โœ… Forex Malaysia - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia - Forex Trading di Malaysia

Broker Forex cTrader

Perisian Dagangan berkembang pesat dalam era digital, dan walaupun terdapat berbagai platform dagangan baru, tidak ramai pedagang tertarik kepadanya. Ia selamat untuk mengandaikan bahawa setiap pedagang mesti pernah dengar atau guna platform dagangan MT4 dan MT5. Tambahan pula, terdapat platform dagangan baru yang giat berkembang dalam komuniti dagangan, i.e., cTrader.

Memilih platform dagangan yang betul dalam usaha dagangan adalah penting sepertimana memilih instrumen dagangan betul. Inilah sebabnya anda perlu ketahui lebih lagi tentang cTrader, kelebihan dan kekurangannya, serta perbezaannya berbanding MT4 yang popular.

Memperkenalkan Platform cTrader

cTrader adalah platform dagangan canggih yang dibina dan diterbitkan oleh Andrey Pavlov dan Ilya Holeu, pengasas Spotware Systems pada 2011. Sebab mengapa ia popular adalah daripada ciri No-Dealing Desk.

Platform dagangan CFD multi-aset dan Forex ini direkabentuk untuk dagangan pelaksanaan pantas dengan harga tahap II, kedalaman pasaran, dan alatan canggih bagi membantu meningkatkan mutu dagangan ke tahap baru. Platform ini ditujukan bagi memenuhi jangkaan pedagang yang cerewet.

MT4 vs. cTrader: Yang mana lebih baik?

1. Kebolehcapaian

Hampir semua broker forex runcit menawarkan platform dagangan MT4 kepada pedagang untuk muat turun percuma. Disamping itu, MT4 menawarkan akaun Demo, supaya pedagang baru boleh mencuba ciri-cirinya tanpa merisikokan kewangan. MT4 juga boleh diakses dalam lebih daripada 30 bahasa.

Walaupun cTrader tidak sepopular MT4, banyak broker Forex telah mula memperkenalkannya kepada pelanggan mereka. Sama seperti MT4, cTrader juga menawarkan akaun Demo, supada pedagang boleh cuba ciri-cirinya secara percuma. Platform cTrader juga tersedia dalam 22 bahasa.

2. Antara-Muka Pelanggan

MT4
popular disebabkan ia mudah dinavigasi oleh hampir semua pedagang, tidak kira tahap pengalamannya. Tambahan pula, terdapat banyak bahan dan sumber dalam talian untuk membantu pedagang menggunakan paltform dagangan ini.

cTrader mempunyai antara-muka unik dan sangat intuitif. Anda boleh mengubah tema warna kepada cerah atau gelap dengan antara-muka yang kemas, padat, dan dinamik, jadi pedagang baru akan suka dengan platform ini buat masa yang lama.

3. Alatan Analitikal dan Teknikal

Sebagai pilihan mesra-pemula, MT4 dilengkaplan dengan alat pencartaan asas untuk analisis teknikal bagi membantu pedagang mengecam trend dan pola tertentu. Platform ini menawarkan 30 indikator terbina-dalam untuk menganalisa pasaran dan indikator tersesuai untuk dihidupkan.

Pedagang pro biasanya sukakan cTrader disebabkan set indikator teknikal yang lebih banyak, rangka masa, jenis carta dan jenis pesanan. Disamping itu, berbanding dengan MT4, platform ini menawarkan lebih banyak keupayaan pencartaan lanjutan.

4. Bahasa dan Konfigurasi

Terdapat banyak pemalam indikator dan robot EA daripada penerbit lain yang anda boleh tambah ke platform MT4. Selain itu, bahasa pemprograman asas untuk MT4 ialah C (MQL4) yang dianggap meluas dan telahpun berkembang sebagai sumber terbuka. Inilah sebabnya mengapa ramai pedagang boleh menetapkan program asas yang sesuai dengan gaya dagangan individu mereka. 

Sementara itu, bahasa asas untuk cTrader ialah C# (cAlgo). cTrader juga membolehkan anda memasang pemalam indikator dan robot EA. Meskipun begitu, cTrader bilangan pemalam indikator dan EA robot agak terhad berbanding MT4. Pun begitu, tidak perlu risau kerana platform dagangan ini dijangka memberikan lebih banyak pemalam tersesuai dan robot di masa akan datang melihat kepada peningkatan popularitinya dikalangan pedagang.

5. Ketelusan

Tahukah anda bahawa MT4 tidak menyokong akses terus ke antara bank sebagai pembekal kecairan? Bermaksud ia perlukan pihak ketiga untuk bertindak sebagai "jambatanโ€ ke pembekal kecairan, yang biasanya dimainkan oleh broker sendiri. Dalam kata lain, broker boleh campur tangan dengan mengimbangi penawaran dan permintaan apabila pasaran bergerak ke suatu arah. Inilah sebabnya terdapat kemungkinan manipulasi spread dan kegelinciran oleh broker.

cTrader, bagaimanapun, adalah lebih telus dalam hal ini. cTrader direkabentuk untuk bersambung ke antara bank sebagai pembekal kecairan, jadi tidak perlu orang tengah. Oleh itu, semua data, termasuk spread dan kegelinciran, ditunjukkan dalam masa nyata bergantung kepada pasaran global. Ketelusan ini penting untuk scalper dan pedagang dengan volum besar dagangan kerana data adalah berdasarkan fakta dan sukar untuk dimanipulasi.

6. Keselamatan Platform
Bagi memastikan semua transaksi dijalankan dengan selamat dan terkawal, MT4 menggunakan penyulitan 128-bit untuk data yang dihantar diantara terminal pelanggan dan pelayan platform dagangan. Bagi memenuhi standard keselamatan tertinggi, MT4 juga menyokong penggunaan tanda tangan digital RSA.

Pelayan platform cTrader dilindungi oleh proksi dengan penyulitan SSL terhadap sambungan tanpa izin dan berniat jahat. Disamping itu, setiap penyelesaian dihoskan dalam persekitaran berasingan dan bebas bagi mengelakkan kemungkinan campur tangan broker-broker lain. Pelanggan tidak perlu memberikan data peribadi untuk menggunakan mana-mana akaun dagangan, dan sebarang data yang diminta akan mengikut amalan perlindungan data ketat.

7. Berdagang di mana sahaja

Platform web MT4 boleh diakses dari mana-mana pelayar pada mana-mana sistem operasi tanpa pemasangan perisian tambahan. Anda juga boleh menggunakan versi apl mudah alih (Android dan iOS) dengan berbagai carta interaktif, jenis pesanan, dan alatan analisis teknikal.

Sebagai kesukaan baru, cTrader juga membenarkan anda mengakses pasaran melalui sebarang peranti. Anda boleh mengakses versi berasaskan web yang serasi dengan semua sistem pengendalian popular, atau berdagang semasa dalam perjalanan, sama ada daripada pelayar mudah alih anda atau aplikasi mudah alih untuk iOS dan android. Aplikasi ini dioptimumkan untuk paparan tablet disamping pelbagai ciri-ciri utama, supaya anda boleh berdagang dan menganalisis dagangan anda dengan efektif dan mudah dari serata dunia.

Rajah di bawah menggambarkan perbezaan antara MT4 dan cTrader :
cTrader Forex Platform
Kini, tiba masanya untuk menjawab soalan penting: Mana satu yang lebih baik untuk anda?

Sekali lagi, ia bergantung pada gaya dagangan anda, tahap pengalaman dan keutamaan. Jika anda seorang peniaga baharu , MT4 ialah pilihan yang baik kerana antara muka mesra pengguna dan kebolehaksesannya . Walau bagaimanapun, peniaga profesional yang mahukan lebih ketelusan dan data yang tepat harus memilih cTrader kerana data masa nyata dan cirinya yang lebih maju .

Broker cTrader

Sekarng anda telah mengetahui kelebihan dan kekurangan platform cTrader, tiba masanya untuk memilih broker Forex cTrader yang paling sesuai untuk perjalanan dagangan anda.

Walaupun platform dagangan itu sendiri cemerlang, ini tidak bermakna broker forex yang menyediakannya juga boleh dipercayai. Jadi, anda perlu memilih broker Forex yang paling bereputasi untuk mempunyai pengalaman perdagangan yang lancar.
RoboForex Malaysia
cTrader RoboForex
Ditubuhkan pada 2009 , RoboForex menawarkan tawaran yang lumayan kepada pedagang Forex. Anda boleh berdagang dalam 8 kelas aset (Forex, saham, indeks, ETF, komoditi, tenaga, logam dan mata wang kripto) menggunakan EUR, USD, CNY dan EMAS. Selain itu, anda akan berdagang dengan broker ini dengan berasa selamat kerana ia dikawal oleh FSC Belize .

Di RoboForex, pelbagai jenis akaun tersedia untuk keperluan dagangan yang berbeza. Walau bagaimanapun, hanya akaun ECN dan Pro yang disertakan dengan ciri platform cTrader . Kedua-dua akaun ECN dan Pro ditawarkan dalam 36 pasangan mata wang, logam, CFD dan mata wang kripto dengan deposit minimum 10 USD atau 10 EUR . Tambahan pula, jumlah leveraj maksimum untuk akaun ECN dan Pro ialah 1:500 dan 1:2000 , masing-masing. Spread untuk akaun ECN terapung dari 0 pip , manakala spread untuk akaun Pro bermula dari 1.3 pip .
Cari broker-broker dalam kategori lain: