Jenis Akaun FP Markets Malaysia
Sesetengah pedagang mungkin lebih suka perkhdimatan dagangan yang lebih terperinci dan mendalam, sementara yang lain mungkin merasakan perkhidmatan ini sukar dalam situasi yang mencabar, keadaan yang sering berlaku dalam pasaran forex.
Sebagai penyelesaian untuk masalah lazim ini, hanya dua pilihan disediakan kepada pedagang, iaitu Akaun Standard dan Raw FP Markets. Kedua akaun ini memberikan akses kepada lebih daripada 70 instrumen dagangan, termasuk Forex, indeks, dan komoditi dengan beberapa pilihan akaun dan leveraj fleksibel sehingga 1:500. Lebih lagi, semua aktiviti dagangan akan dijalankan melalui sambungan optikal fiber pada pelayan NY4 canggih.
Jika anda membuat deposit $100, anda boleh dengan mudah membuka akaun dan aksesnya melalui MetaTrader 4, MetaTrader 5, Webtrader, dan apl mudah alih. Platform Iress juga tersedia di FP Markets Malaysia untuk pedagang yang ingin berdagang CFD dalam persekitaran yang lebih sofistikated. Walau begitu, ia memerlukan deposit minimum sebanyak 1,000 USD (atau bersamaannya).
Paling penting sekali, kedua akaun Standard dan Raw FP Markets datang dengan perkhidmatan VPS bermutu tinggi sebagai penyelesaian maju untuk Expert Advisor, scalper, dan dagangan-auto.
👉 Akaun Standard vs Raw
Walaupun akaun Standard dan Raw FP Markets kelihatan sama pada permukaan, keduanya direka bentuk untuk membekalkan pedagang dengan objektif dan strategi dagangan berbeza.
Akaun Standard FP Markets sesuai kepada pedagang baru yang ingin berdagang secara runcitan dan lot yang sedikit. Walaupun akaun Standard mengenakan spread tidak tetap sempit serendah 1 pip, FP Markets Malaysia tidak mengenakan sebarang komisyen untuk apa-apa aktiviti dagangan.
Akaun dagangan Raw FP Markets, sebaliknya, lebih sesuai kepada pedagang profesional yang berdagang dalam amaun besar. Dan walaupun spread tidak tetap untuk jenis akaun ini lebih sempit, serendah 0 pip, terdapat caj $3 komisyen per lot untuk mana-mana dagangan akaun ini.
Minimum Deposit: $100
Leverage: Up to 1:500
Minimum trade size: 0.01
Spread Type: Floating from 1 pip
Commission: No
Account Currency: USD, EUR, GBP, CAD
Minimum Deposit: $100
Leverage: up to 1:500
Minimum trade size: 0.01
Spread Type: Floating from 0 pip
Commission: Yes, 3 USD per side
Account Currency: USD, EUR, GBP, CAD
👉 Akaun Pro
Disamping akaun dagangan diatas, pedagang profesional yang mempunyai bertahun pengalaman dalam pasaran pertukaran antarabangsa juga boleh meminta untuk naik taraf kepada Akaun Pro FP Markets, dimana mereka boleh mengekalkan tahap leveraj maksimum pada semua instrumen dagangan tanpa kos tambahan.
Walau begitu, pedagang perlu memenuhi syarat tertentu untuk akaun jenis ini. Mereka boleh sama ada mengambil Pilihan Ujian Kekayaan dengan mengesahkan kekayaan mereka untuk menunjukkan aset minimum sekurang-kurangnya 2.5 milion AUD dan pendapatan kasar sekurang-kurangnya 250,000 AUD dalam dua tahun lepas, atau membuktikan kemahiran dagangan mereka dengan melengkapkan ujian dalam talian pendek untuk menunjukkan dagangan kasar dan aset bersih minimum, serta membuktikan kepakaran dagangan mereka dengan menunjukkan nilai tanggapan minimum dalal setiap suku sepanjang 5 tahun. Akaun Pro FP Markets tersedia melalui permintaan hanya selepas memenuhi kriteria kelayakan yang disebutkan diatas.
🕌 Akaun Islamik
FP Markets Malaysia fahami sepenuhnya tentang batasan tertentu terhadap pelanggan Muslim dalam usaha dagangan mereka. Inilah sebabnya akaun bebas-swap Islamik boleh didapati dari permintaan selepas membuka akaun dagangan MetaTrader 4 atau MetaTrader 5. Dengan menggunakan akaun bebas-swap Islamik, pedagang boleh berdagang bebas-swap untuk 5 hari pertama. Sekiranya pedagang membuat keputusan untuk mengekalkan posisi mereka lebih lama, yuran pentadbiran, bermula dari 1 USD, akan dikenakan setiap malam. Ambil perhatian bahawa yuran berbeza-beza untuk pasangan mata wang berlainan.
🟢 Akaun Demo
FP Markets Malaysia juga menawarkan Akaun Demo kepada pedagang baru yang ingin berlatih dagangan demo tanpa menggunakan mata wang sebenar. Dengan menggunakan akaun Demo FP Markets, pedagang baru boleh belajar dan ketahui berbagai kelas aset tanpa perlu membuat sebarang deposit, ikut tutorial langkah-langkah dagangan disediakan oleh syarikat, tonton berbagai webinar dagangan Forex, dan nikmati semua ciri yang ditawarkan akaun live tanpa perlu berbelanja walau sesen.
FP Markets Malaysia akan menyahaktifkan akaun kosong yang tidak aktif untuk lebih daripada tiga bulan. Jika pelanggan ingin mengaktifkan semula akaun, mereka boleh lakukannya bila-bila masa hanya dengan menghantar permintaan kepada sokongan pelanggan.
Deposit dan pengeluaran FP Markets Malaysia
Di FP Markets Malaysia, deposit dan pengeluaran tersedia melalui berbagai pilihan bayaran, termasuk kad kredit, e-wallet, perbankan dalam talian, dan pindahan kawat bank tempatan.
Tambahan pula, FP Market Malaysia tidak mengenakan sebarang komisyen untuk deposit. Syarikat akan membiayai sehingga 50 USD caj antarabangsa jika anda mendeposit lebih daripada 10,000 USD.
Deposit segera boleh dilakukan melalui sistem bayaran berikut dengan deposit minimum $50:
🔸 Kad Bank (VISA & Mastercard)
🔸 PayPal
🔸 Skrill
🔸 Neteller
🔸 Bayaran POLi
🔸 NganLuong.vn
🔸 Interac
🔸 Bitcoin
🔸 SafexPay
🔸 DragonPay
🔸 FasaPay
🔸 Kaedah Bayaran Indian
🔸 Yandex
🔸 Qiwi
🔸 Safety Pay
🔸 CT (Thai Pay)
🔸 China Union Pay
🔸 Local Bank Transfer melalui PayTrus
Mendeposit dana melalui sistem bayaran lain akan mengambil masa lebih panjang untuk diproses seperti berikut:
🔸 Pindahan Bank SWIFT à 1 hari bekerja
🔸 BPay à 1 hari bekerja
🔸 Kaedah Bayaran Amerika Selatan à 1 hari bekerja
🔸 Klarna à 1 – 3 hari
🔸 Broker ke Broker à 1 hari bekerja
Mengeluarkan dana dari FP Markets Malaysia tersedia menggunakan sistem bayaran sama seperti kaedah deposit. Selepas deposit dibuat, pedagang seterusnya boleh mengeluarkan baki dana menggunakan sistem bayaran alternatif.
Ambil perhatian bahawa memandangkan FP Markets Malaysia tidak menerima bayaran dari mana-mana pihak ketiga, anda perlu memastikan nama yang tersenarai dalam sistem bayaran adalah sama seperti yang didaftarkan dalam akaun dagangan anda.
Pengeluaran melalui sistem bayaran berikut adalah percuma:
🔸 Kad Bank à 1 hari bekerja
🔸 Pindahan Kawat Bank Tempatan (AUD) à 1 hari bekerja
🔸 PayPal à 1 hari bekerja
Mengeluarkan dana melalui sistem bayaran lain akan dikenakan amaun caj tertentu, bergantung kepada sistem bayaran, dengan anggaran 1 hari bekerja masa pemprosesan:
🔸 Pindahan Kawat Bank Antarabangsa à 25 USD untuk setiap transaksi
🔸 Neteller à 2%, 30 USD maksimum per transaksi 45,000 USD
🔸 Skrill à 1% + yuran negara
🔸 FasaPay à 1.5%
🔸 NganLuong.vn à 1,000 VND + 1%
🔸 China Union Pay à 18 USD
🔸 Kaedah Bayaran Amerika Selatan (Directa24) à 2%
Di FP Markets Malaysia, tiada yuran pemprosesan untuk pengeluaran dana. Walau begitu, syarikat tidak bertanggungjawab untuk sebarang yuran pengeluaran yang diminta dari sistem.
Spread FP Markets Malaysia
Spread di FP Markets Malaysia ditawarkan sebagai tidak tetap untuk kedua Akaun Standard dan Raw FP Markets. Akaun Standard FP Markets menawarkan spread yang lebih tinggi sedikit, bermula dari 1 pip, dengan tanpa bayaran komisyen untuk mana-mana aktiviti dagangan.
Akaun Raw FP Markets menawarkan spread lebih ketat berbanding akaun Standard, bermula dari 0 pip. Walau begitu, $3 komisyen akan dikenakan untuk setiap lot setiap arah dagangan anda. Dalam erti kata lain, anda perlu membayar $6 komisyen per lot, atau untuk satu pusingan penuh dagangan.
Jaminan dan keselamatan dana FP Markets Malaysia
FP Markets menjamin penuh atas keselamatan dan perlindungan dana pelanggannya dan juga maklumat akaun. Dilesenkan dan dikawal selia oleh ASIC dari Australia dan CySEC dari Cyprus bermakna FP Markets tertakluk kepada peraturan khusus, termasuk menyimpan selamat dana pelanggan dalam akaun bank berasingan Bank-Bank Australia bertaraf AAA, terpisah penuh daripada dana operasi syarikat.
Tambahan pula, sebagai syarikat antarabangsa yang beroperasi merentas benua dibawah beberapa pengendali, FP Markets perlu memastikan rekod bersih sejarah kewangan dan memelihara keperluan modal yang ketat. Bagi tujuan ini, syarikat meletakkan juruaudit luar bebas—BDO Australia, buat masa ini—untuk memastikan semua perkara, dari segi tanggungjawab dan tatatertib operasi, menurut tahap yang sesuai. Hasil daripada audit ini juga boleh didapati oleh pelanggan dalam bentuk penyata akaun nalar.