✅ Forex Malaysia - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia - Forex Trading di Malaysia

XM Copy Trading Review

Ramai orang berkata yang perdagangan Forex memerlukan banyak modal, kerja keras, pengalaman dan kemahiran. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya? Jawapan ringkasnya adalah ya. Namun, terdapat satu alternatif yang membolehkan anda menyertai terus perdagangan Forex tanpa sebarang syarat awal. Bagaimana? Dengan menggunakan satu bentuk perdagangan sosial yang dipanggil Copy Trading di broker XM.
XM Copy trading
Apa itu Copy Trading XM?
Seperti namanya, Copy Trading merujuk kepada satu bentuk perdagangan sosial yang membolehkan anda menyalin perdagangan orang lain.

Ini merupakan kaedah perdagangan ideal bagi pedagang yang tidak berpengalaman untuk berdagang Forex tanpa rasa rumit. Dengan cara ini, mereka tidak perlu belajar pelbagai carta dan keadaan pasaran untuk membentuk strategi sendiri. Sebaliknya, mereka boleh sahaja mengikut pedagang yang sudah mahir dan menyalin strateginya untuk perdagangan mereka.

Pedagang berpengalaman
juga boleh menggunakan copy trading untuk menjana lebih banyak wang dengan berkongsi strategi mereka. Ini akan membolehkan mereka menguji strategi-strategi berbeza untuk menjadikan perdagangan mereka lebih menarik.
Bagaimana Copy Trading XM berfungsi?
Terdapat dua jenis akaun Copy Trading XM untuk dipilih, iaitu Pelabur dan Pengurus Strategi.
cara copy trading xm berfungsi
👍 1. Pelabur

Akaun ini sesuai untuk pedagang baharu yang tidak yakin dengan kemahiran perdagangan mereka, tetapi mahu terus menyertai perdagangan Forex.

Sebagai Pelabur, terlebih dahulu, anda melabur sedikit wang dan memilih pakar perdagangan untuk mengikut strateginya. Apabila anda menyalin perdagangan pakar, ia akan diulang dalam portfolio anda. Kemudian, anda perlu menunggu dan memantau perdagangan tersebut, dan jika perdagangan itu menguntungkan, anda akan mendapat keuntungan dan membayar komisen kepada pedagang pakar itu.

Anda juga boleh mengikut pedagang berbeza (Pengurus) untuk mempelbagaikan portfolio perdagangan anda dan mendapat manfaat daripada pelbagai strategi perdagangan secara serentak. Dengan cara ini, anda boleh memaksimumkan keuntungan dan mengurangkan kerugian! Ingat, tidak kira sehebat mana pedagang profesional itu, mereka juga tidak akan terlepas daripada membuat kesilapan.

👍 2. Pengurus Strategi

Pengurus Strategi ialah pakar yang perdagangannya anda akan salin. Daripada melabur wang, Pengurus Strategi berkongsi strategi mereka supaya pedagang lain boleh mengikutnya sebagai pertukaran kepada komisen yang telah dipersetujui terlebih dahulu. 

Sebagai Pengurus Strategi, anda boleh membawa perdagangan anda ke peringkat seterusnya dengan membuat perdagangan biasa sambil menjana sedikit wang sampingan dalam bentuk komisen Copy Trading.
Adakah Copy Trading XM satu pilihan yang selamat untuk pedagang?
Platform Copy Trading XM mudah digunakan dan membenarkan pedagang baharu belajar daripada pedagang yang berpengalaman. Jenis perdagangan ini memberi kelebihan kepada pedagang baharu kerana mereka boleh terus menyertai pasaran, belajar strategi daripada pedagang pakar dan kemudian mencipta strategi sendiri. 

Seperti yang kita semua tahu, tiada pelaburan tanpa risiko dan Copy Trading juga tidak terkecuali. Sudah tentu anda boleh menjana wang dan belajar daripada pedagang terbaik, tetapi anda juga boleh kerugian wang kerana tiada apa yang dijamin dalam pasaran Forex. Cara terbaik untuk mengelak atau sekurang-kurangnya meminimumkan kerugian anda ialah dengan menggunakan alat seperti Henti Rugi untuk memantau perdagangan anda dengan teliti.

Bagaimana Cara untuk Menggunakan Platform Copy Trading XM?

Untuk mula menggunakan platform Copy Trading XM, anda perlu mendaftar sebagai ahli di XM dan mengesahkan identiti anda. Selepas itu, anda hanya perlu mendaftar sama ada sebagai Pelabur atau Pengurus Strategi. Kemudian, anda boleh ikut strategi-strategi berjaya yang ditawarkan oleh pakar atau berkongsi strategi sendiri, dan itu sahaja!

Setelah anda log masuk ke ruang Ahli anda, di bahagian kiri, anda akan melihat menu yang mengandungi Copy TradingPortfolioPertandinganSuapan Sosial, Tetapan, dan Soalan Lazim seperti yang ditunjukkan di bawah: 
halaman copy trading xm
Menu Copy Trading menunjukkan senarai Pengurus Strategi berserta carta prestasinyapulanganbilangan pelabur yang mengikuti merekayuran peratus, dan banyak lagi. Anda juga boleh memilih mereka berdasarkan kategori aset, pedagang terbaik, Pengurus Strategi paling popular, kekerapan perdagangan, skor risiko dan jenis strategi.

Selepas membiasakan diri anda dengan halaman ini, anda boleh membuat keputusan sama ada mahu menjadi Pelabur atau Pengurus Strategi.
Pelabur: Cara untuk mengikut strategi:
Mengikut strategi itu mudah. Ikut langkah-langkah berikut dan anda akan bersedia:

🟢 Buka akaun Pelabur melalui Ruang Ahli. Jika anda tidak berdaftar secara automatik sebagai Pelabur, klik butang “Cipta Pelabur”di sudut kanan atas. Pastikan anda sudah mengesahkan identiti sendiri dahulu sebelum berbuat demikian.
akaun pelabur xm
🟢 Pilih Pengurus Strategi yang anda ingin ikut berdasarkan maklumat yang disediakan. Anda juga boleh mengklik Pengurus Strategi berbeza untuk memeriksa prestasi mereka dari segi leverajyuranpelaburan minimumbilangan pelaburjumlah pelaburancarta prestasi dalam rangka masa berbeza, portfolioperuntukan aset, dan banyak lagi.
pengurus strategi xm
🟢 Selepas mengikut Pengurus Strategi, anda boleh menyalin perdagangan mereka secara manual.

🟢 Anda boleh masukkan amaun pelaburan anda berdasarkan formula pendarab seperti berikut:
formula xm untuk amaun copy trading
Sebagai contoh, anda mahu pendarab 0.5 dan Pengurus Strategi membuka kedudukan 1 lot. Dalam kes tersebut, akaun Pelabur anda akan membuka 0.5 x 1 lot = 0.5 lot.

Selain daripada langkah-langkah di atas, terdapat beberapa faktor penting yang perlu anda perhatikan:

👍 Akaun Pelabur hanya boleh diakses daripada platform web XM atau peranti mudah alih.

👍 Satu klien hanya boleh mempunyai 1 akaun Pelabur, tetapi mereka boleh menyalin strategi tanpa had.

👍 Akaun Pelabur hanya disediakan dalam USD, dengan leveraj 1:300. Akaun ini boleh digunakan untuk lot Mikro dan didatangkan dengan spread (serendah 1 pip) dan swap yang sama seperti akaun Standard.

👍 Anda boleh membiayai akaun Pelabur anda sama dengan jenis akaun lain melalui Ruang Ahli, deposit terus, atau pindahan dalaman dari akaun XM anda yang lain.

👍 Apabila anda menyalin kedudukan terbuka, perdagangan yang telah dibuat oleh Pengurus Strategi anda akan diulang untuk anda mengikut harga pasaran semasa. Jika kedudukan tiada semasa salinan itu, ia akan disalin sebaik sahaja pasaran dibuka.

👍 Anda boleh hentikan sementara strategi, dan jika anda berbuat demikian, tiada kedudukan baharu yang akan dibuka sehingga anda menyambungnya semula. Walau bagaimanapun, jika Pengurus Strategi anda menutup kedudukan semasa anda menghentikan sementara satu strategi, kedudukan itu masih akan ditutup pada akaun anda.

👍 Saiz minimum perdagangan untuk akaun Pelabur adalah 0.1 lot untuk indeks dan 0.001 lot untuk instrumen perdagangan yang lain. Jika saiz perdagangan anda di bawah nilai minimum, tiada kedudukan yang akan dibuka.

👍 Pelaburan minimum untuk menyalin perdagangan adalah 50 USD. Akan tetapi, Pengurus Strategi boleh membuat keputusan sendiri tentang amaun pelaburan minimumnya, jadi ia mungkin lebih tinggi daripada 50 USD.

👍 Akaun Pelabur mempunyai panggilan margin 50% dan stop out 20%. Ini akan ditunjukkan dalam bar perkembangan anda pada platform Copy Trading XM anda.

👍 Pada masa sekarang, CFD Saham tidak disediakan untuk copy trading. Akan tetapi, ia mungkin disediakan pada masa akan datang.
Pengurus Strategi: Cara mencipta strategi
Jika anda ingin menjadi Pengurus Strategi, anda boleh mencipta strategi anda dengan membuat langkah-langkah berikut:

🟢 Buka Ruang Pengurus Strategi di bahagian kiri.
ruang pengurus strategi xm
🟢 Klik butang “Cipta Strategi” di bahagian atas halaman.

🟢 Isi butiran akaun perdagangan anda.

🟢 Isi butiran strategi anda, termasuk komisen yang diinginkan dan kata laluan pilihan, dan tentukan sama ada anda mahu mengimport sejarah daripada akaun XM sedia ada anda.

🟢 Kini strategi anda boleh diikut!

Sebagai Pengurus Strategi, berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda ketahui:

👍 Platform Copy Trading XM serasi dengan kedua-dua MT4 dan MT5, jadi anda boleh siarkannya dengan mudah.

👍 Strategi anda hanya kelihatan pada Pelabur jika mereka mempunyai ekuiti lebih daripada 150 USD.

👍 Pengurus Strategi boleh membuka sehingga 10 akaun Pengurus Strategi.

👍 Di ruang Pengurus Strategi, pelbagai jenis maklumat penting yang disediakan, seperti butiran strategi anda (kata laluan, mata wang, bilangan pelaburan, skor risiko, yuran, yuran yang diterima, pelabur, dll.), statistik pulangan dan keuntungan, angka risiko, kekerapan perdagangan, peruntukan aset dan butiran yuran.

👍 Tiada bilangan maksimum untuk pengikut atau komisen. Namun, peratus maksimum komisen adalah 
50% daripada keuntungan Pelabur anda.

👍 Komisen dibayar mengikut mata wang akaun anda. Jadi, jika Pelabur mempunyai mata wang asas yang berbeza, ia akan ditukar secara automatik.
Bagaimana cara yuran dikira?
Pengiraan yuran di platform Copy Trading XM adalah sedikit unik. Berita baiknya adalah Pelabur hanya perlu membayar jika perdagangan itu menguntungkan dan di atas high water mark sebelumnya. Ya, yuran dikira menggunakan model High Water Mark.


High-water mark 
bermaksud nilai tertinggi yang telah dicapai dalam pelaburan. Mari kita gunakan contoh berikut untuk membantu anda memahami proses ini dengan lebih baik.
model High Water Mark XM
Selepas mengikut Pengurus Strategi, buka perdagangan pertama anda. Apabila Perdagangan 1 menguntungkan, anda akan membayar komisen berdasarkan peratus yang telah ditentukan oleh Pengurus Strategi. Mari katakan dalam perdagangan ini, high-water mark adalah 100 USD (HWM 1).

Kemudian, anda membuat keputusan untuk membuka perdagangan kedua yang sekali lagi menguntungkan dengan 200 USD high-water mark (HWM 2). Dalam kes ini, komisen akan dikenakan.

Dalam perdagangan ketiga, anda kerugian sedikit wang, jadi anda tidak perlu membayar sebarang komisen. Dalam Perdagangan 4, anda sekali lagi mendapat keuntungan, tetapi dengan high-water mark lebih rendah berbanding yang sebelumnya (HWM 2). Itu bermaksud tiada komisen untuk perdagangan ini.

Perdagangan terakhir
juga menguntungkan dengan high-water mark yang tinggi pada 250 USD (HWM 3). Oleh sebab ia lebih tinggi berbanding sebelumnya, anda akan perlu membayar komisen.

Ingat, yuran dikira dan dibayar setiap hari, manakala peratus maksimum yang boleh dikenakan oleh Pengurus Strategi adalah 50%.

Apakah kelebihan Copy Trading XM?

Sebagai satu bentuk perdagangan sosial yang popular, Copy Trading XM didatangkan dengan pelbagai kelebihan untuk kedua-dua Pelabur dan Pengurus Strategi.

🙂 Pelabur

✅ 1. Boleh Terus Bermula

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Copy Trading XM adalah pilihan yang bagus untuk pedagang baharu yang tidak mempunyai banyak pengalaman berdagang dan juga kemahiran. Disebabkan mereka hanya perlu menyalin perdagangan Pengurus Strategi, mereka boleh terus mula tanpa perlu belajar dari awal atau belajar cara pasaran bergerak.

Sebagai Pelabur, anda hanya perlu melayari dan mencari Pengurus Strategi dengan rekod yang baik untuk matlamat perdagangan anda, gaya dan juga keupayaan kewangan. Kemudian, anda boleh putuskan amaun pelaburan sendiri dan menunggu hasilnya.

✅ 2. Mudah dan Cekap

Tidak semua orang mempunyai masa yang banyak untuk berdagang secara manual disebabkan strategi memerlukan perancangan yang teliti berdasarkan pelbagai faktor. Ia juga mengambil banyak masa untuk belajar carta, pergerakan pasaran, berita dan peristiwa. Walaupun selepas membuka kedudukan, anda masih perlu memantaunya dengan teliti untuk mengelakkan kerugian.

Copy Trading XM adalah cara yang mudah dan cekap untuk berdagang kerana ia mudah dan tidak mengambil banyak masa untuk disediakan. Anda boleh luangkan masa anda membuat benda lain. Akan tetapi, meskipun kaedah ini mudah, anda masih perlu memantau copy trading milik anda untuk memastikan anda menjana keuntungan, bukannya kerugian.

✅ 3. Satu Cara untuk Belajar

Satu perkara yang baik tentang platform Copy Trading XM adalah anda boleh belajar sambil berlatih. Kebanyakan Pengurus Strategi adalah pedagang berpengalaman dengan pengalaman selama bertahun-tahun dalam genggaman mereka. Dengan memerhatikan dan menyalin strategi serta perdagangan mereka, anda boleh lihat cara mereka membangunkan strategi tersendiri dan mengendalikan pergerakan pasaran.

Anda boleh anggap komisen yang dikenakan itu sebagai bayaran untuk pendidikan perdagangan anda. Selepas anda lebih yakin dengan kemahiran sendiri, anda boleh cuba membangunkan strategi sendiri langkah demi langkah.

🙂 Pengurus Strategi

✅ 1. Pendapatan yang Lebih Besar

Ini salah satu sebab ramai pedagang berpengalaman menyertai program Copy Trading XM. Dengan menyertai copy trading, anda boleh mendapat amaun komisen tertentu bagi setiap perdagangan untung yang anda buat.

Anda boleh mendapat sehingga 50% bahagian keuntungan dengan membenarkan salinan anda disalin. Semakin ramai Pelabur yang mengikut strategi anda, semakin banyak bayaran yang anda terima kerana perdagangan anda yang menguntungkan.

✅ 2. Mencuba Strategi Baharu

Sebagai pedagang profesional, anda mungkin ingin menguji beberapa strategi yang anda tidak mempunyai modal untuk membuatnya. Dalam kes ini, program Copy Trading XM boleh menjadi satu cara untuk melakukannya tanpa perlu merisikokan terlalu banyak wang sendiri.

Sila ingat, apabila anda mencuba strategi baharu menggunakan modal pengikut anda dan juga modal sendiri, ia menggandakan beban tanggungjawab anda dan hasilnya akan dicerminkan pada prestasi anda. Jadi, pastikan anda menguji strategi dengan betul untuk mengelakkan kerugian dan merosakkan reputasi anda.

Meskipun Copy Trading XM adalah satu cara yang bagus untuk pedagang baru bermula, ingat, prestasi lalu Pengurus Strategi tidak menjamin kejayaan masa depan mereka. Lagipun, anda mengamanahkan simpanan anda kepada orang asing. Itulah sebabnya anda perlu sentiasa memantau perkembangan dana anda dan menangani perubahan dengan segera jika perlu. Dan perkara paling penting, jangan hanya bergantung pada copy trading – anda masih perlu belajar cara untuk berdagang jika anda ingin menyertai pasaran Forex sebagai pedagang sebenar.