✅ Forex Malaysia - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia - Forex Trading di Malaysia

Akaun Forex PAMM

Walaupun dagangan Forex menawarkan peluang keuntungan besar, ia mengambil banyak masa dan usaha, dan untuk berjaya sebagai pedagang Forex tidak semudah yang dilihat. Kebanyakan pedagang kerugian wang dalam sekelip mata kerana mereka tidak belajar tentang Forex dengan betul. Atas sebab ini, sangat disarankan kepada pedagang baru melabur masa dan belajar Forex daripada asas lagi.

Pun begitu, tidak semua orang mempunyai masa untuk belajar dengan terperinci tentang topik rumit seperti Forex disebabkan jadual yang sibuk.

Berita baiknya, terdapat cara lain untuk pedagang baru yang ingin melabur dalam pasaran Forex tanpa perlu menelaah perincian yang rumit, cth., Akaun Pelaburan Forex PAMM.

Ia mungkin kedengaran seperti dagangan Akaun pelaburan PAMM seperti sama dengan program Copy Trade Forex, namun PAMM merupakan pelopor sebelum salin dagangan lagi dan sepenuhnya berbeza dari segi perincian pelaksanaan. Perbezaan ini dibincangkan kemudian apabila kita cuba rungkaikan bagaimana Akaun pelaburan PAMM berfungsi.

Apakah Akaun Forex PAMM?

Akaun Forex PAMM adalah loncatan dalam dagangan Forex yang menawarkan jalan pintas buat pedagang baru untuk menyertai pasaran FX dengan serta-merta tanpa perlu mengambil terlalu banyak masa mempelajari perincian rumit.

Terma “PAMM” bermaksud Modul Pengurusan Agihan Peratusan. Ia adalah bentuk dagangan pelaburan dana terkumpul dimana pedagang baru dan profesional bekerjasama sebagai satu pasukan untuk meraih kelebihan bersama dan menjana lebih banyak keuntungan.

Terdapat tiga pihak penting dalam pelaburan Akaun PAMM Forex, iaitu Pelabur PAMM, Pengurus Akaun PAMM, dan Broker Forex PAMM. Mari lihat tentangnya satu persatu.

1. Pelabur PAMM

Menyertai Akaun PAMM sebagai pelabur sesuai untuk pedagang baru yang ingin melabur dalam pasaran pertukaran antarabangsa namun tiada banyak masa untuk mula belajar dagangan Forex dari asas.

Pelabur PAMM adalah pihak yang melabur wang dalam Pengurus Akaun PAMM yang dipilih melalui broker Forex yang dipercayai. Sebaik pelabur menemukan Pengurus Akaun PAMM terbaik dengan rekod dagangan cemerlang, apa yang dia perlu lakukan adalah buka akaun Pelabur dan labur modalnya dalam Akaun PAMM Pengurus. Selepas itu, dia boleh santai, dan bikmati kopi sementara Pengurus membuat keajaiban dagangan Forex-nya.

Kemudiannya, apabila strategi dagangan pengurus berjaya dan dagangan mendatangkan keuntungan, pelabur PAMM akan meraih keuntungan bergantung kepada amaun yang dilaburkannya. Dalam masa yang sama, Pelabur PAMM perlu membayar yuran prestasi tertentu kepada Pengurus Akaun PAMM atas perkhidmatan yang diberikan.
akaun forex pamm
2. PAMM Account Manager

Seperti yang dinyatakan pada nama, Pengurus Akaun PAMM adalah individu yang menguruskan semua wang pelaburan dalam Akaun PAMM yang sama, termasuk wangnya sendiri. Pengurus bertanggungjawab memformulasi strategi dagangan terbaik, yang akan menentukan nasib wang dalam Akaun PAMM ini. Jika strategi berjaya, manfaat adalah kepada semua; pun begitu, jika strategi gagal, kedua Pengurus dan Pelabur akan mengalami kerugian.

Selepas Pengurus berjaya menutup dagangan dengan strategi yang tepat, keuntungan akan diagihkan berdasarkan peratusan dana yang dilaburkan kedalam Akaun PAMM yang sama. Dia juga akan menerima pendapatan tambahan daripada yuran prestasi yang dibayar oleh Pelabur atas perkhidmatan pengurusannya.

Pengurus PAMM biasanya boleh membuat cadangan dagangan mengikut termanya sendiri. Diab oleh menetapkan amaun pelaburan minimum yang diperlukan pelaburnya, serta amaun/peratusan yuran prestasi yang dia akan terima daripada dagangan berjayanya.

Peranan Pengurus PAMM lebih sesuai kepada pedagang profesional dengan bertahun pengalaman. Pengurus PAMM perlu benar-benar fahami bagaimana pasaran Forex berfungsi memandangkan mereka bertanggungjawab bukan hanya keatas modal mereka namun modal pelabur juga.
Pengurus Akaun PAMM
3. Broker Forex

Broker Forex membekalkan perkhidmatan dan platform dagangan untuk kedua Pelabur dan Akaun Pengurus PAMM supaya mereka boleh menjalankan transaksi dalam persekitaran selamat dan terkawal.

Mereka memudahkan semua keperluan dagangan Pelabur dan Pengurus PAMM, seperti penjagaan akaun, deposit, pengeluaran, dan aktiviti terkait lain di dalam skop tanggungjawab mereka.

Memandangkan broker Forex memainkan peranan penting dalam memastikan transaksi selamat, Pelabur dan Pengurus PAMM perlu memilih syarikat broker Forex yang paling dipercayai dengan berhati-hati.

Bagaimana Akaun Forex PAMM berfungsi?

Akaun Forex PAMM ialah akaun dagangan tunggal yang dikongsi bersama diantara Pelabur PAMM dan Pengurus Akaun PAMM.

 

Biasanya, Akaun PAMM dinamakan dengan nama Pengurus. Pelabur perlulah mencari Pengurus yang tepat dengan prestasi dagangan terbaik dan laburkan wang mereka dalam akaun PAMM-nya.

 

Sebaik Pelabur dan Pengurus PAMM telah melabur wang mereka dalam akaun, Pengurus PAMM akan menguruskan dana sedia ada dengan memformulasi strategi dagangan terbaik. Lambat laun, apabila dagangan berjaya ditutup dan menghasilkan keuntungan, kedua Pelabur dan Pengurus PAMM akan berkongsi keuntungan ini berdasarkan peratusan dana yang dilaburkan.

 

Apabila keuntungan dikira dan diagihkan, Pelabur PAMM perlu membayar yuran prestasi kepada Pengurus atas perkhidmatan pengurusannya.

 

Contoh:

 

Dua Pelabur membuat keputusan untuk melabur dana mereka kedalam Akaun Pengurus PAMM.

 

  • Pelabur A melabur 1,000 USD
  • Pelabur B melabur 750 USD

 

Pada masa yang sama, Pengurus juga melabur 250 USD wangnya sendiri kedalam Akaun PAMM yang sama, dan mereka bersetuju %10 sebagai yuran prestasi.

Pelabur Akaun PAMM
Pengurus kemudian menggunakan semua dana sedia ada (2,000 USD) dalam Akaun PAMM dan memformulasi strategi dagangan terbaik untuk mendapatkan hasil sebaik mungkin. Kemudiannya, apabila strategi berjaya, Akaun PAMM meraih %100 keuntungan, atau 2,000 USD, menjadikan baki terkini 4,000 USD.
Keuntungan Akaun PAMM Forex
Pada pengakhiran sesi dagangan, keuntungan sedia ada akan dikongsi diantara Pengurus dan Pelabur berdasarkan peratusan dana yang mereka letakkan dalam Akaun PAMM.
Akaun Kongsi Keuntungan PAMM

Selepas keuntungan diagihkan, komisyen 10% akan ditolak daripada keuntungan Pelabur sebagai upah perkhidmatan Pengurus.

 

  • Pelabur A = 10% dari 1,000 USD = 100 USD
  • Pelabur B = 10% dari 750 USD = 75 USD

 

Oleh itu, baki akhir untuk akaun Pelabur dan Pengurus akan menjadi seperti berikut:

Pengurus & Pelabur Akaun PAMM
Dalam Akaun Forex PAMM, tidak seperti salin dagangan, semua dana daripada Pelabur dan Pengurus PAMM dikumpulkan kedalam Akaun PAMM yang sama dan dikawal oleh Pengurus.

Apabila dagangan bermula, Pelabur tidak boleh mengeluarkan dana mereka daripada akaun atau menghentikan dagangan separuh jalan. Mereka hanya boleh memantau aktiviti Pengurus PAMM dalam Akaun PAMM melalui platform broker.

Jika mereka ingin menambah atau mengurangkan pelaburan mereka, mereka perlu menghantar permintaan kepada Pengurus supaya dia boleh lakukannya. Pada dasarnya, hanya Pengurus yang boleh menukar terma Akaun dagangan PAMM.

Sejurus selepas permintaan, Pengurus Akaun PAMM akan berhadapan dengan tahap untung dan risiko sama seperti Pelabur. Jadi ini boleh mengelakkannya daripada membuat keputusan melulu memandangkan dana mereka dikumpulkan dalam akaun PAMM yang sama.

Broker Akaun PAMM Forex Terbaik

Satu daripada langkah paling penting dalam pelaburan Akaun PAMM Forex adalah dalam memilih syarikat broker Forex terbaik yang membekalkan perkhidmatan pelaburan Akaun PAMM serta keadaan dagangan terbaik.

Anda perlu memastikan broker Forex sepenuhnya berlesen dan dikawal selia oleh agensi kawal seliaan utama yang dipercayai. Anda juga patut menyemak jika syarikat broker boleh 100% menjamin keselamatan dan sekuriti wang dan maklumat akaun anda.

Atas tujuan ini, kami telah menyediakan senarai broker Forex terkawal selia yang menawarkan perkhidmatan pelaburan Akaun PAMM Forex dengan syarat terbaik.
Alpari Malaysia
Akaun PAMM Alpari
Alpari dengan 22 tahun pengalaman dalam industri FX merupakan satu daripada pelopor dalam perkhidmatan pelaburan Akaun PAMM Forex. Syarikat ini dilesenkan dan dikawal selia oleh FSA dari St. Vincent dan Grenadines, yang juga ahli kepada Suruhanjaya Kewangan. Alpari menawarkan dua jenis perkhidmatan Pelaburan PAMM Forex, iaitu Akaun PAMM dan Portfolio PAMM.

Di Alpari, Pelabur PAMM berupaya meletakkan amaun pelaburan minimum 50 USD atau 50 EUR (atau bergantung kepada syarat Pengurus). Mereka juga dikehendaki mengekalkan amaun baki tertentu (atau bergantung kepada syarat Pengurus). Jika baki sedia ada kurang daripada amaun ditetapkan, akaun akan ditutup secara automatik.

Pengurus PAMM Alpari berupaya mencipta Akaun PAMM menggunakan akaun pelaburan sedia ada, daripada Standard MT4 PAMM kepada ECN MT5 PAMM. Komisyen maksimum yang boleh diterima Pengurus adalah sehingga 50% daripada keuntungan Pelabur untuk Akaun PAMM Account dan sehingga 35% untuk setiap akaun terangkum dalam Portfolio PAMM.

Akaun Standard PAMM Alpari boleh didapati untuk Pengurus pada platform dagangan MT4 dan MT5 dengan minimum 300 USD/EUR untuk akaun awam dan 100 USD/EUR untuk akaun peribadi. Mereka boleh menikmati leveraj maksimum 1:3000 menggunakan pelbagai instrumen dagangan, termasuk 33 pasangan mata wang dan 2 logam.

Untuk Akaun ECN PAMM Alpari, syarat minimum modal untuk Pengurus ialah 300 USD/EUR pada MT4, dan 500 USD/EUR pada MT5 untuk kedua akaun awam dan peribadi. Pengurus Akaun Pro ECN MT4 PAMM Alpari memerlukan modal minimum 500 USD/EUR untuk kedua akaun awam dan peribadi. Akaun-akaun ini menawarkan leveraj maksimum 1:3000 dan berbagai instrumen dagangan, termasuk 46 pasangan mata wang, 2 logam, dan 18 CFD. Tambahan pula, Pengurus perlu membayar komisyen 16 USD untuk Akaun ECN MT5 dan Pro ECN MT4 PAMM Alpari.
HFM Malaysia
Akaun PAMM HFM
HFM, sebuah broker Forex pemenang anugerah, dilesenkan dan dikawal selia oleh berbilang agensi kawal selian, termasuk FCA dari UK, DFSA dari Dubai, FSCA dari South Africa, dan FSA dari Seychelles.

Di HFM, pelaburan Akaun PAMM Forex ditawarkan menggunakan prinsip ‘high-water mark’, yang merupakan sistem keselamatan yang digunakan bagi mengelakkan Pengurus PAMM menerima bayaran dari prestasi buruk.

Pelabur HFM boleh mengakses laporan prestasi Pengurus PAMM dalam masa-nyata, menetapkan risiko maksimum sesuai, serta mendeposit dan mengeluarkan dana mereka pada bila-bila masa di pusingan ganti harian tanpa sebarang caj tambahan.

HFM menawarkan dua jenis Akaun PAMM kepada Pengurus, iaitu HFM PAMM Premium dan Premium Plus pada MetaTrader 4 menggunakan berbagai instrumen kewangan (Forex, Logam, Minyak Mentah, dan Indeks) dengan pelaksanaan pasaran. Selain itu, kedua PAMM Premium dan Premium Plus datang dengan leveraj 1:300 dengan sedikit penghargaan pip. Dan kelebihan ini tersedia kepada Pengurus dengan membuat deposit minimum 250 USD.

Akhir sekali, spread sempit ditawarkan untuk akaun HFM Premium tersedia serendah 0.3 pip namun dengan komisyen 5 USD untuk setiap 100,000 USD yang didagangkan, bermaksud 10 USD untuk setiap pusingan penih dagangan.
M4Markets Malaysia
Akaun PAMM M4Markets
Dengan pengalaman terkumpul lebih dari 30 tahun dalam industry, M4Markets menawarkan beberapa program rakan sekutu, termasuk akaun MAM/PAMM, untuk menguruskan dana pelabur dengan efektif.

Di M4Markets, anda boleh buka tiga jenis akaun MAM/PAMM dalam USD atau EUR, iaitu Standard, Raw Spread, dan Premium. Kedua pelabur dan pengurus boleh menikmati leveraj maksimum 1:500 menggunakan berbagai instrumen dagangan, termasuk Forex, saham, komoditi, dan indeks dalam platform paling popular spt., MT4 dan MT5. Tiada had bilangan akaun dagangan dan amaun deposit.

Ciri pengurus membolehkan anda menguruskan beberapa akaun dan sub-akaun dalam terminal tunggal yang mudah. Akaun MAM/PAMM M4Markets juga datang dengan antara alatan yang paling canggih, termasuk Expert Advisor, untuk membantu anda memantau komsiyen dan prestasi dalam masa-nyata menggunakan strategi berbeza.

Pengurus boleh menerima sehingga 30% keuntungan pelabur sebagai yuran prestasi. Mereka juga boleh menetapkan kaedah pengagihan berdasarkan pecahan ekuti, baki, peratusan, atau gabungan semuanya.

Setelah melengkapkan dan mengesahkan profil akaun MAM/PAMM, anda boleh mula berdagang serta-merta sebagai pelabur atau pengurus dengan pelaksanaan pesanan pantas, ketersambungan harga kasar, dan julat meluas produk.
Walaupun pelaburan Akaun PAMM Forex menyediakan pedagang baru dengan jalan pintas unik kepada dagangan Forex, ia tidak bermaksud kejayaan anda dijamin 100%.  Ambil perhatian bahawa prestasi lepas Pengurus tidak menjamin kejayaan masa depannya, dan dagangan dalam pasaran FX membawa risiko yang sangat tinggi. Oleh itu, ambil kira semua faktor sebelum melaburkan wang anda.