✅ ForexMalaysia.My - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia

FXTM-Invest: Dagangan Forex Mudah Dalam Genggaman Anda

Bisnes dagangan Forex merupakan salah satu urusan dalam dunia perniagaan yang mempunyai daya tarikan yang paling tinggi. Walaupun risiko adalah tinggi, namun demikian, apabila anda mengaut keuntungan daripadanya, jenis perniagaan lain tidak begitu menarik lagi.

Walaupun begitu, apabila berbincang tentang menjadi seorang pedagang Forex, kebanyakan orang tidak begitu bersemangat untuk berbincang tentang isu tersebut. Mereka sebenarnya tidak beranggapan bahawa mereka mempunyai masa tambahan untuk belajar tentang dagangan Forex. Lagipun, disebabkan pedagang-pedagang Forex perlu merancang strategi mereka dengan berhati-hati untuk menjana pendapatan, secara tiba-tiba, semua wawasan tentang keuntungan tidak begitu menggoda seperti yang telah disebut sebelum ini. Kerumitannya boleh dikira tidak setimpal dengan masa dan kegigihan yang disumbang.

Untuk sebab-sebab tersebut, ForexTime kini tiba untuk menawarkan satu inovasi yang dipanggil sebagai FXTM Invest sebagai satu cara penyelesaian melalui penemuan baru untuk amatur atau pedagang-pedagang Forex baru. 
Rating: 4.8 / 10

Apa itu FXTM Invest?

FXTM Invest ialah satu program salin dagangan canggih yang membolehkan pedagang-pedagang baru untuk menyalin strategi-strategi dan kedudukan daripada pedagang-pedagang professional serta Pengurus Strategi untuk diguna pakai dalam equity sendiri. Anda Cuma perlu menyalin pergerakan mereka dan memantau dana anda. 

Program ini adalah sesuai untuk mereka yang ingin membuat pelaburan di Forex, tetapi tidak mempunyai masa untuk berdagang atau tidak berpengalaman atau berpengetahuan dalam aspek dagangan. Sesungguhnya, FXTM Invest ialah satu cara penyelesaian yang mudah tetapi efektif untuk mana-mana pedagang yang ingin mengaut keuntungan dengan mudah melalui dagangan Forex.

Siapakah FXTM?

FXTM Invest disampaikan kepada anda daripada salah satu broker Forex yang berkembang dengan paling cepat di seluruh dunia dan telah merakamkan kemajuan revolusi dalam tempoh masa yang sangat singkat, iaitu ForexTime atau FXTM. Di tahun 2013, FXTM telah memenangi anugerah Broker Forex dengan Perkembangan Paling Cepat serta Anugerah Produk Paling Berinovatif, dan juga telah memenangi lebih daripada 20 anugerah sejak masa tersebut.

Selain itu, FXTM merupakan broker dagangan Forex paling bagus di dunia yang menawarkan tatacara cepat dalam kelulusan pelanggan dan pemprosesan pembiayaan. Tambahan pula, FXTM menawarkan pelaksanaan pesanan yang paling cepat, gelinciran positif yang lebih tinggi serta kadar sebut harga semula yang rendah. Ini menyebabkan kepuasan penuh daripada lebih daripada 90% pelanggan mereka. 

Bagaimanakan FXTM Invest berfungsi?

Dengan FXTM Invest, sebagai seorang pedagang baru, anda kini boleh menumpukan lebih perhatian terhadap menambahkan keuntungan anda tanpa sebarang kesulitan. Anda tidak perlu bersusah payah menghadapi segala kerumitan merumuskan strategi untuk dagangan Forex. Anda Cuma perlu memilih Pengurus Strategi yang disukai, menyalin strategi mereka dan membenarkan mereka melaksanakan tugas mereka.

Sebaliknya, sekiranya anda menganggap diri sebagai seorang pedagang professional dengan lebih banyak pengetahuan dan pengalaman, anda juga boleh bekerja dengan FXTM Invest selaku seorang Pengurus Strategi dan mengaut keuntungan dengan menawarkan kepakaran anda.
Di FXTM Invest, pedagang-pedagang hanya perlu memilih Pengurus Strategi, menyalin dagangan mereka dan menggunakan dalam rofes diri sendiri. Selepas itu, apabila dagangan mendatangkan keuntungan, pedagang-pedagang akan berkongsi peratusan pendapatan yang telah dipersetujui sebagai yuran prestasi untuk Pengurus Strategi yang dipilih.

Sebagai contoh, anda melabur $1000 dalam akaun anda dan memilih En. X sebagai Pengurus Strategi anda dengan 10% yuran prestasi yang telah dipersetujui. Anda menyalin strategi dagangan En. X dan membiarkannya mengendalikan dana anda di bawah pemantauan anda. Selepas itu, anda akan melihat tambahan keuntungan sebanyak $500 untuk dagangan tersebut. Oleh itu, Pengurus Strategi anda behak untuk mendapat 10% daripada keuntungan tersebut, iaitu $50. $450 selebihnya akan dimasukkan ke dalam akaun anda.

Mudah sahaja, bukan? Tiada yuran terlindung, tidak perlu muat turun dan tiada tekanan.
FXTM Invest - SALIN DAGANGAN

Manfaat untuk Pelabur yang berdagang dengan FXTM Invest

Dengan ciptaan salin dagangan, dagangan Forex telah menjadi lebih mudah. Dengan menyertai FXTM Invest, anda tidak perlu bimbang tentang kemampuan anda dalam dagangan atau sama ada anda mempunyai kelapangan masa untuk sentiasa memantau pasaran dan merumuskan strategi yang bagus untuk mengaut keuntungan.

FXTM Invest membenarkan anda menjadi seorang pedagang Forex semudah di hujung jari dan mendatangkan pelbagai manfaat:

MUDAH
Anda boleh bermula dengan serta-merta. Tidak perlu belajar, tidak perlu menunggu dan tidak perlu membuat pengiraan. Anda Cuma perlu membuka browser anda dan menubuhkan satu akaun. Ianya begitu mudah.

FLEKSIBEL
Anda boleh memilih antara 600 lebih Pengurus Strategi dan bebas untuk mengikuti dan berhenti mengikuti. Anda juga boleh membuat keputusan tentang jumlah yang anda ingin melabur. Kadar FXTM Invest adalah serendah $100 untuk deposit minimum. 

SELAMAT
FXTM Invest memberi jaminan untuk keselamatan akaun anda. Tiada sesiapa, kecuali anda yang mempunyai akses kepada butiran peribadi atau wang anda.

BERKESAN
Anda boleh berdaftar dalam masa beberapa minit dan memulakan dagangan serta-merta dengan akaun anda di bawah pemantauan masa nyata.

BOLEH DIAKSES
FXTM Invest ialah dagangan Forex di hujung jari anda.  Gunakan aplikasi ForexTime atau laman web untuk akses terus ke FXTM Invest. Bila-bila masa dan di mana jua anda berada.

PRAKTIKAL
Deposit dan keluarkan dana anda secara serta-merta dengan menggunakan FXTM Invest, dan membiayai Pengurus Strategi anda hanya apabila dagangan mendatangkan keuntungan. Praktikal dan berisiko rendah.

Untuk mendapat manfaat tersebut, anda kini boleh menyertai FXTM Invest sebagai seorang pelabur dengan membuka satu akaun, memilih Pengurus Strategi kesukaan anda, mengenalpasti profil anda dan deposit dana anda. Selepas itu, anda boleh bersantai sambil melihat portfolio anda berkembang.

Manfaat untuk Pedagang-pedagang Profesional dengan Menyertai FXTM Invest selaku seorang Pengurus Strategi

Anda telah berurusan dengan dagangan Forex untuk bertahun-tahun, anda tahu cara ia berfungsi, anda tahu bagaimana mengendalikannya dengan semua risiko yang terlibat, anda mempunyai rofes sendiri yang sedang berkembang, tetapi anda kini rasa bosan? Baiklah, ini ialah masa untuk anda menyertai FXTM Invest sebagai seorang Pengurus Strategi.

Menjadi seorang Pengurus Strategi membolehkan anda menggunakan kemahiran dan pengetahuan anda sebagai seorang pedagang Forex rofessional dan membuktikan dalam arena terbuka sementara mengaut keuntungan seperti yang telah dipersetujui dengan pelabur.

FXTM Invest menyediakan alatan dan pentas untuk anda sementara pedagang-pedagang di seluruh dunia mengikuti dan membuat pelaburan dalam strategi pelaburan anda. Anda akan mengalami keterujaan menanggung tanggungjawab tambahan kerana dagangan orang lain mungkin mengalami risiko. Mereka bergantung kepada kepakaran, pengetahuan dan reputasi anda selaku seorang pedagang rofessional.
Menyertai FXTM Invest sebagai seorang Pengurus Strategi berfungsi seperti yang dijelaskan di atas. Perbezaannya, anda berada di pihak berlainan. Setiap kali pengikut anda mengaut keuntungan, anda akan mendapat peratusan tertentu daripada keuntungan itu.

Anda mungkin tertanya-tanya apakah manfaat yang anda akan memperoleh dengan menjadi seorang Pengurus Strategi  di FXTM Invest. Berikut ialah manfaat yang anda akan memperoleh:

1. Tidak dikenakan yuran FXTM. Keuntungan dimiliki anda dengan sepenuhnya.
2. Anda akan memiliki halaman yang ditujukan khas untuk diri sendiri supaya dapat bertanding dengan pelabur-pelabur anda.
3. Anda boleh memantau prestasi anda dengan laporan pendahuluan dan statistik masa nyata.
4. Apabila anda mendapat keputusan positif daripada dagangan anda, anda akan mendapat promosi pangkat. Semakin tinggi pangkat anda, semakin besar pendedahan anda.
5. Anda hanya memaparkan dagangan anda sahaja.

Jadi, adakah anda berminat? Sertailah FXTM Invest sekarang sebagai seorang Pengurus Strategi dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Berdaftar dengan FXTM dan membuka akaun ECN atau ECN Zero.
2. Mengesahkan profil anda dan membayar deposit minimum.
3. Bermula dagangan dan menerima halaman pengurus diri sendiri.
4. Berkongsi keputusan dagangan anda di atas media sosial.

Anda boleh bersantai selepas itu sementara pelabur-pelabur anda mengaut keuntungan dengan menyalin strategi anda. Anda akan mempunyai yuran prestasi bertimbun dalam masa yang singkat sahaja.
Dengan mengambil kira semua perkara, salin dagangan merupakan salah satu cara yang paling mudah untuk bermula menglibatkan diri dalam dunia perniagaan dagangan Forex. Oleh itu, mulai sekarang dengan menyertai FXTM Invest di