✅ Forex Malaysia - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia - Forex Trading di Malaysia
FXTM Malaysia

FXTM Malaysia: FXTM (ForexTime) Broker Review

FXTM (ForexTime) Malaysia yang bertapak di Cyprus mempunyai reputasi di seluruh dunia sebagai satu pemenang anugerah dalam industri FX. Pengasas FXTM, Andrey Dashin (bekas pengasas jenama Alpari), ialah seorang yang berwawasan di mana pemahaman bisnes dan minda  usahawan beliau telah membantu syarikat tersebut mencapai kemuncak bidangnya dalam industri FX. “Masa ialah wang, laburkannya dengan bijak,” merupakan cogan kata FXTM yang menunjukkan tahap penjagaan syarikat tersebut terhadap masa dan usaha pelanggannya.

FXTM Malaysia menawarkan pelanggannya dengan akaun berasingan di bank-bank yang mempunyai reputasi, sistem bayaran atas talian serta bank-bank tempatan Malaysia sebagai cara-cara deposit dan pengeluaran, leverage fleksibel setinggi 1:3000, spread rendah dari 0.1 pips, lebih daripada 100 alatan dagangan termasuk Forex, Logam, CFDs, Tenaga dan mata wang Kripto, jenis akaun dagangan berlainan seperti Cent, Standard, ECN, ECN Zero, dan Pro, selain platform dagangan MT4, MT5, WebTrader, dan Mobile. Tambahan pula, syarikat tersebut menawarkan kursus-kursus FX atas talian, seminar, dan seminar laman web dari semasa ke semasa untuk mengajar pedagang-pedagang supaya mereka memperoleh pengalaman dagangan yang lebih baik.

FXTM memastikan bahawa perkhidmatan dagangan, sokongan pelanggan dan dedikasi berterusan yang terbaik diberikan kepada pelanggannya supaya dagangan mereka menjadi mudah, menyeronokkan dan memberikan ketenangan fikiran.

FXTM dikawal selia oleh Suruhanjaya Keselamatan dan Pertukaran Cyprus (CySEC), iaitu pihak berkuasa Kelakuan Kewangan (FCA) dari UK, serta Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Antarabangsa (IFSC) di Belize. Syarikat tersebut juga merupakan ahli Dana Pampasan Pelabur (ICF).
Peraturan: CySEC, IFSC, FCA
Negara: Cyprus
Tahun Penubuhan: 2011
Sokongan di Malaysia: Yes
Bank tempatan di Malaysia: Yes
FXTM Rating: 4.8 / 5
Rating: 4.8 / 5

Jenis Akaun FXTM (ForexTime) Malaysia

FXTM Malaysia menyediakan beberapa jenis akaun dagangan: Standard, Cent, Saham, ECN, ECN Zero, dan Pro yang sesuai untuk semua pedagang daripada pemula kepada pakar. Option bebas SWAP (Akaun Forex Islamic) juga sedia ada di FXTM Malaysia.
Standard
Deposit Minimum: $100
Leverage: 1:3000
Saiz dagangan terkecil: 0.01
Jenis Spread: Terapung dari 1.3 pip
Komisen: No
Matawang asas Akaun: USD, EUR, GBP

Cent
Deposit Minimum: $5
Leverage: 1:3000
Saiz dagangan terkecil: 0.01
Jenis Spread: Terapung dari 1.5 pip
Komisen: No
Matawang asas Akaun: Cent

ECN
Deposit Minimum: $500
Leverage: 1:3000
Saiz dagangan terkecil: 0.01
Jenis Spread: Terapung dari 0.1 pip
Komisen: $4 / lot
Matawang asas Akaun: USD, EUR, GBP

ECN Zero
Deposit Minimum: $200
Leverage: 1:3000
Saiz dagangan terkecil: 0.01
Jenis Spread: Terapung dari 1.5 pip
Komisen: No
Matawang asas Akaun: USD, EUR, GBP

FXTM Pro
Deposit Minimum: $25000
Leverage: 1:200
Saiz dagangan terkecil: 0.01
Jenis Spread: Terapung dari 0 pip
Komisen: No
Matawang asas Akaun: USD, EUR, GBP

Akaun standard menawarkan perkhidmatan dengan spread terapung ketat dan leverage terapung daripada 1:3000 melalui platform MetaTrader 4 dan MetaTrader 5. Akaun standard datang dengan kelajuan pelaksanaan serta-merta dan adalah sedia ada dalam EUR, GBP, USD tanpa komisen terlindung.

Pada dasarnya, akaun cent adalah serupa dengan akaun standard tetapi menggunakan leverage tetap 1:3000 dan hanya sedia ada melalui platform MetaTrader 4. Deposit minimum ialah 10 USD/GBP/EUR, dan membenarkan pedagang untuk berdagang dalam saiz lebih kecil. Akaun cent ialah satu peralihan sempurna daripada dagangan demo kepada akaun dagangan langsung.

Akaun Saham digunakan secara eksklusif untuk dagangan stok CFD melalui platform dagangan MetaTrader 4 dengan leverage tetap 1:10 dan komisen sifar. Data tersebut disediakan dalam masa sebenar dengan pelaksanaan serta-merta daripada NYSE dan Pertukaran NASDAQ yang terkemuka.

Akaun ECN direka khas untuk dagangan ECN, di mana semua dagangan ialah STP (proses terus), dan pedagang-pedagang akan dikenakan yuran rendah daripada broker tersebut.

Akaun Zero ECN adalah bebas komisen dan bebas SWAP (untuk akaun MT4) dengan spread terapung ketat dan leverage terapung setinggi 1:3000. Pedagang-pedagang dibenarkan untuk menggunakan semua cara termasuk hedging dan scalping dengan pelaksanaan pesanan laju dan tanpa sebutan harga semula.

Bagi akaun ECN sebenar, pedagang-pedagang ditawarkan spread terapung yang bermula daripada 0.1 pip dan leverage terapung setinggi 1:3000 dengan komisen rendah yang bermula daripada USD 4. Semua strategi dagagan juga dibenarkan.

Akaun Pro FXTM direka khas untuk ahli profesional, pedagang institute dan pengurus dana lindung nilai. Ia menawarkan spread serendah 0 pip tanpa harga last look dan tanpa sebutan harga semula. FXTM Pro membenarkan ahli profesional untuk menggunakan apa-apa dan semua strategi dagangan tanpa had.

Deposit dan pengeluaran FXTM Malaysia

Deposit
FXTM Malaysia menawarkan pelbagai cara deposit serta-merta dengan komisen sifar, termasuk kad kredit (Visa, Mastercard dan Maestro), e-dompet (Skrill, Neteller, DusuPay, WebMoney, PerfectMoney, Bitcoin, FasaPay), dan Bank-bank tempatan Malaysia (dalam Ringgit).

Pelbagai cara pengeluaran adalah sedia ada di broker FXTM. Pengeluaran dana boleh dilaksanakan dengan jumlah minimum USD 5.

Kebanyakan cara pengeluaran seperti Skrill, Neteller dan pemindahan bank tempatan mengenakan komisen sifar. Namun demikian, cara pengeluaran lain seperti WebMoney, Bitcoin dan perkhidmatan bank dalam talian mungkin mengenakan yuran tambahan yang berubah-ubah daripada 0.5-2%. Tambahan pula, pengeluaran dana dengan menggunakan Pemindahan Wire Bank adalah tertakluk kepada yuran melebihi USD 5 memandangkan yuran sebenar ialah EUR 30.

Pengeluaran diproseskan dalam masa 24 jam (Isnin ke Jumaat, 03:00-19:00 GMT +2), tetapi masa yang diperlukan untuk pemindahan dana ke akaun pedagang akan bergantung pada cara pembayaran (Wire Bank: 3-5 hari bisnes, kad kredit/debit: 3-10 hari bisnes, e-dompet dan bank tempatan Malaysia: 1 hari bisnes).

Jika akaun pedagang kekal tidak aktif untuk 6 bulan, FXTM mengenakan USD/EUR/GBP 5 untuk sifat ketidakaktifan.
pengeluaran

Spread FXTM Malaysia

spreads
Semua akaun dagangan datang dengan spread terapung di FXTM Malaysia, dan spread minimum bertukar mengikut jenis akaun. Pelanggan ditawarkan spread terendah untuk setiap akaun dan ini mungkin bertambah memandangkan turun naik dalam pasaran. Spread untuk akaun Standard dan ECN ditawarkan dari 1.3 tanpa komisen dan 0.1 dengan komisen $4 masing-masing. Tambahan pula, pemegang Akaun FXTM Pro akan mendapat spread sifar tanpa komisen.

Jaminan dan keselamatan dana FXTM Malaysia

Jaminan
FXTM Malaysia adalah komited untuk membina satu persekitaran dagangan yang selamat dan boleh diharap untuk memastikan keselamatan dan keterjaminan dana kliennya. Sebagai satu jenama sejagat yang memberi perkhidmatan kepada beribu-ribu klien di sekeliling dunia, FXTM mematuhi piawai antarabangsa untuk perlindungan klien.

Dengan ibu pejabat di Sirpus dengan cawangan di UK, FXTM dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (CySEC) dari Siprus, Pihak Berkuasa Kelakuan Kewangan (FCA) dari UK, Pihak Berkuasa Kelakuan Sektor Kewangan (FSCA) dari Afrika Selatan serta Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan (IFSC) dari Belize.

Broker FXTM memastikan bahawa dana klien adalah terasing dalam akaun bank bebas di bank-bank EU tahap tertinggi yang terpisah daripada dana operasi atau pelaburan syarikat tersebut, maka mencegah dana klien daripada dijejaskan dalam kes kemuflisan.

FXTM juga merupakan satu ahli Suruhanjaya Kewangan dan menyediakan perlindungan tambahan dengan ICF (Dana Pampasan Pelabur), maksimum EUR 20,000 untuk setiap klien sebagai polisi insurans dalam kes pertikaian yang tidak dapat diselesaikan.

Dengan menggunakan protocol keselamatan rangkaian SSL (Lapisan Soket Selamat), semua sambungan untuk transaksi dan komunikasi adalah dijamin dan dilindungi dengan selamat. Semua penghantaran data adalah disulitkan untuk mencegah kecurian data dan akses tanpa kebenaran.

Kelebihan Berdagang dengan FXTM Malaysia

Dikawal selia oleh pelbagai agensi seperti CySEC, FCA dan IFSC
Bank Tempatan Malaysia, WebMoney, FasaPay, Neteller, PerfectMoney
Spread terapung daripada 0.1 dengan leverage setinggi 1:3000
Pelaburan FXTM - Perkhidmatan Pelaburan Forex (Salin Dagangan)
Jenis akaun Standard, Cent, Micro, ECN, ECN Zero dan FXTM Pro
Pendidikan Forex Berkualiti, Analisis Pasaran, Seminar Laman Web
Forex, CFD, Futures, Logam, Tenaga & Mata wang Kripto
24/7 Sokongan Bahasa Melayu melalui emel dan perbualan langsung
Platform MT4 & MT5, WebTrader, Pelbagai terminal & Mobil
Percuma VPS, Isyarat Dagangan, Analisis Pasaran Harian
Carilah broker Forex lain di Malaysia
FBS Malaysia
XM Malaysia
HFM Malaysia
Tickmill Malaysia
RoboForex Malaysia