✅ ForexMalaysia.My - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia

Broker Forex Spread Tetap

Broker Forex Spread Tetap
Spread adalah kos paling penting yang anda bakal hadapi apabila berdagang dalam pasaran Forex. Ia didefinisikan sebagai perbezaan diantara harga BIDA (beli) dan harga MINTA (jual) sesebuah pasangan mata wang. Sebagai contoh, jika kadar pertukaran EUR/USD dipaparkan sebagai 1.2100/1.2103, ia bermakna spread untuk pasangan mata wang ini ialah 1.2103 – 1.2100 = 0.0003, atau lebih mudah 3 pip.

Memandangkan harga mata wang naik turun dalam hanya pecahan saat, spread biasanya ditawarkan dalam amaun tidak tetap atau terapung, bergantung kepada harga sesebuah pasangan mata wang. Inilah sebabnya amaun spread sering berubah beberapa kali dalam hanya beberapa saat yang terhasil daripada pergerakan harga mata wang.

Terdapat broker Forex yang menawarkan spread tetap. Jenis spread seperti ini ditetapkan terlebih dahulu, tidak kira berapa kerap dan berapa banyak harga mata wang bergerak, amaun spread akan kekal sama. Syarikat yang menawarkan perkhidmatan sedemikian rupa dikenali sebagai broker Forex spread tetap.

Broker Forex Spread Tetap

Ianya penting untuk memilih broker Forex yang boleh menwarkan tawaran terbaik untuk menambah baik pengalaman dagangan anda. Broker Forex spread tetap terkawal selia berikut bersedia untuk menyediakan anda perkhidmatan menarik dalam masa yang sama melindungi modal anda. Dengan caran ini, anda boleh menumpukan perhatian sepenuhnya dalam aktiviti dagangan.
FBS Malaysia
FBS Malaysia
FBS menawarkan spread tetap pada akaun Mikro dimana anda boleh berdagang dalam lot mikro dengan spread tetap dari 3 pip, tanpa komisyen dan leveraj sehingga 1:3000. Anda boleh mendaftar Akaun Mikro FBS dengan membuat deposit awal yang hanya 5 USD. Spread tetap FBS untuk pasangan mata wang utama dikira dalam pip seperti tertera dibawah:
EUR/USD - 3
GBP/USD - 3
EUR/JPY - 4
USD/JPY - 3

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, PerfectMoney, FasaPay, Skrill, Neteller, Bitcoin, Bank-bank Tempatan di Malaysia

Peraturan: CySEC, IFSC, ASIC
Negara: Cyprus
Kaunter Sokongan Malaysia: Ya (E-mel, Chat live)

HYCM Malaysia
HYCM Malaysia
Di HYCM, dagangan dengan spread tetap tersedia melalui Akaun Tetap HYCM bermula dari 1.8 pip tanpa komisyen. Anda hanya perlua membuat deposit minimum 100 USD untuk menikmati leveraj fleksibel sehingga 1:500 menggunakan platform dagangan MetaTrader 4 dan MetaTrader 5. Spread tetap HYCM untuk pasangan mata wang utama dikira dalam pip seperti dibawah:
EUR/USD - 1.8
GBP/USD - 2.5
EUR/JPY - 3.7
USD/JPY - 2.3

Deposit dan pengeluaran: Pindahan Wang, Kad Kredit, FasaPay, Skrill, Neteller, Webmoney

Peraturan: CySEC, FCA, DFSA, CIMA
Negara: UK
Kaunter Sokongan Malaysia: Tiada (Hanya Bahasa Inggeris)

Mengapa Spread Tetap sangat penting?

Anda mungkin tertanya-tanya, jika spread tidak tetap lebih lazim dalam dagangan Forex, jadi mengapa ianya penting untuk berdagang dalam spread tetap?

Kelebihan utama dalam spread tetap adalah anda membayar perbezaan tetap (spread) tidak kira apa berlaku dalam pasaran. Dengan kata lain, walaupun harga mata wang terhayun dalam arah bertentangan, anda masih dapat berdagang dalam amaun spread yang sama ditawarkan oleh broker.

Sebagai contoh, harga EUR/USD berubah selepas pengumuman tertentu. Anda mungkin perasan spread tidak tetap akan naik dan jatuh dari 0.5 ke 5 pip, yang menyukarkan pertimbangan keputusan masa sesuai menutup posisi dagangan tanpa perlu menanggung kerugian tidak disangka.

Sementara itu, broker Forex spread tetap anda telah menetapkan amaun spread tetap 2 pip. Jadi, tidak kira apa yang terjadi dengan harga EUR/USD atau berapa lebar spread bertukar-tukar, spread anda akan masih dikira 2 pip.

Ambil perhatian bahawa kebanyakan broker Forex menawarkan spread tetap bergantung kepada keadaan pasaran. Atas sebab ini apabila harga mata wang bergerak terlalu jauh, hampir semua broker Forex akan menyelaraskan amaun spread tetap mereka mengikut kesesuaian dan mengenakan amaun baru semasa situasi genting ini. Selepas itu, apabila keadaan pasaran kembali ke paras normal, broker juga akan menukar spread semula kepada paras asal.

Kelebihan Berdagang dengan Spread Tetap

Dagangan Forex sememangnya rumit dan mencabar, lebih-lebih lagi jika anda masih seorang pedagang baru yang sedang mencuba-cuba dalam pasaran Forex. Lebih baik untuk menggunakan perkhidmatan dan ciri tersedia yang membuatkan dagangan anda lebih menguntungkan.

Berdagang Forex dengan bantuan spread tetap merendahkan risiko berkemungkinan yang mengancam modal anda. Ia membantu anda mencipta persekitaran dagangan berisiko lebih rendah dan lebih fokus dalam meramal pergerakan harga. Anda juga boleh meningkatkan prestasi dagangan anda dan menikmati kelebihan-kelebihan berikut:

👍 1. Dagangan Berisiko Rendah

Apabila anda berdagang menggunakan spread tetap, anda pada asasnya meminimumkan risiko paling penting dalam dagangan Forex, cth., turun naik harga. Dengan cara ini, anda tidak perlu menanggung kos tak terjangka semasa perubahan keadaan pasaran atau memperjudikan wang anda, kerana semua kos transaksi adalah telus.

Anda mungkin perlu membayar premium apabila pasaran lebih senyap; walau begitu, anda sentiasa boleh pilih untuk tidak berdagang apabila peluang tidak menyebelahi anda. Dagangan spread tetap membolehkan anda meramal hasil dagangan dalam persekitaran dagangan kurang berisiko.

👍 2. Keperluan Modal Lebih Kecil

Dagangan spread tetap juga hanya memerlukan amaun kecil modal kerana broker Forex biasanya meminta amaun deposit lebih kecil untuk akaun dagangan spread tetap mereka.
Oleh itu, jenis spread ini sangat sesuai untuk pedagang baru dengan modal rendah yang ingin mencuba broker baru tanpa membelanjakan banyak wang pendahuluan.

👍 3. Ketelusan Penuh Harga

Dengan spread tidak tetap, sentiasa terdapat kemungkinan kecil manipulasi harga kerana anda tidak tahu berapa banyak spread akan menjadi sempit atau lebar, lebih-lebih lagi semasa keadaan pasaran bermudah-ubah tinggi.

Sebaliknya, dagangan spread tetap memberikan anda ketelusan penuh harga kerana anda sentiasa tahu berapa yang anda akan bayar kepada broker setiap kali anda memasuki dagangan. Tidak kira berapa kerap harga mata wang atau spread bertukar, spread anda telahpun ditetapkan dan kekal sedemikian rupa.

👍 4. Pengiraan Dagangan Lebih Tepat

Memandangkan anda tahu setepatnya berapa yang anda perlu bayar untuk dagangan anda mengambil kira spread yang bersifat tetap, ia mudah untuk anda mengira keuntungan dan kerugian. Tambahan pula, ia sangat membantu, terutamanya kepada pedagang jangka masa pendek atau scalper, kerana ia membolehkan anda menentukan terlebih dahulu jumlah keuntungan yang boleh diraih.

👍 5. Perlindungan Terhadap Kemudah-ubahan Pasaran

Kebanyakan pedagang menyukai pasaran yang bergerak pantas kerana ia memberikan potensi keuntungan lebih tinggi. Namun begitu, pergerakan pantas pasaran bermaksud harga tidak menentu yang mengakibatkan pelebaran spread ke paras tertinggi.

Disinilah spread tetap boleh menjadi penyelamat anda dalam melindungi anda daripada ancaman berbahaya. Daganga spread tetap membolehkan anda meminimumkan kos anda jika anda berdagang dengan lebih kerap semasa keadaan pasaran dalam kemudah-ubahan tinggi.

Katakan anda ingin masuk dan keluar dagangan apabila pasaran memberikan reaksi kepada berita atau peristiwa penting. Sebagai contoh, satu hari, peristiwa penting berlaku lalu mengakibatkan naik turun harga EUR/USD, justeru, kenaikan dan penurunan spread dari 0.5 ke 7 pip. Oleh itu, anda mengambil keputusan meletakkan pesanan 100 lot standard dalam kedua akaun dagangan spread tetap dan spread tidak tetap.

Oleh kerana spread terapung tanpa hala tuju, dagangan anda dalam akaun spread tidak tetap akan memberikan anda kos berikut:

25 x 0.5 pip = 125 USD
25 x 3 pip = 750 USD
25 x 5 pip = 1250 USD
25 x 7 pip = 1750 USD

Bermaksud kos keseluruhan anda untuk 100 lot standard semasa keadaan naik turun pasaran adalah 3,875 USD.

Sebaliknya, berdasarkan akaun dagangan spread tetap anda, spread akan jadi lebih kurang 3 pip pada masa ini. Oleh itu, jika anda meletakkan 100 lot standard x 3 pip = 3,000 USD, anda terlindung daripada kerugian sebanyak 875 USD.

👍 6. Tumpuan Belajar Lebih Baik

Memandangkan anda menyingkirkan elemen kejutan dengan berdagan menggunakan spread tetap, anda boleh memberikan lebih tumpuan dalam mempelajari pergerakan pasaran tanpa sebarang gangguan daripada pembolehubah tidak pasti. Ianya sangatlah penting untuk meningkatkan pemahaman anda dalam pergerakan pasaran jika anda masih baru dalam berdagang kerana anda memerlukan pengetahuan meluas untuk membuat keputusan dagangan lebih baik pada masa depan.

Anda mungkin masih tidak pasti pilihan yang anda patut ambil, Spread Tetap atau Tidak Tetap!

Sudah tentu semuanya bergantung kepada objektif dagangan dan keadaan anda. Jika anda menghabiskan lebih banyak masa dalam masa senyap pasaran dimana anda mempunyai banyak masa, atau anda adalah seorang pedagang profesional dengan bertahun pengalaman dalam pasaran forex, berdagang dengan spread tidak tetap mungkin pilihan yang lebih sesuai.

Meskipun, dagangan spread tetap paling disarankan kepada pedagang baru, scalper, dan mereka yang sering berdagang dalam peristiwa berita dan musim dagangan rancak, dimana pergerakan harga paling tinggi lingkungannya. Dagangan spread tetap membolehkan anda melindungi modal anda daripada pemboleh ubah tidak pasti dan membantu anda menghindari kebimbangan yang tidak munasabah. Pun begitu, anda perlu bersedia untuk sebutan harga semula dan kegelinciran semasa waktu puncak disebabkan penawaran dan permintaan tinggi.

Patut diambil tahu bahawa spread tetap semakin menurun populariti dikalangan broker Forex masa kini, jadi anda perlu lebih berhati-hati apabila memilih broker Forex spread tetap. Ianya sangat penting untuk memilih broker Forex terkemuka, terkawal selia, dan boleh dipercayai yang boleh menawarkan anda ciri-ciri yang sesuai dengan keutamaan dan keadaan dagangan anda.