✅ Forex Malaysia - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia - Forex Trading di Malaysia

Pasangan Mata Uang Utama Forex

Memandangkan kita telah bincangkan cara berdagang Forex dan cara membuat keuntungan dari pergerakan harga mata uang, anda mesti tidak sabar untuk mula berdagang bukan? Walau begitu, anda akan sedar kemudian terdapat sangat banyak mata uang boleh didapati daripada senarai, dan semuanya seperti menjanjikan pulangan yang lumayan. Jadi, yang mana anda patut pilih?

Sudah tentu jawapannya adalah untuk memilih pasangan mata uang yang memberikan potensi keuntungan paling tinggi dalam masa lebih singkat daripada yang lainnya. Oleh itu, sebagai pedagang baru, anda disarankan untuk bermula dengan pasangan mata uang utama Forex.

Jadi, apakah pasangan utama ini, dan mengapa ia disarankan untuk anda bermula?

Memahami Pasangan Mata Uang Forex

Memandangkan ianya hampir mustahil untuk menilai sebuah mata uang dengan tepat, nilai mata uang sentiasa diukur sebagai perbandingan dengan mata uang lain. Lagipun, apabila anda menukar mata uang, anda sedang menjual dan membeli dua mata uang berbeza pada masa yang sama; disebabkan ini ia dipanggil pasangan mata uang.
Pasangan Mata Uang Utama
Pada asasnya, menilai pasangan mata uang berfungsi dengan sama seperti apabila anda lihat harga dalam pasaran mata uang antarabangsa dan anda serta-merta mencongak nilainya berdasarkan mata uang negara anda.

Inilah setepatnya bagaimana mata uang dinilai dalam pasaran Forex. Anda mengira nilai sesebuah mata uang sebagai perbandingan mata uang lainnya.

Hasil dari mekanisma ini, apabila harga pasangan mata uang bergerak, ia bermaksud nilai relatif mata uang itu turun atau naik berbanding pasangannya. Sebagai contoh, harga EUR/USD naik daripada EUR/USD 1.10 kepada EUR/USD 1.15. Dalam situasi ini, nilai tanggapan EUR telah menaik berbanding USD, dan nilai relatif USD telah menurun berbanding EUR dalam masa yang sama. Jadi, anda tidak boleh bayar hanya 1.10 USD untuk membeli 1 EUR. Anda perlukan lebih kurang 1.15 USD.

Dalam pasaran antarabangsa, terdapat pasangan mata uang yang bergerak lebih laju dan dengan volum yang lebih besar berbanding dengan yang lain. Mata uang yang bergerak pantas ini dinamakan pasangan mata uang utama Forex.

Apakah pasangan mata uang utama Forex?

Pasangan mata uang utama didagangkan dengan lebih kerap dan dalam jumlah lebih besar berbanding pasangan mata uang yang lain. Dari kontrak kerajaan, dagangan komoditi kepada tujuan perbankan, pasangan mata uang ini memacu pergerakan pasaran dan, dalam sesetengah keadaan, menjadi sendi ekonomi dunia.
Majoriti pasaran forex
Sesetengah beranggapan terdapat 8 pasangan mata uang utama, sementara yang lainnya beranggapan terdapat 7 atau 9. Pun begitu, pasangan mata uang yang paling penting adalah seperti berikut:
Pasangan Mata Uang Utama Forex
Pasangan utama diatas berjumlah lima yang paling didagangkan di dunia, iaitu US Dollar, Euro, Japanese Yen, Paun British, dan Swiss Franc.

Jadi, anda boleh bayangkan jumlah wang yang terlibat dan betapa cepat pergerakannya, bukan hanya dalam pasaran Forex namun hampir semua pasaran lain, yang merupakan sebahagian daripada ekonomi dunia.

1. EUR/USD

Pasangan EUR/USD terkandung dua mata uang yang paling didagangkan di dunia, i.e., Euro dan US Dollar. Sesetengah pedagang menggelarnya sebagai “Fiber.” Pasangan ini mendominasi lebih 20% daripada jumlah mata uang yang didagangkan dalam pasaran Forex. Tambahan pula, EUR/USD mewakili dua kuasa besar ekonomi dunia; iaitu Amerika Syarikat and dan Kesatuan Eropah.

Pedagang baru digalakkan untuk berdagang pasangan ini kerana volum besarnya dan spread yang lebih sempit. Pasangan ini membolehkan mereka untuk masuk dan keluar dagangan dengan lebih mudah kerana tidak perlu bimbang akan perbezaan harga drastik.

2. USD/JPY

Pesaing terdekatnya, kita ada USD/JPY, menggabungkan US Dollar dan Japanese Yen. Berdasarkan sesetengah pedagang, pasangan ini dipanggil “Ninja.”

Japanese Yen telah melalui pahit getir dalam perjuangannya dengan inflasi dan pertumbuhan rendah kebelakangan tahun lepas, yang menyebabkan kadar faedah yang sangat rendah. Inilah penjelasannya mengapa JPY digunakan dengan meluas dikalangan pedagang carry. Mereka meminjam Yen kemudian menggunakannya untuk melabur dalam mata uang yang berhasil tinggi.

USD/JPY juga sangat digalakkan kepada pedagang baru kerena jumlah besarnya. Hasilnya, pasangan USD/JPY mempunyai kecairan tinggi dalam pasaran, tapi dengan spread BID/ASK rendah. Disamping itu, kebanyakan pedagang percaya bahawa JPY adalah mata uang selamat disebabkan kadar faedah hampir kosongnya dan ekonominya yang stabil.

3. GBP/USD

Pasangan GBP/USD, atau “Cable, sebelum ini adalah pasangan mata uang paling didagangkan dunia dalam pertengahan kurun 19. GBP adalah mata uang yang paling dominan pada masa itu, dan semua transaksi ketika itu dijalankan menggunakan kabel transatlantik. Justeru namanya “Cable.”

Sama dengan EUR/USD, GBP/USD dianggap salah satu pasangan mata uang utama kerana ekonomi United Kingdom terkait rapat dengan Kesatuan Eropah. Tambahan pula, pasangan ini didagangkan dalam jumlah besar, menghasilkan kecairan tinggi pasaran. Inilab sebabnya GBP/USD adalah sangat dianjurkan kepada pedagang baru.

4. USD/CHF

Terakhir sekali, kita ada USD/CHF yang memadankan US Dollar dengan Swiss Franc, atau “Swissy.” CHF bermaksud “Confoederatio Helvetica Franc.”  Pasangan mata uang ini adalah yang keempat terbesar didagangkan dalam pasaran kewangan.

Kebanyakan pedagang memilih CHF disebabkan mudah-ubah tinggi hasil dari kestabilan ekonomi Switzerand. Switzerland disenaraikan sebagai  salah satu negara terkaya di dunia dengan statistik KDNK (GDP) yang sangat tinggi. Akibatnya, apabila pasaran bergerak dalam arah tidak menggalakkan, pedagang biasanya kembali kepada CHF. Inilah sebabnya pasangan mata uang ini disarankan kepada pedagang baru.

Pasangan Mata Wang Komoditi

Selain daripada pasangan mata uang utama, terdapat beberapa pasangan mata uang penting lain yang dinamakan pasangan mata uang komoditi. Sesetengah pedagang menganggap pasangan komoditi sebagai pasangan mata uang “utama”. Alasannya kerana apabila harga komoditi mencanak naik, volum dagangan mungkin melebihi USD/CHF ataupun GBP/USD.

Disamping itu, harga mata uang komoditi sangat dipengaruhi oleh harga komoditi. Jadi, turun-naik pasangan mata uang ini lebih besar daripada 4 pasangan mata uang utama.

Dibawah anda boleh menjumpai beberapa pasangan mata uang komoditi yang penting:

1. AUD/USD

AUD/USD dikenali sebagai “Aussie,” dan memadankan Australian Dollar dengan US Dollar. Harga pasangan mata uang ini sangat dipengaruhi dipengaruhi oleh perlombongan, harga daging lembu, wul, dan gandum. Lebih-lebih lagi, China memainkan peranan penting dalam menentukan turun-naik AUD/USD memandangkan negara ini mempunyai hubungan erat perniagaan dengan Australia.

2. USD/CAD

USD/CAD atau “Loonie” memadankan US Dollar dengan Canadian Dollar kerana mereka terkait rapat dari segi ekonomi. Harga pasangan mata uang ini sangat dipengaruhi oleh petroleum, balak, dan gas asli.

3. NZD/USD

New Zealand (NZD) adalah pengeksport terbesar dunia dalam tepung susu penuh. Emas memainkan peranan penting dalam ekonomi New Zealand dimana kadar faedah adalah lebih tinggi daripada kebanyakan negara-negara lain. Oleh itu, sesetengah pedagang mengambil peluang dari kadar faedah untuk menjana lebih keuntungan.

Mengapa Dagang Pasangan Utama Forex?

Jawapannya disebabkan volum dagangannya.

Pasangan utama—juga kadangkala pasangan komoditi— mempunyai volum dagangan tertinggi di pasaran seluruh dunia. Dari kontrak kerajaan, niaga antara bank-bank dan syarikat, kepada pertukaran wang pasangan utama mendominasi pasaran Forex dalam amaun yang banyak berbanding pasangan mata uang yang lain.

Jadi, mengapa volum penting?

Volum tinggi biasanya akan meningkat mendadak. Mengapa? Kerana apabila spread diantara harga BID dan ASK menjadi lebih sempit, lebih ramai pedagang akan tertarik kepada mata uang ini. Apabila lebih ramai pedagang menyumbang kepada volum dagangan ini, menyebabkan spread lebih sempit dan lebih stabil berbanding pasangan mata uang lain.
Dagangan pasangan mata uang volum tinggi
Pokok pangkalnya, volum tinggi bermaksud kecairan yang tinggi. Hasilnya, pedagang boleh masuk dan keluar dagangan tanpa ragu-ragu. Mereka boleh memindahkan wang dalam amaun besar tanpa mengakibatkan gangguan besar kepada harga pasaran sedia ada. Dan orang akan lebih cenderung untuk beli dan jual pasangan mata uang utama tidak kira masanya, jadi kegelinciran adalah lebih rendah.