Apa itu Spread dalam Forex?
Dagangan Forex atau pertukaran antarabangsa ialah sistem dagangan paling terkenal dimana pedagang menggunakan mata wang antarabangsa berbeza untuk dagangan. Dibandingkan dengan jenis sistem dagangan lain, dagangan Forex telah menunjukkan kadar pertumbuhan yang lebih cepat dan menarik lebih banyak pedagang ke pasaran.
Jika anda ingin berdagang dalam pasaran Forex, pertama sekali, anda perlu fahami terma-terma penting seperti Spread Forex.
Dalam dagangan Forex, mata wang sentiasa disebut dalam pasangan, cth. XXX/YYY 1.2345. Di sebelah kiri sebutan, adalah mata wang asas, atau X, dan di sebelah kanan, adalah mata wang sebutan, atau Y. Angka disebelah pasangan mewakili nilai mata wang asas berbanding mata wang sebutan. Mari andaikan pasangan EUR/USD dinilai pada 1.3500, ini bermakna 1€ adalah bernilai 1.35 US dolar. Anda perlu tahu bahawa mata wang asas sentiasa dikira sebagai 1 tidak kira mata wang lain yang dipadankan dengannya.
Apabila anda terlibat dalam dagangan Forex, anda mempunyai dua set harga dihadapan anda untuk pasangan yang anda dagangkan; maksudnya, EUR/USD = 1.3500/1.3502. Angka kiri ialah harga BIDAAN – iaitu harga jualan mata wang anda kepada broker, dan angka kanan ialah harga MINTA, iaitu harga yang broker akan bayar anda untuk membeli mata wang. Seperti yang anda boleh lihat dari contoh, dua angka ini berbeza dari segi nilai, dan perbezaan ini dinamakan Spread. Dan ini adalah cara anda menentukan amaun spread tepat daripada pasangan yang diebutkan diatas: 1.3502 – 1.3500 = 2 pip
Sebagai contoh, kadar pertukaran pasangan EUR/USD ditetapkan pada 1.3501. Broker menawarkan 1.3500/1.3502, bermakna broker sanggup membeli USD pada 1.3500, dan menjualnya pada 1.3502. Oleh itu, spread untuk pasangan EUR/USD ialah 0.0002, atau 2 pip.
Bagaimana spread berfungsi dalam dagangan Forex?
Broker Forex mengenakan caj, atau spread, untuk setiap transaksi. Jadi mereka meraih dengan menokok harga untuk beberapa pip. Contohnya, apabila harga EUR/USD ialah pada 1.3500, broker akan menawarkan pasangan pada 1.3500/1.3503. Hasilnya, broker akan meraih 0.0003 atau 3 pip daripada transaksi pedagang mereka.
Setiap broker Forex akan menawarkan spread dibawah syarat dagangan berbeza. Bagi yang menawarkan spread lebih rendah (1 - 2 pip) biasanya meletakkan caj tambahan untuk perkhidmata yang diberikan. Dan ada juga yang menawarkan spread lebih tinggi tanpa caj tambahan apapun.
Sudah tentu, kita tidak patut mengendahkan kesan yang tidak dapat dielakkan mata wang terhadap amaun spread.
Anda perlukan broker Forex yang menawarkan spread paling rendah supaya anda boleh menurunkan kos dagangan pada masa yang sama menambahkan keuntungan.
Jenis-Jenis Spread dalam Forex
Broker Forex menawarkan dua jenis spread dalam dagangan, iaitu Tetap dan Terapung. Ianya bergantung kepada pedagang untuk memilih jenis spread yang sesuai kepada dagangan mereka dari segi keperluan, objektif, modal, dan sudah tentu pengalaman.
1. Spread Tetap
Spread tetap tidak akan berubah disebabkan pergerakan atau naik-turun pasaran. Walau begitu, jika terdapat perubahan signifikan dalam pasaran , akan terdapat sedikit perubahan sementara dalam spread tetap, bermakna tahap spread tetap baru akan ditetapkan sehingga pasaran kembali kepada keadaan normal.
Disebabkan sifatnya yang kurang berisiko dan lebih stabil, spread tetap mungkin pilihan yang lebih sesuai untuk banyak pedagang. Walau begitu, ambil perhatian bahawa spread tetap biasanya diletakkan pada harga yang lebih tinggi, 2-3 pip atau lebih, dan umumnya ditawarkan dalam akaun Forex Mikro.
2. Spread Terapung
Seperti yang dimaksudkan namanya,nilai harga spread terapung akan berubah-ubah dengan kerap bergantung kepada pasaran. Kadangkala, ia mungkin serendah 0.5 pip atau 0 pip. Jadi amaunnya boleh berubah banyak menyebabkan tonjolan-tonjolan (atau spike) berbeza dalam pasaran.
Sebagai ‘Scalper’ atau pedagang jangka-pendek, jenis spread ini sesuai kepada keperluan dagangan anda kerana amaun adalah jauh lebih rendah berbanding yang lainnya. Tambahan pula, jenis spread ini biasanya ditawarkan oleh broker Forex ECN.
Anda mungkin terfikir, sekiranya amaun spread adalah nominal, jadi mengapa mereka perlu mengenakan saya dengan jumlah yang tidak signifikan ini? Ya, ia mungkin keadaannya untuk pedagang kecil yang berdagang dengan saiz lot yang lebih kecil; walau begitu, untuk pedagang pro yang berdagang dengan saiz lot jauh lebih besar, jumlah tidak signifikan ini boleh boleh berganda dan mengubah segalanya. Mari pecahkan kepada angka sebenar supaya anda boleh lebih faham.
Katakan ahrga EUR/USD ditetapkan pada 1.3500/1.3502, yang menjadikan spread 0.0002 (2 pip/unit). Dan bayangkan juga anda ingin beli 10 lot standard yang menjadikannya 10 lot standard = 1,000,000 unit dan oleh itu 0.0002 x 1,000,000 = $200.
Dalam kata lain, akibat daripada dagangan anda, $200 akan terus pergi kepada broker. Inilah sebabnya mengapa spread adalah sangat penting. Oleh itu, anda perlu mengira spread anda dengan berhati-hati untuk meminimumkan kos dagangan lalu meraih lebih banyak.
Disamping itu, spread Forex mengandungi data langsung tentang perihal pasaran dari segi kecairan, pergerakan, serta naik-turun. Angka-angka ini boleh memberitahu anda tentang masa berdagang pasangan mata wang tertentu, dan bagaimana pasaran bergerak secara umum.
Mengapa spread melebar dalam pasaran?
Spread dalam pasaran Forex menyaksikan perubahan berterusan disebabkan beberapa sebab, seperti peristiwa berita penting dan isu politik pada tahap antarabangsa. Dalam kata lain, setiap kali terdapat naik-turun ketara dalam pasaran, anda boleh menjangka pergerakan naik atau turun tertentu dalam spread Forex (spread tidak tetap). Jadi anda perlu mengambil perhatian terhadap perubahan ini memandangkan kos dagangan anda memberik impak signifikan kepada keupayaan anda memilih dagangan mana untuk diambil dan dihindarkan. Satu perkara yang mungkin membantu anda dan perlu dibaca dengan serius, adalah kalendar ekonomi. Kalendar ekonomi boleh memaklumkan anda dengan peristiwa akan datang, jadi ia perlu diambil sebagai alatan utama dalam persiapan anda.
Isu penting lain yang anda perlu ambil perhatian adalah kecairan pasaran. Apakah kecairan? Dan bagaimana ia memberi impak kepada keupayaan anda sebagai pedagang? Secara mudah, kecairan adalah keboleh-pertukaran aset dan wang dalam pasaran, jadi kecairan pasaran boleh menentukan kesukaran atau kemudahan membuka dan menutup dagangan anda.