Forex Trading di Malaysia ~ Forex di Malaysia
English
Bahasa Malaysia

Broker Forex Terbaik di Malaysia 2019

Broker Forex Terbaik di Malaysia 2019
Dengan peningkatan jumlah broker Forex atas laman web, sesetengah pedagang mempercayai bahawa memilih broker Forex yang terbaik merupakan satu tugas yang menakutkan. Sesetengah pedagang adalah kecil, tidak dikawal selia serta tidak dapat dipercayai, dan sekiranya anda tidak tahu cara memilih seorang broker bagus, anda mungkin menjadi mangsa mereka dan kehilangan wang anda.

Jika anda tidak pernah berdagang dalam pasaran Forex sebelum ini, taruhan terbaik anda adalah untuk mencari broker Forex yang terbaik. Anda tidak sepatutnya hanya mencari broker yang bagus dan boleh dipercayai untuk mengendalikan kerjaya dagangan anda. Apabila anda berasa yakin dengan broker anda, anda boleh menumpukan perhatian dengan mudah terhadap pembelajaran cara berdagang dengan berjaya dan menerapkan strategi-strategi dagangan terbaik anda dengan ketenangan fikiran.

Cara yang termudah adalah untuk mencari broker Forex dengan penarafan pelanggan yang memuaskan, tetapi, bagaimanakah kita mengetahui hal tersebut? Rupa-rupanya, mencari dan memilih broker Forex yang terbaik adalah tugas yang agak mudah. Apa yang anda perlu lakukan adalah: jadi lebih bijak! Selain itu, bacakan dan pelajari tentang kualiti-kualiti utama yang anda sepatutnya mencari dalam broker Forex

Untuk menjadikannya lebih mudah untuk anda, kami telah menyenaraikan broker-broker Forex terbaik di Malaysia yang memenuhi kualiti-kualiti tersebut dan menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pedagang-pedagang Forex Malaysia!

Senarai broker Forex terbaik

FXTM Malaysia
top 1
Laman Web Rasmi: www.ForexTime.com
Peraturan: CySEC, FCA, IFSC
Negara: Cyprus
Tahun ditubuhkan:
2011
Platform Dagangan: MetaTrader 4 dan 5, WebTrader, Mobil (iPhone, iPad, Android) + FXTM Invest
Sokongan Malaysia: Ya (Emel, Telefon, Sembang Langsung)
Cara-cara Pembayaran: Bank-bank Tempatan Malaysia, Webmoney, PerfectMoney, Skrill, Neteller, FasaPay
XM Malaysia
top 2
Laman Web Rasmi: www.XM.com
Peraturan: CySEC, FCA, ASIC, IFSC
Negara: Cyprus
Tahun ditubuhkan:
2009
Platform Dagangan: MetaTrader 4 dan 5, WebTrader, Mobil (iPhone, iPad, Android dan Tablet)
Sokongan Malaysia: Ya (Emel, Telefon, Sembang Langsung) + Pengurus Sokongan Berdedikasi
Cara-cara Pembayaran: Bank-bank Tempatan Malaysia (AmBank, CIMB, HongLeong, Maybank, Public Bank, RHB), Webmoney, PerfectMoney, Skrill, Neteller, FasaPay
FBS Malaysia
top 3
Laman Web Rasmi: www.FBSMY.com
Peraturan: CySEC, IFSC
Negara: Russia
Tahun ditubuhkan:
2009
Platform Dagangan: MetaTrader 4 dan 5, WebTrader, Mobil (iPhone, iPad, Android dan Tablet)
Sokongan Malaysia: Ya (Emel, Telefon, Sembang Langsung)
Cara-cara Pembayaran: Bank-bank Tempatan Malaysia (Maybank, CIMB Bank Berhad, RHB Banking Group, Hong Leong Bank Berhad, Public Bank Berhad, AmBank Group), PerfectMoney, Skrill, Neteller, FasaPay

Apakah ciri-ciri dan kualiti-kualiti utama untuk Broker Forex Terbaik?

 
👉 Peraturan

Perkara yang pertama adalah untuk mencari seorang broker Forex yang dikawal selia. Secara idealnya, anda sepatutnya mencari seorang broker yang dikawal selia oleh pihak berkuasa yang mantap, seperti Pihak Berkuasa Kelakuan (‘FCA’)  Kewangan UK atau Pesuruhjaya Keselamatan dan Pertukaran Cyprus (CySEC) yang menguatkuasakan piawaian pematuhan yang ketat, amalan urusan yang adil, dan audit berkala. Jika seorang broker memiliki lesen untuk beroperasi, mereka dijangka mencapai piawaian yang paling tinggi dan keperluan modal terperinci sepanjang masa, dengan itu membuatkan mereka lebih boleh dipercayai. Sebenarnya, banyak pedagang telah kerugian wang mereka kepada broker yang tidak dikawal selia. Anda dinasihati untuk mengelakkan broker yang tidak dikawal selia. Jika tidak, anda mungkin tidak akan melihat wang anda lagi. Jadi, faktor #1 anda adalah untuk berdagang dengan seorang broker Forex yang dikawal selia sepenuhnya. Walaubagaimanapun, anda perlu mengingati bahawa peraturan bukan sahaja satu-satunya faktor yang penting, tetapi terdapat juga faktor-faktor lain yang anda juga perlu mengambil kira.         

👉 Kualiti Perkhidmatan, Akaun-akaun Dagangan, dan Syarat-syarat Dagangan

Untuk menutup dagangan yang menguntungkan, anda perlu mengambil kira kualiti produk dagangan dan syarat-syarat broker anda kerana ia pasti akan mendatangkan kesan kepada dagangan anda. Salah satu ciri-ciri yang paling penting yang anda perlu memberikan perhatian ialah spread. Apakah spread terendah (tetap atau terapung)? Ciri yang kedua bergantung pada kelajuan pelaksanaan dagangan dengan mengambil kira server broker serta keseluruhan teknologi dalam sistem harga mereka. Anda pasti tidak mahu menghadapi kelambatan pada masa tepat anda membuka dan menutup suatu dagangan, betul tidak? Tambahan pula, anda sepatutnya selalu memilih jenis akaun dagangan yang sesuai untuk anda dan strategi anda dengan sebaik-baiknya (Cent, Mikro, Standard, ECN) dan juga spesifikasi mereka, seperti leverage, saiz dagangan minimum, pasaran dagangan yang sedia ada (Forex, CFD, logam dan tenaga) serta platform dagangan. MetaTrader4 ialah platform dagangan kegemaran dan boleh diakses daripada pelbagai alatan (komputer meja, mobil dan laman web) untuk kemudahan anda.

👉 Kepentingan dan Kualiti Perkhidmatan Pelanggan

Adakah broker yang anda sedang berfikir membuka satu akaun dengan tawaran cepat dan sokongan yang boleh dipercayai? Bolehkah anda menghubungi jabatan sokongan broker tersebut, bukan sahaja melalui emel tetapi juga melalui telefon dan sembang langsung? Adakah mereka sedia ada pada bila-bila masa memandangkan Forex merupakan pasaran 24-jam? Adakah mereka mampu menjawab soalan-soalan anda dan membalas permintaan anda dengan sopan dan profesional? Jawapan kepada soalan-soalan yang dinyatakan di atas sepatutnya ialah ‘ya’. Jika anda belum lagi menyedari tentang perkara ini, sokongan broker anda akan tidak lama lagi menjadi lebih penting daripada apa yang anda pernah fikirkan, hanya kerana masanya akan datang apabila anda menghadapi masalah atau mempunyai permintaan dalam dagangan anda, lalu anda akan ingin bercakap dengan seseorang. Sesetengah broker Forex mengambil langkah selanjutnya dean menyediakan seorang pengurus persendirian yang berdedikasi terhadap akaun anda, jadi anda boleh menghubungi mereka secara langsung pada bila-bila masa. Broker Forex yang mantap dan berdedikasi biasanya menawarkan perkhidmatan sokongan berbilang Bahasa termasuk Bahasa Malaysia, anda selalu rasa paling bagus dan paling selesa apabila bercakap dengan broker anda dengan menggunakan Bahasa sendiri, betul tidak?       

👉 Populariti dan Keluasan Broker

Apabila anda mencari broker Forex yang tebaik, keadaan besar, mantap dan persediaan modal yang bagus adalah sangat penting. Pengawalseliaan oleh pihak berkuasa yang mengawal selia, (seperti FCA, CySEC atau ASIC) bermaksud seorang broker mesti mematuhi tahap permodalan minimum yang mempunyai hubungan langsung dengan kebolehan broker untuk kekal berupaya melangsaikan semua hutang dan menunjukkan saiz syarikat tersebut. Semakin tinggi modal broker, semakin bagus hubungan kredit yang boleh ditubuhkan dengan pembekal liquiditi mereka, dan mereka boleh memperoleh harga yang lebih berdaya saing untuk diri sendiri dan pelanggan mereka. Anda juga sepatutnya mengambil kira pengiktirafan antarabangsa broker tersebut, nama jenama dan populariti. Tanyalah soalan seperti: berapa besarkah broker tersebut? Di manakah ibu pejabat mereka? Adakah mereka memiliki pejabat tempatan? Adakah mereka mempunyai interaksi manusia yang tulen (di luar talian) dengan pelanggan mereka? Apakah anugerah industri, penajaan mereka dan sebagainya? Akhir sekali, ketelusan syarikat sentiasa mendatangkan kebaikan dalam perkara-perkara seperti jumlah pekerja, pasukan pengurusan dan CEO syarikat tersebut.  

👉 Keselamatan Dana Pelanggan

Satu faktor lain yang anda patut mengambil kira ialah keselamatan dana anda dengan broker anda. Anda pasti tidak ingin risau tentang kerugian deposit dana atau keuntungan, bukan? Sekarang, anda perlu mengingati bahawa keselamatan dana serta pengasingan biasanya berkaitan dengan keadaan sama ada seorang broker adalah dikawal selia atau tidak. Jadi, broker yang terbaik biasanya menyimpan dana pelanggan mereka dalam akaun-akaun berasingan dalam bank-bank utama. Broker sebegini biasanya ialah ahli-ahli skim pampasan untuk memastikan dana anda dilindungi dengan selanjutnya. Sebagai contoh, ICF (Dana Pampasan Pelabur) yang ditubuhkan oleh Bank Pusat Cyprus dan CySEC menginsuranskan dana pelanggan broker setinggi 20,000 euro, dan FSCS (Skim Pampasan Perkhidmatan Kewangan) yang ditubuhkan oleh FCA akan membayar pampasan kepada pelanggan setinggi 85,000 Paun British sekiranya broker tersebut tidak dapat memenuhi komitmen mereka. Ia membawa keyakinan dan ketenangan fikiran yang lebih tinggi untuk membuka satu akaun dengan seorang broker, iaitu ahli organisasi perlindungan pengguna sebegini.      

Akhir sekali, pilihlah broker Forex anda dengan berhati-hati supaya anda boleh berdagang dengan ketenangan fikiran. Kami telah menyenaraikan broker Forex yang terbaik di Malaysia dengan semua kualiti yang dinyatakan di atas seperti yang anda akan menjangka daripada seorang broker Forex yang boleh dipercayai.