Ingatkah zaman silam semasa mata wang belum lagi dicipta? Ekonomi negara-negara di dunia bergantung pada logam berharga seperti perak dan emas sebagai medium pertukaran, dan logam yang paling bernilai antara semua logam ialah emas. Beberapa abad telah berlalu, dan negara-negara telah berkembang serta menggunakan mata wang masing-masing. Namun demikian, nilai logam kuning tertentu ini masih bertambah sehingga hari ini.
Emas ialah salah satu bentuk mata wang asal yang mempunyai kestabilan cemerlang dalam ekonomi dunia. Setelah melalui banyak krisis ekonomi berlainan, logam kuning tersebut telah kekal wujud, dan walaupun terdapat masanya apabila orang seolah-olah kehilangan minat, ia masih kembali melantun.
Tambahan pula, emas amat mudah ditempa dan dapat menahan kakisan dan karat, selain digunakan untuk pelbagai tujuan seperti industri, kesihatan dan barang kemas. Proses menggali emas dari lombong adalah mahal dan memakan masa. Itulah sebab emas mempunyai harga yang begitu tinggi di pasaran antarabangsa dan dilihat sebagai simbol sejagat untuk kekayaan dan kemewahan. Anda boleh bertanya dengan sesiapa di dunia ini, dan mereka akan bersetuju bahawa seseorang semakin kaya jika dia mempunyai semakin banyak emas.
Dagangan emas ialah salah satu bentuk dagangan yang paling lama. Ia juga paling senang kerana pada asasnya, anda berdagang wang anda untuk membeli jumlah logam berharga tertentu. Bentuk amalan dagangan emas yang paling mudah boleh dilihat dalam hidup seharian kita. Sebagai contoh, apabila anda pergi ke kedai barang kemas dan membeli sepasang anting-anting emas, anda berdagang wang anda untuk membeli emas. Inilah dagangan emas dalam pengertian asasnya.
Cara tradisional untuk dagangan emas memang lebih mudah dan senang. Namun demikian, ia hanya berfungsi sehingga tahap tertentu. Kenapa? Bayangkan anda memiliki dan menyimpan, misalnya logam kuning berharga yang bernilai USD 10 juta di pangsapuri anda. Anda akan mengalami pendedahan risiko pada tahap yang berbeza sepenuhnya. Disebabkan itu, terdapat cara yang lebih baik dan lebih selamat untuk berdagang emas pada masa kini: melalui pasaran Forex.
Dalam pasaran Forex, emas dilambangkan dengan kod antarabangsanya: XAU. Ia biasanya didagangkan terhadap dolar Amerika Syarikat (USD) memandangkan Amerika Syarikat ialah negara yang memiliki sumber emas yang paling penting di dalam dunia. Simbol pasangan Emas-USD dalam pasaran pertukaran asing ialah XAU/USD, dan ia memberitahu pedagang-pedagang berapa USD (mata wang sebutan) yang diperlukan untuk membeli satu aun Emas (mata wang asas).
Anda boleh memulakan dagangan emal dalam talian dengan serta-merta sebaik sahaja anda telah mendaftarkan dan membuka satu akaun dagangan Emas di laman web seorang broker. Walaupun terdapat pelbagai broker yang berdagang dalam pasaran tersebut, hanya beberapa boleh memenuhi pedagang-pedagang secukup-cukupnya dengan kemudahan dan perkhidmatan dagangan emas yang istimewa. Oleh itu, anda amat disyorkan untuk memilih seorang broker yang menonjol dan boleh dipercayai untuk membantu anda dalam operasi dagangan anda. Di sini, anda boleh mencari broker Forex dagangan Emas yang bertaraf tinggi:
Statistik menunjukkan bahawa pelaburan emas telah mendatangkan keputusan positif yang hebat sejak abad yang lepas. Orang yang tidak berminat terhadap emas pada tahun 90-an pun balik ke dagangan emas dengan serta-merta sebaik sahaja krisis ekonomi sejagat melanda pada tahun 2008, lalu menyebabkan harga emas melonjak dua kali nilainya. Sejak masa itu, harga emas telah meningkat lebih daripada USD 1,000 dengan pesat.
Untuk sebab itu, dagangan dengan emas sentiasa menjadi satu pelaburan baik dengan pelbagai manfaat untuk pedagang-pedagang seperti berikut:
1. Liquiditi Pasaran Antarabangsa
Sekiranya anda menyertai dagangan emas, anda akan mempunyai akses ke liquiditi tinggi untuk pasaran antarabangsa. Seperti yang diketahui semua, emas ialah satu logam boleh ditempa yang boleh digunakan untuk apa-apa sahaja, jadi adanya permintaan sejagat yang tinggi untuk emas, tanpa melupakan betapa menariknya nilai emas adalah untuk pelabur-pelabur profesional. Pelabur-pelabur ini akan menambahkan jumlah permintaan emas dalam pasaran antarabangsa, dengan itu, menjana liquiditi yang lebih tinggi dalam pasaran emas.
2. Aset Stabil dan Ketara
Emas ialah satu produk sebenar. Ia wujud dalam bentuk berlainan dengan pelbagai fungsi, tetapi sebenarnya, anda boleh melihat, merasai dan menyentuh logam tersebut. Di samping itu, logam boleh ditempa ini didagangakan dalam aktiviti-aktiviti dagangan sebenar untuk pelbagai sebab di banyak bahagian dunia seperti England, Amerika, Jerman, sebahagian daripada Asia dan Timur Tengah.
Oleh hal demikian, kita boleh cakap dengan selamat bahawa dagangan dalam satu produk sebenar dan ketara yang mempunyai nilai yang sangat tinggi dan stabil adalah jauh lebih menjanjikan daripada aset seperti mata wang serta stok. Aset tidak ketara seperti mata wang dan stok dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti politik dan liputan media, manakala nilai emas tidak sangat dijejaskan oleh tajuk utama media yang tiba-tiba berlaku.
3. Pelaburan Selamat
During times of financial crisis, you can always count on your gold investment.
Semasa masa krisis kewangan, anda selalu boleh bergantung pada pelaburan emas anda.
Permintaan emas adalah tinggi untuk banyak aktiviti dagangan memandangkan ia adalah sebenar dan ketara. Logam yang tiada ternilai ini tidak mungkin menjadi tidak bernilai, dan itulah sebab orang menganggap emas sebagai pelaburan selamat.
4. Perlindungan Nilai terhadap Inflasi
Inflasi ialah satu raksasa besar dan menakutkan untuk pedagang-pedagang kerana ia boleh mengalihkan pelaburan mereka kepada kerugian yang sangat besar. Namun demikian, jika anda menyertai pelaburan dagangan emas, ia boleh melindungi anda sebagai satu perlindungan nilai terhadap inflasi harga.
Sebagai contoh, emas terkenal dengan keupayaannya untuk melindungi nilai secara efektif terhadap inflasi USD. Oleh itu, apabila terdapat inflasi tinggi yang boleh menyebabkan penurunan nilai USD, emas akan menjadi lebih mahal. Sekiranya anda menyertai dagangan emas semasa inflasi USD, pelaburan emas anda akan melindungi dan menggantikan kerugian anda untuk kejatuhan nilai USD melalui harga logam tersebut yang naik secara mendadak.
5. Mempelbagaikan Portfolio Dagangan
Sebagai seorang pedagang profesional, ia adalah penting untuk mempunyai portfolio dagangan yang dipelbagaikan untuk memastikan pelaburan anda tidak bergantung pada satu jenis aset sahaja. Dagangan emas akan menjadi satu pilihan baik dalam kepelbagaian portfolio anda kerana nilai harganya akan meningkat apabila pelaburan kertas lain mula menjadi lemah.
Walaupun harga emas seolah-olah lebih tidak menentu dalam jangka pendek, ia akan menyediakan pendapatan yang menjanjikan sebagai pelaburan jangka panjang untuk portfolio dagangan anda.
Sifat dagangan emas berbeza daripada dagangan pertukaran asing. Oleh itu, seorang pedagang mesti mengambil kira banyak faktor berlainan sebelum membuat pilihan antara dagangan emas dan Forex:
1. Matlamat Dagangan
Pilihan antara dagangan emas dan Forex akan memerlukan pedagang-pedagang untuk meneliti matlamat dagangan mereka dahulu: Adakah anda seorang pedagang harian? Adakah anda berdagang untuk hidup atau adakah anda menganggapnya sebagai satu pelaburan jangka pendek? Adakah anda memerlukan pelaburan jangka pendek atau jangka panjang?
Pedagang-pedagang harian yang menyara hidup melalui operasi dagangan mereka biasanya lebih menyukai aktiviti-aktiviti dagangan dengan pulangan yang lebih tinggi, dan inilah kenapa dagangan Forex ialah pilihan yang lebih bagus untuk mereka.
Sebaliknya, pedagang-pedagang yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti dagangan untuk pelaburan jangka panjang mungkin akan lebih berminat terhadap dagangan emas kerana ia menjanjikan pendapatan yang lebih tinggi dalam jangka panjang.
2. Selera untuk Risiko
Sekiranya anda masih teragak-agak untuk berdagang emas atau Forex, anda mungkin ingin melihat selera anda untuk risiko. Ia adalah penting kerana dari segi nilai risiko, dagangan emas dan dagangan Forex mendatangkan tahap risiko berlainan.
Dagangan mata wang dalam pasaran Forex bermaksud pertukaran satu mata wang dengan mata wang lain, dan dalam proses ini, nilai mata wang tersebut amat bergantung pada pelbagai faktor seperti punca mata wang tersebut dan kaitannya dengan ekonomi dunia. Nilai satu mata wang boleh meningkat atau menurun dalam masa beberapa saat. Inilah salah satu sebab kenapa nilai risiko dalam dagangan Forex adalah sangat tinggi sehingga broker dikehendaki untuk memberikan amaran atas laman web mereka. Jika anda ialah jenis pedagang yang menikmati keseronokan mengalami risiko tinggi, dagangan Forex akan lebih menarik untuk anda.
Sebaiknya, pedagang-pedagang yang lebih menyukai pengalaman dagangan yang kurang berisiko akan lebih selamat untuk memilih dagangan emas memandangkan nilai emas adalah lebih stabil. Dalam kata lain, jika anda ingin berdagang dan memperoleh keputusan yang lebih meyakinkan, anda perlu cuba dagangan emas.
3. Jumlah Modal
Jumlah modal pedagang-pedagang juga ialah faktor penentu dalam memilih sama ada untuk menyertai dagangan emas atau Forex.
Kebelakangan ini, dagangan mata wang dalam pasaran Forex menjadi lebih mudah disebabkan popularitinya yang bertambah. Terdapat pelbagai syarikat broker yang bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan; ini mendatangkan keperluan yang kurang mendesak untuk dagangan Forex. Anda boleh membuka satu akaun live atas laman web broker Forex dengan jumlah sebanyak USD 5 dan bermula dagangan dengan serta-merta.
Berbeza dengan Forex, dagangan emas akan memerlukan tahap modal yang lebih tinggi. Kebanyakan broker mengesyorkan modal setinggi USD 5,000 untuk berdagang emas dengan betul-betul. Jadi, sekiranya anda berpengalaman dan mempunyai jumlah wang tersebut, dagangan Emas akan lebih baik untuk anda.
4. Tahap Kepakaran Dagangan
Pedagang-pedagang profesional yang ingin mempelbagaikan portfolio dagangan mereka, atau semata-mata bosan dan perlu cabaran baru, akan mendapati bahawa dagangan emas dan Forex satu pilihan yang sempurna.
Sebaiknya, pedagang pemula mungkin ingin bermula dengan skala kecil, bergantung pada pilihan dan keadaan mereka seperti yang disebut sebelum ini. Pemula juga dinasihatkan untuk mendapatkan pendidikan dagangan yang betul dan bemula dengan akaun demo sebelum menyertai apa-apa aktiviti dagangan sebenar.