✅ ForexMalaysia.My - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia
LiteForex Malaysia

LiteForex Malaysia - LiteForex Broker Malaysia Review

LiteForex Malaysia, ditubuhkan pada 2005, adalah syarikat brokeraj ECN dipercayai yang menyediakan pelanggannya dengan kecairan dari tempat teratas dikalangan broker dalam pasaran pertukaran antarabangsa. Syarikat ini didaftarkan dengan IBC Kepulauan Marshall dan dikawal selia menurut Akta Perbadanan Perniagaan Kepulauan Marshall dibawah nama LiteForex Ltd. dan LiteForex Investments Limited.

Sejak bertahun-tahun ini, LiteForex telah menawarkan berbagai perkhidmatan dagangan berteknologi tinggi seperti dagangan mata wang standard, pelaburan PAMM, dan salin dagangan pada MetaTrader 4MetaTrader 5, WebTerminal eksklusifnya, Apl Dagangan Mudah Alih, serta platform Dagangan Sosial. Syarikat ini juga berjaya meraih beberapa anugerah terkemuka, termasuk Perkhidmatan Pelanggan Terbaik di Amerika Latin 2012 oleh Sekolah Dagangan Antarabangsa Tutores-FX, serta Broker STP Paling Pesat di Eropah Barat 2013 oleh Global Banking & Finance Review.

Berdagang di LiteForex Malaysia ditawarkan dalam akaun LiteForex Cent untuk pedagang baru, dan akaun LiteForex Cent serta akaun ECN Liteforex untuk pedagang profesional. Pelanggan berdaftar LiteForex boleh mengakses berbagai instrumen dagangan seperti mata wang, logam berharga, CFD, minyak, indeks saham, dan mata wang kripto dengan spread tidak tetap rendah bermula dari 0 pip, komisyen yang rendah atau tiada, dan leveraj setinggi 1:500.

LiteForex Malaysia juga berusaha dalam mencipta persekitaran sesuai untuk pelanggannya supaya mereka mengalami dagangan dan transaksi kewangan yang lebih mudah dengan bantuan pengurus peribadi yang berkelayakan dan eksklusif, perkhidmatan VPS yang boleh dipilih, serta sistem bayaran pelbagai termasuk kad kredit, e-wallet, pindahan kawat bank, dan mata wang kripto dengan pilihan pengeluaran automatik.

Sekiranya anda menghadapi masalah, LiteForex Malaysia menawarkan sokongan pelanggan profesional, tersedia 24 jam dari Isnin ke Jumaat, melalui e-mel, media social, chat live, dan WhatsApp. Anda juga mempunyai akses ke bahagian Soalan Lazim yang menyeluruh untuk pertanyaan lebih lanjut.
Laman web: www.LiteForex.my
Peraturan: IBC
Negara: Marshall Island
Tahun Penubuhan: 2005
Sokongan di Malaysia: Yes
Bank tempatan di Malaysia: Yes
LiteForex Rating: 4 / 5
Rating: 4 / 5

Jenis Akaun LiteForex Malaysia

Di LiteForex Malaysia, pedagang boleh memilih akaun dari tiga pilihan mudah dinamakan akaun LiteForex Cent, Classic, dan ECN, menurut gaya berdagang mereka. Akaun-akaun ini tersedia dalam beberapa mata wang asas, termasuk  USD, EUR, CHF, RUB, dan MBT.
Cent
Minimum Deposit: $10
Leverage: 1:200
Minimum trade size: 0.01
Spread Type: Floating from 3 pips
Commission: No
Account Currency: Cents, Rappens, Kopecks, etc.

Classic
Minimum Deposit: $50
Leverage: 1:500
Minimum trade size: 0.01
Spread Type: Floating from 1.8 pips
Commission: No
Account Currency: USD, EUR, CHF, RUB, MBT

ECN
Minimum Deposit: $50
Leverage: 1:500
Minimum trade size: 0.01
Spread Type: Floating from 0 pips
Commission: 5 USD per lot
Account Currency: USD, EUR, CHF, RUB, MBT

Pedagang baru yang baru menghabiskan dagangan demo boleh bermula dengan dagangan mata wang nyata pertama dengan akaun LiteForex Cent. Pedagang ini berupaya untuk berdagang dalam lot-mikro dengan spread tidak tetap sempit serendah 3 pip tanpa sebarang komisyen, dan leveraj setinggi 1:200 dengan deposit minimum 10 USD. Pemegang Akaun Sen juga dibenarkan untuk membuat pesanan maksimum sebanyak 300 pesanan menggunakan platform MetaTrader 4 dan MetaTrader 5. Ambil perhatian bahawa akaun dagangan ini tidak menawarkan perkhidmatan dagangan social dan tidak tersedia kepada pedagang yang menetap di India, Filipina, dan Emiriah Arab Bersatu.

Sementara itu, pedagang berpengalaman boleh menggunakan akaun LiteForex Classic, yang merupakan akaun standard Forex tanpa had henti/tahap. Dengan membuat deposit minima 50 USD, pedagang berupaya berdagang lot standard tanpa had dan menikmati spread tidak tetap sempit dari 1.8 pip tanpa komisyen, serta leveraj maksimum 1:500 melalui platform MetaTrader 4 dan MetaTrader 5. Akaun LiteForex Classic juga memaparkan rangkaian dagangan sosial, dimana para pedagang boleh berkomunikasi dan menyalin strategi dagangan mereka sesama sendiri. Tambahan pula, pedagang yang mendaftar akaun LiteForex Classic akan dihadiahkan bonus deposit sehingga 30%.

Akhir Sekali, akaun ECN ditawarkan kepada pedagang pro yang menjangkakan prestasi yang jauh lebih baik dari akaun dagangan mereka, dimana spread adalah sangat sempit dan tidak tetap dari 0 pip untuk jumlah pesanan tanpa had. Untuk akaun jenis ini, pedagang perlu membuat deposit minima 50 USD untuk mengaksesnya melalui MetaTrader 4MetaTrader 5, dan platform dagangan sosial LiteForex supaya dapat menikmati leveraj maksimum 1:500. Ambil perhatian bahawa pemegang akaun ECN perlu membayar komisyen $5 untuk setiap lot yang didagangkan.

LiteForex memahami bahawa terdapat batasan tertentu kepada pelanggan muslimnya. Oleh itu, syarikat menawarkan perkhidmatan akaun bebas swap Islamik kepada pedagang muslim untuk menyambung posisi dagangan mereka ke hari berikutnya tanpa perlu membayar caj tambahan. Ciri ini akan tersedia dari permintaan selepas pedagang membuka akaun live dan mengesahkan pentauliahan akaun mereka.

Sebagai tambahan, LiteForex Malaysia membolehkan semua jenis aktiviti dagangan dalam persekitaran ECN. Ini bermaksud, pedagang boleh melakukan dagangan mereka dengan pelaksanaan segera, tanpa sebutan harga semula dan tanpa campur tangan dari broker; yakini bahawa tiada konflik kepentingan diantara broker dan pedagang.

Deposit dan pengeluaran LiteForex Malaysia

Deposit
Deposit di LiteForex Malaysia adalah percuma. Pedagang mungkin perlu membayar yuran tertentu ke sistem bayaran mereka; pun begitu, ia akan dipulangkan sepenuhnya oleh LiteForex dan didepositkan terus kepada akaun dagangan mereka dibawah program kesetian pelanggan.

LiteForex menawarkan cara deposit berikut, dengan amaun minimum diperlukan adalah hanya 10 USD.

🔸 Kad Kredit (VISA & MasterCard)
🔸 E-wallet (Skrill, Neteller, Perfect Money, QIWI, WebMoney)
🔸 Mata Wang Kripto (Bitcoin, Ethereum, Bitcoin Cash, Bitcoin Gold, LiteCoin, Monero)

Pedagang juga boleh mendeposit wang mereka menggunakan pindahan kawat bank:

🔸 Pindahan Kawat Bank Antarabangsa (SWIFT) minimum 100 USD
🔸 Pindahan Bank (Santrapay) minimum 500 USD/EUR, 7% komisyen dalam EUR.
🔸 Pindahan Kawat Bank Malaysia (Maybank dan CIMB) minimum 45 MYR

Withdrawal di LiteForex memerlukan komisyen tertentu yang berbeza mengikut sistem bayaran:

🔸 Kad Kredit minimum 15 USD/EUR, 3 – 3.5% komisyen
🔸 Skrill minimum 1 USD, 1% komisyen (max. 0.57 USD / 0.5 EUR / 2.23 PLN)
🔸 Neteller minimum 1.01 USD, 2% komisyen (minimum 1 USD / 0.86 EUR, max. 30 USD / 25.86 EUR)
🔸 Perfect Money minimum 1 USD, 0.5% komisyen
🔸 Adv. Cash minimum 1.03 USD / 102.5 RUB, 2.5% komisyen
🔸 QIWI minimum 105 RUB, 2.5% komisyen in RUB
🔸 WebMoney minimum 1 USD, 2.5% komisyen
🔸 Pindahan Kawat Bank Malaysia minimum RM 5, tanpa komisyen.

LiteForex Malaysia memproses semua permintaan deposit dan pengeluaran dari Isnin ke Jumaat hanya dalam jadual berikut:

⏰ Deposit dari 10 AM ke 11 PM
⏰ Withdrawal dari 10 AM ke 10 PM

Sekiranya pedagang menghantar permintaan selepas jadual diatas, ianya akan diproses pada keesokan hari bekerja.

Tambahan pula, LiteForex juga menawarkan pengeluaran wang automatik, perkhidmatan hebat yang membuatkan syarikat ini berbeza dari broker Forex yang lain. Asalkan anda membuat permintaan pengeluaran menggunakan sistem bayaran sama yang anda gunakan untuk deposit (hanya melalui Skrill, Perfect Money, dan Neteller), anda boleh menggunakan maksimum dua pengeluaran automatik sehingga 100 USD dalam 24 jam.

Ambil perhatian bahawa jumlah wang yang anda boleh withdraw dari satu sistem tidak boleh melebihi amaun yang anda depositkan sebelumnya menggunakan cara bayaran sama.
pengeluaran

Spread LiteForex Malaysia

spreads
Spread di LiteForex adalah tidak tetap bergantung kepada akaun dagangan; spread minimum untuk akaun LiteForex Cent, LiteForex Classic, dan LiteForex ECN adalah 3, 1.8, dan 0 pip setiapnya

Jaminan dan keselamatan dana LiteForex Malaysia

Jaminan
LiteForex menjamin keselamatan dan pengawalan transaksi kewangan pelanggannya termasuk maklumat peribadi mereka. Semua transaksi yang berlaku dalam syarikat dilindungi oleh protokol penyulitan data HTTPS (Perlindungan Protokol Pindahan Teks Hiper). Ini memastikan keselamatan pemindahan data, dan juga menghalang sebarang cubaan ceroboh kepada data peribadi pelanggan daripada mana-mana pihak ketiga.

LiteForex juga didaftarkan di IBC Kepulauan Marshall (number pendaftaran: 63888) dibawah nama  LiteForex Investments Limited. Ini bermakna syarikat dikawal selia dibawah Akta Perbadan Perniagaan Kepulauan Marshall., dan tertakluk dibawah semua peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pengendali.

Kelebihan Berdagang dengan LiteForex Malaysia

Dilesenkan dan dikawal selia oleh IBC Kepulauan Marshall.
Pengurus peribadi profesional untuk setiap pedagang
Tiga akaun dagangan mudah untuk pedagang dengan tahap kemahiran berbeza
Spread tidak tetap sempit serendah 0 pip untuk dagangan ECN
Sejarah kewibawaan selama 15 tahun dalam pasaran
Sistem deposit dan pengeluaran automatic dengan komisyen rendah atau tiada
Berbagai program pelabur dan rakan sekutu
Leveraj maksimum 1:500 dengan komisyen rendah atau tiada
ECN berteknologi tinggi
Sokongan pelanggan tersedia 24/5 melalui e-mel, chat live, media social & WhatsApp
Carilah broker Forex lain di Malaysia
FBS Malaysia
XM Malaysia
HotForex Malaysia
Tickmill Malaysia
RoboForex Malaysia