✅ ForexMalaysia.My - Forex Trading di Malaysia
Forex Malaysia
Orbex Malaysia

Orbex Forex Malaysia - Orbex Broker Malaysia Review

Orbex, syarikat broker forex yang terkenal di dunia, ditubuhkan pada tahun 2010 dengan tujuan membantu klien untuk mendapat akses ke alatan dan sumber Forex inovatif terkini.

Broker Forex menonjol ini beroperasi dengan menggunakan dua entity berlainan, iaitu Orbex Limited dan Orbex Global Limited. Selama ini, Orbex telah berupaya untuk memperoleh pelbagai lesen daripada badan pengawalseliaan utama yang berlainan. Orbex Limited dikawal selia oleh Suruhanjaya Pertukaran dan Keselamatan Siprus (CySEC) manakala Orbex Global Limited dilesenkan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Mauritius (FSC). Tambahan pula, oleh sebab lesen MiFID nya, Orbex Global Limited juga dapat beroperasi di bawah bidang kuasa badan pengawalseliaan negara-negara ahli MiFID, termasuk FCA dari UK dan BaFin dari Jerman. 

Pelbagai perkhidmatan ditawarkan dalam dagangan Forex di Orbex, seperti Akaun Tetap Klasik Orbex untuk pedagang-pedagang yang menggemari dagangan yang lebih boleh diramal dengan spread tetap, Akaun Pemula Standard Orbex untuk pedagang-pedagang pemula, serta Akaun Ultimate VIP untuk pedagang-pedagang profesional yang maju. Dengan deposit minimum sebanyak USD 200, pedagang-pedagang boleh berdagang dengan menggunakan spread tetap/boleh berubah daripada 0 pip, leverage terapung setinggi 1:500 dengan komisen rendah sehingga sifar. Pedagang-pedagang boleh menggunakan platform dagangan yang paling biasa digunakan, MetaTrader 4 yang boleh diakses melalui pelayar internet komputer dan juga telefon iOS serta Android.

Di Orbex, pedagang-pedagang boleh menggunakan perkhidmatan seperti seminar laman web bulanan dan sesi latihan secara individu, untuk menyokong kemajuan kemahiran dagangan mereka. Selain itu, pedagang-pedagang profesional aktif yang ingin meninjau pasaran dalam masa sebenar akan memperoleh manfaat daripada pelbagai alatan dagangan dalam talian, termasuk TV Laman Web Orbex, Laporan FX Mingguan Orbex, dan juga calendar ekonomi. Sebaliknya, pedagang-pedagang baru yang berhasrat untuk menambahkan ilmu dan kemahiran dagangan mereka akan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan dagangan Orbex, seperti buku elektronik Forex percuma, kursus video Forex percuma, tutorial dagangan, dan artikel pendidikan Forex tentang Analisis Teknikal dan Asas.

Di Orbex, deposit dan pengeluaran boleh dijalankan melalui pelbagai cara, termasuk kad debit/kredit, e-dompet (Webmoney, Skrill, Neteller, Bitcoin), dan pemindahan bank tradisional. Tambahan pula, jika pedagang-pedagang bertemu sebarang kesulitan, mereka akan dapat berkomunikasi dengan Orbex melalui emel, telefon, sembang langsung pelbagai bahasa yang sedia ada dalam 17 bahasa, dan juga permintaan panggilan balik.
Laman web: www.Orbex.com
Peraturan: CySEC, FSC, FCA
Negara: Siprus
Tahun Penubuhan: 2010
Sokongan di Malaysia: Yes
Bank tempatan di Malaysia: No
Orbex Rating: 4.5 / 5
Rating: 4.5 / 5

Jenis Akaun Orbex Malaysia

Orbex menawarkan perkhidmatan dagangan Forex dalam 4 akaun dagangan berlainan untuk pedagang-pedagang dengan pelbagai tahap dagangan, objektif dan strategi; akaun-akaun ini ialah Akaun Tetap Klasik Orbex, Akaun Pemula Standard Orbex, Akaun Premium Orbex, dan Akaun Ultimate VIP Orbex. Akaun-akaun tersebut sedia ada dalam pelbagai mata wang asas, termasuk USD, EUR, GBP, serta PLN. Mata wang lain juga sedia ada, tetapi pedagang-pedagang dikehendaki untuk membayar yuran penukaran mata wang.

Pedagang-pedagang yang baru menghabiskan dagangan demo mereka lebih baik memilih Akaun Pemula Standard Orbex. Dengan deposit minimum sebanyak USD 200 sahaja, pedagang-pedagang baru boleh menggunakan spread terapung serendah 1.5 pip tanpa komisen dan leverage setinggi 1:500. Ingatlah bahawa Orbex tidak menawarkan perkhidmatan VPS kepada pelanggannya untuk akaun dagangan jenis ini.

Sementara itu, pedagang-pedagang berpengalaman mungkin mendapati Akaun Premium Orbex lebih merangsang. Dengan spread terapung serendah 0 pip dan leverage setinggi 1:500, pedagang-pedagang akan dapat menguji kecekapan dagangan mereka dengan membuat deposit permulaan minimum sebanyak USD 5,000 sahaja. Untuk jenis akaun tersebut, pedagang-pedagang perlu membayar komisen $8 untuk setiap lot. Akaun Premium Orbex datang dengan perkhidmatan tambahan, termasuk seminar laman web eksklusif dan dagangan Langsung, isyarat dagangan premium, pendidikan dagangan lanjut, dan sesi latihan individu. Kedua-dua perkhidmatan VPS dan Penasihat Pakar sedia ada untuk pedagang-pedaganga yang menggunakan akaun Premium Orbex. Akaun ini juga membenarkan pedagang-pedagang untuk berdagang dengan semua strategi dagangan.

Pada masa yang sama, Orbex memperkenalkan Akaun Ultimate VIP kepada pedagang-pedagang Profesional yang bersedia untuk membawa perjalanan dagangan mereka ke tahap yang lebih mencabar.  Dengan membuat deposit permulaan minimum sebanyak USD 25,000, pedagang-pedagang akan dapat menikmati pengalaman dagangan masa sebenar NDD dengan spread terapung serendah 0 pip, leverage maksmimum 1:500 dengan komisen $5 untuk setiap lot standard yang didagangkan. Akaun dagangan Ultimate VIP juga menawarkan perkhidmatan VPS dan Penasihat Pakar, dan juga pelbagai perkhidmatan seperti seminar laman web serta dagangan langsung eksklusif, isyarat dagangan ultimate, dan sesi latihan individu untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran pedagang-pedagang profesional.  

Orbex juga menawarkan Akaun Tetap Klasik kepada pelanggan yang lebih suka dagangan dalam persekitaran yang lebih boleh diramal. Dengan deposit minimum sebanyak USD 500 sahaja, pedagang-pedagang akan dapat menikmati pelbagai manfaat dagangan, termasuk spread tetap dengan jumlah minimum sebanyak 1.9 pip tanpa komisen, leverage setinggi 1:500, dan pelaksanaan NDD masa sebenar. Dengan memilih akaun ini, pedagang-pedagang akan dapat memperoleh manfaat daripada perkhidmatan VPS, walaupun mereka tidak ditawarkan dengan perkhidmatan Penasihat Pakar. Spread tetap biasa tidak sesuai untuk scalper dan juga tidak dibenarkan dalam akaun dagangan tertentu ini. Pedagang-pedagang sepatutnya tahu bahawa semasa keluaran ekonomi utama dan masa pembukaan pasaran, spread tetap akaun ini akan ditukarkan kepada spread boleh ubah (Spread tersebut menaik) berdasarkan harga pasaran sedia ada yang terbaik.
Classic Fixed
Minimum Deposit: $500
Leverage: 1:500
Minimum trade size: 0.01
Spread Type: Fixed from 1.9 pip
Commission: No
Account Currency: USD, EUR, GBP

Standard Starter
Minimum Deposit: $200
Leverage: 1:500
Minimum trade size: 0.01
Spread Type: Floating from 1.5 pip
Commission: No
Account Currency: USD, EUR, GBP, PLN

VIP Ultimate
Minimum Deposit: $25000
Leverage: 1:500
Minimum trade size: 0.01
Spread Type: Floating from 0 pip
Commission: $5 \ lot
Account Currency: USD, EUR, GBP, PLN

Premium
Minimum Deposit: $5000
Leverage: 1:500
Minimum trade size: 0.01
Spread Type: Floating from 0 pip
Commission: $8 \ lot
Account Currency: USD, EUR, GBP, PLN

Orbex juga menawarkan akaun Forex bebas swap Islam kepada pelanggan Muslimnya supaya mereka boleh berdagang bebas daripada sebarang swap atau caj faedah rollover daripada kedudukan yang bertahan semalaman. Akaun jenis ini hanya akan disediakan untuk pelanggan Muslim yang boleh menyediakan bukti agama mereka yang mencukupi. Walaubagaimanapun, Orbex akan memaksa penutupan akaun bebas swap yang digunakan untuk tujuan menjana keuntungan dengan menahan kedudukan terapung untuk tempoh masa yang dilanjutkan.

Deposit dan pengeluaran Orbex Malaysia

Deposit
Deposit dan pengeluaran dana di Orbex sedia ada melalui pelbagai cara. Pelanggan dikecualikan daripada apa-apa kos tambahan kerana semua caj bayaran elektronik akan dibayar sepenuhnya oleh Orbex.

Pedagang-pedagang akan dapat membuat deposit dana mereka dalam akaun dagangan Orbex dengan menggunakan cara-cara berikut:

• Kad Debit/Kredit
• Skrill
• WebMoney
• NETELLER
• FasaPay
• K-NET
• Klarna/Sofort

Pembiayaan melalui pemindahan wire bank juga sedia ada. Namun demikian, masa antara permulaan dan penyiapan akan memakan masa 3 sehingga 5 hari bisnes.

Tambahan pula, pelanggan akan dapat mengeluarkan dana daripada akaun dagangan Orbex dengan menggunakan cara-cara berikut, dengan setinggi 24 jam untuk proses masa antara permulaan dan penyiapan secara purata:

• Skrill
• WebMoney
• NETELLER
• FasaPay
• Klarna/Sofort

Manakala pengeluaran dana melalui kad debit/kredit terus dan pemindahan wire bank akan mengambil 3 sehingga 5 hari bisnes daripada proses masa antara permulaan dan penyiapan.

Walaupun Orbex tidak mengenakan caj untuk yuran deposit/pengeluaran, pedagang-pedagang masih bertanggungjawab untuk apa-apa yuran yang dikehendaki oleh bank-bank perantaraan.

Orbex juga mengenakan yuran ketidakgiatan sebanyak USD/EUR/GBP/PLN 20 (bergantung kepada mata wang asas) untuk setiap akaun dagangan yang tidak aktif atau kekal tidak aktif tanpa sebarang aktiviti dagangan untuk 6 bulan. Jika syarat seperti ini berterusan, akaun tersebut akan ditutup secara automatik selepas ketidakgiatan selama 12 bulan.
pengeluaran

Spread Orbex Malaysia

spreads
Orbex menawarkan dua jenis spread kepada pelanggannya: spread tetap untuk Akaun Tetap Klasik, dan spread terapung untuk akaun-akaun Pemula Standard, Premium dan Ultimate VIP.

Spread tetap minimum yang ditawarkan untuk mata wang utama dalam Akaun Tetap Klasik ialah 1.9 pip. Sebaliknya, pedagang-pedagang akan dapat memperoleh manfaat daripada spread terapung ketat yang bermula daripada 1.5 pip dalam Akaun Pemula Standard, dan serendah 0 pip dalam akaun-akaun Premium dan Ultimate VIP.

Namun begitu, semua spread tetap ditukarkan dan dilaraskan kepada spread boleh ubah berdasarkan kepada harga pasaran sedia ada yang terbaik apabila kejadian ekonomi utama terjadi.

Jaminan dan keselamatan dana Orbex Malaysia

Jaminan
Di Orbex, keselamatan dan keterjaminan akaun-akaun dan wang pedagang-pedagang amat dihargai. Orbex dilesenkan dan dikawal selia oleh pelbagai badan pengawalseliaan utama seperti CySEC dari Siprus, FSC dari Mauritius dan juga lesen MiFID syarikat tersebut yang termasuk FCA dari UK dan BaFin dari Jerman. Oleh itu, syarikat tersebut diwajipkan untuk mengikut peraturan tertentu dan komited terhadap tanggungjawabnya.

Orbex menjamin keselamatan dan keterjaminan dana pelanggannya dengan menyimpan mereka dalam akaun-akaun bank berasingan yang diasingkan sepenuhnya daripada dana operasi tersendirinya. Dengan cara ini, wang pedagang-pedagang akan disimpan dengan selamat di institute kewangan utama yang menerima liquiditi daripada bank-bank Tier 1.

Sebagai satu broker Forex yang dikawal selia, Orbex juga perlu mengekalkan satu jumlah modal equiti minimum tertentu yang dikehendaki oleh peraturan antarabangsa, dan juga diauditkan secara berkala untuk operasi kewangannya.

Tambahan pula, Orbex juga ialah ahli Dana Pampasan Pelabur (ICF), Dana pampasan pelabur Siprus yang bekerjasama dengan CySEC Sirpus. Objektif ICF adalah untuk menyediakan pampasan yang diperlukan kepada pelanggan sekiranya ahli-ahli ICF tidak dapat memenuhi kewajipan mereka.

Selaku ahli rasmi ICF bermaksud sekiranya berlaku isu-isu yang tidak dapat diselesaikan seperti ketidakupayaan Orbex untuk melengkapkan kewajipan mandatorinya, setiap pelanggan akan menerima pampasan setinggi EUR 20,000.

Kelebihan Berdagang dengan Orbex Malaysia

Dilesenkan dan dikawal selia oleh pelbagai badan pengawalseliaan seperti CySEC dan FSC
Cara-cara deposit dan pengeluaran yang cepat dan terjamin
Didaftarkan secara rasmi dengan MiFID untuk beroperasi dalam Eropah (FCA dan BaFin)
Spread tetap dan terapung serendah 0 pip yang sesuai untuk semua objektif dagangan
Pelaksanaan pasaran NDD (tiada meja berurusan) unggul masa sebenar
Bantuan dan latihan pendidikan, termasuk sesi individu eksklusif
Semua strategi dagangan dibenarkan (hedging, scalping & salin dagangan)
Leverage maksimum 1:500, akaun-akaun dagagan bebas swap Islam
Dagangan melalui MetaTrader 4 (Desktop & Mobil)
Perkhidmatan sokongan pelanggan profesional dan tindak balas cepat dalam 17 bahasa
Carilah broker Forex lain di Malaysia
FBS Malaysia
XM Malaysia
HFM Malaysia
Tickmill Malaysia
RoboForex Malaysia
FXTM Malaysia