πŸ”₯🎁 #1 Bonus Tanpa Deposit $50 - XM
βœ… ForexMalaysia.My - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia
Oinvest Malaysia

Oinvest Forex Malaysia - Oinvest Broker Malaysia Review

Oinvest, ditubuhkan pada 2018, adalah broker Forex jenama baru. Syarikat brokeraj ini telah berjaya memenangi dua anugerah mengagumkan dari majalah terkemuka International Business Magazine sebagai Broker Berkembang Paling Pesat Asia Tenggara 2019 dan Broker Dagangan Dalam Talian Berkembang Paling Pesat GCC 2019.

Oinvest ditubuhkan dan diuruskan oleh Aronex Corporation LTD, dibadankan di Seychelles, dilesenkan dan dikawal selia dibawah bidang kuasa Lembaga Perkhidmatan Kewangan Seychelles (FSA).

Dengan menyertai Oinvest, pedagang boleh merasai suasana dagangan yang ringkas namun sofistikated untuk lebih 350 instrumen dagangan, termasuk Forex, komoditi, saham, dan mata wang kripto, menggunakan platform dagangan paling biasa dikenali untuk komputer meja dan mudah alih,  MetaTrader 4, sebagai tambahan untuk platform ekslusif syarikat, WebTrader.

Oinvest menawarkan hanya satu akaun dagangan dengan tahap berbeza dari Silver, Gold, kepada Platinum. Satu jenis akaun dagangan ringkas bermaksud anda boleh berdagang dengan bebas menggunakan apa sahaja strategi dagangan dengan pelaksanaan pasaran segera dengan mendeposit modal awal minima 250 USD. Spread adalah tidak tetap dan serendah 0.03 pip tanpa sebarang komisyen tambahan. Dan juga, Oinvest menawarkan leverage fleksibel sehingga 1:400.

Jika anda adalah pemula, Oinvest mungkin pilihan yang hebat untuk anda memandangkan pelanggannya akan dibekalkan dengan berbagai sumber pendidikan. Pedagang boleh membiasakan diri dengan dagangan Forex menurut tahap kemahiran mereka menggunakan berbagai kaedah pembelajaran, seperti eBuku, webinar, video pendidikan, dan juga tutorial.

Akhir sekali, sekiranya anda menghadapi masalah berkenaan akaun dagangan anda, pasukan sokongan pelanggan akan membantu anda melalui telefon, e-mel, dan chat langsung dari 5 AM ke 5 PM GMT, Isnin hingga Jumaat. Perlu diingatkan bahawa sokongan pelanggan mereka adalah sedikit perlahan dari segi tindak balas, namun dengan sedikit kesabaran dan pemerincian masalah anda, mereka akan memberikan anda penyelesaian yang sesuai.
Laman web: www.Oinvest.com
Peraturan: FSA
Negara: Seychelles
Tahun Penubuhan: 2018
Sokongan di Malaysia: No
Bank tempatan di Malaysia: Yes
Oinvest Rating: 4 / 5
Rating: 4 / 5

Jenis Akaun Oinvest Malaysia

Oinvest menawarkan hanya satu jenis akaun dagangan, jadi anda tidak perlu semak kepala dalam memilih akaun dagangan. Satu akaun ringkas ini akan bermanfaat, lebih lagi jika anda masih baru dalam dagangan Forex.

Tambahan pula, akaun ringkas ini ditawarkan dalam tiga tahap berbeza, iaitu Silver, Gold, dan Platinum, setiapnya dengan tahap perkhidmatan tersendiri.
Silver
Minimum Deposit: $250
Leverage: 1:200
Minimum trade size: 0.01
Spread Type: Floating from 0.07 pips
Commission: No
Account Currency: EUR, USD, GBP

Gold
Minimum Deposit: $250
Leverage: 1:400
Minimum trade size: 0.01
Spread Type: Floating from 0.05 pips
Commission: No
Account Currency: EUR, USD, GBP

Platinum
Minimum Deposit: $250
Leverage: 1:400
Minimum trade size: 0.01
Spread Type: Floating from 0.03 pips
Commission: No
Account Currency: EUR, USD, GBP

Tahap pertama akaun dagangan yang ditawarkan di Oinvest ialah Silver. Pedangan boleh memanfaatkan spread minimum 2.2 pip untuk dagangan mata wang dan 0.07 pip untuk instrument dagangan minyak mentah sebagai tambahan untuk leverage maksimum 1:200 untuk semua aktiviti dagangan Forex. Malangnya, akaun Silver tidak menyediakan perkhidmatan tambahan seperti VPS percuma, webinar eksklusif, video, amaran berita, dan pengurus akaun berdedikasi. Selain itu, Oinvest tidak menawarkan sebarang diskaun istimewa swap untuk tahap ini.

Tahap Gold datang dengan perkhidmatan lebih baik untuk anda nikmati kelebihan tambahan seperti pengurus akaun berdedikasi dan juga video eksklusif dan webinar. Spreads ditawarkan adalah lebih sempit dengan minimum 1.3 pip untuk dagangan mata wang dan 0.05 pip untuk dagangan minyak mentah, dengan leverage maksimum 1:400 untuk aktiviti dagangan Forex. Tambahan pula, pedagang boleh mendapatkan diskaun 25% untuk kadar swap mereka dengan memilih tahap Gold.

Yang terakhir dan paling tinggi ditawarkan Oinvest adalah tahap Platinum, dimana semua kelebihan terbuka dan tersedia untuk pedagang. Kelebihan ini termasuk amaran berita, VPS percuma, pengurus akaun, webinar & video, serta diskaun istimewa 50% untuk yuran swap. Spreads adalah khususnya sempit pada tahap Platinum dengan minimum 0.7 pip untuk dagangan mata wang dan 0.03 pip untuk dagangan minyak mentah, serta leverage maksimum 1:400.

Membuka akaun di Oinvest adalah sangat mudah. Anda hanya perlu untuk klik butang β€œopen account” dan isi semua ruangan diperlukan seperti nama, nombor telefon, alamat e-mel, dan kata laluan. Kemudian anda perlu pilih cara bayaran keutamaan dan hantar bukti identiti anda jika anda telah menyediakan dokumen tersebut. Jika tidak, anda juga boleh hantarnya pada tarikh kemudian dan pergi terus ke Client Area atau hanya start trading immediately.

Untuk perolehan tahap lebih tinggi,  anda perlu menghubungi  sokongan pelanggan hanya selepas akaun anda berjaya didaftarkan dan disahkan. Tambahan pula, jika anda seorang pedagang dengan kepercayaan Islam dan ingin menukar jenis akaun kepada Akaun Islamik, anda perlu menghantar permintaan melalui e-mel, jadi anda tidak akan dicaj untuk swap dan bunga pusingan.

Deposit dan pengeluaran Oinvest Malaysia

Deposit

Deposit dan pengeluaran di Oinvest ditawarkan melalui beberapa kaedah bayaran termasuk kad kredit & debit, pindahan kawat bank, serta sistem bayaran elektronik:

 

  • VISA
  • Skrill
  • Neteller
  • SafeCharge
  • PayTrust88
  • ZPay
  • Pindahan Bank Tempatan (Indonesia, Malaysia, Thailand, dan Vietnam)

 

Amaun deposit minimum adalah 250 USD, dan amaun maksimum adalah 10,000 USD atau ianya bersamaan untuk setiap sistem bayaran. Proses ini boleh dilaksanakan segera melalui ruang pelanggan pedagang.

Mengeluarkan dana di Oinvest boleh dilakukan pada amaun minimum 100 USD dan hanya akan dibayar  melalui cara yang anda gunakan untuk membuat deposit. Proses ini akan mengambil lebih kurang tujuh hari bekerja.

Sila ambil perhatian bahawa Oinvest mengecaj 50 β‚¬ yuran pengeluaran (atau yang bersamaan dengannya) jika hanya terdapat satu kedudukan dibuat pada akaun dagangan (ditakrifkan sebagai aktiviti terlalu rendah) atau langsung tanpa aktiviti dagangan dalam akaun pedagang sebelum permintaan pengeluaran dibuat.

Tambahan pula, jika tiada aktiviti perdagangan dikesan dalam akaun dagangan anda melebihi 60 hari, akaun dagangan akan dianggap sebagai pendam atau tidak aktif. Oleh itu, anda akan dikenankan yuran tadbiran 80 € (atau bersamaan dengannya) bermula dari hari ke 61. Jika keadaan ini berterusan, yuran akan naik kepada 120 EUR bermula dari hari ke 91, 200 EUR bermula dari hari ke 181, dan 500 EUR pada hari ke 271, dicaj pada hari terakhir untuk setiap bulan.

Jika akaun pendam anda mempunyai baki 0, ia akan dinyahaktif dengan automatik.

pengeluaran

Spread Oinvest Malaysia

spreads
Spread di Oinvest adalah tidak tetap, bergantung kepada instrumen dagangan dan tahap akaun yang dipilih pedagang dalam usaha dagangannya.

Spread untuk dagangan mata wang disediakan pada  minimum 2.2 pip untuk tahap Silver, 1.3 pip untuk tahap Gold, dan 0.7 pip untuk tahap Platinum.

Jaminan dan keselamatan dana Oinvest Malaysia

Jaminan
Oinvest mengutamakan keselamatan dan perlindungan terhadap dana pelanggannya. Dilesenkan dan dikawal selia oleh FSA dari Seychelles, Oinvest dikehendaki untuk menyimpan dana pelanggan dalam akaun bank berasingan di bank bertaraf tinggi dan dengan reputasi baik, terasing daripada dana operasi syarikat.

Lesen dari FSA Seychelles boleh disahkan dengan melawat ke laman web rasmi FSA Seychelles  dibawah nama β€œAronex Corporation Ltd” pada halaman Capital Market.

Tambahan pula, syarikat menggunakan penyulitan data tahap tinggi dan tembok api teknologi moden untuk memastikan dana pelanggan selamat dari ancaman keselamatan siber.

Yang paling penting, Oinvest mengambil bahagian dalam mendukung polisi AML untuk menghalang dari kegunaan jenayah, seperti pelaburan wang haram.

Kelebihan Berdagang dengan Oinvest Malaysia

Dilesenkan dan dikawal selia oleh FSA dari Seychelles
Tiada komisyen tambahan
Satu akaun dagangan ringkas untuk dagangan yang mudah dan tanpa masalah.
Leverage sehingga 1:400
Tiga tahap akaun dengan kelebihan berbeza: Silver, Gold, dan Platinum
Pelaksanaan pasaran segera
Paltform MetaTrader 4 dan WebTrader
Akaun bebas swap islamik tersedia untuk pedagang beragama Islam
Spread tidak tetap serendah 0.03 pip
Kepelbagaian hebat dalam sumber pendidikan dagangan
Carilah broker Forex lain di Malaysia
FBS Malaysia
XM Malaysia
HFM Malaysia
Tickmill Malaysia
RoboForex Malaysia