✅ Forex Malaysia - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia - Forex Trading di Malaysia

Pasangan Forex Minor (Pasangan Mata Wang Bersilang Forex)

Walaupun Pasangan Forex Utama adalah mata wang yang paling didgangkan dalam nilai relatifnya dengan USD, ia tidak bermaksud mata wang ini kurang nilainya apabila USD dikeluarkan daripada pasangan. Hakikatnya, ia membentuk sebuah kategori khusus yang dipanggil pasangan mata wang Minor.

Pasangan Forex Minor melibatkan mata wang utama dalam pasaran Forex kecuali USD. Pasangan ini dikenali sebagai pasangan mata wang bersilang/cross memandangkan pasangan tersebut mengambil setiap mata wang daripada pasangan Forex utama kemudian disilang-padankan sesama mereka. Pasangan ini hampir sama dengan pasangan utama dari segi volum dan kecairan namun menawarkan spread lebih lebar dan turun-naik harga lebih tinggi.

Terdapat banyak pasangan Forex Minor, namun, 3 pasangan minor berikut merupakan yang paling banyak didagangkan dalam pasaran Forex:

✅ 1. GBP/EUR

Pasangan GPB/EUR mengandungi dua mata wang paling berkuasa dalam pasaran, iaitu Paun British dan Euro. Pasangan ini mencerminkan hubungan diantara UK dan Kesatuan Eropah yang sangat dipengaruhi oleh hubungan politik mereka. Inilah sebabnya naik-turun harga GBP/EUR sangat berubah-mudah sejak insiden Brexit dalam 2016 apabila UK sebulat suara ingin keluar daripada Kesatuan Eropah.

GBP/EUR juga dikenali sebagai “Chunnel.” Ia mewakili Terowong Selat daripada Dover ke Calais yang menyambungkan UK dengan Eropah.

✅ 2. EUR/CHF

Franc Swiss (CHF) dikenali umum sebagai mata wang selamat. Oleh itu, dari segi mudah-ubah pasaran, pedagang cuba untuk melindungi aset mereka dengan menggunakan mata wang ini, terutamanya jika melibatkan ekonomi Eropah. Kaitan rapat ini menyebabkan EUR/CHF, juga dikenali sebagai “Euro-Swissy,” yang aman dan menarik, meningkat dari segi nilai dan populariti.

Satu daripada contoh penting bagaimana pelabur menggunakan CHF untuk perlindungan adalah ketika nilai Franc Swiss meningkat dengan mendadak semasa krisis hutang Eropah 2008. Mereka meletakkan CHF sebagai langkah keselamatan untuk modal mereka.

Walaupun setelah Bank Swiss National mengikat nilai CHF kepada EUR yang menyebabkan naik-turun tinggi, kebanyakan pedagang masih menganggap mata wang ini sebagai mata wang yang paling stabil dalam pasaran Forex.

✅ 3. EUR/JPY

EUR/JPY (Yuppy) adalah pasangan mata wang ketujuh yang paling didagangkan dalam pasaran antarabangsa. Ia juga mewakili 3% daripada transaksi pasaran harian, menjadikannya pasangan bersilang/mata wang minor yang paling disukai ramai.

Kebanyakan pelabur memilih EUR/JPY kerana pasangan mata wang ini memberikan turun-naik dan mudah-ubah yang cukup justeru membuka peluang dagangan yang lebih banyak.

Selain daripada pasangan mata wang diatas, pasangan mata wang minor/bersilang lain adalah seperti dibawah:

👌 EUR Crosses
EUR Crosses
👌 GBP Crosses
GBP Crosses
👌 JPY Crosses
JPY Crosses
Meskipun ketiadaan USD dalam pasangan mata wang Forex Minor, anda masih perlu ambil perhatian terhadap pergerakannya. Ini adalah kerana kebanyakan harga pasangan minor dikira dengan mengambil kadar mata wang asas dan dikalikan/dibahagi dengan kadar mata wang kedua terhadap USD.

Walaupun berdagang pasangan mata wang minor/bersilang akan menjana lebih potensi keuntungan disebabkan mudah-ubah dan naik-turun harga tinggi, ambil peringatan bahawa mudah-ubah tinggi juga bermaksud tahap risiko yang lebih tinggi. Oleh itu, cuba pasangan mata wang ini hanya jika anda mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang cukup dalam pasaran Forex.