AETOS Capital Group Pty. Ltd, biasanya dikenali sebagai AETOS, merupakan satu syarikat broker Forex Australia yang mempunyai kepakaran dalam perkhidmatan dagangan kewangan. AETOS ditubuhkan pada tahun 2007 dan komited untuk menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia untuk pelanggannya, termasuk pedagang Forex saiz korporat dan runcit dengan pelbagai alat dagangan.
Ibu pejabat AETOS di Sydney, Australia dengan 25 pejabat anak syarikat yang terletak di seluruh dunia, termasuk di London (UK) dan Hangzhou (China).
AETOS berpengalaman untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan dari lebih 100 buah negara. AETOS telah mencapai banyak anugerah terkenal dalam industry ini, seperti Broker NDD Forex Terbaik daripada UK Forex Awards 2018, selain daripada pencapaiannya yang terbaru, iaitu Broker MT4 Terbaik 2019 dan Broker Forex NDD Terbaik daripada Online Personal Wealth Awards.
Di AETOS, pedagang boleh membuka Akaun General dan Premium yang tersedia dalam USD, EUR, AUD dan GBP, dan ini bergantung kepada negara kediaman mereka. AETOS menawarkan pelbagai alat dagangan termasuk pasangan mata wang (Forex), tenaga, index dan logam dengan menggunakan platform dagangan yang paling terkenal: MetaTrader 4 dan 5, dengan spread terapung yang berdaya saing dan serendah 1.8 pip, leverage maksimum 1:400 (mengikut permintaan), dan juga pelaksanaan pasaran terus dan cepat tanpa sebut harga semula.
AETOS amat berbangga dengan polisinya, iaitu “Pelanggan Didahulukan”, dan menyediakan perkhidmatan untuk pelanggannya dengan sumber dagangan menyeluruh seperti kalendar ekonomi, berita pasaran serta analisis teknikal. Tambahan pula, sokongan pelanggan berdedikasi secara langsung untuk 24 jam 5 hari boleh didapati melalui telefon, emel, media sosial dan sembang langsung.