Dengan menggunakan perkhidmatan VPS Forex, anda mampu menjalankan operasi dagangan dengan jayanya menggunakan ciri-ciri berikut:
1. Mesin Automasi Dagangan
VPS akan berfungsi sebagai elemen penting mesin dagangan keseluruhan anda. Ia membolehkan anda untuk menyimpan sistem mekanikal dagangan anda dan biarkannya beroperasi sendiri tanpa perlu selian setiap masa. Anda boleh meraih keuntungan 24/7 tanpa sebarang gangguan.
2. Akses Kawalan Jauh
Memiliki VPS Forex adalah seperti mempunyai komputer maya khusus untuk aktiviti dagangan Forex anda. Komputer ini terletak dalam pelayan broker anda, yang boleh anda akses menggunakan sebarang peranti asalkan anda mempunyai sambungan internet aktif. Anda hanya perlu melog masuk ke VPS anda dan urus akaun dagangan anda, seperti yang anda lakukan dengan platform dagangan anda.
3. Bekalan Tenaga Persendirian Khusus
Tiada lagi kebimbangan tentang gangguan tenaga! VPS Forex biasanya mempunyai bekalan tenaganya tersendiri. Sekiranya anda kehilangan sambungan internet, sistem dagangan mekanikal anda akan berfungsi secara automatik dalam VPS anda.
4. Sistem Dagangan Yang Lebih Selamat
Perkhidmatan VPS yang ditawarkan broker biasanya datang dengan sistem keselamatan terbaik dan kualiti yang sama akan diberikan untuk aktiviti dagangan anda. Ini bermakna VPS anda akan dikawal rapi dan diurus dengan imbasan keselamatan kerap. Mereka akan menyediakan anda dengan antivirus dan peralatan keselamatan lain untuk memastikan VPS anda 100% selamat dari ancaman dalam sistem rangkaian.
5. Pengurangan Kegelinciran
Kita semua tahu betapa cepat harga bergerak dalam pasaran Forex. Disinilah VPS akan berguna. Sistem VPS bokeh melaksanakan operasi dagangan anda dengan lebih cepat dari komputer biasa. Ia boleh menghantar pesanan dengan lebih pantas, dan atas sebab ini, mengurangkan kegelinciran yang mungkin anda hadapi dari penggunaan sistem dagangan konvensional.
* Kegelinciran Forex berlaku apabila pesanan pasaran dilaksanakan atau henti rugi menutup posisi pada kadar berbeza dari apa yang ditetapkan dalam pesanan. Kegelinciran lebih berkemungkinan berlaku dalam pasaran forex apabila mudah-ubah adalah tinggi, contohnya disebabkan berita, atau pada Ketika pasangan wang didagangkan diluar waktu sibuk pasaran.