Alpari PAMM - Copy Trade dan Pelaburan dengan Akaun Alpari PAMM
Dunia dan trend terbaru sentiasa bertukar. Kebanyakan orang sekarang, cuba untuk mencari tawaran kewangan terbaik dalam meraih sebanyak keuntungan tambahan yang mungkin menggunakan kaedah pelaburan zaman moden, seperti Forex.
Walau begitu, kerumitan dagangan Forex melemahkan semangat pedagang baru untuk mengkaji dengan lebih mendalam. Kebanyakan pedagang baru, memasuki pasaran dengan harapan kejayaan yang cepat, namun sebaik menyedari betapa rumitnya memformulasi strategi dagangan terbaik, mereka cenderung untuk berundur lalu meninggalkan keseluruhan perniagaan.
Mereka kurang menyedari bahawa terdapat cara lebih baik untuk menyertai pasaran Forex tanpa perlu memformulasi strategi dagangan yang kompleks; Perkhidmatan Pelaburan PAMM yang ditawarkan oleh Alpari Malaysia.
Apakah Perkhidmatan Pelaburan PAMM Alpari?
PAMM Alpari adalah peneraju perkhidmatan pelaburan salin-dagangan. PAMM membolehkan pedagang baru dan profesional bekerja sebagai satu pasukan untuk meraih kelebihan bersama dan raih lebih banyak keuntungan.
Pedagang boleh menyertai Perkhidmatan Pelaburan PAMM Alpari sama ada sebagai Pelabur atau Pengurus.
✅ 1. Pelabur PAMM
Menertai Perkhidmatan Pelaburan PAMM sebagai Pelabur membolehkan pedagang baru berdagang Forex tanpa perlu belajar perincian tentangnya.
Sebagai Pelabur PAMM, anda hanya perlu melabur dana anda dalam Akaun PAMM berbeza dengan pengurus lain, kemudian biar mereka menjana keuntungan untuk anda. Apabila Pengurus menutup dagangan yang berjaya, anda juga akan meraih keuntungan, bergantung kepada pelaburan anda dalam Akaun PAMM atau Portfolio PAMM. Anda mungkin perlu untuk membayar amaun yuran tertentu kepada pengurus dari perkhidmatan yang diberikan.
Sebagai Pelabur PAMM, anda dikehendaki melabur tidak kurang daripada 50 USD atau 50 EUR (atau bergantung kepada usul Pengurus) untuk Akaun PAMM peribadi, dan 100 USD atau 100 EUR untuk Portfolio PAMM biasa. Selepas itu, Alpari akan menetapkan deposit dan pengeluaran seterunsya pada 10 USD atau 10 EUR.
Tambahan pula, Pelabur mesti mengekalkan baki minimum 50 USD atau 50 EUR untuk Akaun PAMM peribadi (atau bergantung kepada usul Pengurus) dan 100 USD atau 100 EUR untuk Portfolio PAMM. Jika baki yang tinggal kurang daripada amaun yang dikehendaki, akaun akan ditutup secara automatik.
✅ 2. Pengurus PAMM
Tugas Pengurus Pelabur PAMM adalah lebih sesuai kepada pedagang berpengalaman yang yakin dengan kemahiran dagangan mereka dan mencari lebih cabaran dalam aktiviti dagangan harian mereka.
Dengan menjadi Pengurus Pelabur PAMM, pedagang profesional akan mempunyai peluang berdepan dengan persekitaran yang lebih mencabar, kerana mereka tidak hanya merisikokan modal sendiri namun juga semua pelabur mereka.
Apa yang menarik lagi, Pengurus PAMM diberikan kuasa mencipta usul dagangan tersendiri dengan terma kerjasama yang khusus; ini akan memberikan mereka kawalan terhadap aktiviti dagangan mereka. Selain itu, mereka akan menerima ganjaran daripada perkhidmatan yang diberikan serta boleh menentukan peratusan keuntungan sebagai komisyen mereka.
💠 Pedagang BIASA:
Di Alpari, Pengurus PAMM berupaya membuka Akaun PAMM menggunakan semua akaun-akaun pelaburan tersedia, dari PAMM Standard MT4 ke PAMM ECN MT5.
Akaun pelaburan PAMM Standard MT4 dan PAMM Standard MT5 memerlukan Pengurus PAMM mengekalkan modal minimum 300 USD/EUR untuk akaun awam dan 100 USD/EUR untuk akaun peribadi. Sementara itu, PAMM ECN MT4 memerlukan modal minimum 300 USD/EUR untuk akaun awam dan peribadi. Sebaliknya, pengurus akaun PAMM Pro ECN MT4 dan PAMM ECN MT5 perlu mengekalkan modal minimum 500 USD/EUR untuk kedua akaun awam dan peribadi.
Kesemua akaun pelaburan ini tersedia untuk Pelabur PAMM dengan membuat amaun pelaburan minimum 50 USD atau 50 EUR.
Selain daripada jenis akaun-akaun berbeza, Perkhidmatan Pelaburan PAMM juga datang dengan leveraj fleksibel sehingga 1:3000 untuk Akaun PAMM Standard MT4 dan Akaun MT5 dan sehingga 1:3000 untuk Akaun PAMM ECN MT4, PAMM ECN MT5, dan PAMM Pro ECN MT4. Walau begitu, Pengurus PAMM yang ingin berdagang melalui akaun pelaburan PAMM Pro ECN MT4 dan PAM ECN MT5 perlu membayar komisyen sebanyak $16.
Berkenaan dengan komisyen Pengurus PAMM pula, Ia boleh dicaj sehingga 50% daripada keuntungan Pelabur, dan mereka mungkin memproses permintaan deposit dan pengeluaran sekurang-kurangnya sehari sekali (Ambang adalah daripada 1 ke 30 minit sebelum masa pemprosesan).
Sebaliknya, menyertai Perkhidmatan Portfolio PAMM sebagai Pengurus memerlukan 1000 USD atau 1000 EUR modal yang tidak boleh dikeluarkan untuk Portfolio PAMM awam dan 100 USD atau 100 EUR untuk Portfolio PAMM peribadi. Selain itu, peratusan maksimum komisyen untuk satu Akaun PAMM dalam satu Portfolio PAMM adalah sehingga 35%.
Tambahan pula, Pengurus hanya boleh melabur dana peribadi mereka kedalam Akaun PAMM dan Portfolio PAMM untuk awam sehingga 50%, sementara Portfolio PAMM peribadi tidak mempunyai sebarang sekatan berkaitan pendanaan peribadi Pengurus PAMM.
Dan akhir sekali, yuran prestasi Pengurus dihadkan daripada 0% ke 15% keuntungan Pelabur, dan mereka akan memproses permintaan deposit dan pengeluaran sekurang-kurangnya sehari sekali (ambang adalah dari 1 ke 240 minit sebelum masa pemprosesan).
Bagaimana Perkhidmatan Pelaburan PAMM Alpari berfungsi?
Terdapat dua jenis Perkhidmatan Pelaburan PAMM yang anda boleh gunakan di Alpari:
1. Akaun PAMM
Akaun PAMM ialah akaun dagangan tunggal yang dikongsi diantara Pelabur PAMM dan Pengurus mereka. Kedua Pelabur dan Pengurus akan melabur amaun dana tertentu dalam akaun PAMM yang sama. Kemudian, Pengurus akan menguruskan keseluruhan dana pelaburan yang berada dalam akaun dan memformulasi strategi dagangan terbaik.
Akan datang, apabila strategi dagangan Pengurus berjaya dan Akaun PAMM meraih keuntungan, kedua Pelabur dan Pengurus berkongsi keuntungan berdasarkan peratusan daripada dana yang mereka laburkan.
Dan akhir sekali, selepas keuntungan dikira, Pelabur dikehendaki membayar komisyen yang dipersetujui atas perkhidmatan pengurus.
Satu Akaun PAMM termasuk satu Pengurus dan berbagai Pelabur, dan Pelabur boleh melabur dana mereka dalam satu daripada beberapa Akaun PAMM dengan serentak. Mereka hanya perlu mencari Pengurus terbaik yang sesuai dengan objektif dagangan dan dorongan risiko mereka.
Sebagai contoh:
Suzy ialah pedagang profesional yang memutuskan untuk membuka Akaun PAMM. Seterusnya, John dan Jane masuk sebagai Pelabur PAMM yang melabur dana dalam Akaun PAMM sama dengan Suzy sebagai Pengurus mereka.
John dan Jane melabur 200 USD dan 300 USD setiap mereka, sementara Suzy, Pengurus mereka, melabur 500 USD wangnya sendiri kedalam Akaun PAMM yang sama, dengan 20% komisyen yang dipersetujui.
Sebagai Pengurus, Suzy kemudian menggunakan 1,000 USD yang tersedia dalam Akaun PAMM dan memformulasi strategi terbaik bagi mendapatkan hasil berpotensi terbaik. Akhir sekali, apabila dagangan berjaya, Suzy berjaya meraih 100% keuntungan, menjadikan baki 2,000 USD dalam Akaun PAMM.
Pada pengakhiran sesi dagangan, kedua Pelabur dan Pengurus akan berkongsi keuntungan berdasarkan peratusan baki awal mereka dalam Akaun PAMM.
Dan akhir sekali, komisyen Pengurus akan ditolak daripada keuntungan Pelabur.
• Bahagian 20% John daripada 200 USD = 40 USD
• Bahagian 30% Jane daripada 300 USD = 90 USD
Menyebabkan baki akhir menjadi seperti berikut:
2. Portfolio PAMM
Apabila Pengurus PAMM menjalankan dagangan menggunakan Akaun PAMM tunggal, dia hanya ada satu kemungkinan untuk membuat keuntungan; ini boleh mengakibatkan tahap risiko yang lebih tinggi. Akaun tunggal ini yang menentukan nasib dana yang diperuntukkan yang dipunyai oleh kedua Pengurus dan Pelabur. Apabila dagangan berjaya, wang akan berganda. Walau begitu, apabila dagangan gagal, kedua Pelabur dan Pengurus akan kehilangan amaun wang tertentu.
Inilah sebabnya satu-satunya cara mengagihkan keuntungan berkemungkinan ini dan bersedia dengan risiko mendatang dalam dagangan Forex adalah dengan membuka Portfolio PAMM menggunakan beberapa Akaun PAMM bebas.
Portfolio PAMM bermaksud yang Pengurus akan mengumpulkan beberapa Akaun PAMM persendirian mereka, labur dana mereka dalam akaun-akaun ini, dan memformulasi strategi dagangan berbeza dengan agihan risiko berbeza untuk setiapnya.
Dengan cara ini, Pengurus berupaya bersedia dengan pergerakan pasaran menggunakan strategi berbeza keatas setiap Akaun PAMM ini. Jika Pengurus kehilangan dana pada satu atau dua Akaun PAMM dalam portfolio, mereka boleh mengurangkan kerugian ini dengan menggunakan keuntungan yang diraih daripada baki Akaun PAMM lain dalam portfolio yang sama.
Dalam Portfolio PAMM, Pengurus juga mengawal semua himpunan Akaun PAMM termasuk bilangan akaun, agihan dana, dan peratusan komisyen mereka.
Pada yang sama, melabur dalam Portfolio PAMM bermaksud Pelabur berupaya untuk mendapat potensi keuntungan yang lebih tinggi berikutan bilangan akaun dan strategi berbeza yang digunakan dalam portfolio.
Selain itu, melabur dalam Portfolio PAMM sesuai kepada Pelabur yang ingin melabur semua wang mereka dalam strategi dagangan berbeza untuk meningkatkan potensi keuntungan mereka sekiranya satu strategi gagal dan menyebabkan kerugian. Inilah sebabnya mengapa kebanyakan pelabur biasanya melabur dalam dua atau lebih Pengurus Portfolio PAMM, bergantung kepada kesesuaian dagangan dan dorongan risiko mereka.
Sebagai contoh:
• Suzy membuka Portfolio PAMM yang mengandungi lima Akaun PAMM individu. Dia mendeposit 2,000 USD dan menetapkan 10% yuran prestasi.
• John dan Jane memutuskan untuk turut serta dan labur wang mereka, sebanyak 1,000 USD setiapnya, dalam Portfolio PAMM Suzy.
• Sekarang terdapat 4,000 USD deposit dalam Portfolio PAMM. Portfolio ini kemudiannya akan dibahagikan kepada lima Akaun PAMM berbeza dengan strategi dagangan dan agihan dana berbeza: 2 Akaun PAMM mengandungi 1,000 USD (25%), dua akaun mengandungi 750 USD (18.75%), dan satu akaun PAMM terakhir akan mengandungi 500 USD (12.5%).
• Sesi dagangan bermula, Pengurus boleh membuat perubahan dalam agihan dana dalam tempoh ini, dan Pelabur dibenarkan mengawasi dagangan menggunakan myAlpari.
• Selepas dagangan ditutup, 3 Akaun PAMM menghasilkan keuntungan: 20%, 10%, dan 20%. Walau begitu, dua Akaun PAMM berikutnya menghasilkan kerugian: 10% and 20%.
• Oleh itu, baki akhir Portfolio PAMM akan menjadi 4,000 + 275 = 4,275 USD, dan ia akan dikembalikan berdasarkan peratusan baki awal Portfolio.
• Dan akhir sekali, komisyen Pengurus akan ditolak daripada keuntungan Pelabur 10% daripada 68.75 USD = 6.88 USD, menghasilkan baki akhir seperti berikut: