XM Malaysia, ditubuhkan pada 2009 dan dimiliki oleh Trading Point Holdings Ltd., ialah salah satu daripada broker Forex terkemuka dunia yang dilesenkan dan dikawal selia oleh empat pengawal selia berbeza iaitu CySEC (Cyprus),ASIC (Australia), IFSC (Belize), dan FCA (UK).
Dengan menjadi broker Forex besar dan berpengalaman yang berkhidmat untuk lebih 2,500,000 pelanggan daripada 196 negara, XM telah menerima berbagai anugerah berprestij industri termasuk Broker FX Eropah Terbaik 2018 oleh Majalah World Finance, dan Pembekal Perkhidmatan FX Terbaik 2019 oleh Anugerah City of London Wealth Management (COLWMA).
XM Malaysia menawarkan perkhidmatan dalam berbilang jenis akaun termasuk akaun Micro, Standard, Shares, dan Ultra LowSpread , dengan lebih 55 pasangan mata wang (Forex) dan CFD untuk logam berharga, tenaga, indeks saham, dan saham. Syarikat menawarkan spread tidak tetap serendah 0.6 pip, leveraj sehingga 1:1000, dan pelaksanaan pesanan ultra-pantas tanpa sebut harga semula.
Di broker XM, semua strategi dagangan dibenarkan, dan pedagang boleh menguruskan sebanyak 8 akaun dagangan, dan 1 akaun Shares serentak; Tambahan pula, semua akaun ini datang dengan perlindungan baki negatif yang boleh melindungi pedagang daripada kerugian melebihi dana yang mereka depositkan.
XM menawarkan platform dagangan yang paling biasa digunakan (MetaTrader 4 & 5), Mobile dan XM WebTrader yang boleh diakses terus melalui pelayar internet. Pedagang juga boleh menikmati analisis harian percuma, webinar live kerap yang dijalankan oleh pakar untuk pelanggan Malaysia, Bonus percuma$50 XM dan Sokongan pelanggan Melayu (tersedia 24 jam pada waktu bekerja).
XM Malaysia menawarkan 4 jenis akaun dagangan: Micro, Standard, Ultra low, dan Shares. Di XM, deposit Minimum adalah $5, dan anda akan mendapat akses ke leveraj tinggi sehingga 1:1000. XM menawarkan spread tidak tetap pada semua akaun (dari 0.6 pada akaun Ultra low dan dari 1 pada akaun Micro dan Standard).
XM tidak mengenakan komisyen pada akaun Micro, Standard, dan Ultra low walaupun spread adalah rendah dan tidak tetap; walau begitu, komisyen dikenakan pada akaun Shares.
Micro
Deposit Minimum: $5 Leverage: 1:1000 Saiz dagangan terkecil: 0.1 Jenis Spread: Terapung dari 1 pip Komisen: No Matawang asas Akaun: USD, EUR, GBP, JPY, CHF, AUD, HUF, PLN, RUB, SGD, ZAR
Akaun dagangan XM semua ditawarkan dengan kualiti pelaksanaan yang sama dan kemas kini pasaran harian percuma serta analisis teknikal. Semua strategi dagangan dibenarkan dalam semua jneis akaun.
🔶 Akaun StandardXM ialah akaun Forex klasik yang ditawarkan kepada pedagang profesional dengan spread tidak tetap sempit serendah 1 pip untuk semua pasangan mata wang utama, pelaksanaan pesanan pantas, tanpa komisyen, dan tanpa sebut harga semula. Akaun Standard tersedia dalam beberapa mata wang seperti USD, EUR, GBP, JPY, CHF, SGD, dan AUD, dengan leveraj maksimum sehingga 1:1000. Dengan hanya deposit minimum 5 USD, Akaun Standard XM juga membolehkan pedagang membuka 200 posisi dagangan dalam satu-satu masa. Pedagang boleh berdagang dengan saiz lot lebih kecil (0.01 lot) dihadkan kepada 50 lot per tiket.
🔶 Akaun MicroXM adalah pilihan yang lebih baik untuk pedagang pemula yang ingin mencuba dan menguji strategi mereka dengan risiko rendah serta meraih hasil berdaya maju. AkaunForex Micro XM menawarkan perkhidmatan serupa dengan Akaun Standard. Perbezaannya adalah Akaun Micro XM boleh digunakan untuk berdagang dalam saiz lebih kecil menggunakan lot mikro (1,000 unit matawang), dengan volum minimum dagangan 0.01 lots (MetaTrader 4) dan 0.1 lot untuk (MetaTrader 5), serta had 100 lot per tiket.
🔶 Tambahan lagi, XM juga menyediakan Akaun Ultra Low XM istimewa yang tersedia untuk EUR, USD, GBP, AUD, ZAR, dan SGD. Akaun Ultra Low XM ditawarkan dalam lot standard (Standard Ultra) dan mikro (Micro Ultra) dengan volum minimum dagangan 0.01 lot dan had 50 lot per tiket untuk Standard Ultra, dan 0.1 lot serta had 100 lot per tiket untuk Micro Ultra. Spread adalah sangat rendah bermula dari 0.6 pip dengan leveraj sama sehingga 1:1000. Dengan hanya deposit minimum 5 USD, pedagang berupaya membuka sehingga 200 posisi dagangan.
Akaun XM Ultra Low menawarkan dagangan bebas swap untuk pelbagai pilihan instrumen popular seperti Emas, EURUSD, USDJPY, EURJPY, GBPUSD dan banyak lagi
🔶 Jenis akaun terakhir ialah Akaun Shares XM untuk berdagang Saham tersedia hanya dalam USD dengan saiz kontrak minimum 1 share dan spread bergantung kepada keadaan bursa. Selain itu, tiada leveraj ditawarkan pada akaun ini dan komisyen akan dikenakan oleh broker. Dengan deposit minimum 10,000 USD, pedagang boleh berdagang minimum 1 lot, dan maksimum 50 posisi dagangan terbuka. Tiada bonus perdagangan atau lindung nilai ditawarkan dalam jenis akaun ini.
🕌 XM juga menawarkan akaun dagangan bebas-swap juga dikenali sebagai Akaun Forex Islamic. Pedagang tidak dicaj faedah untuk swap/pusing ganti untuk posisi semalaman apabila memilih perkhidmatan bebas swap.
Deposit dan pengeluaran XM Malaysia
Pembiayaan akaun di XM Malaysia adalah secara automatik dan semua yuran pembiayaan ditanggung oleh XM. Cara-cara pembiayaan yang paling disukai ramai untuk klien-klien dari XM Malaysia ialah WebMoney, Skrill, Neteller, FasaPay, Kad-kad Kredit/Debit dan Bank-bank tempatan di Malaysia (Perbankan Internet - AmBank, CIMB, HongLeong, Maybank, Public Bank, RHB).
XM menjamin pengeluaran pada hari yang sama! Anda boleh membuat permintaan pengeluaran daripada kabinet persendirian anda dan anda akan menerima bayaran anda dalam tempoh masa beberapa jam semasa waktu bekerja syarikat tersebut. Pengeluaran dengan menggunakan cara bayaran atas talian seperti WebMoney, FasaPay, Skrill dan Neteller adalah sangat cepat, manakala pengeluaran melalui bank-bank tempatan di Malaysia akan diproseskan dalam 1-3 hari bekerja. Selain itu, XM menanggung semua yuran yang berkaitan dengan pengeluaran, dengan kata lain, anda tidak perlu membayar sebarang yuran untuk permintaan pengeluaran anda.
XM Malaysia menawarkan harga fleksibel dan kompetatif yang diperoleh daripada pasaran antara-bank. Dengan spread tidak tetap serendah 1 pip pada Akaun Micro & Standard, dan 0.6 pip pada akaun dagangan Ultra low, dan komisyen sifar untuk berdagang. XM mempunyai sistem harga 5-digits yang memberikan spread lebih sempit dan potensi keuntungan daripada sekecil pergerakan harga.
Jaminan dan keselamatan dana XM Malaysia
Broker XM dikawal selia oleh beberapa badan kawal seliaan terkemuka seperti CySEC di Cyprus, ASIC di Australia, FCA di UK, dan IFSC di Belize. Syarikat XM juga berdaftar dengan banyak organisasi pendaftaran kewangan seperti BaFin, CNMV, MNB, CONSOB, ACP, AFM, FIN, dan KNF di berbilang negara.
Di XM Malaysia, dana pelanggan sepenuhnya terpisah daripada dana syarikat di institusi kewangan kelas 1. XM menjamin dana pelanggan tidak akan digunakan oleh syarikat dalam sebarang kemungkinan.
Broker XM merupakan ahli ICF (Investor Compensation Fund) dan FSCS (Financial Services Compensation Scheme), dan melaluinya, syarikat menyediakan perlindungan tambahan terhadap keselamatan dana pelanggannya.
Platform dagangan di XM Malaysia
MetaTrader 4, MetaTrader 5, dan XM WebTrader tersedia buat pedagang XM. Platform ini dipenuhi dengan ciri-ciri berguna yang bermanfaat merangkumi keseluruhan pengalaman pedagang.
Dengan daftar masuk tunggal pada MT4, akses kepada 8 platform boleh didapatkan. Pedagang juga boleh menggunakan dagangan satu-klik pada Komputer, Mac, terminal berbilang, WebTrader, iPhone, iPad, Android, serta TabletAndroid, disamping analisis teknikal penuh menggunakan lebih 50 indikator dan alatan pencartaan, indikator tersesuai dan terbina-dalam, dan temph masa berbeza. Ciri penting lain platform ini ialah kebolehan menggunakan Expert Advisors.
XM menawarkan platform MT5 untuk berdagang Forex, saham, indeks saham, logam berharga, dan mata wang kripto. Log masuk tunggal kea 7 platform akan memberikan anda akses 7 kelas aset. Pedagang juga akan mendapat sebut harga terkini dan 100 carta pada masa yang sama. Platform fleksibel ini tersedia pada Komputer, Mac, WebTrader, iPhone, iPad, Android, dan Tablet Android.
Jenis Pasaran Kewangan di XM Malaysia
Pedagang XM boleh berdagang 55+ pasangan mata wang dan 1,000+ instrumen dagangan, termasuk Forex, CFD pada saham, Futures, Indeks, Logam, Tenaga, dan Mata Wang Kripto.
Hampir semua instrumen dagangan tersedia pada akaun Micro, Standard, dan Ultra-LowXM menggunakan kedua platform MT4 dan MT5. Ambil perhatian bahawa akaun Saham hanya ditawarkan pada platform MT5. Tambahan pula, hanya alatan mata wang kripto tersedia dalam platform MT5.
Ruang Pendidikan XM Malaysia
Ingin mencari sesuatu yang berbeza dalam pasaran?
Sertai Ruang Lanjutan Melayu XM untuk dapatkan pendidikan dagangan secara percuma dalam bahasa Melayu! Tonton sesi harian bersama pakar untuk mempelajari analisis pasaran, menerima pandangan dagangan dan mendapatkan jawapan bagi setiap persoalan anda secara langsung. Hos XM akan membantu anda untuk memanfaatkan sepenuhnya produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Tonton secara percuma pada:
• Setiap hari Isnin hingga Jumaat, 13:00 – 21:00 GMT (+8) • 5 hari seminggu, 8 jam sehari
Belajar daripada instruktor pakar untuk perkongsian mengenai strategi dagangan, pergerakan dan berita pasaran. Join Now!
Kelebihan Berdagang dengan XM Malaysia
Dikawal selia oleh pelbagai badan pengawalseliaan (CySEC, FCA, DFSA, ASIC & IFSC)
Welcome Bonus PERCUMA sebanyak $50, 50% + 20% Bonus Deposit
Akaun Mikro, Standard, dan Ultra Low
24/7 Sokongan di Malaysia (Emel, Sembang secara langsung dan Telefon)
Spread terapung rendah atas semua akaun, leverage setinggi 1:1000
Menjemput semua strategi dagangan ~ Berdagang tanpa sebut harga semula!
MetaTrader 4 / 5, Dagangan Laman Web dan Mobil
Analisis Pasaran Harian, Pendidikan Forex, Seminar berasaskan laman Web di Malaysia
Deposit/mengeluarkan melalui pelbagai cara atas talian + bank-bank tempatan di Malaysia
Keselamatan dana klien-klien yang bertahap tinggi Ahli ICF & FSCS