✅ Forex Malaysia - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia - Forex Trading di Malaysia
Tickmill Malaysia

Tickmill Malaysia - Pengenalan dan rating Broker Forex Tickmill

TickMill Malaysia adalah ahli lama Kumpulan TickMill dan dikawal selia oleh lima pihak berkuasa penyeliaan terkemuka, DFSA DubaiFCA UKCySEC CyprusFSCA Afrika Selatan dan FSA Seychelles. Hakikat yang broker forex ini berjaya menerima lesen-lesen daripada badan kawal selia yang boleh dipercayai ini menunjukkan tanggungjawab serta visi yang jelas untuk masa hadapan syarikat yang cerah.

TickMill Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2014 dan sejak kewujudannya selama sedekad dalam pasaran kewangan, syarikat ini telah membantu lebih daripada 400K klien dari seluruh dunia (lebih daripada 200 negara) berkenaan pendaftaran akaun, khidmat kewangan, sokongan dalam 14 bahasa berbeza, dan banyak lagi.

Mana-mana klien baharu yang ingin berdagang dengan broker forex TickMill Malaysia hanya perlu mendaftar akaun perdagangan dengan memenuhi syarat-syarat yang diperlukan (deposit min $100, dokumen, dll.). Syarikat ini telah menjadikan proses pendaftaran agak mudah. Pedagang boleh memilih sama ada akaun perdagangan Klasik atau Raw pada mana-mana platform perdagangan yang mereka rasa selesa, cth. MetaTrader 4 atau MetaTrader 5. Akaun-akaun ini dilengkapi banyak ciri; ia didatangkan dengan spread yang sangat rendah, leveraj tinggi 1:1000, pelaksanaan pesanan sepantas kilat (0.2 saat) dan tiada komisen atau sangat sedikit. Perkara yang menjadikan akaun-akaun ini rebutan adalah pemegang akaun boleh berdagang lebih 180 aset perdagangan, seperti Forex, Saham, Indeks, Minyak, Logam, Bon dan Mata Wang Kripto mengikut gaya perdagangan, strategi dan keutamaan masing-masing.

Dedikasi TickMill Malaysia dalam menyediakan perkhidmatan terbaik sebagai penyedia khidmat kewangan telah membuka laluan untuk syarikat ini memenangi anugerah-anugerah, seperti Keadaan Perdagangan Terbaik 2021 daripada FxScouts Forex Award 2021, Khidmat Pelanggan Forex Terbaik (Global) daripada Global Forex Awards 2021 dan Pengalaman Perdagangan Forex Terbaik (Asia) daripada Global Forex Awards 2021.

Semua klien broker forex TickMill boleh membuat deposit dan pengeluaran dengan segera atau dalam masa satu hari bekerja tanpa sebarang kerumitan. Mereka boleh memilih dengan selesa daripada pilihan pembayaran Pindahan Bank, Kad Bank, E-Dompet (Skrill & Neteller), serta Mata Wang Kripto (Bitcoin & Tether).

Dengan akses ke khazanah sumber yang baik, termasuk Webinar, Seminar, E-Buku, Tutorial Video, Infografik, Glosari, Analisis, Artikel dan Gambaran Pasaran, klien-klien TickMill (klien baharu dan juga klien pro) boleh berdagang dengan lebih baik, selamat dan selesa. Selain itu, ciri-ciri seperti Autochartist, Perdagangan Salin, Kalendar Ekonomi, Kalkulator dan VPS juga disediakan antara perkhidmatan yang lain.

Perdagangan tidak dapat diramalkan di bawah keadaan terbaik dan klien-klien tidak dapat mengelak daripada berada dalam perangkap dan memerlukan sedikit bantuan untuk menangani isu-isu perdagangan mereka atau berkaitan akaun. Untuk itu, Sokongan Pelanggan 24/5 TickMill Malaysia akan bersedia demi anda menerusi E-mel dan Sembang Langsung.
Laman web: www.Tickmill.com
Peraturan: CySEC, DFSA, FCA, FSA
Negara: Cyprus
Tahun Penubuhan: 2014
Sokongan di Malaysia: Yes
Bank tempatan di Malaysia: Yes
Tickmill Rating: 4.5 / 5
Rating: 4.5 / 5

Jenis Akaun Tickmill Malaysia

Untuk memudahkan proses perdagangan klien-kliennya, broker forex TickMill Malaysia menawarkan akaun Perdagangan Klasik dan Raw. Kedua-dua pemegang akaun Klasik dan Raw ini boleh menikmati Pelaksanaan Pasaran NDD pantas tanpa sebut harga semula. Sebagai tambahan, mereka juga bebas memilih strategi perdagangan sendiri mengikut keutamaan perdagangan masing-masing (termasuk Lindung Nilai dan Scalping).

Akaun Klasik

Pedagang baharu perlu mempertimbangkan untuk membuka akaun perdagangan klasik kerana syaratnya yang agak bersesuaian. Dengan hanya $100 untuk deposit awal, mereka akan mendapat akses ke spread dari 1.6 pip, saiz perdagangan 0.01 lot dan leveraj tinggi 1:1000. Tambahan lagi, dalam akaun ini, komisen tidak diperlukan untuk perdagangan anda. Sila ingat, dalam akaun klasik, anda hanya akan melihat pasaran asal tanpa tambahan (markup).

Akaun Raw

Pedagang pro dan veteran biasanya memilih akaun perdagangan raw kerana ciri-cirinya yang unik. Deposit awal yang diperlukan untuk akaun ini bermula pada $100 dan akan memberi anda akses ke spread daripada 0 pip. Sudah tentu komisen $1.5 diperlukan bagi setiap $100K yang telah didagangkan bagi setiap bahagian dalam akaun ini. Pemegang akaun Raw juga akan mendapat akses ke leveraj tinggi 1:1000 dan saiz lot minimum 0.01.
Standard
Deposit Minimum: $100
Leverage: 1:1000
Saiz dagangan terkecil: 0.01
Jenis Spread: Terapung dari 1.6 pip
Komisen: No
Matawang asas Akaun: USD, EUR, GBP, ZAR

Raw
Deposit Minimum: $100
Leverage: 1:1000
Saiz dagangan terkecil: 0.01
Jenis Spread: Terapung dari 0 pip
Komisen: $6 \ lot
Matawang asas Akaun: USD, EUR, GBP, ZAR

Memilih akaun demo boleh menjadi cara terbaik untuk pedagang baharu membiasakan diri berdagang dalam pasaran yang besar seperti Forex tanpa kerugian wang mereka. Jenis akaun ini juga boleh memanfaatkan pedagang pro yang ingin meningkatkan keadaan-keadaan perdagangan broker dan sebagainya sebelum melaburkan modal mereka. Akaun demo TickMill, yang sangat serupa dengan akaun langsung memberi anda akses ke lebih daripada 180 instrumen perdagangan dalam 5 Kelas aset dengan pengecualian yang ia menggunakan Wang Maya.

Di broker TickMill, semua strategi perdagangan adalah dibenarkan, tiada sekatan untuk scalping, lindung nilai, EA dan sebarang kaedah perdagangan yang lain. Broker TickMill juga menyediakan akaun Forex Islamik kepada pedagang dari Malaysia.

Deposit dan pengeluaran Tickmill Broker Malaysia

Deposit
Untuk memudahkan proses transaksi anda, sama ada deposit atau pengeluaran, TickMill berusaha untuk menjadikan ia satu proses yang lancar. Broker ini menawarkan kaedah-kaedah pembayaran seperti Pindahan Bank, Kad Bank dan pilihan Dalam Talian kepada semua kliennya. Butirannya adalah seperti berikut:

Pindahan Bank (USD, EUR, GBP) – dalam masa 1 hari bekerja (deposit dan pengeluaran)
Kad Bank (VISA, MasterCard) (USD, EUR, GBP) - segera (deposit), dalam masa 1 hari bekerja (pengeluaran)
Skrill, Neteller, & SticPay (USD, EUR, GBP) - segera (deposit), dalam masa 1 hari bekerja (pengeluaran)
Kripto (Bitcoin, Tether) - segera (deposit), dalam masa 1 hari bekerja (pengeluaran)

Sila ambil maklum, untuk deposit dan pengeluaran, amaun minimum masing-masing adalah tidak kurang daripada $100 dan $25.

Selain daripada itu, yuran sehingga $100 untuk transaksi satu deposit bernilai $5000 akan ditanggung oleh broker forex TickMill Malaysia. Pedagang dikehendaki menyediakan bukti transaksi tersebut sama seperti yang diminta oleh broker untuk menerima amaun pampasan dalam masa 1 bulan. Pedagang juga perlu menggunakan kaedah yang sama untuk deposit dan pengeluaran mereka di TickMill Malaysia.
pengeluaran

Spread Tickmill Malaysia

spreads
Pedagang yang memilih akaun perdagangan Raw akan mendapat akses ke spread daripada sifar pip. Serupa juga, pedagang yang memilih akaun Klasik boleh mula berdagang dengan spread bermula dari 1.6 pip. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, akaun Raw memerlukan komisen ($1.5 setiap $100K yang telah didagangkan pada setiap bahagian) dan akaun klasik adalah bebas komisen.

Jaminan dan keselamatan dana Tickmill Malaysia

Jaminan
Ia memerlukan banyak usaha dan dedikasi untuk menjadi salah satu yang terbaik dalam dunia forex yang sentiasa berkembang dan TickMill Malaysia, ahli Kumpulan TickMill dan dikawal selia oleh lima pengawal selia antarabangsa terkemuka, pastinya merupakan salah satu penyedia kewangan utama.

Pihak berkuasa penyeliaan yang memantau aktiviti-aktiviti TickMill adalah seperti berikut:

TickMill UK Ltd. à The Financial Conduct Authority (FCA)
TickMill Europe Ltd. à The Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC)
TickMill South Africa (Pty) Ltd. à The Financial Sector Conduct Authority (FSCA)
TickMill Ltd. à The Financial Services Authority of Seychelles (FSA)
TickMill Ltd. (Pejabat Wakil) à The Dubai Financial Services Authority (DFSA)

TickMill Malaysia terikat dengan undang-undang dan peraturan untuk menyediakan akaun berasingan bagi dana kliennya di bank-bank terkemuka dan jauh daripada dananya sendiri. Perlindungan Baki Negatif adalah satu lagi lapisan keselamatan yang ditawarkan oleh TickMill kepada klien-kliennya, sebagai langkah berjaga-jaga.

Selain daripada itu, TickMill Malaysia bekerjasama dengan beberapa organisasi terkenal, seperti Investor Compensation Fund (ICF) di bawah nama TickMill Europe Ltd. dan Financial Services Compensation Scheme (FSCS) di bawah nama TickMill UK Ltd, selain menjadi ahli MiFID II Directives. Kerjasama TickMill dengan organisasi-organisasi sedemikian bermaksud sekiranya syarikat gagal melaksanakan tugasnya sebagai penyedia kewangan, klien-kliennya akan diberi pampasan atas masalahnya.

Platform Dagangan di TickMill Malaysia

TickMill menawarkan 2 platform perdagangan, iaitu MT4 dan MT5, kedua-dua platform ini boleh diakses pada Windows, macOS, Android, iOS dan WebTrader.

MetaTrader 4 (MT4):

Platform yang popular ini terkenal kerana ciri-cirinya yang mesra pengguna, seperti pencartaan yang canggih, alat-alat analisis, alat pengurusan pesanan, EA, 3 jenis pelaksanaan pesanan, 4 jenis pesanan belum selesai, lebih daripada 30 indikator teknikal dan 9 rangka masa dalam 39 bahasa.

MetaTrader 5 (MT5):

MT5 dipenuhi dengan kelebihan lebih besar berbanding MT4 memandangkan ciri-cirinya yang sangat menarik, seperti pesanan belum selesai lanjutan, alat-alat analisis, carta yang boleh disesuaikan sepenuhnya, kalendar ekonomi terbina dalam, 4 jenis pelaksanaan pesanan, 6 jenis pesanan belum selesai, lebih daripada 38 indikator teknikal, 21 rangka masa, EA, robot perdagangan dan perdagangan salin.

Jenis Pasaran Kewangan di TickMill Malaysia

TickMill Malaysia menawarkan instrumen perdagangan paling menarik yang pasti diingini oleh mana-mana pedagang untuk menjadikan perdagangan mereka untung sebanyak yang mungkin.

Forex
 (62 pasangan mata wang) – dengan leveraj sehingga 1:1000
Lebih daripada 14 Saham utama, Indeks, dan Minyak – dengan leveraj sehingga 1:100
Logam berharga (emas dan perak bersilang) – dengan leveraj sehingga 1:500
Bon Jerman – dengan leveraj sehingga 1:100
Mata Wang Kripto

Kelebihan Berdagang dengan Tickmill Malaysia

Dikawal selia sepenuhnya oleh DFSA, FCA, CySEC, FSCA, dan FSA
Bonus selamat datang $30 untuk anda memulakan perjalanan perdagangan
2 akaun perdagangan hebat, cthnya., Raw dan Klasik (kedua-duanya terdapat dalam MT4 & MT5)
Pelbagai pilihan pembayaran (Bank tempatan, kad kredit, E-Dompet, dll.)
Leveraj tinggi sehingga 1:1000 dengan deposit hanya $100
Akses ke semua jenis sumber pendidikan, seperti webinar, seminar, tutorial dan artikel
Lebih daripada 180 instrumen perdagangan yang menarik, termasuk forex, indeks saham, minyak, logam & bon
Pelaksanaan semua strategi perdagangan mengikut pilihan anda (cth. Lindung Nilai & Scalping)
Perdagangan spread sifar dengan tiada komisen atau sedikit untuk kemudahan perdagangan anda
Sokongan pelanggan berdedikasi dalam Bahasa Melayu 24/5 melalui e-mel, sembang langsung dan telefon
Carilah broker Forex lain di Malaysia
FBS Malaysia
HFM Malaysia
XM Malaysia
RoboForex Malaysia
FXTM Malaysia