✅ ForexMalaysia.My - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia
Tickmill Malaysia

Tickmill Malaysia - Tickmill Broker Review

Tickmill Malaysia ialah satu broker Forex dan CFD antarabangsa yang dilesenkan dan dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Seychelles (FSA), Cyprus serta Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (CySEC) dan juga Pihak Berkuasa Kelakuan Kewangan UK (FCA).

Pelanggan-pelanggan Tickmill boleh mendapat akses kepada satu pasaran dan menjalankan dagangan Forex, Logam, Tenaga dan Komoditi. Selaku seorang broker yang memenangi anugerah, Tickmill bertungkus lumus untuk memberikan pengalaman dagangan yang luar biasa kepada pelanggannya dari Malaysia melalui syarat-syarat dagangan yang unggul, pelaksanaan kelajuan sangat tinggi dan sokongan pelanggan Malaysia yang memberangsangkan.

Syarikat tersebut mempunyai pengetahuan industri yang meluas dan mempunyai pemahaman yang mendalam tentang keperluan pedagang-pedagang, dan menyediakan syarat-syarat sesuai untuk mereka menjadi cemerlang. Tickmill menawarkan spread yang sangat rendah daripada 0 pip, leverage setinggi 1:500, pelaksanaan dagangan yang sangat cepat daripada 0.1 saat dan salah satu komisen terendah untuk dagangan ($2 untuk setiap lot) sambil membenarkan semua strategi-strategi dagangan.

Pelanggan-pelanggan Tickmill dari Malaysia boleh membiayai akaun mereka secara serta-merta dengan cara pembayaran atas talian terkenal dan juga deposit bank tempatan di Malaysia, serta mengeluarkan wang atau keuntungan mereka dalam masa satu hari bekerja. Sebagai seorang broker antarabangsa dengan pendekatan rantau, broker Tickmill kerap menjadi tuan rumah seminar pendidikan di seluruh dunia, termasuk Malaysia dan seminar laman web Forex sambil menyediakan sokongan pelanggan yang disediakan khas dalam pelbagai bahasa melalui sembang langsung, emel atau telefon.

Tickmill Malaysia menawarkan welcome bonus $30 dalam satu akaun langsung untuk memulakan dagangan Forex bagi semua pelanggan baru dari Malaysia, selain daripada hadiah bulanan $1000 untuk pedagang bulanan terbaik dalam pertandingan dagangan bulanan bagi akaun langsung.
Laman web: www.Tickmill.com
Peraturan: FSA, CySEC, IFSC
Negara: Cyprus
Tahun Penubuhan: 2014
Sokongan di Malaysia: Yes
Bank tempatan di Malaysia: Yes
Tickmill Rating: 4.5 / 5
Rating: 4.5 / 5

Jenis Akaun Tickmill Malaysia

Tickmill Malaysia menawarkan tiga jenis akaun - akaun Standard dengan spread berubah-ubah daripada 1.6 pip dan tiada komisen untuk dagangan. Akaun Pro dan VIP untuk pedagang-pedagang profesional yang minta spread terendah mungkin dalam pasaran, bermula daripada 0 pip. Broker Tickmill mengenakan caj komisen $2 dan $4 untuk akaun Pro dan VIP masing-masing, bagi setiap lot standard.

Leverage maksimum untuk semua jenis akaun ialah 1:500 dan anda boleh berdagang dalam semua pasaran sedia ada (Sebanyak 84 alat dagangan - Mata Wang, Stok, Logam dan Tenaga bagi semua jenis akaun. Di broker Tickmill, semua strategi dagangan dibenarkan, dan tidak ada sekatan untuk scalping, perlindungan nilai, penasihat pakar dan apa-apa cara dagangan lain. Broker Tickmill juga menyediakan akaun Islam untuk pedagang-pedagang dari Malaysia.
Standard
Deposit Minimum: $100
Leverage: 1:500
Saiz dagangan terkecil: 0.01
Jenis Spread: Terapung dari 1.6 pip
Komisen: No
Matawang asas Akaun: USD, EUR, GBP, PLN

Pro
Deposit Minimum: $100
Leverage: 1:500
Saiz dagangan terkecil: 0.01
Jenis Spread: Terapung dari 0 pip
Komisen: $4 \ lot
Matawang asas Akaun: USD, EUR, GBP, PLN

VIP
Deposit Minimum: $50000
Leverage: 1:500
Saiz dagangan terkecil: 0.01
Jenis Spread: Terapung dari 0 pip
Komisen: $2 \ lot
Matawang asas Akaun: USD, EUR, GBP, PLN

Deposit dan pengeluaran Tickmill Broker Malaysia

Deposit
Di Tickmill Malaysia, anda boleh membuat deposit ke dalam akaun anda dengan cara-cara pembayaran dalam talian seperti kad Kredit/Visa, Skrill, FasaPay, Neteller, UnionPay. Tiada yuran dikenakan untuk deposit ke dalam akaun anda memandangkan broker Tickmill meliputi sebarang yuran deposit.

Tickmill Malaysia juga menyediakan pilihan untuk anda membuat deposit melalui bank tempatan Malaysia dalam RM. Sebaik sahaja anda mendaftar akaun tickmill anda, arahan tentang cara menggunakan deposit bank tempatan akan disediakan oleh Pengurus Pasukan Tickmill Malaysia untuk anda.
pengeluaran
Di Tickmill Malaysia, pengeluaran minimum ialah $10, dan semua permintaan pengeluaran  diproseskan dalam masa 1 hari bisnes. Tiada yuran dikenakan untuk pengeluaran daripada akaun anda memandangkan broker Tickmill meliputi sebarang yuran deposit.

Tickmill memproseskan pengeluaran dengan cara sama yang anda menggunakan untuk deposit dana ke dalam akaun anda. Sebagai contoh, jika anda membuat deposit dengan Skrill, anda hanya boleh membuat pengeluaran melalui Skrill. Dalam kes menggunakan kad Visa/Kredit, anda boleh mengeluarkan ke kad anda dengan jumlah bersamaan dengan deposit anda (semua deposit), dan anda boleh mengeluarkan bakinya dengan apa-apa cara pilihan anda.

Spread Tickmill Malaysia

spreads
Di Tickmill Malaysia, anda hanya berdagang dengan spread terapung, daripada 1.5 pip untuk akaun Standard dan serendah 0 pip untuk akaun Pro dan VIP. Broker Tickmill tidak menawarkan spread Tetap.

Jaminan dan keselamatan dana Tickmill Malaysia

Jaminan
Broker Tickmill ditubuhkan pada 2014 dan dilesenkan serta dikawal selia oleh tiga entity pengawalseliaan di seluruh dunia - CySEC (Cyprus), FCA (UK) dan FSA (Seychelles). Bagi melindungi dana pelanggan, broker Tickmill memastikan dana pelanggan dipisahkan daripada dana milik syarikat di akaun Segregated di bank-bank utama dan juga menyediakan Perlindungan Baki Negatif untuk pelanggan-pelanggan mereka. Selain itu, syarikat tersebut merupakan ahli ICF (Dana Pampasan Pelabur) dan FSCS (Skim Pampasan Perkhidmatan Kewangan) untuk menyediakan perlindungan tambahan untuk dana pelanggan dengan menggunakan insurans. 

Platform Dagangan di TickMill Malaysia

Pedagang TickMill boelh menggunakan MT4 dan MT5 pada Windows, macOS, Android, iOS, dan WebTrader.

Platform MT4 membolehkan pedagang menggunakan pencartaan maju, alatan analitikal, alatan pengurusan pesanan, dan EA. Disamping itu, platform datang dengan 3 jenis pelaksana pesanan, 4 jenis pesanan tertunda, lebih dari 30 indikator teknikal, dan 9 rangka masa dalam 39 bahasa.

Pedagang juga boleh menggunakan platform MT5 untuk ciri-ciri yang lebih baik. Selain daripada pesanan tertunda lanjut dan alatan analitikal, MT5 menawarkan carta boleh laras dan kalendar ekonomi terbina-dalam dengan 4 jenis pelaksana pesanan, 6 jenis pesanan tertunda, lebib daripada 38 indikator teknikal, dan 21 rangka masa. Disamping ciri yang telah disebutkan pedagang akan mendapat akses ke EA, robot dagangan, dan salin dagangan juga.

Jenis Pasaran Kewangan di TickMill Malaysia

Kepelbagaian instrumen dagangan boleh didapati utnuk semua pedagang TickMill pada semua akaun dagangan seperti berikut:

🔸 Forex (62 pasangan mata wang) dengan leveraj sehingga 1:500
🔸 14+ indeks saham utama dengan leveraj sehingga 1:100
🔸 Logam berharga (gold and silver crosses) dengan leveraj sehingga 1:500
🔸 Bon Jerman dengan leveraj sehingga 1:100
🔸 Mata Wang Kripto

Kelebihan Berdagang dengan Tickmill Malaysia

Broker yang dikawal selia oleh pelbagai agensi (FSA, CySEC, FCA)
Welcome bonus $30 untuk pedagang-pedagang dari Malaysia
Berdagang Forex, Stok, Logam, Tenaga
Autochartist, Forex Pelayan Persendirian Maya (VPS), Dagangan Satu Klik
Deposit minimum $100, Leverage setinggi 1:500
Pertandingan Forex setiap bulan (dengan hadiah wang tunai!)
Spread terapung rendah untuk semua jenis akaun
Pilihan pembiayaan akaun mudah + deposit bank tempatan
Platform Metatrader 4, Web dan Mobile
Sokongan Malaysia 24 jam, 7 hari melalui emel dan sembang langsung
Carilah broker Forex lain di Malaysia
FBS Malaysia
FXTM Malaysia
XM Malaysia
RoboForex Malaysia
HFM Malaysia