✅ Forex Malaysia - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia - Forex Trading di Malaysia
FXGT Malaysia

FXGT.com Broker Review

FXGT.com menawarkan khidmat perdagangan dalam talian yang bertaraf dunia kepada semua kliennya. Misi syarikat ini adalah untuk memastikan ketenangan minda para pedagangnya dalam perjalanan perdagangan mereka dan membantu mereka mencapai matlamat perdagangan masing-masing.

Sejak ia muncul dalam bidang kewangan pada tahun 2019, broker CFD FXGT.com telah berjaya mendapatkan lesen daripada pengawal selia antarabangsa yang terkenal, iaitu FSA Seychelles, FSCA Afrika Selatan, VFSC Vanuatu. Syarikat ini juga telah memenangi beberapa anugerah berprestij seperti Broker Hibrid Terbaik 2022 dalam Ultimate Fintech Awards, Anugerah Broker Terbaik 2023 oleh AtoZ Markets, dan Keadaan Perdagangan Terbaik Global 2025 oleh Brokers View.

Di FXGT.com, pedagang boleh memilih daripada 4 jenis akaun perdagangan, iaitu Pro, ECN, Mini, dan Standard+ untuk berdagang pelbagai instrumen (Forex, tenaga, logam berharga, mata wang kripto, saham, dan indeks ekuiti) pada platform MT4 dan MT5. Dengan deposit minimum 5 USD, pedagang boleh mendapat  keadaan perdagangan seperti saiz minimum 0.01 lot, spread serendah 0 pip, leveraj setinggi 1:1000, serta komisen sifar dan rendah. Selain daripada itu, perlindungan nilai (hedging), perdagangan berita serta scalping juga diterima, dan semua transaksi akan dilaksanakan pada pasaran.

Sebagai broker antarabangsa, FXGT.com menerima kedua-dua kaedah pembayaran tempatan dan antarabangsa, termasuk kad kredit dan debit, e-dompet, pindahan bank tempatan, dan mata wang kripto. Sila ambil maklum, meskipun broker ini tidak  mengenakan sebarang yuran pada deposit dan pengeluaran anda, penyedia pembayaran mungkin mengenakan yuran tambahan.

Tambahan lagi, broker ini menyediakan sokongan berbilang bahasa 24/7 melalui sembang langsung, tiket sokongan dan saluran media sosial. Halaman Pusat Sumber juga menyediakan Soalan Lazim dan menawarkan kit alat perdagangan canggih, program tajaan VPS dan bonus kesetiaan tanpa had. Pedagang juga boleh menggunakan isyarat perdagangan MQL5, pandangan pedagang, analisis pasaran, kalendar ekonomi dan cuti, artikel, eBuku dan glosari di laman web broker.
Laman web: www.FXGT.com
Peraturan: FSA, FSCA, VFSC, CySEC
Negara: Cyprus
Tahun Penubuhan: 2019
Sokongan di Malaysia: Yes
Bank tempatan di Malaysia: Yes
FXGT Rating: 4.5 / 5
Rating: 4.5 / 5

Jenis Akaun Broker FXGT

Untuk memberi khidmat perdagangan yang terbaik, FXGT.com menawarkan 4 jenis akaun berbeza untuk pelbagai gaya, strategi dan tahap pengalaman dalam perdagangan. Pedagang boleh membuka sehingga 6 akaun langsung dengan broker ini. Semua akaun disediakan sebagai bebas swap atas permintaan.

✅ 1. Pro

Seperti namanya, akaun ini sesuai untuk pedagang profesional yang mempunyai banyak pengalaman dalam berdagang. Itulah sebab akaun Pro didatangkan dengan keadaan perdagangan terbaik, termasuk spread yang kecil dari 5 mata, leveraj sehingga 1:1000, dan komisen sifar. Volum perdagangan min dan maks untuk akaun ini masing-masing adalah 0.01 lot dan 200 lot.

Untuk mula berdagang dalam Forex, indeks ekuiti, logam, tenaga, saham, kripto, kripto sintetik, indeks GTi12, token DeFi dan NFT, pedagang boleh membuat deposit dengan amaun minimum 5 USD. Akaun ini disediakan dalam beberapa mata wang, iaitu BTC, ETH, USDT, ADA, XRP, EUR, dan USD. Pedagang boleh menikmati pelaksanaan pesanan pasaran menggunakan platform perdagangan MT4 dan MT5 pada komputer, web dan peranti mudah alih.

✅ 2. ECN

Akaun ECN
adalah pilihan terbaik untuk pedagang yang ingin membuat perdagangan spread raw, ini kerana akaun ini didatangkan dengan keadaan pasaran sebenar untuk mata wang BTC, ETH, USDT, ADA, XRP, EUR, dan USD. Pedagang boleh berdagang dalam pasangan FX, indeks ekuiti, logam, tenaga, saham, kripto, kripto sintetik dan indeks GTi12 di platform MT4 dan MT5 pada komputer, web dan peranti mudah alih.

Untuk mengakses ciri ini, pedagang hanya perlu membuat deposit minimum 5 USD. Volum min dan maks perdagangan untuk akaun ini masing-masing adalah 0.01 lot dan 200 lot. Selain itu, leveraj adalah sehingga 1:1000 berdasarkan volum, spread terapung daripada 0 mata, dan semua pesanan dilaksanakan dalam pasaran. Ingat, pemegang akaun ECN perlu membayar komisen berikut:

Sehingga $6 bagi satu perdagangan lengkap pada semua Kelas Aset Forex
Sehingga $5
bagi satu perdagangan lengkap untuk Logam Berharga
0.1%
bagi satu perdagangan lengkap untuk semua Kelas Aset Kripto

✅ 3. Mini

Di FXGT.com, pedagang baharu boleh menggunakan akaun Mini dengan lot mikro untuk membiasakan diri dengan pasaran perdagangan. Pedagang baharu boleh mengasah kemahiran perdagangan mereka menggunakan pasangan Forex, indeks ekuiti, logam, tenaga, saham, kripto dan indeks GTi12 dengan pelaksanaan pesanan pasaran. Mata wang asas yang ditawarkan adalah BTC, ETH, USDT, ADA, XRP, EUR, dan USD. Sebagai tambahan, akaun ini disediakan pada platform perdagangan MT4 dan MT5 menerusi komputer, web dan peranti mudah alih.

Keadaan perdagangannya sama dengan jenis akaun lain, seperti leveraj sehingga 1:1000 dan deposit minimum 5 USD, kecuali untuk spread yang berubah-ubah daripada 10 mata. Volum perdagangan min dan maks masing-masing adalah 0.01 lot dan 200 lot.

✅ 4. Standard+

Jenis akaun terakhir yang sesuai untuk semua pedagang dengan beratus-ratus instrumen, seperti Forex, indeks ekuiti, logam, tenaga, saham, kripto, kripto sintetik dan indeks GTi12. Sebagai tambahan, pelbagai mata wang disediakan untuk jenis akaun ini, iaitu BTC, ETH, USDT, ADA, XRP, EUR, dan USD.

Sebaik sahaja pedagang membuat deposit 5 USD dan membuka volum perdagangan 0.01 lot, pedagang boleh menikmati leveraj setinggi 1:1000 dan spread serendah 10 mata. Semua transaksi dilaksanakan pada pasaran di platform MT4 dan MT5 menerusi komputer, web, dan peranti mudah alih. Pemegang akaun Standard+ tidak perlu membayar sebarang komisen.
Pro
Deposit Minimum: $5
Leverage: 1:1000
Saiz dagangan terkecil: 0.01
Jenis Spread: Terapung dari 5 pip
Komisen: No
Matawang asas Akaun: USD, EUR, BTC, ETH, USDT, ADA, XRP

ECN
Deposit Minimum: $5
Leverage: 1:1000
Saiz dagangan terkecil: 0.01
Jenis Spread: Terapung dari 0 pip
Komisen: $6/lot for FX, $5/lot for Metals
Matawang asas Akaun: USD, EUR, BTC, ETH, USDT, ADA, XRP

Mini
Deposit Minimum: $5
Leverage: 1:1000
Saiz dagangan terkecil: 0.1
Jenis Spread: Terapung dari 10 pip
Komisen: No
Matawang asas Akaun: USD, EUR, BTC, ETH, USDT, ADA, XRP

Standard+
Deposit Minimum: $5
Leverage: 1:1000
Saiz dagangan terkecil: 0.01
Jenis Spread: Terapung dari 10 pip
Komisen: No
Matawang asas Akaun: USD, EUR, BTC, ETH, USDT, ADA, XRP

FXGT.com juga menawarkan akaun Demo kepada pedagang yang ingin mencuba khidmat perdagangan syarikat secara percuma. Pedagang boleh membuka sehingga 2 akaun bagi setiap mata wang, dan dana maya akan diisi semula secara automatik. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa beberapa keadaan perdagangan mungkin berbeza dengan perdagangan dalam akaun Langsung.

Deposit dan pengeluaran FXGT

Deposit
Untuk menyediakan transaksi yang lancar kepada para pedagangnya dari seluruh dunia, FXGT.com menawarkan banyak pilihan pembayaran tempatan dan antarabangsa dengan syarat-syarat berbeza. Kaedah ini termasuk kad debit dan kredit, pindahan bank tempatan, dompet digital dan mata wang kripto.

VISA, Mastercard, Apple Pay, Google Pay (USD, EUR, JPY)

🔸deposit min: 50 EUR/50 USD/5000 JPY, masa pemprosesan: serta-merta, yuran: $0
🔸pengeluaran min: 50 EUR/50 USD/5000 JPY, masa pemprosesan: 2 hari bekerja, yuran: $0

Pindahan Bank Tempatan atau QR (VND, THB, MYR, IDR)

🔸deposit min: 25 USD, masa pemprosesan: serta-merta, yuran: $0
🔸pengeluaran min: 65 USD, masa pemprosesan: serta-merta, yuran: $0

Bitwallet (USD, EUR, JPY)

🔸deposit min: 10 EUR/10 USD/1000 JPY, masa pemprosesan: serta-merta, yuran: $0
🔸pengeluaran min: 10 EUR/10 USD/1000 JPY, masa pemprosesan: 48 jam, yuran: $0

SticPay (USD, EUR, JPY)

🔸deposit min: 5 EUR/5 USD/5000 JPY, masa pemprosesan: serta-merta, yuran: $0
🔸pengeluaran min: 10 EUR/10 USD/3000 JPY, masa pemprosesan: 48 jam, yuran: $0

Neteller, Skrill (USD, EUR)

🔸deposit dan pengeluaran min: 5 EUR/5 USD, masa pemprosesan: serta-merta, yuran: $0

Perfect Money (USD, EUR)

🔸deposit dan pengeluaran min: 50 EUR/50 USD, masa pemprosesan: serta-merta, yuran: $0

FasaPay (USD)

🔸deposit dan pengeluaran min: 10 USD, masa pemprosesan: serta-merta, yuran: $0

Mata Wang Kripto (BTC, ETH, XRP, ADA, USDT ERC20, USDT TRC20)

🔸deposit min: 0.0001 BTC/0.05 ETH/25 XRP/10 ADA/25 USDT, masa pemprosesan: 1-30 minit, yuran: $0
🔸pengeluaran min: 0.0001 BTC/0.05 ETH/25 XRP/10 ADA/35 USDT, masa pemprosesan: 48 jam, yuran: $0

Binance Pay (USDT)

🔸deposit min.: 25 USDT, masa pemprosesan: serta-merta, yuran: $0

Sila ambil maklum, untuk deposit menggunakan kad kredit, FXGT.com akan meminta anda untuk memberikan salinan bahagian hadapan dan belakang kad kredit anda untuk mengesahkan maklumat anda. Di samping itu, penyedia kad kredit dan bank mungkin mengenakan yuran tambahan, seperti yuran kecairan/penukaran meskipun FXGT.com tidak memerlukan yuran tersebut untuk deposit dan pengeluaran.
Untuk deposit dompet digital, broker ini juga memerlukan bukti pemilikan akaun jika e-mel yang dikaitkan dengan dompet digital anda berbeza daripada e-mel FXGT anda.
pengeluaran

Spread FXGT

spreads
Spread di FXGT.com adalah terapung untuk semua jenis akaun. Untuk akaun Pro, spread bermula dari 5 mata, manakala spread untuk akaun Mini dan Standard+ bermula dari 10 mata. Akaun ECN mempunyai spread yang paling kecil antara semua jenis akaun, bermula dari 0 mata.

Berikut adalah spread minimum untuk beberapa pasangan paling popular yang dikira mengikut mata:
Spread FXGT

Jaminan dan keselamatan dana FXGT

safety
FXGT.com menawarkan ketelusan penuh kepada klien-kliennya dari segi perkhidmatan yang disediakannya. Ia bermaksud tiada yuran tersembunyi, dan dana klien disimpan dalam akaun berasingan di bank-bank Peringkat 1, berbeza daripada dana operasi syarikat. Ciri perlindungan baki negatif juga menghalang pedagang daripada mengalami kerugian yang melebihi jumlah deposit mereka.

Sebagai tambahan, broker ini menggunakan leveraj dinamik sehingga 1:1000 berdasarkan volum perdagangan. Leveraj ini berfungsi sebagai alat pengurusan risiko yang menghalang akaun anda daripada pendedahan berlebihan, dengan itu menyeimbangkan tahap risiko anda sambil memaksimumkan potensi perdagangan anda. Peringkat leveraj adalah berbeza-beza bergantung pada jenis instrumen dan profil risiko setiap kelas aset.

Broker antarabangsa ini mempunyai beberapa syarikat berdaftar di negara berbeza dan dikawal selia oleh empat pengawal selia terkemuka:

👉 GT Global Ltd.: Seychelles, diberi lesen dan dikawal selia oleh Seychelles Financial Services Authority (FSA)
👉 GT IO Markets (Pty) Ltd.: Afrika Selatan, dikawal selia oleh Financial Sector Conduct Authority
👉 GT Global Markets Ltd.: Vanuatu, diberi lesen dan dikawal selia oleh Vanuatu Financial Services Commission (VFSC)
👉 GT Investment Services Ltd.: Cyprus, diberi lesen dan dikawal selia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC), sejajar dengan MiFID II, beroperasi di bawah FXGT.eu. Akan tetapi, dengan lesen ini, FXGT.eu memberi perkhidmatan kepada klien-klien institusi dan rakan niaga yang layak sahaja.

Sebagai tambahan, FXGT.com telah diperakui oleh PCI DSS, bermaksud syarikat ini perlu mematuhi satu set syarat keselamatan. Broker ini juga menyulitkan semua data dan melaksanakan ujian penilaian keselamatan dengan kerap.

Akhir sekali, broker CFD ini menyediakan insurans liabiliti sehingga €1,000,000 sekiranya berlaku kesilapan, pengabaian, kecuaian dan risiko-risiko lain yang boleh mengakibatkan kerugian kewangan.

Platform dagangan di FXGT

Sebagai broker CFD yang mempunyai reputasi, FXGT.com memahami kepentingan memiliki platform perdagangan terbaik untuk perjalanan perdagangan anda. Itulah sebabnya syarikat ini hanya menawarkan dua platform perdagangan yang paling popular pada komputer, WebTrader, Android, macOS, dan iOS.

MT4 adalah platform yang versatil, mesra pengguna dan cekap dari segi perdagangan untuk Forex dan CFD. Terdapat juga ciri-ciri boleh suai dalam bahasa MQL4. Platform ini didatangkan dengan perdagangan satu klik dan perdagangan automatik (automated trading - EA), dengan 30 indikator, 4 jenis pesanan belum selesai, 3 jenis pelaksanaan pesanan, dan 31 objek graf. Pedagang juga boleh menggunakan 9 rangka masa carta, dari 1 minit sehingga 1 bulan. Platform ini juga menyokong perlindungan nilai.

Sebagai platform perdagangan yang lebih canggih, MT5 boleh digunakan untuk berdagang Forex, CFD, saham, niaga hadapan dan opsyen. Dengan masa pelaksanaan pesanan yang pantas dan cekap, pedagang boleh merasai pengalaman perdagangan yang lebih baik menggunakan 38 indikator terbina dalam, 22 alat analisis, 46 objek grafik, 6 jenis pesanan belum selesai, dan 4 jenis pelaksanaan pesanan. Ciri-ciri lain juga disediakan seperti perdagangan satu klik, pengujian strategi, kedalaman pasaran, kalendar ekonomi dan 21 rangka masa carta. Platform MT5 juga menyokong kedua-dua perlindungan nilai dan netting.

Jenis Pasaran Kewangan di FXGT

Di FXGT.com, pelbagai instrumen disediakan untuk perdagangan dengan penggunaan leveraj dinamik. Ia bermaksud leveraj adalah berbeza-beza, bergantung pada jenis instrumen dan volum perdagangan. Inilah sebabnya setiap instrumen kewangan didatangkan dengan keadaan perdagangan yang berbeza:

Pasangan Major Forex
➡️ leveraj 1:100 - 1:1000, margin 0.1-1%
Pasangan Minor Forex
➡️ leveraj 1:100 - 1:1000, margin 0.1-1%
Pasangan Eksotik Forex
➡️ leveraj 1:20 - 1:500, margin 0.2-5%
Kripto Sintetik
➡️ leveraj 1:10 - 1:50, margin 2-10%
BTC, LTC, ETH, BCH, XRP
➡️ leveraj 1:20 - 1:1000, margin 0.1-5%
ADA, DOT, XLM
➡️ leveraj 1:20 - 1:1000, margin 0.1-5%
Logam Berharga
➡️ leveraj 1:100 - 1:1000, margin 0.1-1%
Tenaga
➡️ leveraj 1:10 - 1:100, margin 1-10%
Indeks Ekuiti
➡️ leveraj 1:10 - 1:100, margin 1-10%
GTi12
➡️ leveraj 1:10 - 1:100, margin 1-10%
Saham
➡️ leveraj 1:5 - 1:50, margin 2-20%
NFT, Koin, Token DeFi, SHB, DOG
➡️ leveraj 1:5 - 1:50, margin 2-20%

Kelebihan Berdagang dengan FXGT

Dikawal selia oleh FSA Seychelles, FSCA Afrika Selatan, VFSC Vanuatu
Berdagang menggunakan platform MT4 dan MT5 pada komputer, WebTrader, Android, macOS, dan iOS
4 jenis akaun disediakan: PRO, ECN, Mini, dan Standard+
Semua pesanan dilaksanakan pada pasaran dengan purata kelajuan pelaksanaan adalah 120 milisaat
Deposit minimum serendah 5 USD dengan komisen sifar
Sokongan berbilang bahasa 24/7 menerusi sembang langsung, tiket dan saluran media sosial
Dagangkan Forex, tenaga, logam berharga, mata wang kripto, saham, indeks ekuiti
Anda boleh membuat Perlindungan Nilai, perdagangan berita, dan scalping
Leveraj dinamik sehingga 1:1000 dan spread bermula dari 0 pip
Pelbagai kaedah pembayaran: kad kredit/debit, pindahan bank tempatan, e-dompet dan mata wang kripto
Carilah broker Forex lain di Malaysia
JustMarkets Malaysia
FBS Malaysia
FPMarkets Malaysia
Tickmill Malaysia
RoboForex Malaysia
XM Malaysia