✅ ForexMalaysia.My - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia

Perdagangan Minyak Mentah Dalam Talian

Apabila berbicara tentang perdagangan pelaburan dalam talian, ianya dipercayai bahawa lebih khusus dan berisiko tinggi sesuatu pelaburan, lebih banyak keuntungan yang boleh dijana. Inilah sebabnya mengapa sesetengah orang suka untuk melabur dalam produk yang berkuantiti terhad yang lama-kelamaannya akan habis; produk seperti minyak mentah, sebagai contoh.

Seperti yang kita ketahui, trend yang muncul akhir-akhir ini adalah dalam pencarian sumber tenaga yang lain sebagai alternatif kepada minyak. Walaupun ini mungkin menandakan perjuangan untuk pilihan tenaga yang lebih mesra alam dan sihat, perspektif sebaliknya beranggapan bahawa kuantiti minyak mentah dunia sebenarnya sudah semakin terhad. Jadi, berdasarkan hukum penawaran dan permintaan, harga minyak mentah berpotensi untuk naik dalam masa akan datang.

Berdasarkan fakta yang dikemukakan, jelas sekali bahawa perdagangan minyak mentah adalah pilihan terbaik seterusnya dalam pertimbangan untuk kepelbagaian portfolio perdagangan anda. Terutamanya sekarang dimana permintaan untuk sumber tenaga terhad ini sedang meningkat.

Melibatkan diri dalam perdagangan minyak mentah bukan bermaksud anda akan membeli bertong-tong cecair fosil ini yang kemudian dihantar di hadapan pintu rumah anda. Walaupun ini adalah pilihan yang boleh dilakukan, anda sememangnya tidak mahu berurusan dengan penyimpanan dan penyelenggaran untuk bekalan tenaga berharga ini.

Sebenarnya, perdagangan minyak mentah boleh dibuat dalam talian melalui broker perdagangan minyak ternama dan dihormati. Sama seperti produk pelaburan dagangan lain, anda hanya perlu mencipta akaun, deposit wang anda, dan mula berdagang serta merta. 

Apakah Perdagangan Minyak Mentah?

Membuat keputusan pelaburan besar bermula dengan pemahaman mendalam tentang produk pelaburan anda. Dalam situasi ini, minyak mentah itu sendiri.

Minyak mentah adalah sumber semula jadi Diekstrak dari Alam Semula Jadi dengan cara menggerudi jauh ke dalam kerak menggunakan mesin gerudi gergasi. Minyak ini terkumpul bersama sumber alam semula jadi lain seperti gas asli dan air masin. Ia kemudiannya diproses dan ditapis kepada berbagai-bagai produk, termasuklah petroleum dan plastik.

Jumlah minyak mentah di dunia adalah sangat terhad kerana jenis minyak ini sebenarnya termasuk dalam penciptaan alam purba yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Minyak mentah dihasilkan apabila sisa pra-sejarah alga dan plankton jatuh ke bawah dasar lautan, bergabung dengan lumpur dasar lautan, meresap kedalam lapisan-lapisan endapan, kemudian dipanaskan selama berjuta-juta tahun sehingga ia menjadi cecair. Jadi, minyak mentah dianggap sebagai sumber yang tidak boleh diperbaharui, memandangkan ia memerlukan jutaan tahun untuk dihasilkan apabila bekalannya habis.

Minyak mentah digerudi dan Diekstrak dari beberapa tempat di dunia. Walau begitu, terdapat dua tanda aras utama yang anda patut ambil perhatian jika anda ingin melabur dalam minyak mentah.

1. Brent Crude Laut Utara

Brent crude adalah tanda aras utama untuk minyak mentah sekitar Eropah, Afrika, dan Timur Tengah. Ia pada asalnya merujuk kepada minyak yang Diekstrak dari 15 medan di Laut Utara. Pada masa kini, terdapat empat medan minyak yang diketahui ramai seperti Brent, Forties, Oseberg, dan Ekofisk.

Minyak mentah Brent adalah lebih berat dengan graviti tinggi dan banyak bendasing. Oleh sebab ini, ia mengambil lebih banyak masa dan tenaga untuk memproses dan menapis bahan mentah ini kepada minyak yang boleh digunakan seperti gasolin dan diesel, menyebabkan harga yang lebih tinggi berbanding minyak mentah A.S sebagai contoh.

Minyak mentah Brent crude selalunya didagangkan di Intercontinental Exchange (ICE).

2. West Texas Intermediate (WTI)

Minyak mentah West Texas Intermediate merujuk kepada campuran minyak yang diekstrak daripada telaga minyak sekitar Amerika Syarikat dan dihantar ke Cushing dan Oklahama melalui talian paip. Jenis minyak mentah ini dianggap berkualiti tinggi disebabkan ciri-ciri “ringan” dan “manis”. Berbanding dengan Brent crude, ia memerlukan lebih usaha untuk memproses minyak ini kepada bahan minyak yang boleh dipakai.

Sebaliknya, memandangkan minyak mentah WTI dihasilkan dalam telaga minyak yang kebanyakannya terletak di darat, proses pengagihan adalah cabaran besar, dan hasilnya, memerlukan kos pengangkutan yang lebih tinggi. Ini adalah satu sebab utama mengapa walaupun minyak mentah WTI berkualiti tinggi, ia kebanyakannya digunakan dalam pasaran tempatan A.S. Kos yang tinggi dalam pengagihan minyak mentah WTI ke luar negara menyebabkannya hampir mustahil untuk WTI bersaing dengan minyak Brent crude dari segi harga. Justeru itu, Brent crude lebih popular di pasaran antarabangsa.

Minyak mentah WTI biasanya didagangkan di New York Mercantile Exchange (NYMEX).

Minyak mentah Brent dan WTI adalah tanda aras paling penting yang perlu anda ketahui kerana harga untuk kedua minyak ini kerap bergerak dalam arah bertentangan. Ini membawa kita kepada istilah “spread Brent-WTI” dalam dagangan minyak mentah dalam talian, yang bermaksud perbezaan harga di antara minyak mentah Brent dan WTI.

Minyak mentah selalunya dikenali sebagai emas hitam dalam niaga pelaburan, walaupun tidak semestinya warna produk ini adalah hitam. Anda boleh berdagang minyak mentah menggunakan cara lama membeli dan menjual produk, namun ianya akan melecehkan memandangkan produk ini memerlukan penyimpanan khusus dan kos selenggara yang tinggi.

Jadi, anda boleh memilih untuk berdagang minyak dalam talian melalui berbagai broker dagangan minyak menggunakan Kontrak Semerta dan Kontrak Hadapan. Walau begitu, disebabkan jenis perdagangan minyak ini boleh dianggap mahal dengan keperluan margin yang tinggi, pedagang runcitan dengan sumber dana yang terhad boleh mendapat manfaat dari dagangan minyak mentah dalam talian dalam bentuk kontrak-atas-perbezaan atau lebih dikenali sebagai CFD, dimana mereka boleh menjana keuntungan daripada perbezaan harga minyak.

Broker Dagangan Minyak Mentah Dalam Talian Terbaik

Berikut adalah senarai broker dagangan minyak mentah terbaik:
XM Malaysia
XM Malaysia
XM menawarkan beraneka dagangan CFD minyak mentah masa depan dengan spread serendah 0.05 pip, dan peratusan margin 1.5%. Minyak mentah Brent di XM tersedia dengan saiz dagangan minima 100 tong. Juga, minyak A.S WTI ditawarkan dalam akaun standard minyak WTI dengan saiz dagangan minima serupa 100 tong, dan akaun minyak mini WTI dengan saiz dagangan minima 10 tong.

XM ditubuhkan oleh Trading Point Holdings Ltd. pada 2009 dan sejak dari itu diketahui ramai sebagai broker Forex yang paling dihormati, memberikan khidmat kepada lebih 2 juta pelanggan dari 196 negara. Syarikat broker ini berbangga untuk menjadi broker yang paling selamat dengan berbagai lesen diberikan oleh badan kawal selia, seperti FCA dari UK, ASIC dari Australia, IFSC dari Belize, dan CySEC dari Cyprus. Kini, syarikat ini menawarkan berbagai produk, termasuklah 55 pasangan mata wang dan CFD untuk logam berharga, tenaga, indeks ekuiti, mata wang kripto, dan stok individu.


HFM Malaysia
HotForex Malaysia
Dagangan minyak mentah di HFM ditawarkan dalam kontrak Serta Merta dan Masa Hadapan yang anda boleh pilih berdasarkan objektif dan keupayaan dagangan.

HFM menawarkan dagangan minyak mentah dalam talian dalam kontrak serta merta (spot) untuk minyak UK Brent dan WTI A.S dengan spread minima 0.05 pip sebagai tambahan untuk perlindungan baki negatif. Leverage untuk dagangan minyak mentah spot di HFM ditawarkan pada maksimum 1:66 dengan saiz kontrak minima 100 tong.

Selain dagangan minyak mentah spot, HFM juga menawarkan dagangan minyak mentah dalam talian dalam kontrak Masa Hadapan untuk minyak UK Brent dan WTI A.S dengan spread minima 0.03 pip dan saiz kontrak terkecil 100 tong. Tambahan pula, leverage yang ditawarkan untuk dagangan minyak mentah masa hadapan di HFM adalah sehingga 1:100.

HFM ditubuhkan pada 2010 oleh Kumpulan HF Market, salah satu peneraju global unggul dalam indsutri dagangan, dan telah berjaya mendapatkan lesen dan kawal selian dari tujuh agensi kawal selia berbeza, iaitu IBC dari IBC dari St. Vincent & the Grenadine, DFSA dari Dubai, FCA dari UK, CySEC dari Cyprus, FSC dari Mauritius, FSCA dari Afrika Selatan, dan FSA dari Seychelles.


FXTM Malaysia
ForexTime Malaysia
Dagangan dalam talian untuk CFD minyak mentah di FXTM tersedia untuk dagangan spot minyak UK Brent dan minyak mentah A.S dengan saiz minima adalah 100 lot.

Dagangan spot minyak UK Brent ditawarkan dalam purata spread 5 pip menggunakan akaun ECN FXTM dan MT5 ECN FXTM. Akaun standard FXTM datang dengan purata spread yang lebih tinggi 9 pip dan akaun MT4 Zero FXTM dengan purata spread yang lebih tinggi iaitu 10 pip. Leverage maksima yang boleh didapati untuk dagangan minyak UK Brent adalah 1:52

Untuk spot minyak mentah WTI A.S, anda boleh dapatkan purata spread 4 pip menggunakan akaun ECN FXTM dan akaun MT5 ECN FXTM. FXTM Standard dan MT4 Zero FXTM menawarkan purata spread yang tinggi sedikit iaitu 9 pip dan 10 pip, setiapnya. Anda juga boleh dapatkan leverage maksima 1:49 dengan berdagang minyak mentah WTI A.S di FXTM.

FXTM adalah syarikat broker terkemuka, dilesenkan dan dikawal selia oleh beberapa institusi kawal selia, seperti CySEC dari Cyprus, FCA dari UK, dan IFSC dari Belize. Syarikat ini telah mula beroperasi sejak 2011 dan telah berjaya untuk menawarkan berbagai instrumen perdagangan termasuklah 60 pasangan mata wang, CFD, spot logam dan indeks, dan lebih dari 180 CFD saham.


FBS Malaysia
FBS Malaysia
Berdagang minyak mentah dalam talian dengan FBS tersedia dalam bentuk dagangan CFD untuk UK Brent dan minyak WTI A.S menggunakan akaun Standard FBS, Sen, Mikro, dan Tanpa Spread. Spread kebiasaannya ditawarkan untuk dagangan minyak mentah adalah 2 pip untuk semua jenis akaun dagangan, sementara leverage tersedia bergantung kepada jenis akaun dagangan yang digunakan. Dengan akaun Standard FBS, Mikro, dan Tanpa Spread, leverage maksimum adalah 1:3000. Untuk akaun Sen FBS, leverage ditawarkan adalah setinggi 1:3000. Sebagai tambahan untuk semua di atas, FBS juga mengenakan yuran komisyen 15 USD untuk akaun Sen, dan 25 USD untuk akaun Standard, Mikro, dan Tanpa Spread.

Jika anda teruja dengan bonus dan promosi, FBS akan memnuhi keperluan anda ini dengan acara promosi yang sangat banyak. Ditubuhkan pada 2009, syarikat broker ini dilesen dan dikawal selia oleh IFSC dari Belize dan CySEC dari Cyprus dan telah berdedikasi untuk berkhidmat kepada pelanggan dengan berbagai program menarik, termasuk seminar percuma dan acara istimewa.


Kelebihan Perdagangan Minyak Mentah Dalam Talian

Walaupun perdagangan minyak mentah dalam talian tidak se-popular Forex atau perdagangan logam, anda boleh mendapat beberapa kelebihan tertentu jika anda memutuskan untuk berdagang dengan instrumen dagangan ini

1. Kecairan Tinggi dalam Pasaran Antarabangsa

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, minyak mentah diproses dan ditapis kepada beraneka produk, berjulat dari petroleum ke plastik. Jadi, permintaan terhadap produk adalah tidak terbatas kepada ramai orang dan banyak syarikat yang mengakibatkan pergerakan yang sangat laju dalam pasaran.

Pergerakan pantas pasaran atau kecairan adalah sudah tentu salah satu aspek penting dalam pencarian instrumen dagangan dalam talian anda. Anda perlu berupaya untuk membeli dengan cepat dan menjual semula instrument perdagangan pada bila-bila masa yang anda inginkan pada apa-apa sasaran harga anda.

2. Turun Naik Harga Tinggi

Harga minyak mentah ditentukan oleh berbagai faktor, termasuk penawaran-permintaan, dan keadaan politik dan ekonomi di negara terbabit. Oleh itu, meramal harga minyak mentah adalah mencabar untuk pakar kewangan kerana ia boleh naik dan turun dengan mendadak pada beberapa detik peristiwa. Pakar ini perlu menggunakan berbagai alatan dan kaedah untuk meramal harga sekurang-kurangnya dekat dengan kemungkinan harga hadapan minyak mentah. Turun naik harga yang tinggi membuatkan perdagangan minyak mentah berubah-mudah tinggi.

Berdagang dalam pasaran bermudah ubah tinggi mungkin kedengaran tidak wajar; namun begitu, jika anda seorang pedagang berpengalaman, anda akan tahu bahawa pasaran dengan mudah ubah tinggi menawarkan kemungkinan keuntungan yang tinggi untuk kedua pelaburan jangka pendek dan panjang.

Walau begitu, risiko tinggi berdagang dalam pasaran sedemikian, walaupun berdepan dengan keuntungan tinggi, tidak wajar diketepikan. Jadi ambil langkah berjaga dan hanya teruskan jika anda yakin dengan kemahiran dan pengalaman anda.

3. Lindung Nilai Atas Susut Nilai Mata Wang

Minyak mentah biasanya disebut dalam dolar A.S. Hasilnya, ianya hampir pasti bahawa harga minyak mentah bergerak dalam arah bertentangan dengan USD, lalu memberikan kesan kepada mata wang tertentu lain yang juga disebut dalam dolar A.S.

Inilah sebabnya jika anda mencari pelaburan alternatif yang berfungsi sebagai lindung nilai ke atas susut nilai mata wang, anda boleh sentiasa mengharapkan dagangan minyak mentah.

4. Mempelbagaikan Portfolio Dagangan

Ia adalah pengetahuan biasa kepada ahli perniagaan untuk tidak meletakkan semua dana dalam satu tempat. Mempelbagaikan portfolio dagangan anda adalah sangat penting untuk mendapatkan semua hasil berkemungkinan dan mengelakkan dari kehilangan semua modal anda apabila pasaran bergerak bertentangan dari jangkaan anda.

Jika anda yakin anda telah mahir dalam Forex dan pasaran dagangan logam, mungkin ia adalah masa yang sesuai untuk anda menaikkan aras cabaran anda dan turut serta dalam pasaran dagangan minyak mentah.

Kepentingan Dagangan Minyak Mentah Dalam Talian

Anda mungkin telah lihat di berita tentang bagaimana minyak telah menjadi salah satu aspek penting dalam ekonomi dunia. Cecair ini kelihatan penting untuk beberapa negara dari segi keputusan politik dan ekonomi. Ini adalah kerana minyak mentah mempunyai nilai tersembunyi yang menentukan harga barangan antarabangsa, terutamanya apabila produk akhirnya berjulat dari minyak kapal ke plastik.

Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA) pernah menyatakan bahawa harga minyak mentah memberikan kesan 96% kepada kos pengangkutan. Jadi, apabila kos perkapalan meningkat, ia bermakna harga akhir untuk produk lain juga akan meningkat, termasuk makanan dan produk industri. Tambahan pula, minyak mentah juga mempunyai impak penting kepada penggunaan kediaman dan komersial (21%), dan penggunaan kuasa elektrik (3%) juga. Angka ini menonjolkan betapa pentingnya cecair ini dalam kehidupan seharian kita, dan anda boleh membayangkan kecairan pasaran ini apabila anda mula untuk berdagang minyak mentah dalam talian.

Selain itu, tidak seperti pasaran logam yang berkestabilan tinggi, perdagangan minyak mentah menawarkan kemudahubahan tinggi disebabkan keunikannya dan pengaruhnya dalam sistem ekonomi dan politik. Jadi, melabur dana anda dalam pasaran dagangan minyak mentah dalam talian akan memastikan pulangan tinggi untuk kedua jangka pendek dan panjang, asalkan anda berkemahuan untuk mempelajari tentang bagaimana pasaran beroperasi dan memahami aspek tersembunyi untuk mengelakkan kemungkinan kejatuhan dalam pelaburan anda.

Ianya mungkin kedengaran rumit dan berisiko tinggi sekarang, namun dengan strategi dan pemasaan yang betul, berdagang dalam pasaran yang berkemudahubahan tinggi akan memberikan keuntungan yang anda inginkan.