4. Anda akan menjumpai berbagai pilihan sistem bayaran yang ditawarkan oleh FBS Malaysia. Cara paling mudah untuk deposit dana kedalam akaun anda adalah melalui sistem bayaran elektronik dan kad kredit, yang boleh diproses dengan segera.
👍 Deposit melalui e-wallet (Sistem bayaran dalam talian):
a. Perkara pertama yang anda perlukan apabila menggunakan kaedah bayaran ini adalah, semestinya, akaun dalam e-wallet yang anda pilih (FasaPay, Perfect Money, Skrill, Neteller, Sticpay, dan Globepay). Selepas akaun e-wallet anda siap, anda boleh pilih “bayaran elektronik” pada halaman Deposit dan pergi ke sistem bayaran yang anda pilih:
b. Masukkan amaun dan pilih pilih mata wang yang dikehendaki, kemudian klik “Deposit”.
c. Sekarang anda akan lihat halaman log masuk untuk e-wallet yang dipilih. Masukkan maklumat akaun, dan deposit anda akan diproses dengan segera.
Catatan: Deposit minima diperlukan berbeza untuk setiap sistem bayaran. Sesetengah bayaran elektronik mungkin mengenakan komisyen tertentu, namun kebanyakannya ditanggung oleh broker FBS.
👍 Deposit melalui kad kredit (Visa \ Mastercard):
a. Jika anda memilih untuk deposit wang melalui kad kredit, pilih “Kad bank” dan pilih diantara CardPay, dan perantaraan Exactly.
b. Deposit amaun yang dikehendaki dan pilih sama ada mata wang EUR atau USD. Amaun deposit minimum bergantung kepada jenis akaun anda.
c. Jangan lupa untuk mengisi maklumat yang diperlukan termasuk nombor kad, tarikh luput, CVV, dan nama penuh pemegang kad.
d. Klik “Deposit” dan wang anda akan dideposit dengan segera ke akaun anda.
e. Anda tidak akan dikenakan komisyen untuk cara ini kerana FBS Malaysia akan menanggung sebarang perbelanjaan tambahan.