✅ Forex Malaysia - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia - Forex Trading di Malaysia

Spread Tetap lwn. Spread Terapung (Floating)

Apakah yang anda rasa merupakan faktor pertama terpenting yang perlu dipertimbangkan apabila berdagang mata wang dalam pasaran Forex? Harga, broker, atau akaun? Jawapannya bukan salah satu daripada ini. Perkara pertama anda perlu fahami sebelum memulakan langkah pertama kedalam dagangan Forex adalah memahami kos perniagaan tersebut.

Seperti yang kita ketahui, dagangan Forex melibatkan tahap risiko yang sangat tinggi. Dagangan Fprex adalah sebuah perniagaan yang tidak sama seperti yang lain, dimana kosnya tidak dapat ditentukan dengan tepat. Anda berhadapan dengan kos ketika menjalankan dagangan, yang boleh berubah dalam pecahan saat disebabkan pergerakan harga mata wang.

👌 Kos ini dinamakan Spread.

Spread adalah cabaran pertama anda apabila anda memutuskan untuk menjadi pedagang Forex. Ia adalah kos yang anda akan hadapi dengan paling kerap setiap kali anda menjalankan niaga dagangan.

Spread ialah perbezaan diantara harga belian dan jualan pasangan mata wang tertentu. Contohnya, jika anda lihat harga EUR/USD dipaparkan sebagai 1.2100/1.2102, ia bermaksud spread untuk pasangan mata wang ini ialah 1.2102 – 1.2100 = 0.0002 atau 2 pip.

Tambahan pula, memandangkan harga mata wang berubah dalam pecahan saat, ianya hampir mustahil untuk meramal nilai spread untuk satu-satu harga pasangan; yang tidak akan menjadi masalah lagi jika anda berdagang menggunakan spread tetap.

👉 Spread tetap ditawarkan dalam harga tetap, bermaksud nilai telah ditentukan awal dan tidak akan bergantung kepada pergerakan sebarang harga mata wang. Jadi, tidak kira berapa kerap harga mata wang bergerak, spread akan kekal sama. Broker selalunya menentukan nilai spread tetap dalam sekitar spread terapung terkini. Inilah sebabnya, kadangkala, nilai spread tetap anda adalah lebih tinggi daripada spread terapung walaupun ketika pasaran tidak aktif.

👉 Spread yang ditawarkan pada nilai yang berubah-ubah dikenali sebagai spread terapung. Jenis spread ini sentiasa bertukar bergantung kepada keadaan pasaran. Disamping itu, tiada cara untuk meramal berapa banyak nilai spread terapung berubah kerana ianya bergantung kepada harga setiap mata wang dalam pasangan itu.

Spread Tetap lwn. Spread Terapung: Yang mana lebih baik?

Sekarang anda mempunyai pemahaman lebih baik tentang jenis spread dalam dagangan Forex, anda mungkin tertanya “Mana satu yang lebih baik?

Tiada jawapan muktamad untuk soalan ini. Ini memandangkan pemilihan spread yang sesuai bergantung kepada tahap kemahiran dagangan dan beberapa situasi tertentu.

✅ 1. Tahap kemahiran

Adakah anda seorang pedagang Forex baru? Atau anda telah cukup lama berdagang dalam pasaran Forex untuk memahami bagaimana harga mata wang berubah, atau bagaimana faktor utama mempengaruhi pergerakan harga mata wang?

Berdagang forex dengan spread tetap lebih sesuai untuk pedagang baru. Spread tetap membolehkan anda berdagang dalam nilai tetap setiap masa, tidak kira berapa kerap harga pasangan mata wang bertukar. Walaupun ketika harga mata wang bergerak tanpa dijangka, anda tidak perlu risau memandangkan nilai spread akan kekal sama. Atau setidak-tidaknya amaun “lebih selamat” berbanding harga pasaran nyata.

Alternatifnya, perubahan spread terapung akan bergantung kepada pergerakan harga pasangan mata wang tersebut. Ianya berlaku sepantas kilat dan berubah daripada 0 ke 10 pip dan berulang-ulang, terutamanya ketika muda-ubah pasaran sedang tinggi. Atas sebab ini, hanya pedagang berpengalaman boleh menduga pergerakan ini semasa menggunakan spread terapung.

✅ 2. Objektif Dagangan

Faktor kedua yang anda perlu pertimbangkan adalah matlamat dagangan anda. Adakah anda pedagang harian yang berdagang sepenuh masa, atau anda berdagang pada masa lapang untuk pelaburan?

Jika anda berdagang Forex setiap hari, ia bermaksud anda menghabiskan banyak masa mencerap pasaran dan menyelidik pergerakan harga. Sedemikian rupa, spread terapung lebih sesuai dalam objektif dagangan anda. Benar bahawa spread terapung sentiasa berubah, namun sebagai pedagang harian, anda boleh mengambil peluang nilai spread yang labih kecil, lebih-lebih lagi ketika pasaran tidak aktif.

Sebaliknya, bagi mereka yang jarang berdagang dan tidak mempunyai masa mengawasi pergerakan harga, lebih sesuai menggunakan spread tetap. Dengan cara ini, mereka boleh berdagang dalam amaun spread yang sama tidak kira masa dan mudah-ubah pasaran.

✅ 3. Toleransi Risiko

Satu daripada faktor terpenting untuk diambil kira apabila memilih spread tetap atau terapung adalah toleransi risiko anda. Tanya diri anda, berapa besar risiko yang anda mampu ambil dalam dagangan Forex?

Jika anda selesa berdagang dalam keadaan yang lebih selamat dan terjangka, anda akan menghargai spread tetap. Alasannya kerana ia membolehkan anda mengira hampir semua hasil daripada dagangan anda. Disamping itu, berdagang dengan spread terapung tidak membawa caj tambahan kerana semua kos dagangan telahpun disertakan dalam spread.

Pun begitu, jika anda mencari lebih cabaran dalam dagangan Forex dan inginkan keterujaan dalam pergerakan harga tidak terjangka, spread terapung adalah pilihan yang sesuai untuk anda.

Apa pun keputusan anda, anda digalakkan mendapat pendidikan Forex yang mencukupi dan pengalaman dagangan sebelum membuat langkah seterusnya. Kita semua sedia maklum akan nasib pedagang yang berdagang membabi buta hanya untuk cabaran.

✅ 4. Jumlah Modal

Sebelum memutuskan jenis spread yang anda ingin ambil, anda perlu beri perhatian terhadap jumlah modal atau amaun wang yang anda ada dalam deposit awal.

Jika jumlah modal anda agak tinggi dan anda mempunyai wang tambahan, anda mungkin mampu kehilangan beberapa ringgit—kadangkala ratusan ringgit—semasa dagagan awal anda. Jika ini halnya, spread terapung adalah lebih sesuai untuk aktiviti dagangan anda.

Spread terapung berjulat daripada 0 ke 10 dan kadangkala sehingga 20 pip, bergantung kepada pasangan mata wang dan keadaan pasaran. Jika modal anda terhad, spread terapung adalah umpama mimpi buruk. Anda boleh kehilangan semua wang anda sekelip mata sebaik mudah-ubah pasaran memuncak. Dan paling teruk sekali adalah kita tidak tahu apabila ia berlaku. Profesional juga hanya mampu membuat andaian dan jangkaan tentang keadaan pasaran. 

Tambahan pula, spread tetap biasanya lebih tinggi daripada spread terapung dalam keadaan pasaran normal. Jika spread terapung untuk pasangan mata wang adalah dalam julat 0 ke 7 pip, maka spread tetap mungkin berada pada 4 pip tidak kira berapa banyak harga mata wang bergerak. Anda akan kehilangan peluang untuk berdagang dengan spread 0 pip namun menjauhi diri daripada spread 7 pip. Jika jumlah modal anda terhad, spread tetap akan membantu anda berdagang dengan lebih terjangka dan terkawal.

✅ 5. Gaya dan Strategi Dagangan

Perkara terakhir untuk dititik beratkan apabila memilih jenis spread adalah gaya dan strategi dagangan anda. Scalper biasanya memilih untuk berdagang menggunakan spread terapung kerana mereka berurusan dengan beberapa posisi terbuka pada masa yang sama.

Walau begitu, spread terapung jauh lebih sesuai untuk pedagang swing dan posisi yang berdagang dalam tempoh masa sederhana mahupun panjang kerana mereka perlukan lebih kestabilan.

Sementara terdapat banyak faktor yang anda perlu fikir sebelum memilih jenis spread, spread tetap dan terapung hanya boleh menyebelahi and ajika anda faham dan pertimbangkan semua tindakan anda sebelum melaksanakan dagangan anda.

Inilah sebabnya paling penting untuk anda mempersiapkan diri dengan pendidikan Forex yang mencukupi dan berdagang demo sebelum menyertai pasaran Forex live. Hanya sesudah sepenuhnya faham tentang dagangan Forex anda boleh membuat penggunaan bijak dalam kedua jenis spread, meminimumkan kos anda, dan memaksimumkan keuntungan anda. Selamat berdagang!