✅ ForexMalaysia.My - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia

Saham Forex – Dagangan CFD & Saham dalam Forex

Saham Forex – Dagangan CFD & Saham dalam Forex
Untuk kebanyakan individu, pasaran saham merupakan destinasi pelaburan yang menarik. Apabila nama-nama besar terlibat seperti Apple, Facebook, Johnson & Johnson, dan Adidas, orang diluar merasakan pasaran saham adalah tempat yang hebat untuk menjana keuntungan tambahan.

Walau bagaimanapun, ianya bukan selalunya mudah untuk bermula melabur dalam saham. Sementara syarikat-syarikat diatas menawarkan masa depan terjamin, kos untuk membeli saham tersebut adalah tinggi. Inilah sebabnya mengapa kebanyakan pedagang runcit memilih untuk tidak terlibat dengan pasaran saham, terutamanya apabila mereka mempunyai modal yang terhad.

Pun begitu, ini adalah situasinya sehinggalah kemunculan sistem dagangan CFD.

Dagangan saham CFD adalah penyelesaian inovatif untuk dagangan dalam pasaran saham. Ia berfungsi sebagai jambatan diantara pasaran saham gergasi dengan pedagang runcit, jadi anda boleh turut serta walaupun anda mempunyai jumlah wang yang terhad di dalam kocek anda sekarang.

Apakah itu Pasaran Saham?

Apabila anda mempunyai syarikat, anda mungkin memerlukan lebih wang untuk mengembangkan perniagaan anda. Jadi bagaimanakah anda mendapatkan wang ini? Dengan menjual saham pemilikan syarikat anda kepada awam melalui pasaran saham.

Pasaran saham dipenuhi syarikat yang mencari para pelabur. Sebagai pertukaran, syarikat ini akan menawarkan sebahagian daripada pemilikan mereka, cth. saham, kepada pelabur atau pemegang saham.

Tambahan pula, transaksi dagangan saham berlaku di bursa saham, dengan bantuan perantara ataupun broker. Bursa terbesar di dunia buat masa ini adalah NYSE (New York Stock Exchange), LSE (London Stock Exchange), dan NASDAQ, yang biasanya dibuka dari 9.30 AM ke 4 PM.

Bagaimana Dagangan Saham berfungsi?

Sebagai pemegang saham, anda boleh pilih untuk memegang saham anda untuk pelaburan jangka masa panjang dan mendapat sebahagian keuntungan syarikat (dividen) dengan kerap, bergantung kepada jumlah saham yang anda miliki.

Sebaliknya, disebabkan mudah-ubah harga saham, anda boleh pilih untuk menjual saham anda apabila harganya naik. Dengan cara ini, anda berupaya untuk membuat keuntungan dari perbezaan harga terkini dan harga ketika anda beli saham itu.

Ini dinamakan dagangan saham.

Pedagang baru sangat disarankan untuk melabur dalam syarikat bereputasi baik yang boleh menjaga tahap kewangan mereka sekurang-kurangnya 10 tahun. Apa yang dimaksudkan, anda boleh melabur dalam syarikat-syarikat besar seperti Apple, Adidas, dan Facebook. Namun pelaburan ini akan menelan ratusan dollar anda untuk satu saham. Dan anda masih perlu membayar cukai dan komisyen.

Sebagai alternatif, anda juga boleh melabur wang anda dalam syarikat yang baru ditubuhkan yang akan menawarkan harga yang lebih mampu milik untuk saham mereka. Walau bagaimanapun, tiada siapa yang boleh menjamin sama ada nilai syarikat-syarikat baru ini akan meningkat, atau akan muflis pada tahun seterusnya.

Jadi, adakah terdapat cara lain buat pedagang runcitan untuk melabur wang mereka dalam pasaran saham pada harga yang mampu milik? Ya, memang ada. Anda boleh menyertai dagangan Saham Forex CFD dan simpan wang lebihan untuk peaburan lain.

Apakah Dagangan Saham Forex?

Dalam dagangan saham konvensional, anda melabur wang anda dalam syarikat dan mendapat saham untuk pemilikan syarikat. Namun dalam dagangan saham CFD, anda tidak membeli sebahagian dari pemilikan syarikat namun membuat spekulasi harga saham syarikat dalam pasaran. Dengan cara ini, anda boleh mengambil kesempatan dari pergerakan harga saham tidak kisah kira arahnya.

Tambahan pula, CFD bermaksud Contract for Difference (Kontrak dari Perbezaan). Pada dasarnya, anda dan pembekal perkhidmatan—selalunya dipanggil broker – menandatangani kontrak untuk membayar perbezaan harga dari aset yang didagangkan. Jika dagangan anda menguntungkan, broker akan membayar perbezaan harganya, pun begitu, jika anda menutup posisi dagangan yang rugi, anda perlu membayar perbezaan harga itu.

Bagaimana Dagangan Saham Forex CFD Berfungsi?

Tidak seperti dagangan konvensional, anda tidak perlu memiliki sejumlah saham tertentu untuk mula berdagang dalam CFD. Anda boleh bermula dalam posisi beli, bermaksud anda pilih untuk membeli saham apabila anda rasa harganya akan naik. Atau anda boleh mula dagangan CFD dengan posisi jual bila mana anda percaya harga saham akan jatuh.

Jika and amula dengan posisi beli dan harga saham meningkat, anda boleh menjual saham itu dengan harga yang lebih tinggi. Perbezaan dari harga adalah keuntungan anda. Jika jangkaan anda salah dan harganya jatuh, ia adalah kerugian yang anda perlu tanggung.
Beli Saham dalam Forex
Perkara yang sama terjadi apabila anda memulakan dagangan dengan posisi jual. Anda memutuskan untuk menjual saham dan membelinya semula pada harga lebih rendah apabila menutup dagangan. Namun jika harganya meningkat, anda perlu membelinya pada harga lebih tinggi, yang menyebabkan kerugian.
Jual Saham dalam Forex
Tambahan pula, anda boleh pilih untuk melabur dalam mana-mana syarikat yang anda inginkan dengan menggunakan dagangan saham CFD Forex, asalkan mereka tersedia untuk didagangkan dengan broker Forex anda. Anda hanya perlu mendaftar dan membuka akaun sah pada laman web broker dan mula berdagang serta-merta.

Broker Saham/CFD Forex Terbaik

Usaha anda dalam dagangan saham CFD bermula dari memilih broker Forex yang betul sebagai rakan dagangan anda. Anda perlu memastikan bahawa broker Forex anda menawarkan bukan sekadar tawaran harga saham terbaik namun juga berkos rendah dan berleveraj tinggi.
XM Malaysia
XM Malaysia
Dagangan saham CFD di XM ditawarkan melalui Akaun Saham berasaskan USD dengan keperluan margin 5% ke 20% untuk transaksi dagangan, dan berbagai spread bergantung kepada saham. Saham di XM ditawarkan dalam julat meluas dari A.S, U.K, Eropah, sehingga ke syarikat dari Australia dan Brazil, dengan deposit minimum 10,000 USD.

Bertahun pengalaman dalam perniagaan Forex menjadikan XM sebagai broker Penggerak Pasaran yang berkembang maju, berkhidmat kepada lebih 3,500,000 pelanggan dari 196 negara. Keselamatan dan perlindungan pedagang dijamin di XM memandangkan syarikat adalah berlesen dan dikawal selia oleh empat pengendali berbeza, iaitu FCA (UK), ASIC (Australia), IFSC (Belize), dan CySEC (Cyprus).


FBS Malaysia
FBS Malaysia
Dagangan Saham CFD di FBS ditawarkan hanya dalam Akaun Standard dan Cent. Dengan deposit minimum yang hanya 1 USD untuk Akaun Cent dan 100 USD Akaun Standard, anda berupaya berdagang saham CFD dengan spread serendah 1 pip dan leveraj sehingga 1:3000 untu Akaun Cent atau 1:3000 untuk Akaun Standard. FBS menawarkan 33 jenis saham dari berbagai syarikat antarabangsa dengan caj komisyen $3.

Ditubuhkan pada 2009 dibawah nama FBS Markets Inc., FBS kini dikenali sebagai broker yang menawarkan program promosi paling banyak. Sepanjad dekad lepas, FBS telah berjaya mendapatkan lesen dari IFSC dari Belize dan CySEC dari Cyprus.


HFM Malaysia
HotForex Malaysia
Dagangan saham CFD ditawarkan di HFM pada semua akaun tersedia dari Micro ke HFCopy. Deposit minima yang diperlukan hanyalah 5 USD, dan anda boleh berdagang dalam 56 jenis saham CFD dengan leveraj sehingga 1:14. Spread yang ditawarkan oleh HFM untuk dagangan saham CFD adalah tidak tentu, bermula dari 0.012 ke 1.6 pips, bergantung kepada saham yang didagangkan. Walau begitu, anda perlu membayar komisyen sebanyak 0.1%.

HFM ditubuhkan pada 2010 oleh “Kumpulan HF Market”, peneraju antarabangsa dalam dagangan Forex. “HOT” dari HFM bermaksud Honesty(Kejujuran), Openness(Keterbukaan), dan Transparency(Ketelusan), nilai murni yang menjadikan syarikat ini bereputasi baik, dan disebabkannya, menerima lesen dari tujuh badan kawal selian utama, iaitu IBC dari St. Vincent & Grenadine, DFSA dari Dubai, FCA dari UK, CySEC dari Cyprus, FSC dari Mauritius, FSCA dari Korea Selatan, dan FSA dari Seychelles.


FXTM Malaysia
ForexTime Malaysia
FXTM menawarkan perkhidmatan dagangan saham CFD menggunakan Akaun Stock CFDs dengan spread serendah 0.1 pip dan leveraj maksimum 1:10 untuk saham A.S dan 1:3 untuk saham Eropah. Dengan membuat deposit minima sebanyak 100 USD, anda boleh menikmati perkhidmatan dagangan saham CFD dengan lebih dari 120 saham A.S dan 40 saham Eropah menggunakan platform paling popular, MetaTrader 4. Berita baiknya adalah FXTM tidak mengenakan komisyen untuk sebarang transaksi dagangan, jadi anda tidak perlu bimbang tentang kos tambahan atau tersembunyi.

Ditubuhkan pada 2011, FXTM adalah salah satu broker Forex yang berkembang pesat yang menerima lesen dan kawal selian dari tiga badan pengendali utama , iaitu CySEC (Cyprus), FCA (UK), dan IFSC (Belize).


HYCM Malaysia
HYCM Malaysia
HYCM menawarkan perkhidmatan dagangan saham pada semua akaun dagangan, seperti FIXED, CLASSIC, dan RAW. Anda boleh menikmati dagangan saham CFD di HYCM dengan deposit minimum hanya 100 USD untuk akaun FIXED/CLASSIC dan berdagang lebih 60 saham dengan spread tidak tetap serendag 2 pip. Leveraj tidak tentu maksimum ditawarkan di HYCM untuk dagangan saham adalah 1:20 untuk saham A.S dan 1:10 untuk saham Eropah; walau begitu, anda perlu membayar $4 komisyen jika anda ingin berdagang dengan akaun RAW HYCM.

Syarikat ini pada awalnya ditubuhkan dibawah nama Henyep Gold Dealers, kemudian menyertai Hong Kong Gold and Silver Exchange Society pada 1977. Lesen pertama HYCM’s diterima daripada FCA UK pada 1998, dan pada hari ini syarikat mempunyai beberapa lesen dari badan pengendali utama lain, termasuk CySEC dari Cyprus, CIMA dari Kepulauan Cayman, dan DFSA dari Dubai.


Kelebihan Dagangan Saham/CFD Forex

Sementara ianya benar bahawa menyertai pasaran saham menggunakan CFD tidak memberikan anda pemilikan terhadap saham, anda akan mendapat manfaat berikut:

👍 1. Modal Rendah

Dagangan saham konvensional memerlukan modal yang lebih besar untuk mula berdagang. Walau bagaimanapun, dengan CFD, anda boleh mula berdagang dengan modal serendah 100 USD, bergantung kepada dasar akaun broker.

👍 2. Kos Lebih Rendah

Kos 
sistem dagangan CFD adalah lebih rendah dari dagangan saham konvensional. Umumnya, anda hanya perlu membayar perbezaan dari harga pasaran dan harga broker, yang selalunya dimasukkan dalam spread. Sesetengah broker juga mengenakan komisyen, namun, amaun selalunya rendah berbanding broker bursa.

👍 3. Dagangan Berleveraj

Dengan menyertai dagangan saham CFD, anda boleh menikmati leveraj yang ditawarkan oleh hampir semua broker. Ini bermakna anda boleh berdagang dengan amaun yang jauh lebih tinggi dari modal awal anda, mengakibatkan keuntungan lebih tinggi berbanding dagangan saham konvensional. Ia biasanya ditawarkan pada purata 1:20 atau 5% margin dari amaun penuh dagangan. Ini bermakna dengan hanya 50 USD, anda boleh membuka posisi dagangan sehingga 1,000 USD.

Sila ambil perhatian bahawa dagangan berleveraj menyebabkan risiko yang lebih tinggi. Ini adalah kerana sementara keuntungan ditawarkan pada peratusan yang lebih tinggi, pekali yang sama digunakan jika usaha dagangan anda kerugian.

👍 4. Pasaran Antarabangsa dari Satu Akaun

Dalam dagangan saham CFD, anda hanya perlu mendaftar satu akaun dengan broker pilihan anda, dan kemudian anda berupaya untuk mengakses berbagai saham dari negara-negara berbeza dalam pasaran saham asalkan ia tersedia dalam senarai broker anda. Anda boleh berdagang saham syarikat Amerika dalam USD atau syarikat British dalam GBP semua dari satu akaun dan satu platform.

👍 5. Buka Belian atau Jualan Pada Bila-Bila Masa

Tidak seperti dagangan saham konvensional, anda tidak perlu membeli banyak saham yang mahal untuk mula berdagang melalui sistem CFD. Anda boleh membuka dagangan anda dengan posisi beli/jual bergantung kepada spekulasi anda tentang harga pasaran, dan menutup dagangan anda pada bila-bila masa yang anda mahu memandangkan waktu dagangan CFD adalah lebih fleksibel.

Walau bagaimanapun, mengekalkan posisi dagangan anda semalaman akan dikenakan yuran bergantung kepada dasar broker.

👍 6. Ambil Untung Tidak Kira Trend

Dagangan saham konvensional 
menggunakan peraturan lama beli rendah/jual tinggi memandangkan anda perlu membeli aset itu terlebih dahulu sebelum boleh dijual kemudian. Jadi, apabila harga pasaran menurun, anda akan kerugian.

Namun dengan dagangan Saham Forex, anda masih boleh membuat keuntungan walaupun harga pasaran sedang menurun asalkan anda memformulasi strategi yang betul dan membuat ramalan yang tepat, oleh kerana anda boleh bermula dagangan dengan posisi beli/jual.