Jika anda bersedia untuk melabur dalam dagangan mata wang kripto, anda boleh bermula dengan melihat perkhidmatan beberapa broker ternama dibawah:
Dalam perdebatan yang meningkat terhadap mata wang kripto, anda mungkin terfikir sama ada anda patut berdagang Forex atau sertai komuniti dagangan mata wang kripto.
Jawapannya, kedua-duanya berbaloi bergantung pada keadaan dagangan anda.
Mengapa? Ini adalah kerana dagangan Forex dan mata wang kripto mempunyai ciri-ciri tersendiri yang mungkin memberikan kelebihan kepada dagangan anda. Mari periksa yang mana lebih baik untuk keadaan dagangan anda.
👌 1. Kawal selia
Pasaran Forex telah beroperasi bertahun-tahun. Oleh itu, ianya matang dari segi pengalaman dan kawal seliaan. Ia memberikan kestabilan lebih baik dan mempunyai latar sejarah luas untuk ramalan pergerakan harga yang lebih baik, dan juga peraturan-peraturan yang melindungi kedua pedagang dan broker dari kebanyakan jenayah kewangan.
Sebaliknya, mata wang kripto masih membangun. Perdagangan jenis ini memberikan pilihan yang lebih luas dan kebebasan untuk pedagang ber-eksperimen tanpa pengawalan dan kawal selian negara atau kerajaan.
Dagangan Forex konvensional adalah pilihan yang lebih baik jika anda masih baru dalam dunia dagangan. Namun, keterujaan dalam pergerakan harga mata wang kripto yang tidak dapat dijangka adalah sangat berguna untuk pedagang pakar untuk memperbaiki kemahiran dagangan dan ramalan mereka.
👌 2. Terikat oleh Negara vs Mata Wang Tidak Berpusat
Dagangan Forex melibatkan mata wang fiat yang dipunyai oleh negara tertentu. Oleh itu, sebarang pergerakan politik atau berita ekonomi akan memberikan impak besar kepada nilai pasaran mata wang negara tersebut.
Situasi ini tidak akan berlaku kepada mata wang kripto. Ini adalah kerana pergerakan harganya adalah sepenuhnya bergantung kepada nilai syiling tersebut. Inilah sebabnya ia tidak terkesan oleh sebarang peristiwa geopolitik atau makro-ekonomi.
Jadi, jika anda ingin mengetahui berita dunia terkini, dagangan Forex klasik mungkin lebih menghiburkan anda. Tetapi, jika berita dunia membosankan anda dan anda ingin mencari lebih keterujaan dalam perniagaan kewangan anda, mungkin ini masanya anda mengintai pada dagangan mata wang kripto.
👌 3. Kos dan Permodalan
Dengan trend menonjol dalam dagangan Forex, semua orang boleh menyertai pasaran dengan modal serendah 5 USD. Pun begitu, bergantung kepada broker, anda mungkin perlu mempertimbangkan kos terselindung yang mungkin boleh menjadi agak besar.
Dagangan mata wang kripto, sebaliknya mungkin memerlukan modal yang lebih tinggi untuk bermula. Namun, kos yang ditawarkan broker biasanya rendah untuk menarik lebih ramai pelanggan.
Atas sebab-sebab yang dikemukakan ini, dagangan Forex adalah jauh lebih sesuai sekiranya anda adalah pedagang novis dengan modal yang terhad. Sebagai bandingan, dagangan mata wang kripto lebih sesuai untuk pedagang profesional dan berpengalaman dengan modal yang lebih tinggi.
👌 4. Mudah-ubah
Kedua dagangan Forex dan mata wang kripto mempunyai tahap mudah-ubah tinggi. Bezanya, walaupun pasaran Forex dianggap bermudah-ubah tinggi, pedagang percaya bahawa naik turun ekstrem mata wang kripto tidak dapat dibandingkan.
Tambahan pula, pasaran Forex menawarkan kecairan tinggi dengan lebih 5 trilion USD pusing ganti harian dari serata dunia. Jadi, walaupun harga naik turun dengan banyak, mata wang berkecairan tinggi dan mudah dipindahkan.
Situasi ini tidak seperti mata wang kripto yang mana kecairan pasaran adalah sangat terhad, dan naik turun harga adalah lebih ekstrem daripada ombak lautan. Ini bermaksud, dagangan mata wang kripto adalah lebih sesuai buat pedagang yang mahukan lebih cabaran dan bersedia menanggung risiko.
👌 5. Objektif Dagangan
Pedagang paling berpengalaman menyertai pasaran mata wang kripto sebagai pelaburan jangka masa panjang, untuk mempelbagaikan portfolio mereka, atau sebagai hiburan. Mudah-ubah ekstrem dagangan mata wang kripto menjadikannya mustahil untuk diharapkan pedagang sebagai dagangan harian.
Inilah sebabnya mengapa objektif dagangan anda akan menentukan jenis keadaan dagangan yang anda pilih. Jika anda ingin menjadi pedagang harian, dagangan Forex lebih bertepatan dengan anda. Dari sudut lain, disebabkan prospek cerahnya, dagangan mata wang kripto adalah pilihan lebih baik untuk pelaburan jangka masa panjang.
Meskipun cirinya yang kompleks dan unik, pedagang profesional bersedia untuk melabur dalam mata wang kripto disebabkan kelebihan meluasnya seperti dibawah:
👍 1. Nilai Tidak Berpusat
Mata wang kripto adalah mata wang bebas yang bergerak secara maya dalam pasaran. Ia tidak dipunyai oleh mana-mana negara atau bangsa. Atas sebab ini, tiada isu geopolitik atau makroekonomi yang akan memberikan kesan kepada nilai mata wang kripto. Mata wang kripto juga bebas dari inflasi atau kadar faedah.
👍 2. Mudah Ubah Ekstrem
Mudah ubah tinggi mungkin agak menakutkan untuk pedagang baru. Tetapi, pedagang berpengalaman melihat mudah ubah tinggi sebagai potensi keuntungan. Lebih tinggi mudah ubah yang dihadapi, lebih banyak keuntungan yang mungkin dijana dari pergerakan harga. Sudah tentu, mudah ubah tinggi bermaksud risiko yang lebih tinggi, sebab itulah hampir semua pedagang berpengalaman sudah bersedia dengan pengurusan risiko mereka.
👍 3. Ketelusan Lebih Baik
Terima kasih kepada teknologi Blok Rantai (Blockchain), rekod transaksi kewangan melalui mata wang kripto disalin dalam rangkaian komputer. Jadi, rekod transaksi dapat dilihat oleh hampir kesemua yang mengambil bahagian dalam perniagaan ini. Ini memastikan ketelusan dan perspektif yang lebih baik dalam ramalan pergerakan harga mata wang kripto.
👍 4. Keselamatan Lebih Tinggi
Disebabkan oleh ciri pseudo-awanama, anda tidak perlu mendedahkan akaun bank atau maklumat kad kredit anda jika anda ingin turut serta dalam dagangan mata wang kripto. Ini adalah kelebihan yang besar, lebih-lebih lagi apabila berurusan dengan broker asing. Ia juga membolehkan untuk melindungi diri anda dari jenayah siber dengan lebih baik, termasuk kecurian identiti.
👍 5. Kos Rendah dan Dagangan Berleveraj Tinggi
Dagangan mata wang kripto adalah perniagaan yang baru dan bermasa depan cerah. Inilah sebabnya mengapa broker Forex menggalakkan pelanggan mereka menyertai bidang ini dengan menawarkan promosi dan perkhidmatan dagangan, yang biasanya berkos rendah dan berleveraj tinggi.
Pun begitu, anda perlu beringat kerana kita semua tahu bahawa leveraj tinggi dalam dagangan bermudah ubah tinggi adalah berisiko tinggi. Sesetengah pedagang ada yang beranggapan bahawa ia seperti jalan untuk gulung tikar. Walau begitu, jika anda melindungi diri anda dengan pengurusan risiko yang baik, anda boleh tukarkannya kepada kelebihan anda.
👍 6. Kepelbagaian Portfolio Dagangan
Ini adalah kepercayaan biasa dikalangan komuniti dagangan yang anda tidak patut meletakkan semua modal dalam satu tempat. Jika anda ingin mempelbagaikan portfolio dagangan anda, mata wang kripto adalah satu cara terbaik untuk lakukannya. Ia mungkin lebih tak terjangka berbanding aset kewangan lain. Namun, mata wang kripto boleh menjadi benteng pertahanan anda sebagai persedian jika dagangan lain sedang rugi.
👍 7. Prospek Cerah Pelaburan
Mata wang kripto masih dalam fasa pembangunan. Sepanjang dekad lepas, Bitcoin telah meningkat dari hanya sekadar idea kepada nilai 9,000 USD setiap syiling. Pada masa kini, Bitcoin telah diterima sebagai kaedah pembayaran. Tambahan pula, dengan kemajuan teknologi, mata wang kripto menunjukkan prospek cerah sebagai pelaburan akan datang.