NFP Forex: Apa itu NFP dalam trading?
Sebagai pedagang Forex, anda mungkin pernah dengar istilah NFP yang bermaksud bilangan pekerja di luar sektor pertanian dan perladangan (Non-Farm Payrolls). Ia adalah statistik dan indikator ekonomi penentu dalam dagangan Forex. Ianya juga salah satu daripada laporan yang ditunggu-tunggu dalam pasaran Forex.
Inilah sebabnya mengapa semua pedagang Forex perlu memahami istilah ini. Jadi apakah NFP dan bagaimana boleh kita gunakannya dalam dagangan Forex?
Non-Farm Payroll merupakan laporan tentang perubahan dalam bilangan pekerja di Amerika Syarikat, selain buruh pertanian, pekerja peribadi rumahtangga, dan pekerja organisasi tidak berkeuntungan. Data NFP diukur oleh Biro Statistik Buruh (BLS) melalui survei penggajian di seluruh Amerika Syarikat.
Laporan NFP meringkaskan status penggajian dalam negara itu dan terdapat sedikit statistik. Laporan ini mewakili sekitar 80% sektor perniagaan A.S. yang menyumbang kepada keluaran dalam negeri kasar (GDP).
Angka NFP boleh dikira menggunakan formula berikut:
Semasa tempoh kemelesetan ekonomi, angka ini biasanya disekitar +10,000 dan +250,000. Simbol tambah bermaksud bilangan kerja yang ditambah dalam tempoh bulan lepas. Jika angkanya negatif, ia bermaksud bilangan kerja telah berkurang berbanding bulan lepas – dengan kata lain, bilangan orang bekerja menurun.
Terdapat beberapa perkara yang anda boleh ketahui daripada laporan NFP:
1. Kadar penggajian
Kadar ini ditunjukkan dalam peratusan keseluruhan tenaga pekerja dan boleh memberi kesan kepada penilaian Rizab Persekutuan terhadap ekonomi semasa A.S.
2. Perubahan dalam bilangan kerja
Peningkatan dan penurunan kerja merentasi berbagai sektor juga penting untuk pedagang Forex merancang dagangan hadapan mereka memandangkan mereka perlu tahu sektor yang mana dalam ekonomi yang sedang naik atau turun.
3. Pendapatan per jam purata
Pendapatan per jam boleh menunjukkan sama ada tenaga pekerja meningkat atau menurun. Jika bilangan kerja adalah sama seperti bulan lepas namun pendapatan purata menurun, ini bermaksud tenaga pekerja berkurang.
4. Semakan laporan NFP lepas
Laporan pertama NFP merupakan penaksiran dan bukannya angka tepat. Oleh itu, akan terdapat semakan selepas ia diterbitkan, dan kadangkala margin kesalahan agak besar. Semakan ini boleh memberikan impak mengejut kepada pasaran kerana pedagang menilai semula keputusan mereka.
Bilakah laporan NFP dikeluarkan?
Laporan ini dikeluarkan setiap bulan, pada hari Jumaat pertama bulan itu, pada pukul 8.30 pagi zon masa Eastern (EST). Sebagai contoh, statistik dikeluarkan pada Jumaat pertama dalam bulan Februari akan merangkumi data dari bulan lepas, bulan Januari.
Jadual ini boleh didapati pada laman web Biro Statistik Buruh, dan juga boleh diakses melalui kalendar ekonomi.
Mengapa laporan NFP penting kepada pedagang Forex?
Laporan NFP menunjukkan prestasi keseluruhan perniagaan A.S. Ahli ekonomi dan penggubal dasar biasanya menggunakan data untuk menaksir keadaan semasa ekonomi negara dan meramal tahap aktiviti ekonomi masa hadapan.
Laporan ini kerap digunakan sebagai penanda perubahan kadar faedah yang dibuat oleh Rizab Persekutuan. Sebagai contoh, apabila kadar pengangguran tinggi, penggubal dasar akan merendahkan kadar faedah bagi merangsang ekonomi, dan apabila ekonomi dalam keadaan lebih baik, penggubal dasar akan menaikkan kadar faedah. Pertukaran dasar ini akan memberikan kesan kepada permintaan dolar A.S.
Tambahan pula, ramai pedagang Forex meramalkan sama ada angka NFP dalah lebih rendah atau tinggi berbanding bulan lepas atau sama ada ia memenuhi jangkaan pasaran atau tidak. Sebagai contoh, jika NFP lebih rendah daripada taksiran ahli ekonomi, pedagang Forex mungkin akan menjual dolar A.S. mereka bagi mengelakkan kejatuhan nilai mata wang itu memandangkan pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat tidak sebaik yang dijangkakan. Sebaliknya, jika angka lebih tinggi daripada jangkaan, pedagang mungkin akan membeli dolar A.S. memandangkan pertumbuhan ekonomi adalah lebih baik daripada jangkaan.
Oleh itu, kekuatan data NFP dan dolar A.S. adalah tersekait, dan inilah sebabnya laporan NFP boleh mengakibatkan kadar ayunan tinggi dalam pasaran Forex.
Apakah instrumen kewangan yang terkesan dari laporan NFP?
Banyak instrumen kewangan terkesan dari laporan ini, terutamanya pasangan mata wang melibatkan dolar A.S. (semua pasangan mata wang utama), ekuiti, dan saham. Walau begitu, terdapat situasi dimana laporan NFP memberikan kesan besar kepada instrumen kewangan lain yang tidak melibatkan dolar A.S.
Sebagai contoh, pada 8hb Mac 2019, terdapat jurang besar diantara taksiran ahli ekonomi dan dari keluaran NFP. Ianya dijangkakan bilangan kerja yang ditambah adalah sekitar 180,000, namun keluaran NFP hanya menunjukkan pertambahan sebanyak 20,000 kerja. Perbezaan besar ini mengakibatkan Index Dolar A.S.(DXY) susut nilai dan turun-naik meningkat seperti yang digambarkan dibawah. Bar-bar merah panjang menunjukkan penurunan mendadak dalam nilai. Kemudian, selepas beberapa ketika, nilai meningkat semula seperti yang ditunjukkan oleh bar hijau.
Patutkah anda berdagang menggunakan laporan NFP?
Berdagang mata wang dengan turun-naik sangat tinggi boleh jadi sangat menguntungkan jika anda menggunakan pendekatan dan strategi yang betul. Sentiasa ingat bahawa ianya sangat berisiko dan berbahaya, terutamanya jika anda tidak berpengalaman dalam dagangan Forex.
Tip penting untuk semua pedagang Forex adalah dengan menggunakan kalendar ekonomi yang disediakan broker Forex bagi mendapatkan tarikh dan masa pengumuman NFP untuk membuat persediaan.
Pedagang sangat disarankan menutup sebarang dagangan terbuka satu atau dua jam sebelum pengumuman NFP bagi mengelakkan kadar ayunan tinggi yang boleh mengakibatkan kerugian wang. Tambahan pula, ianya lebih baik untuk tunggu sekejap sebelum membuka dagangan baru selepas pengumuman, kerana tempoh turun-naik paling tinggi adalah 30 minit selepas pengumuman NFP. Ambil perhatian bahawa kesan ini mungkin berlangsung selama dua jam atau lebih.
Kesimpulannya, laporan ‘Non-Farm Payroll’ sesungguhnya data bulanan penting. Pengumumannya mengakibatkan perubahan dan pergerakan besar dalam pasaran Forex kerana ianya sentiasa dituruti dengan kenaikan turun-naik dan pelebaran spread. Oleh itu, untuk berdagang dengan berjaya, anda perlu fahami bagaimana laporan NFP memberi kesan kepada anda, supaya anda boleh pilih strategi yang tepat dalam menanganinya.