✅ ForexMalaysia.My - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia

Leverage Forex: seorang Kawan dan seorang Musuh

Salah satu perkara yang menyebabkan dagangan Forex lebih menarik adalah kerana anda boleh berdagang dengan leverage yang lebih tinggi dalam Forex, tidak seperti pasaran kewangan lain. Dalam dagangan Forex, anda tidak perlu melabur semua wang anda untuk menempah pesanan yang lebih besar. Sebaliknya, anda boleh menggunakan leverage yang disediakan oleh broker.

Leverage nampaknya begitu menarik kepada banyak pedagangbaru agar mereka biasanya memilih peluang leverage tertinggi yang ditawarkan dalam pasaran sebagai satu cara meminimumkan perbelanjaan mereka dan masih menjana sedikit keuntungan. Namun demikian, ia adalah lebih baik untuk membiasakan diri dengan apa itu leverage dan bagaimana  ia berfungsi sebelum tiba-tiba membuat keputusan untuk memilih tabung leverage broker.

Apa itu leverage delam Forex?

Sekarang, banyak broker memudahkan dagangan untuk pelanggan mereka dengan menawarkan saiz dagangan yang jauh lebih besar daripada modal sebenar mereka. Pada asasnya, pedagang-pedagang meminjam wang daripada broker untuk menyertai saiz dagangan yang lebih besar. Dengan cara ini, pedagang-pedagang mampu untuk membuat pesanan sebesar 100,000 unit mata wang dengan hanya menggunakan 1,000 unit ekuiti dalam akaun mereka. Ini dipanggil Leverage.

Untuk membolehkan penggunaan leverage, pedagang-pedagang mesti mempunyai jumlah wang tertentu yang sedia ada dalam akaun mereka sebagai satu deposit keselamatan. Ini dipanggil sebagai Margin. Jumlah wang yang perlu disediakan selaku margin bergantung kepada kadar leverage terpilih.

Semasa dagangan berjaya nanti, pedagang-pedagang akan memperoleh keuntungan dan wang yang dipinjam, atau jumlah leverage akan kembali kepada broker. Namun demikian, semasa nilai dagangan jatuh dan mendatangkan kerugian, jumlah kerugian akan diambil daripada akaun margin dan wang yang dipinjam akan kembali kepada broker dengan sempurna.

Bagaimanakah leverage berfungsi dalam dagangan Forex?

Leverage berfungsi sebagai satu pinjaman daripada broker kepada pedagang-pedagang untuk mengawal saiz dagangan yang lebih besar dan meningkatkan pulangan mereka. Selepas dagangan tutup nanti, wang yang dipinjam sepatutnya kembali kepada broker dalam jumlah penuh.

Jadi, marilah kita andaikan pedagang A hanya ada $1,000 dalam akaunnya dan ingin berdagang dengan pasangan mata wang EUR/USD. Dia hanya boleh meletakkan satu lot mikro yang terdiri daripada 1,000 unit mata wang seperti yang ditetapkan oleh baki akaunnya, sebaliknya dia ingin meletakkan satu lot standard atau 100,000 unit. Oleh itu, dia perlu $99,000 tambahan untuk layak memulakan dagangan. Wang tambahan ini boleh diperoleh dengan menggunakan leverage.

Leverage yang pedagang A perlu untuk memulakan dagangan adalah dikira seperti berikut:
leverage forex
Pedagang A kemudian bermula dan berdagang satu lot standard dengan menggunakan leverage 1:100 dengan margin $1,000. Selepas dagangan tutup, pedagang A mengaut keuntungan 0.0010 atau 10 pip.
Forex leverage profit
Keuntungan $100 yang diperoleh dimiliki oleh pedagang A dan masuk terus ke akaun dagangannya. Kemudian, jumlah leverage kembali kepada broker dengan jumlah penuh. Kini, pedagang A memiliki ekuiti $1,100.

Sebaliknya, apabila pedagang A rugi 10 pip selepas menutup dagangan, $100 yang telah rugi akan diambil daripada akaunnya. Broker tersebut masih menerima jumlah pinjaman dengan penuh. Akibatnya, pedagang A kini memegang ekuiti sebanyak $ 900.

Terdapat tahap leverage berlainan yang ditawarkan oleh broker forex untuk memilih berdasarkan kuantiti dagangan, tahap atau keperluan yang diingini. Contohnya, jika anda mempunyai modal $1,000 dalam akaun anda dan menggunakannya sebagai satu margin. Bergantung kepada jumlah leverage, pencapaian modal dagangan anda akan seperti berikut: 
forex leverage levels

Kelebihan Berdagang dengan Leverage

Dagangan dengan leverage mendatangkan manfaat kepada pedagang-pedagang seperti:

Meningkatkan Keuntungan Berpotensi

Menggunakan jumlah modal yang sama dengan bantuan leverage akan mendatangkan keuntungan yang lebih tinggi.

Memaksimumkan Keberkesanan Modal

Dengan dagangan yang mempunyai leverage, anda boleh menjana lebih banyak keuntungan dalam masa yang lebih singkat. Berdasarkan contoh di atas, ia mengambil 50 dagangan yang menguntungkan  untuk menjana keuntungan $5 tanpa leverage. Manakala, dagangan yang mempunyai leverage membolehkan anda memperoleh keuntungan $5 dalam satu dagangan sahaja. Modal $1,000 anda digunakan dengan keberkesanan maksimumnya.

Kelemahan Berdagang dengan Leverage

Dagangan dengan leverage memang membolehkan pedagang-pedagang untuk menambahkan liputan pasaran mereka dan melebihi pelaburan sebenar mereka supaya mereka boleh menjana lebih banyak keuntungan. Walaupun begitu, anda perlu berhati-hati semasa menggunakan leverage kerana ia mungkin memakan diri.

Meningkatkan risiko dagangan

Berdagang modal anda melalui leverage meningkatkan pendedahan anda kepada risiko yang lebih tinggi; jadi, ia membesarkan kedua-dua keuntungan dan kerugian berpotensi anda pada masa yang sama.

Berdasarkan contoh di atas, apabila nilai pip anda bertambah dengan leverage, modal anda akan terdedah kepada risiko atau kerugian yang lebih besar. Kerugian satu 10 pip dalam dagangan bermaksud $1 tanpa leverage, tetapi dengan leverage kehilangan 10 pip dalam satu dagangan bermaksud anda kerugian $50. Bayangkan jika ini berlaku 10 kali. Tanpa leverage tersebut, anda hanya kerugian $10, tetapi dengan leverage, anda kerugian $500. Dalam kes ini, akaun dagangan anda akan kering dalam masa yang singkat.

Perlukah Pedagang-pedagang Mengelakkan Leverage?

Tidak sangat, anda tidak perlu takut terhadap leverage sebaik sahaja anda memahami cara menguruskannya.

Anda boleh mengambil kesempatan leverage dengan memilih saiz yang lebih kecil untuk setiap dagangan dan mengelakkan kerugian ketara dengan pengurusan risiko yang betul. Jadi, anda perlu membuat keputusan leverage yang terbaik untuk modal anda. Pokoknya, leverage adalah sangat anjal dan boleh diubah suai mengikut keperluan, oleh itu, anda bebas untuk menguruskannya berdasarkan keperluan dagangan anda.