengekalkan entiti tidak bersandar mereka memandangkan status undang-undang yang memberikan hak kepada mereka mengeluarkan mata wang kertas dan tunai. Hak mutlak yang dilindungi oleh undang-undang.

Bank Pusat memainkan peranan penting dalam pasaran Forex disebabkan keistimewaan khusus mereka. Bank-bank ini boleh membuat banyak tindakan berbeza yang akan mempengaruhi pasaran Forex dalam cara-cara berbeza.

Tambahan pula, Bank Pusat menyesuaikan kadar faedah berdasarkan ekonomi sesebuah negara. Kenaikan kadar faedah akan menaikkan nilai mata wang dalam kebanyakan situasi; sebaliknya, penurunan kadar faedah akan menurunkan harga mata wang memandangkan ia memberikan indikatif kepada kejatuhan ekonomi.
kadar faedah Forex
Bank Pusat juga boleh campur tangan terus ke dalam pasaran bila perlu. Sebagai contoh, harga mata wang yang melambung tinggi boleh menjejaskan mana-mana negara yang bergantung kepada export kerana harga jualan akan lebih tinggi.

Apabila situasi ini berlaku, Bank Pusat akan mengambil alih dan mengeluarkan lebih wang untuk meningkatkan pembekalan. Dengan cara ini, nilai mata wang akan jatuh dari bekalan tersedia yang meningkat, walaupun permintaan terhadap mata wang adalah tinggi dalam pasaran.

🟢 2. Bank Komersial

Pemain terbesar kedua
adalah bank komersial. Bank-bank ini memegang volum tertinggi dari mata wang yang didagangkan sama ada bagi pihak pelanggan mereka (individu tau korporat) ataupun mereka sendiri.

Sebab lain mengapa mereka memainkan peranan penting dalam pasaran Forex adalah dari dua operasi tahap berbeza mereka.

Tahap pertama adalah Pasaran Antara Bank, dimana mereka membeli, menjual, berdagang, dan menukar mata wang dengan bank komersial lain melalui rangkaian elektronik. Apabila bank membeli mata wang dari pasaran Forex, ia bermakna mereka menjual mata wang lain pada masa yang sama. Lebih-lebih lagi, mereka membeli/menjual dalam skala besar. Jadi, anda boleh bayangkan berapa banyak mata wang yang digerakkan bank setiap hari.

Tahap seterusnya adalah Pasaran Runcit, dimana bank-bank ini bertindak sebagai fasilitator untuk syarikat, pelanggan runcit, pengeksport, atau pelabur individu. Mereka menawarkan kredit dan menentukan kadar pertukaran mata wang kepada pelanggan yang ingin beli/jual/dagang/tukar melalui rangkaian mereka.
pedagang runcitan Forex
Tambahan pula, negara boleh mempunyai ratusan bank-bank komersial ini yang memainkan peranan yang sangat penting. Jadi, bank komersial mendominasi pasaran Pertukaran Antarabangsa dari segi bilangan dan amaun.

🟢 3. Broker Pertukaran Antarabangsa

Disebabkan rangkaian gergasi dan tidak berpusatnya, anda berkelebihan dari pasaran Forex apabila turut serta dengan jumlah modal yang besar. Tambahan pula, pasaran Forex mempunyai sistem rangkaian elektroniknya sendiri yang hanya boleh diakses oleh pihak tertentu sahaja. Inilah sebabnya, dalam perdagangan Forex, ianya hampir mustahil untuk pedagang menyertai pasaran Forex secara persendirian.

Disinilah fungsi Broker Forex.

Broker Forex adalah agen dan pengantara yang memberikan khidmat serta membantu pedagang individu. Broker Forex memberikan akses langsung kepada pasaran Forex. Sebagai pertukaran, mereka mengenakan caj yuran tertentu, yang kebiasaannya terkandung dalam spread.

Tidak seperti bank komersial, broker Forex tidak meletakkan risiko keatas wang mereka. Sesetengah broker (Penggerak Pasaran) berdagang dan bertukar dengan pelanggan mereka sendiri. Walau begitu, dalam kebanyakan kes, mereka tidak turut masuk ke dalam pasaran Forex dan beli/jual mata wang.

Sebaliknya, Broker Forex mengawasi kadar pertukaran dengan aktif dan kerap dari bank-bank antarabangsa utama berbeza melalui sistem berkomputer. Kemudian, mereka dengan segera dan awanama mencari pihak dagangan bertentangan untuk pelanggan mereka.

Inilah sebabnya mengapa broker Forex memainkan peranan penting dalam pasaran Forex. Mereka memadankan posisi dagangan dengan satu sama lain dan melaksanakannya dengan cepat memandangkan sistem mereka membolehkannya.
beli & jual Forex
🟢 4. Pengurus Pelaburan dan Dana Lindung Nilai

Pengurus pelaburan dan Dana Lindung Nilai juga memainkan peranan pernting dalam pasaran Forex. Kumpulan pelabur besar ini kerap dan aktif mengakses pasaran Forex untuk beli atau jual mata wang atas tujuan-tujuan yang berbeza, seperti dana pencen, pertubuhan, wakaf, serta permodalan untuk pelaburan luar negara.

Lebih lagi, kedua kumpulan ini biasanya terlibat dalam dagangan Forex dengan objektif tersediri. Pengurus pelaburan membuat spekulasi tentang sekuriti antarabangsa, berbanding Dana Lindung Nilai yang terlibat dalam dagangan spekulatif sebagai bentuj strategi pelaburan.

🟢 5. Syarikat Multinasional

Pemain penting seterusnya adalah Syarikat Multinasional. Syarikat-syarikat ini terlibat dalam import dan export barangan mereka dan akan terlibat dalam transaksi Forex untuk membayar dari perkhidmatan yang diberikan.

Sebagai contoh, syarikat barang mainan perlu membayar pembekalnya di Jepun dalam JPY, dan dalam USD kepada syarikat lain yang mengangkut produk mereka ke luar negara.

Sesetengah syarikat berdagang Forex hanya untuk mengelakkan risiko yang terkait dengan mata wang tertentu. Dari contoh syarikat mainan, mereka mungkin membeli JPY apabila harga jatuh untuk mengurangkan risiko mata wang antarabangsa.

🟢 6. Pelabur Runcit

Akhir sekali adalah pedagang runcit, seperti pedagang individu, pelancong/pengembara, perniagaan kecil, dan mungkin juga pesakit yang akan menjalankan rawatan di luar negara.

Dalam kebanyakan kes, pelabur runcitan ini menyertai pasaran Forex hanya untuk memenuhi keperluan. Amaun yang dipegang oleh pedagang runcit dikira sebagai sangat rendah berbanding dengan peserta lain seperti bank komersial atau syarikat multinasional.

Walau bagaimanapun, bilangan pelabur runcit, terutamanya pedagang runcit, sedang meningkat dengan mendadak. Kenaikan bilangan pelabur runcit mengakibatkan pergerakan dagangan yang mungkin menjejaskan nilai tanggapan atas mata wang yang didagangkan dalam pasaran. Oleh itu, peratusan penglibatan mereka dalam pasaran Forex tidak patut diambil remeh.
Dagangan Forex