✅ ForexMalaysia.My - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia
BDSwiss Malaysia

BDSwiss Malaysia - BDSwiss Broker Malaysia Review

Broker BDSwiss ditubuhkan pada 2012, dan sejak itu telah berjaya menerima berbagai anugerah dan pencapaian, seperti Spread dan Keadaan Dagangan Terbaik 2024 oleh Anugerah International Investor, Penyedia Penyelidikan & Pendidikan Fx Terbaik oleh Anugerah World Finance, Platform Dagangan Mudah Alih Eropah Terbaik 2021 oleh Global Banking and Finance Review, dan Keadaan Dagangan Cemerlang 2020 oleh World Finance. Anugerah-anugerah ini telah membantu meningkatkan lagi kebolehupayaan BDSwiss untuk berkhidmat kepada lebih 1.5 juta akaun berdaftar dari 186 negara dengan 84 bilion USD volum dagangan sebulan

Selain daripada anugerah diatas, syarikat berjaya menerima berbilang lesen daripada penguatkuasa kawal seliaan utama, iaitu FSC dari Mauritius, dan FSA dari Seychelles.

BDSwiss Malaysia menyediakan berbagai jenis akaun dagangan untuk pedagang yang berbeza dari segi keutamaan dan tahap kemahiran mereka. Dengan membuat deposit permulaan sebanyak 100 USD, pedagang boleh berdagang dalam pasaran Pertukaran Antarabangsa dengan berbagai kelebihan, termasuk spread terapung sempit bermula dari 0 pip dengan komisyen rendah atau tiada dan leveraj maksimum 1:500. Kelebihan-kelebihan ini boleh diakses menggunakan platform dagangan yang paling dikenali ramai, MetaTrader 4 dan MetaTrader 5, disamping aplikasi mudah alih dan WebTrader BDSwiss sendiri.

Di BDSwiss Malaysia, pedagang boleh mendeposit dan mengeluarkan wang mereka melalui bank-bank tempatan Malaysia, disamping kad-kad bank biasa (Visa, MasterCards, Maestro) dan e-wallet (Skrill, Neteller, Bitcoin & banyak lagi).

Syarikat juga menawarkan berbagai bantuan dan pendidikan dagangan dalam format kelas asaskursus video, webinar livepasaran hariananalisis teknikalulasan pasaran, dan Akademi Dagangan. Pedagang bebas menggunakan perkhidmatan ini untuk meningkatkan aktiviti dagangan harian mereka.

Akhir sekali, sekiranya pedagang menghadapi sebarang masalah, khidmat pelanggan di BDSwiss Malaysia tersedia untuk mereka 24/5 melalui e-melsokongan panggilan semula, dan chat live. Sesi peribadi satu-dengan-satu 5 minit juga disediakan kepada pedagang yang memerlukan bantuan peribadi khusus.
Peraturan: FSC, FSA
Negara: Mauritius
Tahun Penubuhan: 2012
Sokongan di Malaysia: Yes
Bank tempatan di Malaysia: Yes
BDSwiss Rating: 4.5 / 5
Rating: 4.5 / 5

Jenis Akaun BDSwiss Malaysia

BDSwiss Malaysia menawarkan perkhidmatan dagangan forex dalam tiga akaun ringkas berasaskan USD, iaitu akaun BDSwiss ClassicVIP, dan RAW.

Pedagang boleh berdagang dalam lebih 250 instrumen dagangan seperti Forex, saham, indeks, komoditi, dan mata wang kripto menggunakan platform dagangan MetaTrader 4 dan MetaTrader 5. Akaun dagangan InvestPlus BDSwiss juga boleh didapati, namun hanya untuk saham dan dagangan ETF.
Classic
Minimum Deposit: $100
Leverage: 1:500
Minimum trade size: 0.01
Spread Type: Floating from 1.5 pips
Commission: No
Account Currency: USD

VIP
Minimum Deposit: $3000
Leverage: 1:500
Minimum trade size: 0.01
Spread Type: Floating from 1.1 pips
Commission: No
Account Currency: USD

RAW
Minimum Deposit: $5000
Leverage: 1:500
Minimum trade size: 0.01
Spread Type: Floating from 0.3 pips
Commission: 5$/Lot
Account Currency: USD

👉 Akaun yang paling ringkas dan asas ditawarkan kepada pedagang baru yang ingin dagangan bebas di BDSwiss Malaysia ialah Akaun BDSwiss Classic. Pedagang perlu membuat deposit awal minimum sebanyak 100 USD untuk menikmati spread terapung sempit serendah 1.5 pips dan leveraj maksimum 1:500 dengan tanpa komisyen untuk semua pasangan mata wang. Walau begitu, instrumen dagangan lain akan dicaj komisyen2 USD untuk indeks dan 0.15% untuk saham. Juga, jenis akaun ini menawarkan akses terhad kepada amaran dagangan BDSwiss dan beberapa ciri tambahan. Sebagai contoh, ciri Stats Prestasi Autochartist hanya tersedia buat pedagang yang membuat tidak kurang daripada $500 deposit dan Pengurus Akaun Peribadi disediakan secara eksklusif buat mereka yang membuat deposit sekurang-kurangnya $1000.

👉 Akaun dagangan seterusnya ialah Akaun VIP BDSwiss, dikhususkan kepada pedagang berpengalaman yang ingin mendapatkan sokongan dan perkhidmatan yang lebih premium. Pedagang boleh membuka akaun VIP BDSwiss VIP dengan membuat deposit minimum sebanyak 3,000 USD untuk mengakses lebih manfaat, seperti spread 1.1 pip dan leveraj maksimum 1:500 dengan tanpa komisyen untuk semua pasangan kewangan dan indeks. Ambil perhatian bahawa komisyen 0.15% diperlukan untuk dagangan saham. Tambahan pula, pemegang akaun VIP juga akan mempunyai akses VIP ke Amaran Dagangan BDSwissStat Prestasi Autochartist, dan Pengurus Akaun Peribadi tanpa sebarang syarat khusus. Lebih lagi, pemegang Akaun VIP BDSwiss ditawarkan dengan perkhidmatan keutamaan premium dan webinar VIP untuk pengalaman dagangan yang lebih baik dan ditambah mutu.

👉 Akhir sekali, Akaun RAW BDSwiss ditawarkan sebagai akaun dagangan canggih kepada pedagang profesional yang lebih menyukai persekitaran dagangan masa-nyata dari segi harga dan perkiraan. Akaun RAW BDSwiss tersedia selepas membuat deposit awal 5,000 USD. Akaun ini menawarkan spread terapung paling sempit serendah 0.3 pip berbanding akaun lain dengan leveraj maksimum 1:500. Dengan menggunakan akaun ini, pedagang juga boleh mendapat akses VIP ke Amaran Dagangan BDSwissperkhidmatan keutamaan premiumStat Prestasi Autochartist, dan Pengurus Akaun Peribadi tanpa sebarang syarat khusus. Walau begitu, pemegang Akaun Raw BDSwiss perlu membayar komisyen $5 untuk semua pasangan kewangan$2 untuk indeks, dan 0.15% untuk saham.

🕌 Walaupun dagangan Forex semakin popular hari demi hari, pedagang dengan kepercayaan agama masih perlu berhadapan dengan batasan tertentu. BDSwiss Malaysia memahami kekangan ini, justeru menawarkan akaun Forex Islamik kepada pedagang Muslim, yang boleh diakses melalui Akaun BDSwiss Classic dan VIP sahaja.

Deposit dan pengeluaran BDSwiss Malaysia

Deposit
Tambahan pula, di BDSwiss Malaysia, pedagang tidak perlu membayar komisyen untuk deposit dan pengeluaran melalui hampir semua sistem bayaran. Sila ambil perhatian bahawa syarikat tidak bertanggungjawab atas sebarang caj tambahan yang dikenakan oleh pihak bank atau pembekal dana.

Sistem bayaran berikut membolehkan deposit (tidak kurang daripada $100) dan pengeluaran segera:

🔸 Kad Kredit (VISA, MasterCard)
🔸 Skrill
🔸 Neteller
🔸 Bitcoin
🔸 Perbankan Dalam Talian
🔸 Pindahan Kawat Bank Antarabangsa

Sebaliknya, untuk pengeluaran akan tertakluk kepada beberapa caj bergantung kepada amaun.

🔸 BDSwiss Malaysia tidak mengizinkan pengeluaran bawah 2 EUR kerana amaun ini adalah lebih rendah daripada caj proses.
🔸 Untuk pengeluaran bawah atau sama dengan 100 EUR (atau bersamaan nilai) melalui pindahan kawat bank, pedagang perlu membayar caj tetap 10 EUR.
🔸 Syarat amaun pengeluaran minimum untuk bayaran antarabangsa ialah 50 EUR (atau bersamaan nilai) disamping penolakan caj asas 10 EUR.
🔸 Untuk sebarang cara pengeluaran lain (selain kad kredit) bawah atau sama dengan 20 EUR, terdapat caj tetap 10 EUR.

Sekiranya pedagang menghantar permintaan pengeluaran diluar waktu bekerja, proses akan dimulakan pada hari bekerja seterusnya.

Selain daripada sistem bayaran diatas, pedagang yang tinggal di Malaysia juga boleh mendeposit dan mengeluarkan dana mereka menggunakan Bank tempatan Malaysia dalam MYR.

Ambil perhatian bahawa broker BDSwiss mengenakan caj tidak aktif untuk akaun dagangan yang tidak aktif dalam tempoh lebih 90 hari. Caj 10% (min 25 EUR – max 49.90 EUR atau bersamaan nilai) akan ditolak daripada baki akaun setiap bulan sehingga baki akaun menjadi 0.
pengeluaran

Spread BDSwiss Malaysia

spreads
Di BDSwiss Malaysia, spread ditawarkan secara terapung bergantung kepada jenis akaun dagangan.

Spread terapung paling sempit ditawarkan melalui Akaun RAW BDSwiss, bermula dari 0.3 pip dengan komisyen $5 untuk semua pasangan mata wang.

Akaun VIP BDSwiss menawarkan spread terapung yang sedikit lebih tinggi bermula dari 1.1 pip, namun pedagang perlu membayar komisyen.

Spread yang ditawarkan untuk Akaun BDSwiss Classicbermula dari 1.5 pip. Pun begitu, pemegang Akaun BDSwiss Classic tidak perlu membayar komisyen untuk dagangan forex.

Jaminan dan keselamatan dana BDSwiss Malaysia

Jaminan
BDSwiss Malaysia komited dalam menawarkan perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelanggannya. Ini bermaksud syarikat sanggup menjamin keselmatan dan sekuriti wang dan maklumat akaun pelanggan mereka.

Menerima perlesenan dan kawal selian daripada beberapa badan kawal seliaan utama, syarikat berupaya menawarkan persekitaran yang lebih selamat dan terkawal kepada semua pelanggannya:

👉 FSC
 dari Mauritius dibawah nama BDS Markets
👉 FSA dari Seychelles untuk BDS Ltd.

Oleh itu, broker BDSwiss diperuntukkan undang-undang untuk mengambil langkah keselamatan. Ini bermaksud, syarikat perlu mematuhi piawaian kawal seliaan antarabangsa, termasuk menyimpan dana pelanggan dalam akaun bank berasingan – sepenuhnya terpisah daripada dana operasi syarikat, mengekalkan modal ekuiti minimum, dan perlu diaudit dari semasa ke semasa.

Semua data pelanggan di broker BDSwiss juga dilindungi menggunakan penyulitan berteknologi tinggi dan perisian sekuriti, serta sistem sekuriti SSL. Dengan cara ini, data akan terus sulit, peribadi, dan imun daripada pencerobohan pihak ketiga.

Kelebihan Berdagang dengan BDSwiss Malaysia

Dilesenkan dan dikawal selia oleh FSC, dan FSA
Dagang Forex, Komoditi, Saham, Indeks, Mata Wang Kripto, ETF
Tiga akaun dagangan ringkas untuk pengalaman dagangan yang lebih mesra pengguna
Julat meluas bahan pendidikan dagangan dari glosari ke webinar live
Spread terapung sempit bermula dari 0.3 pip
Pilihan pendanaan mudah (Skrill, Neteller, Bitcoin & ...) + Bank tempatan Malaysia
Leveraj tinggi sehingga 1:500
Perkhidmatan VIP premium, termasuk sesi satu-dengan-satu 5 minit bersama jurulatih dagangan pakar
Bantuan dagangan, alatan, dan penyelidikan yang canggih disediakan
Sokongan pelanggan live 24/5 dan banutan bot 24/7 boleh didapati dalam berbilang bahasa
Carilah broker Forex lain di Malaysia
Alpari Malaysia
FBS Malaysia
FXTM Malaysia
Tickmill Malaysia
RoboForex Malaysia
XM Malaysia