âś… Forex Malaysia - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia - Forex Trading di Malaysia
FBS Malaysia

FBS Malaysia - Pengenalan dan rating Broker Forex FBS

Sejak penubuhannya pada tahun 2009, FBS Malaysia telah menjadi salah satu broker Forex paling dipercayai di dunia. Broker ini juga telah berjaya menerima lebih daripada 90 anugerah berprestij, termasuk Aplikasi Perdagangan Terbaik Asia 2025, Broker Forex Paling Dipercayai 2025, dan Sokongan Klien Terbaik di Asia Tenggara 2023.

Memenuhi keperluan lebih daripada 27 juta pedagang dan 700,000 rakan kongsi dari lebih 150 negara, FBS Malaysia komited dalam menyediakan pengalaman perdagangan yang mudah dan ringkas. Inilah sebab broker ini hanya menawarkan akaun Standard Sebenar dan Standard Demo dengan lebih 550 instrumen perdagangan (pasangan mata wang Forex, eksotik Forex, logam, tenaga, indeks dan saham).

Di kawal selia oleh FSC Belize, ASIC Australia, FSCA Afrika Selatan, broker FBS menawarkan keadaan-keadaan perdagangan berikut kepada semua kliennya: spread daripada 0.7 pip, leveraj sehingga 1:3000, deposit minimum 5 USD, dan volum pesanan minimum 0.01 lot. Tiada komisen dan tiada yuran semalaman untuk berdagang major Forex. Broker ini juga menawarkan tiada sebut harga semula dengan pelaksanaan pesanan terpantas dari 0.01 saat.

Pedagang yang perlu belajar lebih lanjut tentang perdagangan boleh menggunakan tutorial perdagangan, kursus-kursus lanjutan, artikel blog, pandangan pasaran, analisis teknikal, webinar dan glosari yang disediakan di laman web FBS Malaysia. Mereka juga boleh memanfaatkan alat-alat seperti pengehosan VPS, kalendar ekonomi, penukar mata wang, dan kalkulator Forex untuk membantu mereka dalam perdagangan masing-masing.

Untuk memastikan pengalaman perdagangan yang lebih mudah, deposit dan pengeluaran di FBS Malaysia boleh dilakukan melalui lebih daripada 280 kaedah pembayaran, termasuk kad kredit/debit, penyedia pembayaran dalam talian, dan pindahan bank tempatan.

Sebagai tambahan, sebarang soalan boleh ditujukan kepada sokongan FBS yang tersedia 24/7 melalui e-mel, mesej, media sosial (Facebook Messenger, Telegram, Line, & WhatsApp), sembang langsung, atau panggilan semula. Pedagang juga boleh membaca Pusat Bantuan untuk mencari jawapan kepada masalah-masalah mereka yang berkaitan dengan perdagangan.
Laman web: www.FBS.com
Peraturan: CySEC, ASIC, FSC
Negara: Cyprus
Tahun Penubuhan: 2009
Sokongan di Malaysia: Yes
Bank tempatan di Malaysia: Yes
FBS Rating: 4.5 / 5
Rating: 4.5 / 5

Jenis Akaun FBS Malaysia

Untuk memudahkan pengalaman perdagangan, FBS Malaysia hanya menawarkan dua jenis akaun, iaitu Standard Sebenar dan Standard Demo. Broker ini menawarkan pelaksanaan terpantas dari 0.01 saat, panggilan margin 40%, dan stop out 20%, tanpa komisen.

Dengan membuka mana-mana daripada akaun ini, pedagang boleh menikmati spread terapung bermula dari 0.7 pip dan leveraj dari 1:1 hingga 1:3000 di platform perdagangan MT4 dan MT5 serta aplikasi FBS. Pedagang FBS Malaysia boleh membuka sehingga 500 kedudukan, dengan volum pesanan minimum 0.01 lot. Tambahan lagi, akaun Standard Sebenar disediakan dalam EUR dan USD dengan deposit minimum 5 USD, manakala Standard Demo hanya disediakan dalam USD.
Real Standard
Minimum Deposit: $5
Leverage: 1:3000
Minimum trade size: 0.01
Spread Type: Floating from 0.7 pip
Commission: No
Account Currency: USD, EUR

Selain itu, pedagang Muslim boleh membenarkan pilihan akaun Forex Islamik dengan mudah dalam tetapan papan pemuka mereka untuk menikmati pengalaman perdagangan bebas swap.

Deposit dan pengeluaran FBS Broker Malaysia

Deposit
FBS Malaysia memahami bahawa kaedah deposit dan pengeluaran adalah satu aspek paling penting dalam perdagangan. Inilah sebabnya broker ini menyediakan pedagang-pedagangnya di Malaysia dengan pelbagai kaedah pembayaran yang cepat, mudah dan selamat.

Deposit


VISA, Mastercard - komisen: 0%, masa pemprosesan: Segera
Penyedia pembayaran dalam talian (seperti FPX, Duitnow QR, & Touch 'n Go) – komisen: 0%, masa pemprosesan: Segera
Skrill - komisen: 0%, masa pemprosesan: Segera
Neteller – komisen: 0%, masa pemprosesan: Segera
PerfectMoney - komisen: 0%, masa pemprosesan: Segera
FasaPay - komisen: 0%, masa pemprosesan: Segera
Bank-bank tempatan (seperti Maybank, CIMB, Public Bank, & RHB) - komisen: 0%, masa pemprosesan: 15-20 min (maksimum 48 jam)
Kripto (Bitcoin, Tether) - komisen: 0%, masa pemprosesan: Segera

Pengeluaran

VISA, Mastercard - komisen: 0.9-2 EUR, masa pemprosesan: 15-20 min (maksimum 7 hari bekerja)
Neteller - komisen: 2% (min. 1 USD, maks 30 USD), masa pemprosesan: 5-7 min (maksimum 48 jam)
Skrill - komisen: 1-2% + 0.29 EUR, masa pemprosesan: 15-20 min (maksimum 48 jam)
FasaPay - komisen: 0.5% (min. 0.04 MYR), masa pemprosesan: 15-20 min (maksimum 48 jam)
Perfect Money - komisen: 0.5%, masa pemprosesan: 15-20 min (maksimum 48 jam)
SticPay - komisen: 0%, masa pemprosesan: 15-20 min (maksimum 48 jam)
Bank-bank tempatan (seperti Maybank, CIMB, Public Bank, & RHB) - komisen: 0%, masa pemprosesan: 15-20 min (maksimum 48 jam)
Kripto (Bitcoin, Tether) - komisen: 0%, masa pemprosesan: 15-20 min (maksimum 48 jam)

Setiap kaedah mempunyai had deposit dan pengeluaran yang berbeza – untuk mengetahui lebih lanjut tentang had-had ini, pedagang boleh pergi ke papan pemuka mereka selepas pengesahan penuh. Sila ambil maklum yang FBS Malaysia tidak mengenakan sebarang komisen, tetapi penyedia pembayaran tempatan mungkin mengenakan komisen tambahan.

Pergi ke "Cara membuat deposit/withdraw wang di FBS Malaysia" untuk mengetahui lebih lanjut.
pengeluaran

Spread FBS Malaysia

spreads
FBS Malaysia hanya menawarkan satu jenis spread, iaitu spread terapung dari 0.7 pip di akaun Standard.

Jaminan dan keselamatan dana FBS Malaysia

Jaminan
Broker antarabangsa ini telah melaksanakan pelbagai langkah keselamatan untuk memastikan klien-kliennya boleh berdagang dengan selamat.

Dikawal selia oleh ASIC di Australia, FSC di Belize, dan FSCA di Afrika Selatan, FBS Malaysia menyimpan dana pedagangnya dalam akaun berasingan di bank-bank tahap tinggi. Broker ini juga memastikan yang kaedah pembayaran mematuhi piawaian antarabangsa dan pensijilan SSL dan PCI DSS (Piawaian Keselamatan Data Industri Kad Pembayaran) sepenuhnya untuk melindungi data pedagang-pedagangnya dan mengelakkan penipuan kad. Selain itu, perlindungan baki negatif digunakan, jadi baki akaun pedagang tidak akan kurang daripada 0.

Tambahan lagi, untuk membuat deposit dana, pedagang perlu mengesahkan identiti mereka, dan untuk pengeluaran, mereka perlu memasukkan OTP tambahan. Lapisan-lapisan keselamatan ini memastikan pengalaman perdagangan yang lebih selamat di FBS Malaysia.

Platform Dagangan di FBS Malaysia

Pedagang di FBS Malaysia boleh menggunakan platform perdagangan paling berfungsi, boleh dipercayai dan mudah berdasarkan objektif perdagangan masing-masing. Mereka boleh memilih MetaTrader 4, MetaTrader 5, atau aplikasi FBS. Aplikasi FBS disediakan di App Store dan Google Play yang membolehkan pedagang membuat deposit, pengeluaran dan berdagang di mana jua.

MT4 mudah dan ringkas untuk digunakan; ia pilihan yang sesuai untuk pedagang baharu dan berpengalaman. Pedagang boleh berdagang pasangan mata wang, tenaga, komoditi, saham dan banyak lagi menggunakan platform perdagangan ini. Mereka juga boleh menikmati spread daripada 0 pip dan pelaksanaan pesanan terpantas dari 0.3 saat. Platform ini disediakan di Android (Google Play), iOS (App Store), MacOS, Windows, terminal berbilang, dan WebTrader. MT4 juga mempunyai pelbagai alat analisis teknikal, termasuk 50 indikator, dan alat pencartaan, perdagangan satu klik, berita tersirat, 4 jenis pesanan belum selesai dan perkhidmatan VPS. Pedagang juga boleh menggunakan strategi lindung nilai pada platform MT4.

MT5 lebih sesuai untuk pedagang profesional yang lebih suka dengan pilihan alat analisis yang versatil dan banyak. Ia boleh didapati di Android (Google Play), iOS (App Store), MacOS, Windows, dan WebTrader. MT5 didatangkan dengan 90 indikator dan alat pencartaan. Ciri-ciri MT5 lain termasuk perdagangan satu klik, berita tersirat, 6 jenis pesanan belum selesai, kalendar ekonomi, 21 rangka masa dan robot yang boleh disesuaikan. Lindung nilai juga dibenarkan di platform perdagangan ini.

Jenis Pasaran Kewangan di FBS Malaysia

Menawarkan lebih daripada 550 instrumen perdagangan, pedagang-pedagang FBS Malaysia boleh berdagang Forex, eksotik Forex, logam, indeks, tenaga dan saham menggunakan leveraj berikut:

Forex – sehingga 1:3000, bergantung pada jumlah ekuiti
Eksotik Forex (semua pasangan disediakan di MT5, tetapi hanya beberapa pasangan yang tersedia di MT4) – sehingga 1:3000
Logam (perak, emas, paladium, platinum, dll.) – sehingga 1:500
Indeks - 1:200
Tenaga (Brent, WTI, gas asli) - 1:200
Saham - 1:100

Kelebihan Berdagang dengan FBS Malaysia

Sudah wujud lebih 14 tahun dalam Forex, Dikawal Selia oleh ASIC, FSC dan FSCA
Semua strategi perdagangan dialu-alukan - Scalping, Perdagangan Berita, lindung nilai
Deposit minimum bernilai 5 USD tanpa komisen
Leveraj maksimum 1:3000 dan spread terapung dari 0.7 pip
Lebih daripada 550 instrumen perdagangan (Forex, eksotik Forex, logam, tenaga, indeks & saham)
Volum pesanan minimum 0.01 lot dan maksimum 500 lot
Pelaksanaan pesanan terpantas dari 0.01 saat dan tiada sebut harga semula
Pelbagai kaedah pembayaran (kad debit/kredit, penyedia pembayaran dalam talian, bank-bank tempatan di Malaysia)
Satu akaun ringkas: Standard Sebenar dengan pilihan akaun Islamik
24/7 sokongan bahasa Malaysia melalui e-mel, media sosial, sembang langsung dan panggilan semula
Carilah broker Forex lain di Malaysia
Alpari Malaysia
XM Malaysia
HFM Malaysia
Tickmill Malaysia
RoboForex Malaysia
FXTM Malaysia